Selasa, 31 Ogos 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

310810

Merdeka!Merdeka!Merdeka!
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Merdeka!

53 tahun yang lalu bergema laungan merdeka oleh Tuanku Abdul Rahman menandakan Tanah Melayu telah bebas daripada penjajahan Barat. Semenjak itu Tanah Melayu mempunyai pemerintahan sendiri dan 7 tahun kemudian pada 16 September 1963, terbentuklah Malaysia

Saya ingin berkongsi mengenai MERDEKA.
Merdeka yang ingin aku kongsikan ialah merdeka daripada sesuatu yang lebih besar lagi. Aku titipkan maksud merdeka daripada tazkirah yang aku dengar daripada al-Ustaz Jawad di Surau semasa menunggu waktu berbuka MERDEKA petang semalam. Aku begitu asyik mendengar ustaz menerangkan maksud merdeka itu. Apabila hari raya kita merdeka. Merdeka merayakan sesuatu yang lebih besar daripada Hari Raya.

Beliau mengatakan terdapat 5 tahap kemerdekaan/merayakan iaitu:

1. Merayakan kemenangan/merdeka apabila kita dapat menjawab  soalan Mungkar & Nakir di dalam kubur dengan betul. Maka dengan itu Kita akan merdeka kerana terlepas daripada azab/siksaan kubur yang sangat pedih.

2. Merayakan kemenangan/merdeka apabila dibangkitkan semula di Padang Masyar dengan muka yang ceria/gembira. Tiada panahan matahari yang sejengkal di atas kepala. Tiada lempahan peluh sehingga hampir menenggelamkan kepala

3. Merayakan kemenangan/merdeka apabila semasa timbangan mendapati amalan pahala lebih berat daripada dosa. Seolah-olah kita tidak pernah membuat dosa kerana banyaknya amalan yang mendatangkan pahala kepada kita

4. Merayakankemenangan/merdeka apabila dapat meniti Titian Siratulmustakim . Bayangkan kita dapat meniti dan melepasi Titian  yang lebih halus daripada sehelai rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Berbahagialah  mereka yang dapat melepasi titian itu.

5. Merayakan kemenangan/merdeka apabila dapat masuk ke dalam Syurga Allah. Syurga Firdausi. Maka begembira penghuni syurga di sana selama-lamanya.

Subhanallah, kalau di antra penghuni syurga itu adalah kita............








Ahad, 29 Ogos 2010

Mandi Junub

290810
Kadang-kadang kita tahu dan arif mengenai sesuatu perkara namun apabila dihalusi rupanya banyak lagi lompang yang perlu kita perbaiki. Justeru artikel yang aku temui ini dapat sedikit sebanyak membantu kita dalam urusan kehidupan kita sehari. Kita perlu muhasabah diri adakah amalan kita selama ini betul atau tidak dengan membaca bingkisan daripada Azarudin Bocheh dalam facebooknya. Beliau mendapat maklumat ini daripada  JAKIM berkenaan dengan Mandi wajib yg betul….. Semoga artikel ini dapat menambahkan lagi kesempurnaan kita dalam urusan mandi wajib ini.



Afeezz n CP , amacam? ada berani?!

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.


Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .


Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.



Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
Pertama, niat.
Kedua , menghilangkan najis di badan.
Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.



Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”

Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.



Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..



Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.


Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.


 jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.


Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .


Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.



Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.


Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Buah Kelopong

280810
Jangan tipulanjat arr dengan tajuk di atas
Sengaja diadakan tajuk begitu kerana nak bersantai pada malam ini
Buah ini tak perlu ditanam, dibaja malah di tuai
Namun ia boleh dimakan nyam nyam nyam
memang lazat
Buah Kelopong buatan ibuku memang tiada yang boleh lawan kecuali seseorang la
Ia mestinya seorang special kepadaku
itupun setelah ia melihat dan belajar daripada ibuku
maka hasilnya seakan-akan sama dengan hasil buatan ibuku

Buah kelopong's my faveret

Namanya  memang tidak glamer
tetapi kalau ambil sebutir nak ambil lagi dua ke tiga butir
orang luar kawasan aku  memanggilnya buah Melaka
tidak tahu mengapa dipanggil begitu rupa
jadi Buah Kelopong a.k.a buah Melaka ini bukannya BUAH
tetapi sejenis kueh yang diperbuat daripada beras pulut
intinya gula melaka
mungkin itu disebut Buah Melaka (agaknya)

Untuk membuat kueh ini tidak lah begitu rumit
cuma beras pulut diadun dengan air,  garam secukup rasa kemdian diuli sehingga boleh dibentuk-bentuk sebesar ikut suka kitalah, sedap mata memandang/good looking
Gula Melaka sebagai inti mestilah diletakkan ditengah-tengah butiran tepung yang kental dan kemudian direbus dalam air yang mendidih. Apabila ia terapung maka  masaklah kueh itu dan diangkat kemudian digaulkan dengan kelapa parut.
.Agaknya la kerana  terapung-terapung  di dalam air yang mendidih  maka sebab itulah kueh ini dipanggil buah kelopong kerana ia terapung. kuang kuang kuang.

