Sabtu, 31 Julai 2010

Selamat Pengantin Baru (1)

310710
Hari ini tercatat satu sejarah di tempat kerjaku.
Berlangsung majlis pernikahan seorang guru di Surau Sekolah dan seterusnya majlis perkahwinan dilangsungkan di Dewan Sekolah. Tentunya majlis pernikahan ini disaksikan oleh pelajar-pelajar yang juga merupakan satu bentuk pembelajaran tidak formal dalam bab munakahat.
Di sini pelajar boleh menggunakan teori di kelas dengan amali yang sebenarnya, Tentunya peristiwa ini akan menjadi satu lagi saat manis bagi pelajar dan terutamanya kepada pengantin itu sendiri.

Jam 9.00 pagi rombongan pengantin lelaki sampai di surau dan diikuti dengan kehadiran pengantin perempuan dan akhirnya jurunikah daripada kampong berdekatan sekolah datang untuk menyempurnakan majlis pernikahan tersebut.

Majlis pernikahan tamat pada pukul 10.00 pagi dan seterusnya majlis perkahwinan diadakan pula di dewan sekolah . Mempelai di iringi dengan pasukan kompang sekolah dan disambut oleh  3 orang pahlawan menunggu mempelai di foyer dewan menghadiahkan persembahan pencak silat kepada kedua mempelai yang cantik jelita dan tampan bergaya. Majlis diserikan lagi  dengan tarian zapin selamat datang oleh puteri putera sekolah di bawah bimbingan guru penasihat kelab kebudayaan.

Lagi bermakna  katering j disediakan oleh rakan-rakan guru dan pasukan kenderat pula diuruskan oleh pelajar-pelajar tingkatan dua yang kacak dan jelita melayan tetamu yang tiba menjamu selera. Membanggakan juga jurubasuh pinggan   disempurnakan oleh pelajar-pelajar secera bergotong royong.


Selamat Pengantin Baru kepada Guru Bahasa Melayu kami. Semoga anda berbahagia hingga ke akhir hayat yang bakal  diceriakan dengan kehadiran anak-anak dan cucu-cucu kalian nanti. Insya Allah.

sebagaian pelajar yang menyaksikan majlis pernikahan di surau

hantaran dan balasan di letakan beriringan simbolik kesefahaman dan kebahagian

Jurunikah mendapatkan persetujuan pengantin perempuan (Cikgu BM)
udah setuju kena tandatangan

aku terima nikah.......... sah? sah amin
hanya sekali lafaz tu CL

penyerahan hantaran RMxxxxx.xx

yer bang .............

tak yah malu-malu
yang haram sudah  menjadi halal

ibu pengantin perempuan berpesan kepada anak kesayangan agar menjadi isteri yang solehah.......


ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan anak-anak muridnya

bergambar kenangan dengan boss

Selamat Hari Pahlawan

310710


Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu kelak dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasa mu kelak tertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju luas ke medan perang
Jangan ragu
Sebagai askar berjuang

Lirik Lagu Pahlwanku  Nyayian Sanisah Huri

Hari Pahlawan (Heroes' Day atau Warriors' Day) merupakan satu hari khusus untuk memperingati jasa pahlawan-pahlawan mempertahankan tanah air di beberapa negara. Malaysia merayakan Hari Pahlawan pada setiap 31 Julai setiap tahun. Ia biasanya disambut sempena hari kelahiran seseorang pahlawan, atau hari kepahlawanannya.

31 Julai 2010
Selamat Hari Pahlawan
Semoga Allah mencucri Roh Pahlawan - Pahlwan Malaysia yang gugur mempertahankan kedaulatan Malaysia. Jasa-jasamu tetap dikenang oleh anak bangsa Malaysia.

Alhamdulillah, kali ini Sambutan Hari Pahlawan di adakan di Puterajaya tanpa acara meletakan kalungan bunga dan bertafakur di hadapan Tugu.

Jumaat, 30 Julai 2010

Cendol Leman Dawi (CLD)

300710
Alhamdulillah, akhirnya aku selamat kembali ke rumah setelah berada di luar kawasan selama dua hari satu malam. Aku meninggalkan daerahku pada pagi semalam bersama-sama dengan boss aku ke Beranang, Selangor Darul Ehsan. Disini kami akan menjalani satu proses penilaian yang akan dikendalikan oleh satu syarikat consultan yang telah dipilih oleh majikanku. Paling aku tidak sangka ialah salah seorang daripada krew consultan itu bekas anak muridku. Adus, sekarang ni anak-anak murid aku bertebaran di mana sahaja. Kalau dulu aku menilai mereka, kini mereka pula yang menilai aku. huhuhu. Dan satu lagi yang aku ingin berkongsi ialah salah seorang peserta program itu adalah bekas anak murid ku juga. Adussssss, rupanya anak murid juga sudah menyamai gred aku . Begitulah lumrah alam.

Kita lupakan saja kisah itu. Biarlah ia berlalu di bawa angin bayu. Aku lebih suka untuk berkongsi cerita yang lebih menarik semasa dalam perjalanan balik petang tadi. Daripada Beranang aku melalaui Bandar Seremban. Aku tidak emlalui Lebuhraya PLUS kerana ingin mengimbau  nostalgia semasa aku berada di bandar Seremban selama satu setengah tahun kira-kira 35 tahun yang lalu. Bandar Seremban kini jauh berubah. Jalan-jalan banyak yang sehala, jenuh juga aku mengenal pasti jalan-jalan tersebut, alhamdulillah aku berjaya melepasi bandar Seremban dan terus menghala ke Tampin.

Ketika melepasi simpang Rantau, sebuah tempat bernama Sg. Gadut...... aku terpandang satu gerai cendol. Meriah nampak gerai cendol itu (aku memang hantu cendol, pantang betul aku kalau jumpa cendol, sure aku balon (Makan ler)  Aku mempelawa boss untuk merasai CDL ini. Boss setuju kerana terpesona dengan iklan yang begini rupa


Kak su lihat tu, tengok betul-betul banner CLD itu
 cendol, gula, santan dan ais : semunya percuma
lagi best: lagi banyak tambah. lagi banyak percuma
ada ke tempat-tempat lain buat macam ini,
kalau lah KPPNH (Kambing Panggang Shami2)  buat ofer gini.........sendiri mahu ingat kot.

