Jumaat, 30 April 2010

mari amalkan 5M

300410
 Diam tak diam
Bulan April melabuhan tirai
Besok bulan baru
sayang hari sabtu
tidak ada cuti Hari Buruh.

SELAMAT HARI PEKERJA KEPADA SEMUA YANG BEKERJA
 sAma ada bekerja sendiri atau makan gaji

oklah
aku ingin berkongsi satu perkara
Suatu pagi di MHI si Fitri memperkatakan tentang  5 M.
 Apa tu 5 M?
5M merujuk kepada
Mengutuk?
Mengular? 
Mengayat ?
Mengumpat atau
Membebel.
Kalau gitu pergi jalan lah
tak kuasa nak layan

Bukan itu yang dibicarakan oleh mereka
5M yang dibicarakan oleh Fitri dan Abby Fanna berkisar tentang:

1. Mengurangkan Gula
2. Mengurangkan Minyak
3. Mengurangkan Garam
4. Melebihkan sayur dan
5. Melebihkan buah.

Tidak perlu dihuraikan panjang lebar mengenai item-item di atas.
Gula  sangat disukai oleh manusia.
Tanpa gula makanan yang disajikan hilang lazatnya.
kata orang hilang selera.
Semut pun suka kepada gula.
Malah ada bidalan
Di mana ada gula di situ ada semut.
ehen ehem kat tandas pun  ada juga heheh


Mengurangkan minyak
Suati ketika aku mendapatkan rawatan doktor
Doktor menasihatkan aku mengurangan pengambilan makanan bergoreng
macam aku  percaya
itulah hakikatkan
minyak tidak baik kepada kesihatan manusia

Mengurangkan garam
tiada garam, makanan tiada perisa
Ahmad Albab.... ingat? garam sebagai hadaiah hari jadi
hheehhe
terlebih garam? buruk padahnya
hati-hatilah mengambil garam

melebihkan sayur
itulah yang sedang aku amalkan
sedap makan sayuran mentah
semasa berkursus di Hotel dulu
akau hanya ambil sayur
sayuran mentah yang enak dimakan begitu sahaja
dua hari aku tak menjamah nasi
bosanlah makan nasi kat hotel heheheh
eksyen sungguh manusia ini

bila balik ke rumah
tak tahan
nampak nasi, perut rasa satu macam
makan pergi mencari sayuran
sayang,  satu supermakarket aku redah tak berjumpa sayuran itu
kemudian aku menyusuri pasar chow kit
tidak juga berjumpa dengan sayuran  itu
ibu ibu bapak tolong bilang sama aku
mana nak cari sayuran ni

dari Pontian ke KL
aku tak jumpa sayuran mentah macam kat hotel tu

akhirnya kini pasti
aku jumpa sayuran di sini
Adik iparku berkata,
sayuran itu ada di jual ........
rupanya hanya di  jual di pasaraya ternama
makanan orang kaya-kaya rupanya sayuran itu

ini dia si jantung hati

melebihkan buah
jangan sembarangan buah untuk diabetis
hanya terhad kepada epal dan lai sahaja
apa-apa pun
sendiri mahu ingat.

di pasaraya tersedia diet sebegini
tak payah susah susah
keluarkan duit sahaja
tapi tiada di kedai-kedai atau di pasar
hanya di pasaraya tertentu

Khamis, 29 April 2010

Matahari

290410

matahari
engkau pemberi sinar
tanpamu
gelaplah mayapada
tiada cahaya
kelam
seperti malam

Apalah ertinya
hidup tanpa matahari
matahari ciptaan Tuhan
pemberi tenaga
kepada mahluk Tuhan yang Esa


kehadiranmu
menghangatkan kehidupan
tanpamu
kehidupan tidak bermakna

kehadiranmu
membuatkan udara dan air berputaran
membuatkan tumbuhan berfotosintesis
membuatkan  siang dan malam bergantian
mengawal putaran planet disarwajagat alam


terima kasih Tuhanku
nikmat diberi tidak terhingga
maka
wahai manusia
nikmat tuhan yang manakah
ingin kamu dustakan.

 Makkah 8Jun2009

Rabu, 28 April 2010

Terbakar?

280410:
Apa yang terbakar?
ada-ada sahaja cerita!
Masjidil Haram terbakar?
AZ jangan buat cerita
kalau tiada isu jangan nak cipta isu pulak



Bukan nak cipta isu, jauh nak buat cerita palsu, cuma ingin berkonsgsi gambar suatu ketika di MasjidilHaram. Ingatkan ada kebakaran. Tiada kebakaran. Tengojk tu, jemaah sibok dengan urusan masing-masing beribadah kepada Allah yang Esa. Mungkin kerja-kerja pembinaan, maklumlah sekitar MH sedang dalam pembinaan.

Nak Interframe juga

Salam Ceria.