Menu buah kelopong ini menjadi perkara biasa kepada orang-orang kampungku dalam bulan puasa. Ibuku akan membuatnya apabila ada kelapangan. Dan apabila aku telah beristeri, isteriku pulak mensti membuatnya untuk santapan suaminya di bulan puasa ini. (Memang tidak sedar diri, ........ diabetis ini). Apa ke tidaknya gula melaka itukan manis tetapi kerana ikutkan hati, nak makan juga kerana .......... sendiri mahu ingatlah

ada satu lagi yang aku nak tambah
orang tua-tua kat kampng aku kalau nak cari cucu atau apa-apalah budak muda
dia akan berkata
" mana pulak poie (pergi) eh budak kelopong ni'
dari tadi aku cari tak jumpa-jumpa
aku tak tahu mengapa di panggil budak kelopong
agaknya dah jenuh mencari tidak berjumpa
atau merujuk kepada mereka yang tak boleh harap (budak2 muda sahaja, orang tua tak pernah dengar pulak di panggil orang tua kelopong)
hehheh teringat nostalgia lama



kita fikir-fikirkan

280810


Saya mendapat ilustrasi ini daripada facebook Zaharudin.net,
saya suka berkongsinya  dengan anda semua
tentunya berkaitan dengan aurat wanita Islam
supaya  boleh kita fikir-fikirkan sama ada selama ini kita telah membuat pilihan yang betul atau tidak.

saya bukan arif sangat tentang perkara ini
tetapi disekeliling kita biasa melihat seperti yang terpapar
kadang  kala anak-anak kita yang memakainya begitu
isteri-isteri kita, atau adik beradik kita
dan sebagainya.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (QS:An-Nur:24:31)

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (QS:An-Nur:24:58)




Jumaat, 27 Ogos 2010

No Entry - jalan di tutup

270810

Masya Allah,
apa yang berlaku kat sini
mengapa 'No Entry'
Siap dengan tali harimau lagi
Siapa lah punya kerja ni
Baik aku pergi skodeng


La haw la wa la quawata Illa
depa ni buat apa pulak
kyusuk sekali


ni lagi ha



atas meja ini apa ke benda nya
batang kangkung?
nak buat apa?


ok tulis
apa yang kamu dapati hasil daripada ujikaji dan pemerhatian tersebut

hehehhe
tak ada apa yang berlaku
gambar-gambar di atas ialah ujian amali sains bagi subjek biologi
walaupun di sekolah kementerian ujian amali tiada lagi tetapi sistem kami tetap melaksanakannya dalam peperiksaan percubaan SPM yang sedang berlangsung sekarang ini.

Ujian amali Fizik, Kimia dan Biologi telah selamat di jalankan pada minggu lepas dan berjalan dengan lancar. Ujian amali ini menyumbang 10% markah dan  akan dicampurkan dalam subjek-subjek tersebut di dalam peperiksaaan percubaan SPM tahun ini.


Khamis, 26 Ogos 2010

Happy Birthday My Princess

260810
Cepat sungguh masa berlalu
Setahun yang lalu saya mengucapkan harilahir puteri ku di sini dan sekarang tarikh yang sama menjelang kembali.

SELAMAT HARILAHIR PUTERIKU
semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki
dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.



hepi besday kak miza

Rabu, 25 Ogos 2010

Pear & Epal Hijau

250810



Buah Pear dan Epal Hijau

Dalam Bulan Puasa/Ramadan kali ini aku mendapat ilham untuk memanfaatkan buah pear dan epal hijau. Dimaklumkan buah epal hijau mempunyai zat fitokimia yang  berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL - High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.

 Selain daripada itu  kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah. Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%.

Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.

Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi dpd kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan.

Selain itu, masalah sembelit yg biasanya menghantui golongan yg gemar berdiet kini tidak menjadi masalah lagi jika buah ini dimasukkan dalam menu harian anda.. Meskipun bermanfaat mengatasi masalah sembelit, buah epal juga berkhasiat utk meredakan cirit birit seperti mana yg diterangkan oleh Miriam Polunnin dlm bukunya bertajuk Healing Foods. Menurut buku tersebut, epal sgt bermanfaat sebagai ejen pencernaan. Buah ini hampir tanpa lemak dan kolesterol, sehingga sesuai sekali dimasukkan sebagai menu bagi wanita-wanita yg ingin berdiet. Jadi..apa tunggu lagi?