Kami memesan cendol pulut, (ada 4 pilihan itu cendol kacang, jagung dan cendol biasa). Niat dalam hati memnag nak tambah. (Di atas meja memang sedia ada sebekas ais dalam termos ais, cendol &santan dan gula melaka).  Memang lazat cendol Leman Dawi ini, cendolnya gemok-gemok, terasa bila melalui anak tekakku.

Habis semangkok cendol itu (CL jangan risau, az makan cendol tanpa gula huhuhu), kami tak larat nak menambah lagi. Mengapa? Memang kenyang. Sebab itu Pak Leman Dawi buat iklan begitu, tak tahulah kalau Pak Itam yang makan kerana isipadu pak itam lebih 2 liter kot. Sure boleh tambah. hehhehe

whooooops!! Ada satu lagi offer di Gerai CLD ini iaitu air barli. Air bali di sini juga percuma, nak tambah percuma, nak bungkus pun percuma. (Aku lupa nak snap gambar air bali). Siap dengan plastik dan tali pengikat tuh.

Sesiapa yang melalui Jalan Seremban-Tampin di Sg. Gadut, jangan lupa singgah untuk menjamu CLD ini. Memang berbaloi.

Gerai Cendol Leman Dawi (CLD)

Pencipta Langit dan Bumi

 300710


Ketika kita  menyebut nama Allah, kemanakah fikiran kita menuju?

Nama adalah sebuah simbol kepada empunya diri. Kepada mereka yang mengenali CL dan Ketika kita menyebut nama CL maka kita terfikir orang yang kacak, lembut,  kaya dengan senyuman dan apabila bertutur akan berkata dengan sopan santun membuat kita tidak dapat melupainya. Apabila kita menyebut CM kita terbayang orangnya yang peramah, suara yang lembut, kaya dengan senyuman dan gelak ketawa yang tidak memuakkan kita.

Apabila kita menyebut ibu atau emak akan terbayang kita kepada perempuan yang melahirkan kita, melindungi kita dan menyayangi kita. Perempuan yang mengurus, mendidik dan membelai kita sejak dari kecil hinggakan seekor nyamuk pun sukar untuk hinggap ke muka kita seperti menatang minyak penuh.

Bagaimana pula apabila kita menyebut nama Allah. Adakah kita bingung membayangkan Allah? Bagaimana rupa Nya dan bagaimana ...... sebagainya. 

Apabila kita menyebut nama Allah, kita tidak perlu membayangkan 'rupa' Allah kerana kita tidak mampu melakukkannya. Allah tidak serupa dengan apa pun jua. Bagaimana hebatnya kita membayangkan rupa Allah kita tidak berupaya kerana semua apa yang kita bayangkan adalah salah. Cukuplah hanya apabila kita menyebut nama Allah kita hanya menyebut atau memanggil nama Nya itu adalah nama Zat pencipta langit dan bumi. Dialah Allah yang menciptakan kita. Tuhan yang memberi kita hidup lalu memberi kita rezeki selama kehidupan kita. Tuhan yang maha esa, maha  berkuasa bahkan setelah kita mati sekalipun. Allah yang menetapkan siapa yang berhak masuk syurga dan siapa pula yang masuk nereka.

Khamis, 29 Julai 2010

Zikir


290710
Apabila kita berzikir iaitu menyebut nama Allah, apakah yang dapat kita rasakan? Adakah hati kita bergetar? Adakah timbuk semasa rasa atau perasan semasa kita menyebut nama Allah? Atau kita tidak merasai apa-apa. Hanya sekadar menyebutnya sahaja. 

Sebenarnya semasa berzikir bukan banyaknya hitungan yang perlu kita capai. Bukan kuantiti yang diperlukan tetapi kualiti zikir itu. Tujuan berzikir ialah untuk mengingat Allah dan bukan banyaknya kiraan sebutan Allah itu.

Tiada saranan yang meminta kita berzikir sebanyak  3 kali, 33 kali, 100 kali, atau bilangan lainnya, tetapi Al Qur'an menganjurkan lebih dari itu :

Hai orang-orang yang beriman, berdzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak-banyaknya. (QS : Al Ahzab [33] : 41).

 
Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. (QS : An Nisaa' [4]:103)

Ayat-ayat tersebut tidak menganjurkan kita mengira tetapi  sebanyak-banyaknya dan setiap saat. Oleh itu marilah kita berzikir dan menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya tanpa mengira hitungannya. Kita sebutlah sebanyak mana yang kita mampu. 
 

Rabu, 28 Julai 2010

Mengukur kadar keimanan

280710:


Kita mengaku bahawa kita orang yang beriman. Beriman kah kita? Adakah dengan mengucapkan dua kalimah syahadah atau mempercayu Rukun Iman sudah memadai menyatakan kita telah beriman kepada Allah?

Adakah anda mengetahui keimanan itu harus dibuktikan dengan menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan Nya?


Di dalam al-Quran banyak disebutkan perkara ini iaitu menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan Nya agar kita menjadi orang yang beriman. Antara ayat-ayat tersebut ialah:

�� Harus berpuasa (Al Baqarah [2]: 183)

�� Harus banyak berdzikir. (Al Ahzab [33] : 41)

�� Harus menjadi saksi yang adil (Al Maa'idah [5] : 8)

�� Dilarang merendahkan orang (Al Hujuraat [49] : 11)

�� Dilarang menyakiti orang yang diberi sedekah (QS Al Baqarah [2] : 264)


Ayat-ayat tersebut dimulai dengan  "Hai orang-orang yang beriman …".

Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang beriman sekiranya kita mengabaikan ayat-ayat tersebut? Sudah tentu TIDAK kerana kita tidak termasuk orang yang beriman, karena kita bukan orang yang dimaksudkan oleh ayat-ayat itu.

Berikut ialah ciri-ciri orang yang mempunyai iman yang tinggi:

1. Mereka melaksanakan perintah dan larangan Allah dengan senang hati.
2. Mereka yakin, perintah dan larangan tersebut pasti sesuatu yang baik bagi dirinya sendiri.
3. Menjadikan perintah dan larangan Allah sebagi  sikap hidupnya sehari-hari.
4. Mereka  melaksanakan ayat tersebut meskipun terasa tersiksa hidupnya.

Orang yang mempunyai iman yang rendah mempunyai ciri-ciri berikut:-

1.  Mereka melaksanakan ayat-ayat tersebut karena takut dosa dan neraka.
2.  Mereka akan menganalisa dan melakukan banyak pertimbangan untung-ruginya, sebelum melaksanakannya.
3.  Mereka memilih ayat-ayat yang menguntungkannya, seolah-olah dia lebih pandai dari pada Allah dalam mengatur alam semesta.

Di dalam al-Quran terdapat ayany-ayat  bukan berupa perintah atau larangan, tetapi banyak  menggambarkan suasana kejiwaan dan sikap orang yang beriman. Ayat-ayat ini  penting kedudukannya dalam Al Qur’an, karena berdasandarkan ayat-ayat itu mengetahui setakat mana keimanan kita. Apakah diri kita memiliki ciri seperti orang yang dijelaskan dalam ayat-ayat tersebut., seperti:

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita.
(QS Al Ahqaaf [46] : 13)

Ayat ini menggambarkan Ciri-ciri orang yang beriman :-

1. Orang beriman   tidak pernah merasa khawatir dan tidak pula berduka cita.
2.  Hidup mereka selalu bahagia.
3. Kebahagiaan itu sudah dirasakan sejak hidup di dunia hingga nanti diakhirat.
4. Mereka sangat percaya kepada firman Allah yang tertulis di Al Qur'an.
5. Mereka percaya, bahwa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, tidak mungkin Allah akan merugikan hamba-Nya.
6. Mereka tidak pernah khawatir akan masa depan, karena tahu bahwa Allah telah menjamin rezekinya sejak lahir sampai mati nanti. Mari kita fikirkan alasan ini:-
Ketika masih menjadi bayi yang tidak mampu mengurus diri sendiri, Allah telah mengirimkan kepada kita orang-orang yang menyayangi kita. Memberi makan, memandikan, mengasuh, hingga kita mandiri. Lalu Allah memberikan kepandaian, kekuatan dan rezeki terus menerus hingga menjadi dewasa seperti sekarang ini. Setelah kita hidup dan menikmati rezeki dari Allah, kenapa kita masih saja tidak percaya bahwa Allah Maha Pemberi Rezeki?

7. Ketika terjadi musibah, orang beriman tidak berduka yang berpanjangan. Mereka sabar dan tenang menghadapinya. Mereka percaya, bahwa ini adalah ketetapan yang terbaik dari Allah SWT, karena Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Karena itu mereka menunggu dengan penuh harapan, kebaikan apa yang akan Allah berikan setelah musibah ini berlalu.

Dengan melihat ayat tersebut maka jika kita selalu risau atau kuatir akan apa akan terjadi atau terlalu sedih dan menyesali terhadap sesuatu yang telah terjadi,   itu menandakan ada sesuatu yang salah dalam keimanan kita. Kita belum sepenuhnya percaya, bahwa Allah mampu mengatur alam semesta dengan sempurna.

 Orang-orang yang beriman itu apabila  disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (QS : Al Anfaal [8]:2).


Selasa, 27 Julai 2010

Anak Syaitan ke 8


270710
Kira-kira beberapa meter meninggalkan kereta, aku dapat merasai bahawa aku terlupa untuk mengunci kereta. Aku dah kunci ke belum kereta tadi? Aku yakin dah kunci sebelum meninggalkannya. Namun timbul rasa ragu-ragu, untuk kepastian aku terpaksa berpatah semula ke kereta untuk mempastikan kereta telah dikunci. Apabila sampai di kereta, ternyata kereta aku berkunci dengan kemas. Aduh, membazir masa betul........

Semasa mengambil air sembahyang, aku merasa ragu-ragu pulak. Ish ish rambut atau telinga tadi sudah disapu dengan wuduk ke belum? Untuk kpastian  aku mengulangi semula.......

Ada satu ketika, ketika solat Asar, aku  aku terlupa bilangan rokaat solat. Udah masuk rokaat berapa ni? Aku baca ke tidak tahayat awal tadi ? Masya Allah.  tak mengapa nanti rokaat akhir buat sujud sahwi, namun  usai  membaca tahayat akhir aku terus memberi salam. Makanya aku berasa ragu-ragu lantas untuk kepastian aku mengulangi semula solat Asar sekali lagi dengan meniatkan solat Asar sebelum itu sebagai solat Kada.

Adakah tuan/puan pernah mengalami apa yanag aku alami ini? Berbagialah tuan-puan kerana tidak mengalami sperti apa yang aku alami.

Sebenarnya apa yang aku alamai itu adalah angkara anak syaitan yang bernama  walahaan . Menurut riwayat Walahaan ini adalah anak syaitan yang ke-8. Kerja Walahaan ini ialah  Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain. Sebab itulah kadang kala kita banyak melihat mereka yang merasa ragu-ragu atau was-was ketika mengambil wuduk, kadangkala abis basah pakaian namun masih merasa tahap wuduk tidak sempurna. Kadangkala iman selesai solat, ada yang masih mengambil wuduk Kadangkala kita terperasan ada makmum yang mengangkat takbir berulang-ulang kali kerana berasa ragu-ragu atau was-was sama ada takbirnya sempurna atau pun tidak.