Selasa, 27 April 2010

jangan marah, nanti kena jual

270410
Jangan marah, nanti kena jual
ayahanda maraaaah?
tidaaaaaaaaaak
seronooooooook

Seronok kita mendengar dialog ini bukan?
walaupun dan berkurun
namun ia tetap segar dalam ingatan
orang kata apa?
malasegar

Saya terbaca dalam emel
katanya doktor membuat kajian
kalau kita marah selama 5 minit
maka sistem imunisasi kita akan depress selama 6 jam

cuba bayangkan anda marah lebih daripada itu
anda boleh bayangkan apa yang akan berlaku
murung adalah satu implikasi yang biasa

juga kalau kita berdendam
apakah yang berlaku kepada sistem imunisasi
sistem imunisasi kita akan mati
implikasinya ialah segala macam penyakit akan bermula

kesimpulannya:
jangan marah 
jangan berdemdan
Ceria selalu
baca blog ceriakan hari-harimu tanpa jemu

gambar hiasan

Salam Ceria

Isnin, 26 April 2010

beli tingkap


260410
Hari Minggu,
orang  kata hari bersantai
suri rumah sibok berkemas
ada juga yang beriadah
ermmmmmmmmm
tak kurang juga shopping moping

Semalam aku melayan anak bongsu
membeli tingkap
hehehhe buat apa nak beli tingkap tu
window shopping la
maklumlah nak buat persediaan ke pusat persediaan
awal mei nanti putera bongsu akan berpisah lagi
maka tinggallah kami berdua lagi

masya Allah,
ramainya umat
nak berjalan pun susah tuh

kat sini banyak sale
diskaun sampai 50%
ada juga sampai 70%
layaaaaaaaaaannnnnnnnnn

oooo
dapat juga PB beberapa pakaiannya
siapa nak bayar tu
Berapa?
katanya tak cukup lagi
nak g cari kat tempat lain

ehhhhhhhh emaknya kat mana pulak?

Ahad, 25 April 2010

Rendang Itik Hulu Selangor

250410
Pagi tadi, Rozali minta ayahzain interframe rendang itek
Alhamdulillah,
ada rezeki Rozali
Mrszain dapat sediakan sepiring rendang itek itu
harap Rozali sudi menerima

Ini dia Rozali punya

Ini untuk CL
untuk CL inilah dia Rendang Itik Hulu Selangor (RIHK)


Mengapa dipanggil RIHK?
Hulu Selangor kini diserang oleh pengunjung yang entah mana datangnya
Seluruh pelusok seantero Malaya turun
termasuk jugalah Ayahanda yang berkampong di sana
Besok Hulu Selamgor akan lengang seperti biasa

RIHK di buat oleh adik iparku
namun rasanta tak boleh lawan kakak dia la
Kalau kakak dia buat ermmm it's finger's licking good
Macam mana pun RHIK air tangan adik ipar ku ini memang sedap
adik ipar aku itu tinggal di Ulu Yam (Hulu Selangor)
hehehhehe

yang lain-lain jangan kecik hati naaaaa
nanti az sediakan yang lain pulak.
Selamat menjamu selera Rozali dan CL

Majlis Tahlil

250410
Alhamdulillah, Syukur kepada Allah yang memberi rahmat
Majlis Tahlil arwah ibu mrszain selamat dilaksanakan
Selepas Solat Isya di surau tamat
 majlis bacaan Yassin dan tahlil pun dimulakan
majlis dipimpin Iman Surau Kg. Puah orang terhormat


Majlis hendak dimulakan, surah Yasin sedia diedarkan



Selepas majlis, hidangan telah tesedia
beranika juadah disediakan
puyuh goreng, rendang iteik,ayam masak kelio, sayur capcai
Sate pun ada


ermmm macam bisa aku lihat?
pai tee buatan adik iparku
kek cokelat, agar-agar, kueh kaswi
semuanya sedap-sedap belaka dengan refine sugar

Kepada jemaah surau yang hadir
pihak tuan rumah mengucapkan jutaan terima kasih
semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama  mereka yang soleh.
Amin

Sabtu, 24 April 2010

Selsema

240410
Pagi ini  aku bertolak di Kuala Lumpur.
KL-Pontian tidak jauh
Pak Itam kata KL-Pontian bagi az umpama ke rest room aje hehehe
Malam ini ada tahlil arwah ibumertuaku
dah 40 hari rupanya ibu mertuaku meninggalkan kami semua
semoga rohnya dicucuri rahmat Allah
dan ditempatkan bersama-sama orang yang solehah

Majlis cuma perkumpulanan adik-adik beradik, ipar dua, beras-beras dan anak-anak buah mrszain aje
katanya tak jemput orang lain
agaknya sibuk dengan PRK Hulu Selangor
taambahan pulak besok dah pembuangan undi

eh eh awat panggil pembuangan undi yer
sebab tu banyak undi rosak kerana undi di buang heheheh