Sementara Buah pear pula mempunyai kesan yang tersendiri mengikut kategorinya seperti :
1. Buah pear muda  dapat memudahkan/melawaskan  buang air besar kerana ia mempunyai kesan laksatif 
2. Buah  buah pear yang masak  mempunyai kesan  diuretik yang berkemungkinan membuatkan rasa  mengantuk.
Namun kandungan sorbitol yang terdapat dalam buah pear boleh memudaratkan sekiranya diambil/dimakan terlalu  banyak kerana boleh menyebabkan rasa kembung pada perut dan menyebabkan buang angin.

Justeru untuk lebih lazat aku telah mengisar buah pear dan epal hijau dijadikan jus yang enak semas berbuka puasa dan juga bersahur. Perlu diingatkan pilihan pear mesti betul kerana pear yang terlalu masak tidak berapa baik kerana boleh menyebabkan perut kembung dan tidak selesa untuk solat terawih yang mengambil masa yang agak lama.
 
500ml jus epal hijau dan pear
penyeri kepada menu berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini.
Perlu berhati-hati jus ini perlu disediakan di saat sejenak waktu berbuka kerana iron dalam epal hijau menjadikan jus anda menjadi lebam dan tidak menarik.

Kemalangan

250810

Gambar di atas aku rakam ketika aku ke Kuala Lumpur pada 8 Ogos yang lalu kira-kira 3km sebelm sampai R&R Seremban arah Utara. Aku tidak pasti macam mana ia berlaku namun mengakibatkan jem hampir 5 KM. Aku tidak dapat mengamati dengan lebih terperinci kerana trafik meminta kami tidak memperlahankan kenderaan. Namun aku sempat juga merakamkannya. Kelihatan satu mayat di atas jalan raya. Tentunya MAUT kerana ditutupi oleh kertas surat khabar

kesihan
Mangsa sedang diberikan bantuan kecemasan . Semoga ia dapat diselamatkan. Apa yang dapat dikatakan, malang tidak berbau. tetapi kalau dah bawa laju macam peluru, orang Nogori kata lari macam pelesit, hah kau..ambik. Itulah padahnya. Namun kadangkala, kita membawa kereta dengan cermat tetapi orang belakang yang menyondol........
oooooooooo00000000000000000oooooooooooooo

Kemalangan berlaku hampir setiap hari di jalan-jalan raya di Malaysia. Sama ada di Lebuh raya atau di jalan Persekutuan ataupun jalan negeri. Menurut perangkaan dipercayai 20-30% pengguna jalan raya maut setiap hari. Angka ini amat menakutkan namun kematian akibat kemalangan jalan raya seperti tiada noktahnya. Angka kematiaan tersebut akan meningkat lebih tinggi dalam musim-musim perayaan.

Pengguna motosikal pula mendominasi kematian akibat kemalangan jalan raya. Antara sebabnya ialah memandu laju di samping sikap ingin berlumba, angkuh, ingin cepat sampai, melanggar peraturan lalu lintas dan sebagainya. Pernah juga terbaca di halaman akhbar yang memetik daripada Bukit Aman mengatakan pemandu di Malaysia lebih takut menerima surat saman berbanding takut akan maut di jalan raya.


pandu cermat jiwa selamat
biar lambat sampai jangan tidak sampai-sampai
 Oleh itu berhati-hati di jalan raya
anda mampu mengubahnya

Selasa, 24 Ogos 2010

Pucuk Ubi

240810
Siapa yang tidak kenal dengan pucuk ubi
sejenis tumbuhan yang paling senang untuk tumbuh di dunia
campak sahaja batang ubi kat mana -mana tanah (jangan atas simin atau jalan berturap)
akan keluar lah tunasnya dan terus membesar terutama dalam musim hujan

pucuk ubi

Pucuk ubi ini sedap di buat sayur
boleh masak lemak dengan ikan kembung
atau direbus/celur begitu sahaja dan makan dengan sambal belacan.

tapi hari ini az nak cerita satu menu hasilan pucuk ubi
tak tahulah kalau kak sidah, kak su , nadz atau CM pernah melakukannya

pisahkan daripada tangkainya


kemudian dipotong-potong ikut suka


kemudian di goreng di dalam kuali sehingga agak garing
Apabila garing, pucuk ubi ini boleh digaulkan dengan apa sahaja yang kita suka
kali ini mrszain menggaulkan pucuk ubi itu dengan burung puyuh goreng



ini dia burung puyuh Goreng bersama pucuk ubi
memang sodap


ikan parang pucuk ubi
pun lazat juga

ibuk-ibuk kalau nak ubah selera bolehlah mencuba
tak rugi mencoba, tambahan pulan di bulan puasa yang seleranya kadangkala berkata
apa aku nak makan hari ini?