 Justeru mintalah kepada Allah agar kita dihindari daripada syaitan yang direjam, selalu berzikir dan mintalah  pertolongan kepada Allah kerana Allah telah berfirman dengan maksudnya Kepada Mu kami menyembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Sesungguhnya manusia itu sukar untuk menghindari daripada godaan syaitan kecuali mereka yang betul-betul mempunyai iman yang kuat dan teguh. Sesungguhnyanya syaitan itu sentiasa berusaha menggoda menyesatkan manusia mengikut langkahnya kerana itulah janji syaitan kepada Allah SWT.

Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat dan selamat daripada godaan syaitan yang direjam.

Isnin, 26 Julai 2010

tahniah aki44

260710
Ayahzain mengucapkan setinggi tahniah kepada Akhi44 yang menjadi folower Ceriakan Hari-harimu yang ke-100. Lama juga az menunggu siapakah folower yang akan mencipta nama di angka 100. Maka sudah ditakdirkan bahawa yang dimaksudkan ialah Aki44.

aki44
folower CHHM ke-100

Sempena malam Nisfu Sya'ban ini az mendoakan agar Allah memanjangkan umur Aki44, dimurahkan rezeki dan  ditetapkan iman. Semoga Aki44 dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat oleh Allah swt..

Saya juga mendoakan semua pembaca CHHM mendapat kelebihan di malam yang mulia ini dengan dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah,   dipermudahkan mendapat rezeki yang halal dan ditetapkan iman dalam Islam dan mati di dalam iman.

Salam Nisfu Sya'ban
Salam ceria.

Sabtu, 24 Julai 2010

peterseli , panci dan lemari es

240710
Salam Ceria. Hari ini terdapat satu info yang aku ingin berkongsi dengan para pembaca CHHM yang aku dapat daripada emelku. Sayangnya info ini dalam Bahasa Indonesia justeru ada beberapa istilah yang aku sendiri tidak mengerti. Mari kita baca info ini:

Bertahun-tahun berlalu dan ginjal kita menyaring darah dengan membuang garam, racun dan yang tidak diinginkan memasuki tubuh kita. Seiring berjalannya waktu, terjadi akumulasi garam dan hal ini memerlukan perawatan pembersihan.

Bagaimana kita akan melakukan ini?
Sangat mudah, pertama-tama ambil seikat peterseli dan cucilah sampai bersih
Kemudian dipotong dalam potongan-potongan kecil dan masukkan ke dalam panci lalu tuangkan air bersih dan didihkan selama sepuluh menit dan biarkan dingin dan kemudian saring dan tuangkan dalam botol yang
bersih dan simpan di dalam lemari es hingga dingin. Minum satu gelas setiap hari dan Anda akan melihat semua akumulasi garam dan racun lain yang keluar dari ginjal Anda dengan buang air kecil. Anda juga akan melihat perbedaan yang tidak pernah rasakan sebelumnya.

Peterseli dikenal sebagai pengobatan terbaik untuk membersihkan ginjal dan itu ALAMI!

Silahkan disebarkan ke semua teman-teman Anda!

Info ini menerangkan kepada kita cara termurah membersihkan buah pinggang kita, hanya memerlukan seikat peterseli yang dididihkan ke dalam periok (panci) dan di dinginkan dalam peti sejuk (lemari es).

Yang menjadi masalah ialah peterseli. Apa itu peterseli? Uncle google menterjemahkannya sebagai parsley sahaja. Ada yang kata sebagai daun sup, ada yang kata sebagai daun ketumbar, namun apakah yang sebenarnya parsli itu? Sekiranya Datin, CM, Kak Su, Kak nab, Kak syida, umi umairah dan yang lain-lain tahu bolehlah memberitahu agar  kita dapat berkongsi bersama.


Daun Parsley

Berikut ialah hasil dapatan aku daripada wikipedia berkaitan dengan parsley

Pokok Pasli (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwitahunan yang daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah.Kegunaan : Daun pasli kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil. Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

Jumaat, 23 Julai 2010

Telekung & jalan becak

230710
Tiba-tiba aku teringat satu kisah lucu semasa aku bergelar mahasiswa tahun pertama di IPTA. Semuanya ini gara-gara seorang peserta kursus di hari  terakhir kursus tidak berminat untuk cepat-cepat kembali ke rumah kerana telekung isterinya sedang di basuh. Yang lucunya seorang peserta wanita (anak gadis pulak tuh)  tidak faham dan bertanya apa kena mengena telekong itu.

Kisahnya begini. Aku ketika itu aku berada di tahun satu di IPTA.  Umur baru 19 tahun. Dalam masa yang terdapat beberapa orang bekas ustaz lepasan Diploma Kolej Islam Malaya yang menyambung ijazah pertama. Mereka secara automatiik berada di Tahun kedua. Mereka memangggil kami  budak-budak. Ada aku kisah dengan gelaran itu? Justeru kawan-kawan kami memanggil mereka mahasitua. Ada mereka kisah juga hehhehe

Semestinya mahasiwa tahun pertama wajib tinggal di asrama termasuklah si mahasitua itu. 
 Walaupun dah berumur lebih 40 tahun   wajib tinggal di asrama ketika itu. Kebetulan di blok (sebenarnya aras) kami itu ada beberapa orang mahasiswa yang telah berumur dan berkeluarga. Kami panggil mereka mahasitua. padan muka kerana panggil kami budak hingusan.

Mahasitua ini pantang bila ada cuti ataupun cuti hujung minggu. Kadangkala mereka ini membodek pensyarah supaya kelas hari jumat digantikan dengan hari lain, kadang kala terpaksa digantikan pada waktu malam. Maka dapat lama sikit berada di rumah, duduk bersama anak dan isteri tercinta.  Ini semuanya gara-gara mereka hendak balik ke rumah. katanya nak bayar hutang. Hendak di pos hutang itu  lambat sampai  atau rengkasnya tidak boleh di pos langsung, lagipun perkhidmatan cureer tiada lagi masa itu. Justeru terpaksa mereka  balik untuk hantar bekalan. Mereka kata resen hehehhe. begitulah setiap minggu.