Niat hati petang ini nak pergi juga menjengok kawasan ini
nak rasa juga panggang kambing shami2
tapi tengoklah dulu
tak tahu pukul berapa sampai ke KL ni
Bila sampai di Kuala Lumpur nanti tidak tahu lagi apa rancangam
mestilah sibok membantu beras aku menguruskan menu
mengemas rumah apa yang patut
walaupun secara kecil-kecilan nak kena buat sungguh-sungguh
jangan asbol aje
Betul tak kak Oji hehhehe

sebenarnya semalam sampai sahaja di rumah
badan seram sejuk
macam nak kena selsema
ooochum, oooochum
apa tu bersin lah
kalau dah bersin non stop
kalau bersin, tak sampai  7 kali, tak sah
kadangkala badan lembek dek bersin sahaja

nampaknya setiap kali lepas outstation badan dah tak larat
dah tua,
arwah bapak kata 'kereta lama'
apa nak buat kan
besok nak balik KL
apa lagi mrszain kata
itu ubat selsema..... telan
Lepas makan
masya Allah punya la mengantok
sebelum ni tidak pulak
kena tunggu magrib ni, kena solat dulu
lepas solat apa nak buat? mata makin luyu
ermmm buka netbook
buat blog
abis satu n3
Alhamdulillah, waktu isya pun sampai
Solat Isyak.
Alahmdulillah, apa lagui?
Turru (jowo ngomong tidur)

Kemudian terjaga
alamak baru pukul 11.30 malam
macam dah puas tidur
mikirin lagi, turru lagi
alhamdulillah lena sampaike pagi
badan rasa segar
tiada bersin
minta pada Allah
sembuhkan segala penyakit


buah tembikai?
manyak gula tuhhhhh
 

Nasihat Doktorku

240410
Semalam aku berjumpa dnegan doktor panel (free le, majikan bayar)
Sengaja aku singgah berjumpanya untuk pemeriksaan kadar gula
maklumlah teruja kerana 2 hari tak ambil nasi
makan sayur masa lunch & dinner
sarapan pagi dengan 2 keping roti gardenia hijau
kadar gula kali ini dalam kategori RBS (random blood sugar)
Doktor kata tidak berapa valid
Hasil pemeriksaan 9.3mm/l
Doktor kata tidak berapa baik
penyerapan gula perlahan
sepatutnya mesti antara 4.5-6.1mm/l
namun tidak mengapa
itu bagus kerana orang lain sampai 20 mm/l
dia kata lah (nak menyedapkan hati aku lah tu)

aku tanya bagaimana nak kawal gula
dah macam-macam saya  buat kadar gula tak capai paras normal
maka al ksah doktor mula bercerita
aku mencatat

1. Paling penting, ayah zain mesti kurangkan pengambilan minyak.
(Masya Allah apa kena mengena minyak dengan diabetis - tak apa aku dengar terus)
2. kurangkan pengambilan refine sugar seperti air dalam minuman, kueh-kueh dan sebagainya
(hak ini aku setuju le, masalahnya kueh????? kalu kueh lapis/flat aku suka hehehh)
3. kemudian kurangkan pengambilan karbohiderat
(maksudnya yang aku kurangkan nasi tu tak berapa betul kerana yang patut aku kurangkan ialah minyak dan gula, heheh)
4. Banyak pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Makan apa sahaja sayur tetapi jangan menggunakan minyak -(gorenglah tu)
Jangan makan buah-buah yang banyak gula seperti rambutan, duku, pisang, tembikai, durian)
paling sesuai ialah ialaj epal tak kiralah epal hijau atau epal apa pun yang penting epal dan buah lai.
5. Ambil lah protin seprti ikan tapi jangan guna minyak, begitu juga dengan daging sama ada lembu atau daging namun jangan gunakan minyak.

ha itulah dia nasihat doktor kepadaku
Doktor ni banyak mazhab juga
yang sorang tu kata ini
yang sorang tu kata begitu
malah ada satu aku confuse cara pemakanan ubat
ada yang kata glicazide di ambil sebelum makan ada yang kata selepas makan
ada pulak di Indonesia sorang doktor kata tidakpayah ambil ubat amalkan sahaja pemakanan yangsihat.

Maka terpulanglah kepada diri sendiri
 mahu ingat sendiri
 kawal diri sendiri
orang lain apa peduli
(ada aku kisah kah kah kah
bab makanan memang aku kisah sesangat)


makan sayur kat hotel ni mengenyangkan juga
tp mengapa kat rumah aku lapar sentiasa?
petang semalam ambil sikit nasi lemak?????!!!!

Jumaat, 23 April 2010

Sayuran

230410
Alhamdulillah,
akhirnya sampai juga ke rumah
Perjalananan mengambil masa hampir 5 jam
Pelik?
Mengapa lama sangat tu.