Isnin, 23 Ogos 2010

Ceriakan Hari-hariMU - Setahun berlalu

230810


Pejam celik, pejam celik
Daripada sepekan menjadi sepurnama
Daripada sepurmama menjadi semusim

Alhamdulilah
Syukur ke Hadarat Ilahi
Akhirnya CHHM Sudah semusim berlalu
Hari ini Genaplah CHHM setahun
Selamat harilahir yang pertama CHHM
Salam Ceria

Blog yang pada mulanya aku tidak tahu untuk menguruskannya
akhirnya sudah setahun berlalu
dengan 453 n3
Mak Datok banyak juga n3 yang berjaya aku hasilkan
kadangkala akau berasa sungguh seronok
kadangkala aku terasa banyak masa yang perlu aku luangkan
sehingga aku hendak memberhentikannya sahaja
ku kuatkan juga azam untuk menyampaikann setahun
dan selepas ini aku tidak menjamin adakah n3 aku ke udara lagi
hanya masa yang menentukannya

Daripada PDKM
aku mendapat ilham untuk mencipta blog
namun Senyuman ...... Harapan  pemangkinnya
diserikan oleh   hidup ini sementara
maka lahirlah Ceriakan Hari-harimu

Daripada CHHM aku mendapat ramai kenalan
106 folower menguatkan aku untuk menulis
tulisan aku ini ada yang datang dari aku sendiri dan ada aku kutip daripada bahan-bahan emel.

Aku mengenali insan-insan seperti CL,CM,CR,CP, Hanis, Datin Nija, Kak Nab, Mamaju, Umi Humaira, Afeez, Sinomosa, Atikah, Ayahanda, Rosli, Rozali yang setia datang meninggalkan jejak,  Nadz dan sebagainya yang tidak mungkin aku dapat menuliskan semuanya. Juga kepada mereka yang tidak mempunyai blog (bila lagi nak buat Blog hehhe ) seperti Noor, Kak Shidah, ka Su,  dan lain-lain terima kasih kepada semua.

Untuk CL
Selamat kembali Bertugas di Makkah
di al-Jewar Royal Orhid
sayu hati tidak dapat menghantar lambaian di KLIA tenpoh hari.


Akhir kata aku titipkan semula mereka yang mula-mula meninggalkan jejak di n3ku yang pertama pada 23 Ogos 2009.


Hanis berkata...



Salam Pak Zain...

Chooopppp....no.1 pengikutttt.....hahahahha... hanis ingatkan dah jd tukang komen ke-2...rupa2 tidakkk...masih yg pertama...
pak zain...selamat berpuasa & hanis mohon maaf kot terkasar bahasa dok gurau2 ngan pak zain....
selamat berblog juga hanis ucapkan....semoga impian pak zain untuk mempunyai kawan beribu itu tercapai...insyaallah...sape tahu satu hari nanti pak zain top cam Prof kamil tu kan..aminnn...nie doa hanis tau.. ;-) 2009 Ogos 23 12:35


zain berkata...


Salam HAnis,


Terima kasih menjadi pengikutpak zain yang pertama. Bak kata CL, Hanis ni Ratu Trek. Pak Zain tengah pening macam mana nak masuk kan gambar, tak menjadi lagi ni.
Pak Zain juga ucapan selamat berpuasa pada Hanis. Issh jangan nak banding kan Prof MKI, dia tu genius, budak pandai. Pak Zain tabik spring ngan MKI tu, drpd tak tahu mengaji sekarang dah hebat. Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. 2009 Ogos 23 12:44


Hanis berkata...
pak zain...pak zain ade YM dak? kalau ade nanti kita YM.. 2009 Ogos 23 12:51


zain berkata...
ada dzairoy@yahoo.com 2009 Ogos 23 13:21


manzlie berkata...
salam En Zain...
alhamdulilah...akhirnyer abg zain ku ini akan mula bercerita tentang Pengalaman Manis kehidupan dirinyer...tak sbar nak abca nih bang...insyalah nanti allah kan permudah kan apa yang abg nak buat nih..
syukran. waslam 2009 Ogos 23 16:07

dzairoy berkata...


Salam Manzlie,


Terharunya bila insan pujaan ramai PDKM melawat rumah CZ yang tak seberapa ni. InsyaAllah akan ku ceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang ada. Cuma tak berapa tahu teknik mencantikan rumah ini. Nak Harap kat Hanis, siang-siang dah minta upah. hehehhe. Sebenarnya bila masuk blog Hanis, tergerak pulak nak buat blog ni. 2009 Ogos 23 18:09


cikgu mas berkata...


salam en zain..

tahniah-tahniah CM sangat gembira,moga kita dapat mengenali en zain yg ceria dengan lebih rapat disini..im ur second follower..boleh lagi kt 123 tu..menulis dengan jujur pasti blog ni bercahaya..tahniah sekali lagi...happy blogging,CM datang hari2 yer... 2009 Ogos 23 18:11


zain berkata...