Namun pada suatu hari, di satu petang Jumaat  kami dapati ada beberapa orang mahasitua berada di asrama. Mereka tidak balik berhujung minggu. jadi kami  pun bertanya kepada mereka.

Aik minggu ni tidak balik ke? ada yang bertanya tidak hantar resen ke minggu ini. Ada yang menambah itu dan ini. Kami dapati mahasitua ini hanya tersenyum. Depa kata kau orang apa tahu. Kamu belum kawin lagi. Tak payah bertanya banyak.

Kami mendesak. Mengapa kekanda semua itu tidak balik kampung menemui anak isteri........

Tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata. Minggu ini hujan teruk lah. Lebat sangat. Jalan becak. Lecak sungguh.  Berair. Nak jalan pun  susah. Jadi mereka mengambil keputusan balik pada cuti minggu hadapan sahaja. Minggu hadapan tidak hujan. jalan kering. Mudah sikit nak lalu. Kami percayalah apa yang dijelaskan oleh mahasitua itu. Kebetulan mahasitua itu berasal daripada Kelantan. Ada logiknya kerana pada masa itu musim tengkujuh. Bulan Disember. Jadi kami percaya bulat-bulat. Kami tidak mengerti, rupanya ada udang balik mee daripada penjelasan tu.

Kemudian kami bertanya pulak kepada seorang lagi mahasitua. Mahasitua ini daripada utara. Justeru kami bertanya kenapa tak balik. Negeri utara Semenjung kering. Tiada hujan. Jalan tidak becak atau lecak.

Dengan selamba sahaja mahasitua tu berkata. Memang kering. Tidak ada hujan yang turun. Jadi ketika ini  isterinya mengambil kesempatan untuk membasuh dan menyidai serta menjemur telekong. Jadi untuk menghormati isterinya itu, dia tak balik kampung.

Ada seorang mahasiwa bertanya, dia tak faham apa kena mengena telekong di basuh dengan tidak balik kampung. Masa itulah dia kata, kamu budak-budak apa tahu. Chit mangkok tingkat mangkok hayun betul pakcik si mahasitua tu. Namun ada di antara kami yang dapat menangkap si telekong itu. kikikikkik

salam ceria

Tak ada rezeki

220710
Petang tadi aku mendapat call daripada seorang kawan lama daripada Kuala Lumpur yang outstation ke Pontian. Dia ingin sekali merasai hidangan yang paling lazat di Bandar Bugis ini. Apa yang ada di Bandar Bugis ini? Hidangan paling lazat? Fikir punya fikir aku teringat Mandela. Mana ada yang lebih lazat daripada Mandela?

Dia sampai di Ayer Baloi pukul 8.00 malam. Kawan aku ini datang bertiga bersama anak-anak buahnya. Dia dijemput ke  majlis sempena pertukaran nama baru SMK Batu 34 kepada SMK Tan Sri Osman Saat pada 23 Julai 2010. (Nama Bekas Menteri Besar Johor). Selepas  membawanya check in di Hotel Pontian aku terus membawanya  ke Mandela. Daripada Hotel Pontian ke Mandela hanya mengambil masa 15 minit sahaja.
Tiba di Mandela kami terlajak perahu. Aku macam-macam ingat-ingat lupa. Kat mana kedai makan Mandela ni?  Mandela dah macam perkampungan Bunian. Kami bertanya kepada penduduk kampung yang kebetulan melepak di satu stesen minyak dan mengatakan mandela berada di belakang kami. Maaf encik Mandela di tutup malam ini sempena Malam Jumaat. Memang tak ada rezekilah gamaknya kawan aku ini.

Wow, nak kat mana yer. Perut aku tiba-tiba berkeroncongan. Putus urat saraf selera aku. Biasanya sebelum ke Mandela aku telefon dulu tetapi mengapa kali ini terlupa nak telefon. Kawan aku mengtakan inilah yang dikatakan manusia merancang, Allah yang menentukan. Terima lah ketentuan Illahi. Itulah kada dan Qadar Allah. Kena reda.
Justeru kami berpatah balik ke Pontian.Hendak meneruskan perjalanan ke Bandar Kkukup aku tak pernah sampai lagi jalan-jalan cari makan di Kukup. Oleh itu  Aku mencadangkan   menjamu selera di Restoran sebelah Hotel Pontian sahaja. Restoran mamak. Kira orait juga. Restoran yang aku selalu lepak selepas memboling.
anak buahnya suka nasi goreng USA


kawan aku suka sup kambing dengan roti sandwich

aku suka chicken chop


wajah ceria menjamu selera

Orait juga menu di Restoran Alif ini. Tak mengapa nanti besok malam kita try acu cobak lagi Mandela. Nasib baik dia bermalam 2 malam di Bandar Bugis ini. Semoga malam besok rezeki mandela sedia menanti. Jom umi umairah kita join Mandela malam besok.

Rabu, 21 Julai 2010

Sesenja di Rawang

210710
Pada petang 17 Julai yang lalu berlakulah satu pertemuan ukhwah antara bloger PDKM di Kg, Kenanga, Batu 16 Jalan Lama Kuala Lumpur Rawang. Pertemuan ini pada mulanya hanya melibatkan antara aku dengan Kak Sidah sahaja. Dah lama kami merancang untuk menjamu selera di Restoren Pak Ngah Helmi yang terkenal dengan hidangan kambing panggang. Dengarnya perniagaan Kambing Panggang Pak Ngah Helmi semakin berkembang maju. Alhamdulillah hasil usaha yang tidak mengenal penat dan lelah ini menghasilkan satu pulangan yang memberangsangkan.