Bertolak daripada Ayer Keroh pukul 12.45 tengah hari.
Singgah di Pagoh untuk menunaikan  solat Jumaat di IKBN Pagoh
besar sungguh masjid ini
namun ketika sampai azan kedua sedang bergema
Alhamdulillah sempat jugalah nanti mendengar khutbah Jumaat
Dalam hati mesti ingat duduk di bahagian belakang kerana ramai jemaah sudah duduk di beranda masjid.
Selepas mengambil wuduk terus masjid ke dalam masjid
Masya Allah, ada ruang-ruang kosong yang masih belum diduduki.
AZ terus menapak perlahan-lahan melalui jemaah
akhirnya az sampai juga ke saf paling hadapan
CL kata seat A
Kesiahan jemaah itu yang tidak tahu fadilat duduk di saf hadapan
semoga Allah mengampuni mereka

Pukul 2.00 petang
perjalanan diteruskan
Pukul 3.20 petang sampai di Benut
teringat hendak berjumpa doktor kerana tekak berasa sakit dan panas
rupanya tounsil menyerang
terdapat kemerahan di tekak
doktor kata tidak perlu bimbang
cuma sebesar biji tasbih.

pukul 4.00 menersukan perjalanan ke Ayer Baloi
namun suara hatiku mengarahkan aku terus ke bandar Pontian
kerana mencari sayuran dan buahan
maklumlah sudah melalui latihan makan tanpa nasi.

Namun di pasaraya tiada sayuran seperti hotel
hanya bertemu salad, timun sahaja
dimana sayur-sayur gemok yang lain
lupa pulak nak tanya  nama sayuran gemok itu di hotel tersebut
aku tak berjumpa asparagus, capsikum, kobis warna warni
ermmm tak ada kelas pasaraya ini
atau aku tidak mengenalinya

Akhirnya pukul 5.00  petang
sampai juga di rumah
Alhamduillah


Juadah ini mengenyangkan
siapa kata makan sayur tidak kenyang
cabarannya di rumah
perut lapar sentiasa

Tugas Berat Menanti

230410:
Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah
yang memberikan nikmatnya
tidak terhingga.

Bertemu lagi kita
di pagi Jumaat yang ceria
Hari penuh mulia, penuh baraqah

Tak sedar,
sudah masuk hari ke-4
aku berada di bumi Melaka
Bumi bersejarah
Hari ini aku akan memandu semula
bertemu insan-insan tersayang

Selama 3 hari
kami bermuhasabah diri
adakah kami telah menjalankan amanah yang diberi
mendidik anak-anak bangsa
berdiskusi, mendengar taklimat dan sebagainya

Selepas ini
adakah aku masih sempat menjengok
bergurau senda
mengusik rakan taulan di maya
kerana tugas-tugas berat yang ada
untuk dilaksana

andai kata
tiada di udara
jangan gusar di dada
mungkin aku tidak bisa meluang masa.
maaf jua di pinta
jangan ada prasangka
ada  masa az pasti menjengok semula.


2 hari tidak menjamah nasi
sayuran menjadi menu pilihan
alhamdulillah.

Salam Ceria

Khamis, 22 April 2010

Secukup rasa

220410:
Salam ceria, salam sejahtera
kepada anda pembaca setia
bersama-sama kita mengecap hri-hari bahagia
menjalankan tugas dan amanah yang kita ada

Diam tak diam sudah sudah 3 hari aku berada di hotel ini
Program yang memenatkan daripada pagi ke malam
cuma berhenti buat seketia
melepaskan penat
meluruskan pinggang
tak sempat nak ziarah rumah-rumah kawan
tambahan pulak broadband yang melelahkan
kadang kala terasa nak buang sahaja ia.

Pagi ini
aku mengambil keputusan tidak mahu bersarapan
cukup lah dengan bekalan roti yang ada
kalau turun pun ambil roti juga
menu pelbagai tetapi tiada yang sesuai


masa yang ada sempat juga
aku menyediakan n3 ini
untuk tatapan pembaca setia



Rabu, 21 April 2010

Sekadar mengingati diri sendiri

210410:

Firman Allah dalam hadis qudsi :

Wahai anak cucu Adam !!!
Dirimu Aku ciptakanmu dari tanah dan Aku akan mengembalikanmu ke tanah. Lalu setelah itu Aku bangkitkan kamu dari tanah. Maka tinggalkanlah dunia dan bersiap-siaplah untuk menghadapi kematian.

Ketahuilah bahwa jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjauhkan dunia darinya dan Aku akan mengarahkannya untuk mengerjakan amal akhirat dan Aku akan memperlihatkan kepadanya kejelekan dunia sehingga ia menghindar darinya, kemudian ia akan melakukan amal penghuni surga dan dengan rakhmat-Ku Aku akan memasukkannya ke dalam surga.