Salam Cikgu
Terima kasih atas sokongan. Segala tunjuk ajar cikgu amat saya hargai. Silakan datang, pintu rumah ini sentasa terbuka untuk Cikgu Mas 2009 Ogos 23 22:39


Hanis berkata...

salam ramadhan ke-3 pak zain,
Alhamdulillah...berjaya juga iklan hanis tu naaa...emmm lain kali hanis tolong wat iklan lg naaa...pas nie mama as, pak megat & en imran mesti mai ceria-ceriakan hari mu di sini....


pak zain...hanis mcm tak caya aje pak zain habaq pak zain tergerak nak wat blog bila mai umah hanis...huhuhu...tercapai sudah 1 lg harapan hanis...hanis nie bukan nye reti menulis pak zain..punca hanis ade blog sbb nak buh komen tak reti nak wat camne kalau takda blog...huhuhuuh...so..pastu terus laaa berblog...
takpa pak zain..nanti hanis ajar camne nak tukar layout...hanis nie pon bukan nye reti sgt pak zain..nanti kita cuba sama2 naa... 2009 Ogos 24 08:37


Noor berkata...
As Salam..
tahniah CZ.. dah ada blog sendiri.. bleh cerita banyak2 pasai masakan mrs zain & anak2 esp yang manja pait tu.. dan orang2 seperti saya akan terus menjadi pembaca setia.. he he.. nak buat blog sendiri tak menyempat.. nyibuk2 kat blog org lain je lah..

cm & hanis.. bertambah lagilah bahan bacaan kak noor selepas nie.. oppsss.. en rezeki pun dah ada blog sendiri.. jom pakat ramai2 meriahkan blog dia.. 2009 Ogos 24 09:58


zain berkata...


salam Noor,


Terima kasih atas sokongan. Memnag masalah nak menyiapkannya. Tengoklah hari ini, masih tak sempat nak buat n3 baru 2009 Ogos 24 12:15


cathrin berkata...


Nice holi place it is but are the priciples and rules they follows...




Ahad, 22 Ogos 2010

Adegan yang tidak mahu dilihat

220810
Pagi tadi semasa menemai isteri ke pasar kering, aku terperasan papan tanda seperti berikut di satu kios yang menarik perhatian lensa kamera telefonku
tu dia noitis amarannya

aku terfikir dalam hati mengapa diletakan notis begitu sebegitu rupa?
Teruk sangatkah pengguna di sini sehinggakan pihak pengurusan terpaksa meletakkan notis sebegitu rupa. Agaknya hasil daripada postmortem kerana didapati lebih banyak kepala udang berbanding dengan body udang maka pihak pengurusan terpaksa meletakan notis tersebut. Mungkin juga adauan daripada pengguna yang lain yang mendapati kepala udang ..........lu pikir lah sendiri 

Sabtu, 21 Ogos 2010

Roh Di BUlan Ramadan

210810

Hari ini aku ingin berkongsi lagi bahan daripada emel berkaitan dengan Roh di Bulan Ramadhan. Sebenarnya aku pernah juga mendengar ceramah ini dan baik juga untuk berkongsi mengenainya.


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith
Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang

ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan

ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita.

Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.





Jumaat, 20 Ogos 2010

Jumaat yang Indah

200810
Alhamdulillah,
berjumpa lagi di Hari Jumaat ynag indah ini
Penghulu segala Hari
Hari yang banyak memberi kita peluang merebut ganjaran daripada Allah
Tentunya di Pagi Jumaat kita Mandi Sunat Jumaat
katanya kalau  air termasuk dalam telinga ketika mandi sunat tidak akan membatalkan puasa
Kemudian ke masjid untuk solat Fardu Subuh berjemaah
tentunya imam akan membaca Surah Sejadah dan  Sujud Sajadah
Paling agung ialah waktu tengah hari kita ke Masjid untuk Solat Jumaat.
Subhana Allah,
banyaknya nikmat-nikmat Allah kepada hambanya yang beriman dan bertakwa......


Sesungguhnya Allah terlalu pemurah kepada hamba-hambanya, Dia mengajarkan Al-Quran, menciptakan manusia,  membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.

Dia menciptakan Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; menumbuhkan   tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. Menciptakan  langit dijadikannya (bumbung) tinggi,

Allah mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, Supaya kita tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; Membetulkan  cara menimbang  dengan adil,  dengan tidak  mengurangi barang yang ditimbang. Paling Agung Allah menciptakan  bumi  yang rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:

Sesungguhnya dengan itu, Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (QS:ar-Rahman:55:16)
Antara janji Allah memberikan syurga ialah kepada mereka yang rukuk dan sujud (QS:at-Taubat:9:111-12)

Khamis, 19 Ogos 2010

Tidak Rugi Membaca Al-Quran ......... Percayalah


190810
ALhamdulillah,
Syukur ke hadrat Allah yang masih memberikan kita nafas menghirup udara yang segar. Dan aku sendiri masih dapat menikmati air hujan yang  masih tidak berhenti menitis hampir 4 jam tadi  di bumi Ayer Baloi yang nyaman ini.