Restoran Pak Ngah Helmi ini baru saja beroperasi namun sambutannya amat menggalakkan. Tempahan demi tempahan telah menaikan lagi rating perniagaan kambing panggang Pak Ngah Helmi ini. Lantaran itu aku terlioq juga untuk menikmati kehebatan kambing panggang Pak Ngah Helmi ini (KPPH). Apabila aku uar-uarkan untuk merasai kehebatan KPPH ini, kak sidah menyambut uaran tersebut dengan mengajak aku ke sana. Pucuk dicita ulam pun tiba, apabila ada masa terluang pasti aku akan ke sana bersama-sama dengan kak sidah. Mentelahan pulak pelawaan yang menggalakkan  daripada Shami2 membuatkan aku kepingin untuk merasai KPPH ini.

Akhirnya masa yang ditunggu tiba jua . Terlanjur aku menjemput putera bongsu di UiTM Puncak Alam pada Sabtu lepas (17 Julai) untuk cuti pertengahan semesternya aku mengambil kesempatan untuk meneruskan perjalanan ke Rawang. Janji di buat dengan Kak Sidah. Seperti biasa Kak Sidah tidak menghampakan pelawaan aku. Kak Sidah kata ' orait az, kak sidah akan datang bersama abang zack'. Wow sporting betul kak sidah dengan abang zack ini.

Dalam perjalanan ke Rawang teringin pulak mempelawa kengkawan blog PDKM seperti Hanis, CM, Razali, mamaju, kak su namun mereka mempunyai komitmen yang lain hanya Razali sahaja yang menyahut pelawaan aku tanpa masalah. Terima kasih bro, wa salut sama lu. CL tidak dapat dikesan. SMS tidak bersambut, caling pun senyap membisu seribu bahasa. Tidak mengapa CL, wa tahu lu sakit pinggang.

Cempedak menjadi nangka aku fikir cuma Kak sidah dan rozali sahaja yang datang. Aku tidak menyangka langsung kak sidah berjaya membawa bersamanya Datin Azlina Aziz (silent reader PDKM) yang datang bersama anak buahnya. Cantik jelita Datin ngan anak buahnya itu. Dan yang paling hapening ialah kehadiran ratu PDKM iaitu Sinomosa@syima dan Taj Curry House (gurau yer Taj). Wow selama ini hanya melihat dari jauh sahaja gambar Taj, dan pada petang itu barulah aku bersua muka, mata bertentang mata dengan Si Taj yang rupawan.

Janji temu sepatutnya pukul 6.00 petang. Aku biasalah insan yang menepati masa. Tepat jam 6.00 aku sudah sampai di Restoran KPPH. GPS aku sebenarnya tidak dapat mengesan lokasi kerana tiada nombor  rumah dan nama jalan yang tepat. Nasib ada nombor telefon. Pak Ngah Helmi memberikan kedudukan lokasi iaitu di hadapan Kedai Pintu yang penuh dengan bendera. Adoi aiiii, az ni slow sikit tak paham apa itu kedai pintu hehhehe. Namun sampai juga ke destinasi. Tidak lama kemudian Razali pun sampai. Itulah pertemuan kami yang pertama. Puas juga berbual dengan Rozali Kak Sidah tak samapi-sampai lagi rupnya terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Akhirnya Kak Sidah sampai juga bersama dengan Datin Azlina dan tidak lama kemudian si manis jelita Taj dan Sinomosa pun sampai dengan alasan terbabas sampai ke Bukit Beruntung. Padanlah Si Taj tak sambar-sabar menjamah nasi lemak yang sedia menanti. hehhehe

Pukul 7.00 petang, majlis makan-makan pun dimulakan dengan santapan KPPH. Wow, sedap siot lah KPPH ini. Dagingnya lembut dan tidak berbau hamis seperti kebanyakan masakan kaming yang pernah aku rasai. Sebenarnya sebelum ke restroran KPPH ini aku dah mula makan sikit-sikit daging kambing di majlis-majlis perkahwinan dan nasi beryani kambing Batu Pahat. Alhamdulillah, lulus. Maka apa lagi aku pulon habis-habisan KPPH ini sampaikan kak sidah mengingatkan aku ...... ingat-ingat az. hehheh



shami2

bznya shami2 menggoreng kentang

kak sidah sedang melayan cucunya


di luar sana, pekerja Pak Ngah Helmi sedang memanggang kambing

inilah rupa KPPH
Terlioq ni, nak cilok satu seganlah pulak
telan air lior jer. Sabarrrrrrrrr


si kembar tidak seiras
tunggu masa nak ngap/ perabih nasi lemak

ini dia si hensem pujaan shami2
bz tu menghidang KPPH


sabar yer datin-datin
sat lagi siap lah ni


wah sudah ready

Apa lagi nak di tunggu?

wow si kembar tidak seiras
CM, Kak Ngah jangan jeling-jeling arrrrr


hei Afeez, rugi kau tak datang
kau pi layan la mantera kat one utama tu.

Selasa, 20 Julai 2010

Terima kasih CL, Mama Ju & syami2

200710
Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada CL yang budiman dan Mamaju yang prihatin kerana memaparkan n3 khas tentang Hari Lahirku pada tanggal 17 Julai yang lalu. Keperihatinan anda berdua menyemarakan lagi ukhwah antara kita. . Terima kasih kepada bloger-bloger yang menitipkan ucapan hari lahir dalam blog PDKM dan Blog Mamaju.Terima kasih juga kepada Azie yang menelefon az mengucapkan selamat harilahir kepadaku. Budi baik kalian hanya Allah sahaja yang membalaskan

Terima kasih   kepada kalian yang memberikan ucapan selamat harilahir kepadaku. Sesungguhnya harilahir ku kali ini meninggalkan sejarah kepada diriku sendiri kerana buat pertama kalinya aku memotong kek harijadi secara solo yang dihadiahkan oleh Shami2. Memang aku tidak menyangka sama sekali niat ku hanya untuk datang makan daging kambing panggang bersama kak shida namun apa yang berlaku ramai ahli PDKM datang bersama-sama meraikannya.