Jika Aku membenci seorang hamba maka Aku akan membuatnya melalaikan-Ku karena dunia, dan Aku akan mengarahkannya untuk melulu melakukan perbuatan duniawi dan dengan itu ia menjadi budak dunia, pada akhirnya Aku akan memasukkannya ke dalam neraka.



ok la ni

210410:
Alhamdulillah
Bertemu kembali di ruangan ini
Allah masih memberikan kita nafas
untuk menikmati keindahan maya
semoga kita sentiasa bersyukur
kepada nikmat yang ada

Pagi ini nan ceria
namun tiada ku dengar kicauan burung
kerana aku berada di hutan batu
di dalam bilik tertutup kedap udara
pendinginhawa menghalang pendengaran
kicauan burung riang di luar sana

Sarapan pagi sudah tersedia
menunggu penghuni menjamu selera
pelbagai menu tersedia indah
apa yang mahu silakan sahaja

Namun, apa daya ku
dietku ketat kerana dijaga
walaupun banyak menu tersedia
tidak sesuai dengan selera
kerana itu sekatan yang perlu dijaga
justeru dua keping roti wholemeal
segelas jus oren
penyambung nyawa di pagi ceria
kawwa-kawan menegur
menu itu sahaja?
aku menjawab
Alahmdulillah syukur kepada yang esa


Selasa, 20 April 2010

gangguan sementara


200410:
Alhamdulilah.
Akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju.
Perjalananan cuma  2 jam sahaja.
Namun amat  membosankan.
AKu memandu bersendirian.
Sekejap-sekejap badan terasa melayang
Tersenggok-senggok
menguap jangan cerita
Seksanya dunia terasa
memandu tanpa kawan untuk berbicara.
memandu tanpa sesiapa untuk  berbicara.
Hanya siaran Radio ERA menjadi teman di perjalananan.
Kemudian hujan turun
 turun dengan lebatnya
membuatkan pemanduan aku tergendala
namun hikmahnya
mata segar, terbeliak mencari jalan
gelap gelita  tidak keharuan
kereta di depan di agak sahaja
tiba-tiba kereta bergegar
air rupanya pabila di harungi.
nasib baik tidak lama
jalan kembali di depan mata
syukur alhamduillah
syukur kepada Allah azajawalla.
Mah suci Allah.
Tiba-tiba dibelakang pelik seketika
sebuah kereta wipernya berbeza
rupanya Honda Civic punya wiper
tak sama rupanya
Kini aku diperantauan
tidak tahu boleh menyapa
kerana terikat dengan masa
kursus daripada pagi hingga ke malam
Jangan ditanya kemana menghilang
kerana tugas diutamakan
kerana gelombang broadband juga
ada masa kita bersiaran semula.


Tamparan Wanita

200410 :
Hari ini az nak berkongsi pasal wanita pulak.
Asyik cerita makanan sahaja. Bosan juga.
Tajuk blog pun macam tajuk lagu
TAMPARAN WANITA oleh Elite
Macam-macam ada
Itulah dia Wanita,
Wanita yang dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam
banyak beranggapan ia lemah
yer ker lemah
Siapa yang berboss kan wanita tahu jawapannya
Mendapat jolokan " tangan yang membelai  buaian boleh menggoncangkan dunia"
Jangan dipandang remeh kuasa wanita
Wanita boleh melakukan lebih daripada apa yang anda jangkakan
Lihat ini
saya petik daripada satu blog (minta izin yer tuan blog)

'Whatever you give a woman, she will make greater.
 If you give her sperm, she'll give you a baby.
If you give her a house, she'll give you a home..
If you give her groceries, she'll give you a meal..
If you give her a smile, she'll give you her heart.
 She multiplies and enlarges what is given to her.
 So, if you give her any crap,
be ready to receive a ton of shit.

Itulah dia
yang paling terkesan di hati ialah di akhir ayat itu
waspadalah

Apa komen GPK?

Isnin, 19 April 2010

Ketupat Lembu

Ketupat Lembu

190410: inilah ketupat lembu

hehehh, ada-ada saja kan
Sebelum ini kita hanya tahu Ketupat sate, Ketupat bawang atau ketupat Jantung (hehe ada ke)
Hari ini az nak berkongsi pasal Ketupat Lembu pulak.
Kerana kreatif dan pelbagai imaginasi maka wujudlah ketupat lembu
az ketemui ketupat ini di sebuah warong khusus menjual ketupat di Pontian
Warong ini betul-betul berada di Jalan Besar berhadapan dengan Hospital Daerah Pontian.
Ia dijual dengan harga RM3.50 sebji.
AZ nak beli juga pada mulanya
tetapi tak jadi kerana tak berani nak sembeleh lembu-lembu itu
jadi terpaksa dilupakan aje. Beli jer ketupat sate.

Jadi kalau berminat, boleh lah singgah ke warong tersebut.
Pelbagai ketupat dijual berserta dengan pelbagai rendang dan kuah kacangnya
Warong ini tidak menjual makanan yang lain
Cuma hari itu terdapat juga borasak makanan tradisi orang Bugis.
Selamat menjamu selera

Ahad, 18 April 2010

Roti Canai

180410
Hari ini hari Ahad.
Hari bersantai.
Hari tidak bekerja.
Apa program hari ini?
Tak ada apa.
Cuma membelek data untuk e-filling. Masih belum siap lagi ni.