Kali ini aku ingin berkongsi satu hadis yang menerjah masuk ke kotak emelku dengan amaran

JANGAN DELETE HADIS DARI NABI MUHAMMAD (S.A.W) tanpa membacanya terlebih dahulu


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


Rabu, 18 Ogos 2010

Jam Makkah

180810
Alhamdulillah akhirnya Jam Makkah  khabarnya telah beroperasi pada 12 Ogos yang lalu. Aku sendiri tidak pasti di mana Jam ini diletakkan sama ada di Zam Zam Tower atau di bangunan yang lain.



Jam ini dapat dilihat daripada 4 penjuru alam dengan lebar 45meter dan diterangi oleh dua juta lampu LED yang menjadikan suasasa malam begitu indah sekali (macamlah az dah pergi lihat). Pada masukknya waktu solat lampu ini akan bertukar-tukar warna daripada hijau ke putih  yang dapat menggamit umat Islam untuk menunaikan solat fardu.
Lebih hebat lagi jam ini boleh dilihat  dalam jarak 28.8 KM. Subhanallah.


Sungguh cantik dan indah sekali


Perhatikan kalimah Allah di Menara Jam itu.
Jam ini beroperasi dengan Waktu Arab Saudi kira-kira 3 jam lebih awal daripada GMT atau 5 jam lewat daripada waktu Malaysia. Jam ini akan menandingi Big Ben di London dan usaha sedang di buat untuk menjadikan Waktu Arab Saudi  menggantikan GMT kerana daripada kajian mendapati Makkah benar-benar terletak di Pusat Bumi



di atas puncak jam tersebut terdapat lengkungan bulan sabit sebagi lambang Islam dan diberitakan menara setinggi 600 meter itu   menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia

Begitulah hebatnya manusia yang diberikan akal oleh Allah untuk memperlihatkan kekuasaan Allah. Lebih membanggakan jam ini dibangunkan oleh anak Malaysia (khbaranya 14orang). Hj Arshad (Kehidupan Makkah) pernah memaparkan kerja-kerja pembinaan jam ini tidak berapa lama dahulu dengan tajuk Bergadai Nyawa pada 24 Julai 2010. Sila ke http://hjarshad.blogspot.com/2010/07/bergadai-nyawa.html




Selasa, 17 Ogos 2010

azan

170810
Apakah yang anda rasakan apabila mendengar azan?
adakah anda terangsang untuk bergegas ke surau atau ke masjid untuk solat jemaah?
atau apabila mendengar azan, kita hanya ingat itu adalah tandanya sudah masuk waksu solat fardu
atau kita terasa apa-apa, hanya sebagai satu halwa telinga atau yang lebih berat lagi  azan hanya berlalu di bawa angin   begitu sahaja.

Aku   mengingatkan diri ku sendiri kerana selama ini tidak peka dengan azan.
Azan adalah panggilan untuk segera ke surau atau masjid untuk solat berjemaah.
Solah berjemaah ini sangat dituntut oleh agama Islam seperti hadis nabi yang berbunyi:


Daripada Abu Hurairah RA mengatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan ‘Isya. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu (dilaksanakan berjamaah), nescaya mereka akan datang (ke masjid), sekalipun dengan merangkak.” Sesungguhnya saya ingin menyuruh seseorang azan dan qamat, kemudian menyuruh yang lain menjadi imam solat berjamaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil suluh (obor), lalu ku bakar orang-orang yang tidak datang solat (berjamaah).”

Justeru marilah kita sama-sama berusaha memperbaiki diri kita sempena Bulan Ramadan ini dengan menunaikan solat fardu berjemaah.

Apabila kita mendengar azan, marilah kita memotovasikan diri kita  dengan memahami azan itu seperti berikut:

Allahu akbar Allahu akbar
Allah Maha Besar memanggilku untuk menerima hadiah besar

Asyahadu anlaa illha ilallah
Aku bersaksi tiada yang lebih penting daripada panggian Allah ini

Asyahadu anna Muhammadan Rasululullah
Aku bersaksi Nabi Muhammad adalah  pautan(orang) yang selalu memenuhi panggilan ini

Hayya alashalah
iaitu panggilan solat berjemaah di Masjid/surau

Haiyya alal falah
untuk mengambil hadiah kemenangan  (kenaikan 'gaji' 27 kali ganda, naik darjat, terhapus dosa, dll)!