Terima kasih tidak terhingga kepada Rozali dan anaknya, Kak Shida dan suami, Puan Azlina dan anak buahnya, Syima dan Taj (pertama kali berjumpa dengan Taj namun sudah terasa kemesraannya) juga buah hatiku berdua yang turut sama-sama berada di Kedai Pak Ngah Helmi. Paling membuatkan aku terharu ialah kek harijadi hadiah daripada Syami2 dan Pak Ngah Helmi. Terima kasih daun keladi kepada Syami2 dan suami,  tahun depan berjumpa lagi.

Kek Harijadi hadiah drpd Syami2
heheh, tak biasalah   potong kek hari jadi ni
rasa janggal la pulak.
Terima kasih Syami2.

Thanks for everything

Layan Tag daripada Syima

200710
 Tiba-tiba aku terlayan pulak tag daripada Sinomosa. Waduh waduh, golo den. Apolak eden yang ditag. mano den ghoti   tag mengetag ni Syima oiiiii. Beto la budak sekor ni.
Ok tidak mengapa az sporting. az cobak dapatkan tujuh fakta. 

Fakta pertama :
 Aku dilahirkan pada tahun Malaya merdeka daripada British pada tahun 1957. Maknanya umur az u all dah tahu kan. Ala apa nak sorok-sorok. az baru jer masuk 35 tahun. kikikik

Fakta kedua.
Satu kisah semasa aku menyertai Outbound School (OBS) di Lumut pada tahun 1987. Ada satu sesi bermalam di hutan Lumut. Masya Allah. Aku ni bukannya jenis yang berani macam Rozali. Ya Allah ya Tuhanku Kau ampunilah dosa-dosaku. Bukannya semalam tetapi dua malam. Kata orang sekarang Pakej 3 hari 2 malam. Apa yang aku nak buat sorang-sorang ni. Yang paling menyeramkan ialah pada waktu malam. Nak pasang kemah tak berapa reti . Pasang2, runtuh, pasang runtuh. Kemahnya bukan macam kemah sekarang cuma sekeping kanvas. Pandailah kau nak hidup......... huhuhu
Fakta ketiga

Kata orang kereta ini macam orang juga. Kereta ni sangat sensitif. Jangan cakap sembarangan dengan kereta kita. Nanti dia merajuk. Aku pernah sekali terlepas cakap dengan kereta aku ni. Tak mahallah cuma Proton Saga Megavalve. Kereta ni dah berisia 15 tahun ketika itu. Maka semasa memandu bersama isteri, sahaja aku cakap. Jom kita beli kereta baru. Kereta ni kita juallah. U all nak tahu apa berlaku.Semasa itu aku sedang mengekori sebuah lori ....... Tiba-tiba lori itu menekan brek kecemasan, ya Allah, rupanya ada satu kancil hendak membelok ke kanan jalan tanpa memberikan signal. Mangkok hayun punya kancil. Nasib baik aku ini jenis pemandu cekap. Aku dapat   menekan brek kecemasan aku. Namun, memang udah ditakdirkan, sedang elok aku melepaskan brek, kereta di belakang merempuh kereta aku. Apa sudah jadi? Kereta aku disondol daripada belakang dan kereta aku yang beberapa sentimeter sahaja terus   terperuk di bawah lori itu. Maknanya, belakang kena, depan pun kenak. Aku tersepit ditengah-tengah. Dah sifatnya lori, lori itu tidak terjejas sedikit pun. Hasilnya  bahagian depan kereta aku remuk dan di belakang lagi tak boleh cerita lah. Alhamdulillah, kami tidak mengalami apa-apa kecederaan. Habis RM3K untuk merepair dan mengecat semula. huhuhuh.

Fakta keempat
Aku penghidap diabetis melitus non insulin.Sudah 23 tahun aku menghidapinya.  Tapi tiap-tiap hari makan ubat. Kalau tak makan paras gula akan naik mendadak. pernah menjalani pembedahan kerana menghidap bisul raja/curbuncle kerana implikasi kencing manis. Lebih sebulan merana kerana kesan bedahan yang dikorek oleh doktor sebesar telur ayam. Terima kasih kepada isteriku yang budiman kerana merawat dan mencuci luka di bahagian belakang badan.

Fakta kelima
Aku orang Malaysia. Mak aiiiii. Semua orang Malaysia. Mula la tu hehheh.
Giniiii: Aku lahir di Alor Star Kedah. Dibesarkan di Negeri Sepuluh tolak satu. Belajar di Selangor. Kerja di Negeri Johor. Berkahwin dengan orang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan bila bersara nanti nak menetap di Melaka.

Fakta Keenam
Aku anak ketiga daripada sembilan adik beradik. Aku anak lelaki yang sulung. Semasa  bapa aku meninggal dunia masih ada 3 orang  lagi adik perempuan aku yang belum berkahwin. Maka akulah yang menjadi wali kepada mereka. Alhamdulillah ketiga-tiga adik perenpuan aku dah berkahwin. Aku yang menikahkan mereka. Alhamdulillah. Tidak ada masalah. Bila tangan digoncang, bertanya kepada saksi kiri kanan ....... sah? saksi  kata sah, maka doa pun dibaca. ............
Fakta ketujuh.
Mak oiiiiiii sampai gak nombor  tujuh. Bab ni tak sodap dengar . Masa tu umur aku 16 tahun. Tahun 1974. Muda remaja. Tahap memberontak memang tinggi. Suatu petang berlaku insiden yang tak dijangka. Kerana sakit hati dan tidak tertahan kerna di dera oleh bapak, az nekat terjun ke dalam perigi yang dalamnya lebih 15m. Paras permukan air dalam perigi ketika itu lebih 3m daripada permukaan tanah/bumi (air telaga daripada permukaan 3 meter... tinggi tu) . Zaman dulu-dulu pergi orang kampong memang begitu. Dalam. Nasib baiklah az ni pandai berenang kalu idak dalam lama az berhenti jadi orang. (nanti boleh cerita dalam n3 ni ............ tunggu!!!)