Hampir selesai,  aku turun ke bawah
whoopss
Apa yang putera bongsi  (PB) bikin?
Kena dera ke

lor, PB sedang menguli tepung
"nak buat roti canai "kata mrszain.
mrszain tak larat nak buat kerja-kerja menguli tepung ni.
maka si PB lah membantunya.Tulang 4 keratnya masih ok lagi. Orang mudakan
mrszain kata anak-anak murid datang merayu-rayu nak buat roti canai.
Anak murid mrszain memilih membuat  roti canai  sebagai satu kemahiran yang mahu mereka tonjolkan.

(Padanlah minggu lepas ada seorang guru berjumapa aku meminta kepastian betulkan mrszain padan buat roti canai.
Aku menafikannya. Kerana suku abad aku bersamanya tak pernah dia buat kerja tu, roti canai segera adalah ) Hehehhe padalah mrzain senyum-senyum simpul ada makna memandang kepada ku. Rupanya cikgu x tersebut menyampaikan berita itu kepada mrszain.

 Rupanya mrszain buat rehesel dulu. Supaya nanti tidak kekok bila sesi demontrasi.
Inilah kerja guru, selain mengajar, kemahiran yang lain juga perlu ada untuk ditunjukkan kepada pelajat
Dah lama dia tak buat kerja-kerja itu
justeru terpaksa mencuba dulu sama ada masih berbisa atau tidak

Hanya memerlukan sekilo tepung
sedikit air dan garam seckup rasa
ditambahi sedikit marjerin supaya doh menjadi lembut.

Rupa doh yang hampir siap
Lama juga proses menguli ni
keluar peluh jantan tuh hheheh
agaknya sebab tu roti canai ni laris dipasaran kerana ada unsur semulajadi (whopsss tak ada lah)

tepung perlu di uli sehingga lembut
apabila tepung itu diu cucuk dengan jari dan berlubang maka itulah tanda tepung sudah lembut


Semasa menguli, minyak digunakan
tidak heranlah mengapa kita tidak digalakan makan roti canai kerana kolestrol
Namun sedap punya pasal, kolestrol tolak tepi.

setelah hampir satu setengah jam menguli, sampailah masa untuk memisahkan doh tadi ke bahagian yang kecil kecil seperti ini

Inilah rupa doh yang dah siap
Daripada sekilo tepung hanya dapat 20 biji (20 keping)  roti canai.

whopss, tunggu dulu. kepalan doh yang kecil-keci tadi belum boleh di canai lagi,ia perlu di perap untuk seketika.
mrszain kata malam nanti akan di canai dan digoreng.

Inilah dia rupa roti canai mrszain. Roti canai pertama mrzain
Roti canai yang mrszain belajar daripada seorang kawannya semasa mrszain berumur  12 tahun.
wow, rasanya not bad lah. sedap CL.
Apa lagi GKB, kata nak serang selatan, ada berani?
Kalau nak rasa marilah turun ke Pontian lagi sekali.

Roti Arab

180410 :
Setelah menziarahi sahabat di Ward PPUM, kami pergilah minum di Kafe yang berada di PPUM tersebut.
Kerna Hari dah larut  hampir jam 10.00 malam dan tak mahu menyusahkan kawan  saya mengesyor minum sahaja di Kafe PPUM.
Lagi pun perut masih kenyang lagi. Kalau perut kenyang, makan apapun tak terasa kelazatannya.
Tapi saya nak makan apa yer. Ini tak boleh, ini tak boleh. heheh

Kami sampai di ruang kafe PPUM.
Terdapat satu kiosk di situ.
Menarik.
Sayang, saya ditegur kerana tidak dibenarkan ambil gambar kerana ia ada hak terpelihara.
ada ke patut pengusaha itu nak tengok apa yang az snap, dia kata nak delete.
ermm. tak bagi tak apa. Tak kisah (...ada aku kisah hehhe)
ok lah, kita makan roti arab saja la
Roti arab di pootong dua
di sapu  mentega
Di bakar bagi ranggup

Not Bad
Orait juga

Sabtu, 17 April 2010

Datang Bagai ribut pergi bagai semut

170410 : Siapakah empunya kaki ini? Mengapa ia dipaparkan diblog ini? Inilah dia kaki kepunyaan sahabat lama ku. Sahabat yang sama-sama berada di menara gading di akhir tahun 70an dahulu. Lama kami tidak berjumpa,  tiba-tiba berita mendatang ia terlantar di hospital.

Maklumlah kami ni dah menjadi warga emas. Jadi kalau dah warga emas ni faham-fahamlah. Pelbagai penyakit dihidapi oleh warga emas ini. Hanya mereka tertentu sahaja seperti Ayahanda Srenggenge, walaupun veteran masih sihat bugar tanpa penyakit dihidapi.