Allahu akbar Allahu akbar
Allah Maha Besar memanggilku untuk menerima hadiah besar
Laa ilaaha illallah
Tiada yang lebih pendting daripada panggllan Allah yang Agung ini.
bahan rujukan: http://akhmadtefur.com


Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Engkau ampunilah segala dosa-dosaku selama ini
Seunugguhnya aku tidak layak ke SyurgaMu,
tetapi   aku tidak sanggup  menanggung siksa di NerakaMu


 

Isnin, 16 Ogos 2010

semalam di melaka

160810
Hari Sabtu yang lalu (14 Ogos) aku berkunjung ke Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Sudah tentu aku bermalam di sana. Justeru aku berkesempatan menunaikan solat Terawih di negeri Melaka. Kali ini aku memilih sebuah surau di Ayer Molek Melaka.  Solat Terawih di surau ini dimulakan sebaik sahaja selesai Solat Isyak. Tanpa solat sunat ba'diah Isyak, bilal terus mengalunkan bacaan mengajak jemaah bersolat sunat terawih. Imam yang memimpin solat terawih ini seorang yang muda mungkin usianya akhir 20an. Bacaannya nyaring dan tertil sekali. Bacaannya tidak terburu-buru, begitu santai dan jemaah dapat membaca surah Al-Fatihah dengan tenang. Tidak seperti di tempat aku di mana bacaan Imam yang laju hinggakan  kadangkala aku tidak dapat menghabiskan bacaan al-Fatihah. Solat Terawih di surau ini hanya 8 rekaat   dan ditutup dengan 3 rekaat dua salam solat witir. Jam 9.30 kami selesai menunaikan solat sunat terawih. Kalau  di tempat aku solat terawih juga selesai pukul 9.30 malam tetapi kami melaksanakan 20 rekaat solat terawih dan 3 rekaat solat witir (dua salam). Alangkah bagusnya kalau Solat Terawih di tenpat aku ini dapat dilaksanakan kaedahnya seperti di Melaka kerana kita dapat bersolat dengan aman, tenang dan tidak terburu-buru.





Ahad, 15 Ogos 2010

jom kita layan

130810
Hari ahad ini mari kita santaikan fikiran dengan melihat gelagat anak-anak dengan aktiviti mereka. Gambar ini aku snap semasa mingging aktiviti pelajar pada 2-6 Ogos 2010.
mari kita relak kan minda kita dengan beriadah
aerobik tu
ni apa pula?
pertandingan pom pom ke
kyusuk tu

Sabtu, 14 Ogos 2010

Sijil Anugerah Pengetua

140810
Pada 6 Ogos 2010, majlis penyampaian Sijil Angurah Pengetua telah disampaikan kepada 169 orang pelajar (Ting 2, 3, 4 dan 5) yang melepasi PNG/GPA melebihi 3.50 di Peperiksaan Semester 1 2010. Sijil tersebut diberikan semasa Majlis Penutupan Minggu Aktiviti Semester 2 2010 di Dewan BeSar.

Selain daripada Sijil Pengetua, pelajar mendapat vocher KFC bernilai RM10.00 yang boleh ditebus di mana-mana cawangan KFC/Pizahuts  dan sebatang pen bermata bulat yang mencatatkan Anugerah Pengetua Semester 1.

Semoga dengan insentif ini dapat menggalakan semua pelajar belajar bersungguh-sungguh demi masa depan mereka, keluarga, bangsa dan negara.






Jumaat, 13 Ogos 2010

Mock Interview

130810
Satu daripada proses pembelajaran yang di amalkan di tempat az ialah latihan temuduga atau mock interview. Program ini dibawah kendalian unit kaunseling. Ia merupakan simulasi   temuduga yang wajib dilalui oleh smeua pelajar Tingkatan 5.  Para penal temuduga terdiri daripada guru-guru sendiri. Program ini selamat dijalankan pada 3 Ogos yang lalu.


sedang menunggu giliran
buat-buat gumbira tuh
dap dup dig




temuduga biasa



Group Interview


Khutbah Nabi SAW

130810
Alhamdulillah, malam ini kita dapat menunaikan solat terawaih malam ketiga.
Malam ini Malam Jumaat dan besok kita dapat bersolat Subuh Berjemaah dengan sujud Sajadah dan seteruskan menunaikan Solat Jumaat. Sungguh besar nikmat Allah untuk hamba-hambaNya yang bersyukur kepadaNya

Marilah sama-sama kita menghayati Khutbah Nabi saw mengenai Ramadhan yang aku dapat daripada kotak emelku siang tadi. Semoga ia dapat memberikan kita pemahaman tentang ibadah Puasa dalam Bulan Ramadhan ini.
Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kalian bulan ALLAH dengan membawa berkat, rahmat dan keampunan. Inilah bulan yang paling afdhal di sisi ALLAH. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling afdhal. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling afdhal. Detik-detiknya adalah detik-detik yang paling afdhal.