Nak Tag siapa?
Az nak tag Cikgu Mas, Umi Humairah, Mama Ju, Pinabate, Syami2, Kak Hajah zainab, Ayahanda, CL, Rosli, Rozali dan siapa sahaja  yang berminat. jangan malu dn segan arrrrrrr.

Isnin, 19 Julai 2010

Seketika bersama Kak Su

190710
Sesungguhnya PDKM telah banyak menemukan aku dengan insan-insan yang berhati luhur. Kali ini aku menerjah kediaman kak su di Bandar Puncak Alam. Kak Su ini  selalu  menjengah aku di alam maya dan sering meninggalkan jejaknya di Ceriakan Hari-harimu.
Kebetulan hari Sabtu yang lalu 17 Julai 2010 aku menjemput Putera Bongsu di UiTM Puncak Alam. Sudah terlanjur ke sana aku mengambil kesempatan menziarahi Kak Su sekeluarga. Kedatangan aku disambut mesra oleh Kak Su berserta suami kesayanganya.
Perjalanan aku ke rumahnya tidak menghadapi masalah kerana jurupandu aku begitu cekap mengenalpasti kediaman kak su ini di Bandar Puncak Alam ini.

ini dia kediaman kak su
besar, teguh begitu mempersonakan

ruang yang begitu kondusif
lengkap dengan dipan untuk kak su beristirehat
Kak Su jangan marah ar az skodeng ni

ruang hijau yang begitu  melembutkan jiwa
 kellas gitu


  Tidak terasa langsung masa berlalu kerana bual mesra dengan suami kak su yang peramah. Borak punya borak lebih dua jam kami bersembang dengan kak su dan sumainya. Kami terpaksa minta diri kerana selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Rawang kerana ada temu janji di Restoran Pak Ngah Helmi.

Hepi Besday En Rozali

19 Julai 2010

Hepi besday 2 u (2X)
Hepi besday 2 Rozali
Hepi besday 2 u.

Ayahzain dan semua pengunjung Ceriakan Hari-harimu mengucapakan Selamat Hari Lahir kepada En Rozali@Atuk. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Dipermudahkan segala urusan di dunia dan juga akhirat.


 gambar kenangan bersama En Rozali dan blogger PDKM
di Restoran Pak Ngah Helmi pada 17Julai 2010.
Kita jamu Kambing Panggang Shami2

Salam Ceria

Ahad, 18 Julai 2010

Mission accomplish

180710
Alhamdulillah.
berjaya juga aku  mengharungi pertandingan boling kategori vip di MITC
misi aku bukan memburu kejayaan tetapi tidak mahu berada di tempat tercorot
bukan tidak bermotivasi tetapi ukur baju di badan sendiri
Secara keseluruhan aku berada di tangga ke 8 daripada 17 orang vip
dengan 351 jatuhan pin daripada 3 game
Jumlah ini adalah yang kedua tertinggi kerana semasa latihan aku pernah menjatuhan 405 jatuhan pin
kira orait lah kerana baru sebulan berjinak-jinak dengan boling
Yang membanggakan aku ialah aku berada di tempat pertama dalam kumpulan aku jauh meninggalkan vip yang lain hehehh


wa cakap lu
Pon di belakang nama aku tu bermaksud Pontian 


petang Jumaat sebelum pertandingan, pergi memanaskan badan dahulu
lantai sintetik, licin sangat tak macam lantai di Pontian
banyak juga nak kena adjust


Bersama rakan sepasukan yang berlainan kategori

ni dia pasukan boling kami Lelaki dan Perempuan
Pasukan lelaki di tempat ke 5 daripada 19 pasukan
namun pasukan perempuan di tempat ke 15
Jangan putus asa, tahun depan kita turun ke gelanggang lagi di MRSM Kuala Lipis.



Jumaat, 16 Julai 2010

countdown to Bowling Tournament

160710
Hanya beberapa  jam sahaja lagi perjuangan akan bermula
Malam ini   di MITC aku akan berhempas pulas menjatuhkan 10 pin  boling
semoga semua strategi yang aku amalkan selama ini akan berjaya.
Mungkin kah?
positif aku mesti positif
bola boling sama di tangan
fokus, hayun
tangan, badan, mata kena selari dan hayun......
bola boling yang dihayun ke lane dengan posisi yang betul akan mem buat kerjanya untuk menjatuhkan kesemua pin boling itu
Ingat:!  pesanan coach

 Semoga kawan-kawan PDKM mendoakan aku dapat strike setiap kali hayunan
kepada Sonata anak kancil,  saifuddin.com dan mereka yang tinggal di Melaka harap jangan datang menonton kerna takut balingan tidak menjadi. huhuhu

dapdipdapdup

Khamis, 15 Julai 2010

seketika di restoran cina muslim

150710


Restoran al-Munawarah
Restoran Cina Muslim di Shah Alam

Restoran ini menyediakan pelbagai menu masakan cina. Ia diusahakan oleh pengusaha cina yang beragama Islam. Restoran ini begitu kondusif, bersih dan di bahagian atasnya terdapat kawasan yang lebih ekslusif namun kami memilih untuk makan di tingkat bawah sahaja.Aku ke restoran ini bersama kawan lama dan isterinya untuk menikmati makan malam. Beliau mencadangkan aku mencuba makanan cina sebuah restoran di Shah Alam. Dia kata memang betul betul ho liaw.

Apabila meneliti menu yang diberikan oleh pelayan aku tidak tahu hendak memilih. Pelbagai menu yang begitu asing bagi aku. Kawan aku memilih meehoon goreng sahaja sementara isterinya memilih nasi berserta ikan cendawan. ermmmmmmmm. Pililh punya pilih, fikir punya fikir aku memilih kungfu wantan mee
Kungfu wantan mee
tengok tu mee wantannya yang berceranggah macam orang berkungfu, keras tetapi ranggup.
nak makan macam mana ni.
maka aku membalik-balik mee tersebut ke sos yang panas dan hasilnya
not bad
barulah boleh makan hehhe
slurpppppppp, memang sedaplah kak su


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...