Kawanku ini  Sudah lama terlantar di Hospital. Berpindah randah daripada satu hospital ke satu hospital. Matlamanya satu supaya  kakinya cepat sembuh. Kakinya tercedera kerana kesilapan teknikal dan terluka.

Kawan ku ini senasib dengan aku juga. Kami mempunyai diabetis mellitus. Apatu? Namanya begitu indah. Boleh bagi nama kat anak-anak. hehhehe (mabuk ke). Diabetis begitu senonim dengan orang-orang Malaysia. Lebih sejuta penghidap diabetis di Malaysia. Orang kampung memanggilnya kencing manis. Kalau pergi ke hopsital, kalau doktor tak boleh bikin, doktor akan membuang atau memotong bahagian yang dijangkiti itu. Senang kerja doktor kan? Macam aku dulu, kerana bisul sahaja, doktor membuang bahagian yang terjangkit, katanya kalau tidak dibuang, ia akan merebak.

Kawan ku ini masih di rawat  di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Sebelum itu beliau  di rawat selama sebulan di Hospital Ampuan Rahimah di Kelang. Kerana tiada apa-apa perubahan   dia pergi berubat di Hospital Alternatif di Gombak. Aku tidak tahu berapa lama dia mendapatkan rawatan di situ, kemudian aku menerima kabar dia dimasukkan pula ke PPUM, Kuala Lumpur. Bijak pandai orang tua-tua mengatakan penyakit datang macam ribut tetapi perginya bagai semut.  Kadang-kadang tidak pergi langsung.

Semasa aku menziarahinya baru-baru ini, kecederaaan di kakinya itu hampir kering. Aku tak dapat melihat kerana di balut dengan kain pembalut luka. Gembira hatinya bila melihat kawan-kawan datang menziarahi. Sambil berziarah sempat kami bercerita tentang beberapa kawan kamiyang lain. ADa yang dah membuka cawangan namun ada juga yang telah berhijrah ke alam baqa. al- Fatihah. Ada juga yang menduda dan ada juga yang menjanda. Itulah resam dunia. Asalnya seorang kemudian berdua, bertiga dan sebagainya. Akhirnya kembali berdua dan kemudian berseorangan semula.

Semoga beliau cepat sembuh dan ceria kembali bersama keluarganya.

Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (QS: al-Muzzamill:73:20)

Mari berpuisi

170410:
 Di pagi sabtu ceria
 tika burung-burung berkicau mesra
tika anak-anak ayam mencari ibunya,
tika bayi merindui  ibunya
tika sang suria mula memancarkan sinarnya.
tika embun pagi mula mengeringkan dirinya

Burung-burung berkicau ria
berkicauan mencipta irama bahagia
bersahutan antara mereka
memberi tahu insan  bersegera
jangan tidur bersahaja
nanti rezki hilang tiada rupa
kerna ada yang meminta
kerna ada jangan dileka
Insaflah
hayatilah
amalkanlah
kerna hidup cuma seketika
esok lusa  tiada berita
adakah  masih dapat menghirup udara

jangan dipersiakan usia yang ada
jangan dipersiakan masa sekelumit cuma
kerana masa tidak menunggu sesiapa
bangunlah anak-anak merdeka
bangunlah tanpa dipaksa
kerana Allah tidak menciptakan dikau percuma




Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (QS:23: al-Mukminun:115)



Jumaat, 16 April 2010

Orang Bertakwa

160410 : Hari Jumaat, hari yang mulia penuh berkat. Hari yang digalakkan kita memotong kuku, bersuci dan bagi lelaki muslim diwajibkan bersolat Jumaat. Hari Jumaat menjelma kembali dan kita sebagai hamba Allah perlu menfaatkan hari yang mulia ini. Justeru di pagi yang mulia ini, aku ingin berkongsi dengan pembaca kalian tentang dua ayat di dalam surat Thalaq iaitu ayat kedua ( suku akhir ayat kedua) dan ayat ketiga. Ayat ini popular dengan panggilan ayat Seribu Dinar. Aku tidak mengetahui mengapa ia dikenali dengan nama begitu. Kata orang ayat ini boleh membuatkan pengamalnya mendapat rezeki yang melimpah ruah, di hilangkan kesusahan dan sebagainya. Bagi aku ia adalah ayat-ayat yang telah diturunkan oleh Allah  sebagai panduan, pengajaran, peringatan dan sebagainya kepada hamba-hamba Allah.  Ayat ini lah yang dianjurkan oleh seorang ustaz untuk diamalkan selepas solat fardu semasa kesihatan aku tidak berapa stabil minggu lepas. Lantas aku menyelusuri internet dan berjumpa ayat ini sebagai perkongsian di pagi Jumaat yanh mulia ini.

Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

Ayat ini menganjurkan kepada agar  bertakwa kepada Allah. Takwa bermaksud  melaksanakan segala suruhan Allah  dan meninggalkan segala laranganNya, Kalau kita perhatiakan maksud ayat ini kita akan dapati :-

1.  Allah memberikan jalan keluar kepada orang bertakwa daripada kesusahan atau kesulitan
2. Allah memberikan rezeki yang tidak di sangka-sangka (tidak kita terfikir/terlintas)
3. Allah akan menyelamatkan kita daripada ancaman, kesusahan dan sebagainya
4. Allah berjanji tetap melakukan perkara yang dikehendakinya
5. Allah menetapkan kadar dan masa berlakunya tiap-tiap sesuatu itu.

 Tetapi AWAS:

Jangan menggantung ayat ini sebagai tangkal pelaris dan sebagainya kerana ia boleh menjadikan kita SYIRIK.   Kita amalkannya terutamanya selepas solat fardu dengan membacanya 3 kali. Allah hu aklam


Khamis, 15 April 2010

Terima kasih keperihatinan Semua

150410:
Tiada kata seindah bahasa untuk ku tuliskan
tiada melodi seindah irama untuk lagukan
cuma sekadar penyeri ruangan
untuk dinyatakan kemana hilang gerangan



Kehilangan aku kerana kesihatan
kesihatan yang tidak menentu
demam mendatang aku lemah tidak bermaya
hilang segala kudrat untuk bermadah
cuma melihat apa yang ada
cuma mendengar apa yang dikata

Terima kasih tidak terhingga
kepada kengkawan berhati budiman
menanya kabar kemana gerangan
hilang ceria di hati yang rawan

Kepada Cikgu Mas pembuka cerita
begitu perihatin merisik kabar
mengapa ayahzain hilang begitu
tiada berita menyepi begitu rupa
hati yang rindu menyapa di hati

Kepada Rezeki kawan yang kaya
adakah lappy tidak berdaya
atau berkursus tuntutan tugasan
kerana lamanya tiada berita

Kepada Hjh Zainab cantik rupawan
kemana ayahzain ditelan bayang
setiap kali datang menjengok
hanya kelihatan berbalam-balam

Kepada CikLie yang mulia hati
datang bermesej bertanya khabar
tidak puas hati dengan jawapan
menelefon juga mencuit tawa yang riang

Kepada S yang ramah nun di utara
terima kasih tidak terhingga
semoga Allah memberkati sekeluarga
kini ayahzain ke udara kembali

 kepada semua pembaca budiman
ku kuatkan juga untuk berbicara
maaf di pinta kerana tidak menyapa
mengumpulkan kudrat ke udara semula



Isnin, 5 April 2010

Rezeki datang bergolek

050410:
Hari ini selepas minum pagi di kafe, aku dapati ada objek di atas mejaku.
Objek ini macam biasa aku lihat tetapi di mana yer.
Tidak mengapa, mari kita lihat dahulu
siapa yang kenaaaaaaaa

Inilah dia yang berada atas mejaku
Aku tanya staf, siapa yang meletakkan benda itu atas mejaku
Mereka menjawab
"tadi ada seseorang datang ke pejabat menghantar 'objek'itu.
Alah ayahzain, apa ada kisah, orang dah bagi ambil jer"


aku membuka dan mendapat sehelai kain pulikat
alhamdulillah. Tidak mengapa.
aku terima nikahnya lah sahaja.
Bos pun dapat tu.

Balik ke rumah, ada juga objek di atas meja.
mrszain mengatakan ada bekas pelajarnya yang memenri hadiah
sebagai tanda terima kasih kerana mendapat A+ sebjek sejarah
Bekas pelajar itu mendapat semua A dalam SPM baru-baru ini.

Inilah dia hadiahnya berupa bekas makanan (mangkok buah/kueh/dll)
Terima kasih banyak-banyak naaa

Terima kasih daun keladi
bekas pelajar yang baik budi
rajin-rajinlah mengaji
nanti masuk Institusi Pengajian Tinggi

Belacan?

050410: Belacam?
Belacan mana ni Marjina?
ooo ni belacan Penang mak encik.
hehehh
itulah antara dialaong dalam cerita Ali Baba BUjang lapok.

Belacan memang sinomim dengan orang Melayu.
Tanpa belacan selera kurang sedikit untuk menikmati makanan tengah hari
Dengan sambal belacan tentunya menaikan lagi nafsu makan itu
Belacan juga digunakan sebagai perencah masakan
Belacan yang dibakar .... yum yum yummy

ini dia belacan dalam bentuk bungkusan baru.
Menarik bukan?
Macam tak percaya pula
itulah dia belacan

Tengok harga? Boleh tahan.
Kalau di tepian jalan harganya tak begitu
Dengan sedikit daya kreatif
di jual pula di pasar-pasar Hyper
Harganya ? berpatutan juga


 Dimaklumkan ayahanda kepada anakanda Musafir Islam telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 3.00 pagi (Isnin 5 April 2010) tadi kerana Kanser Paru-paru. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama mereka yang solehin. Amim. Al - Fatihah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...