Inilah bulan di mana kamu semua diundang menjadi tetamu ALLAH. Inilah bulan di mana kamu semua dimuliakan olehNYA. Di bulan ini nafas-nafasmu dihitung sebagai tasbih. Tidurmu dihitung sebagai ibadah. Amal-amalmu diterima. Doa-doamu dimakbulkan.

Bermohonlah kepada TUHANmu dengan niat tulus dan hati yang suci agar DIA membimbingmu ketika menjalani puasa dan membaca KitabNYA yang mulia.

Celakalah orang yang tidak mendapat keampunan ALLAH di bulan yang agung ini.

Kenanglah kelaparan dan kehausan di hari kiamat ketika kamu rasa lapar dan dahaga ketika berpuasa di bulan ini. Bersedekahlah kepada faqir dan miskin. Muliakan orang yang lebih tua dari kamu. Sayangi yang lebih muda dari kamu. Sambungkanlah tali persaudaraan sesama ummah.

Jaga lidahmu. Tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal dipandang. Tahanlah telingamu dari apa yang tidak halal didengar.

Kasihilah anak-anak yatim, nescaya anak-anak yatimmu dikasihi manusia setelah kematianmu.

Bertaubatlah kepada ALLAH dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu-waktu solatmu. Itulah saat yang paling utama kerana ketika itulah ALLAH AZZA WA JALLA memandang hamba-hambaNYA dengan penuh kasih sayang. DIA mendengar kita ketika kita berbisik-bisik (munajat) kepadaNYA. DIA datang kepada kita ketika kita memanggilNYA. DIA mengabulkan doa-doa kita ketika kita berdoa kepadaNYA.

Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu tergadai kerana perbuatanmu. Bebaskan dirimu dengan banyak-banyak memohhon ampun (beristighfar) kepadaNYA. Bahumu berat menanggung beban dosa-dosamu. Dengan itu, ringankanlah bebanmu dengan bersujud lama-lama. Ketahuilah! Sesungguhnya ALLAH SWT bersumpah dengan kemuliaanNYA bahawa DIA tidak akan menyiksa orang-orang yang mendirikan solat dan orang-orang yang bersujud. DIA juga bersumpah bahawa DIA tidak akan menghumban mereka ke dalam api neraka pada hari manusia dibangkitkan menuju TUHAN sekalian alam.


Wahai manusia! Barangsiapa di antara kamu memberi buka (ifthar) kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi ALLAH nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba. Dia juga diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu. Sahabat-sahabat ra bertanya : “Ya RasulALLAH! Tidak semua kami mampu berbuat demikian”. RasulULLAH saw bersabda : “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun dengan setengah belahan buah kurma. Jagalah diri kamu dari api neraka walaupun dengan seteguk air. Sesungguhnya ALLAH SWT tetap memberi pahala kepada orang yang beramal walaupun sedikit amalnya, jika ia benar-benar tidak mampu melakukan lebih dari itu.”


Wahai manusia! Siapa yang memperindah akhlaknya di bulan ini, ia akan berjaya melintasi Sirat pada Hari Qiamat ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan beban pekerjaan pembantu dan pegawainya di bulan ini, ALLAH akan meringankan beban hisabNYA di Hari Qiamat. Barang siapa menahan keburukannya di bulan ini, ALLAH akan menahan murkaNYA pada hari ia berjumpa denganNYA. Barangsiapa yang memuliakan anak yatim di bulan ini, ALLAH akan memuliakannya pada hari ia berjumpa denganNYA. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini ALLAH akan menghubungkan dia dengan kasih sayangNYA pada hari ia berjumpa denganNYA. Barangsiapa yang memutuskan silaturrahim di bulan ini, ALLAH akan memutuskan ia dengan kasih sayangNYA pada hari ia berjumpa denganNYA.

Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, ALLAH akan mencatat baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardhu, baginya ganjaran 70 kali solat fardhu di bulan yang lain. Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, ALLAH akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa membaca satu ayat Al Quran di bulan ini, ganjarannya seperti mengkhatam al Quran pada bulan lainnya.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu di bulan Ramadhan ini. Maka mohonlah kepada TUHANmu agar pintu-pintu syurgaNYA tidak akan tertutup bagimu sampai bila-bila. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup bagimu di bulan Ramadhan ini. Maka mohonlah kepada TUHANmu agar pintu-pintu lubang neraka akan terus tertutup bagimu sampai bila-bila. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu di bulan Ramadhan ini. Maka mohonlahlah kepada TUHANmu agar syaitan-syaitan tidak akan lagi menguasaimu sampai bila-bila.

Amirul mukminin ‘Ali bin Abi Thalib kw berkata : “Aku berdiri dan berkata : “Ya RasulALLAH! Apakah amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi saw : “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan ALLAH SWT.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...