Khamis, 30 Disember 2010

Manasik Haji-ku (MHK)


Alhamdulillah, aku cuba memulakan perkongsian kerja-kerja haji yang telah ku lakukan pada musim haji 1431H (2010) dengan klip video hasil kreatif putera keduaku. Ia dapat menceritakan detik-detik keberangkatan aku suami isteri ke Tanah Suci. Insya Allah, perlahan-lahan aku coret paparkan apabila aku mempunyai kelapangan. Doakan agar aku dapat merealisasikan perkongsian ini untuk manfaat kita semua terutamanya kepada mereka yang bercadang untuk mengerjakan Haji pada musim yang akan datang. Insya Allah.

video

Selain daripada sanak saudara yang berada di Di Kompleks Haji Kelana Jaya telah sedia menunggu Kak Sidah dan Suaminya . Kemudian Musafir Islam juga menyusul. Seronoknya apabila ramai sanak saudara, ipar duai yang meraikan keberangkatana kami ke Tanah Suci. Kak Sidah membekali kami dengan sambal ikan bilis sementara Musafir Islam menghadiahkan aku dengan kain serban yang akhirnya menjadi sejadah ketika aku di Lapangan Terbang Madinah solat subuh. Jazakallahuhaira.

Jumaat, 24 Disember 2010

Alhamdulillah Syukur


Alhamdulillah kepada Allah yang memberi rahmat. kami amat bersyukur kerana berlaku peningkatan dalam pencapaian Gred   A dalam semua subjek yang di ambil  oleh pelajar sekolah kami dalam PMR 2010. Walaupun peningkatanya hanya sedikit, kami tetap bersyukur dan berbangga kerana berlakunya peningkatan tersebut. Peratusan straight A's  meningkat  daripada 61% kepada  65% dan meletakan kami di ranking ke-13 daripada 36 buah MRSM seluruh negara. Meningkat 2 mata tangga daripada tahun 2009 yang berada di tangga ke 15 daripada 29 MRSM.Sekali lagi terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang bertungkus lumus memastikan pencapaian pelajar dalam PMR 2010. Semoga pelajar tingkatan 3 2011 dapat melipatgandakan lagi usaha agar peningkatan ini berterusan. Amiiin.

Khamis, 23 Disember 2010

Alhamdulillah.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Akhirnya  penantian yang ditunggu tiba jua akhirnya. Keputusan PMR yang diumumkan tadi membuahkan hasil lumayan kepada kami semua. Pencapaian GPS telah meningkat daripada 1.12 pada tahu 2009 kepada 1.08   tahun 2010. Ayahzain mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang bertungkus lumus dalam menaikan prestasi sekolah terutamanya subjek sains yang meningkat demgam lompatan saujana daripada 78.1% A kepada 95.7% A dalam PMR 2010. 6 orang sahaja pelajar yang mendapat B. Subjek matematik juga meningkat drpd 97.7% A kepada 99.3% A di mana seorang sahaja pelajar medapat B sementara subjek Kemahiran Hidup semua pelajar mendapat A (100% A). Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang meberi nikmat. Namun debaran masih belum reda kerana menantikan ranking keseluruhannya. Tahun lepas berada di kedudukan Top 15

Ahad, 12 Disember 2010

Dilema

Alhamdulillah, akhirnya aku berada di depan komputer aku semula setelah hampir dua bulan meninggalkannya. Selama ini aku ke udara melalui telefon bimbitku yang begitu terhad penggunaannya kerana kejahilan aku mengendalikannya. Namun aku kekurangan idea untuk merealiasikan coretan aku semasa di dua Tanah Suci atau aku tidak lagi berminat untuk meneruskannya. Puas aku memikirkan bagaimana hendak memulainya...................

 Bergantunglah kepada keadaan yang menentukan sama ada aku berjaya melalui cabaran ini tambahan lagi  kesebukan masa dan tugas-tugas yang bertimbun menantiku di pejabat. Maklumlah awal tahun mesti banyak kerja perlu dirancang dan paling perit sekali ialah untuk menghasilkan planer tahunan.

Besok aku akan mula masuk pejabat setelah seminggu aku berehat. Berehat? Mana ada rehat... Setiap hari pasti aku akan berada di Lebuhraya Utara Selatan memenuhi urusan yang macam-macam. Orang kata, 40 hari sekembalinya daripada Tanah Suci mesti duduk di rumah namun ...........  aku tidak dapat berada di rumah. Hari Khamis yang lalu aku tersentak dengan berita yang disampaikan oleh isteriku bahawa abang kepada kawannya telah meinggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Abangnya baru sahaja beberapa hari balik daripada tanah suci. Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang diterima. Kecut juga hati ini seketika kerana sejak aku berada di Tanah AIr sabtu lalu aku telah berada di Kuala Lumpur, kemudian di Seremban, kemudian di Melaka, semalam di Muar, dan hari ini aku berada di Johor Bahru menghadiri majlis perkahwinan bekas anak buahku di Taman U. Lewat petang tadi baru aku sampai di Pontian. Alhamdulillah.

syahdunya
ya Allah aku ingin menjadi tetamu di rumah Mu lagi
Permudahkanlah ya Allah

Khamis, 9 Disember 2010

Ulangtahun perkahwinan

Salam Ceria.

Alhamdulillah, diam tak diam hari ini 9 Dis 2010 adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke 26 tahun. Semoga perkahwinan kami terus kekal hingga ke akhir hayat. Nampaknya kami meraikannya di HUKM kerana sekejap lagi mrzain akan membuat foloup checkup dengan doktor di HUKM heheh. Tak ada apa-apa cuma pemeriksaan biasa hasil daripada pembedahan lebih 10 tahun yang lalu.Semuanya dalam perancangan Allah.

Sabtu, 4 Disember 2010

alhamdulillah

Salam, Alhamdulillah. AZ & Mrszain telah selamat sampai ke Tanah Air malam tadi. Saudi Air SV5522 selamat mendarat di KLIA tepat jam 1.15 pada  3 Dis 2010. Namun ujian masih berterusan apabila bagasi kami tidak mendarat bersama kami. Lebih kurang 50 jamaah yang senasib dengan kami. Setelah mengisi borang yang diperlukan kami meninggalkan KLIA pada pukul 3.30 pagi dengan  hati yang reda, pasrah akan ujian Allah. Ketika ini kami berada di Melaka untuk seketika  di samping menguruskan beberapa urusan peribadi dan mungkin besok akan berangkat balik ke Pontian. Terima kasih atas keprihatinan anda semua yang mendoakan kesejahtaraan kami terutamanya kepada Umi Humairah, Kak Sidah, Hjh Zainab, Aki44, Rozali, Rosli, Kakzakie, Kak Su, afeez, CM, ayahanda, Rezeki, Sonata, Nadz, KakLongwiduri, Guru PhD, Shami2, Musafir Islam, LF, Nurazah8. Taj, Limizia, Pinatbate dan yang lain-lain yang tak tersebut namanya. Juga tidak lupa kepada CL dan Hj Arsyad yang meraikan kami di Tanah suci dengan nasi mandi (CL, teringgat daging unta hehhe). Budi baik kalian hanya Allah sahaja yang membalasnya. Sampai jumpa lagi.

Rabu, 1 Disember 2010

salam dari makkah 10

sayu hati bila berada dihari-hari terakhir di bumi penuh baraqah ini.  kalau minggu lalu tak sabar untuk kembali ke tanah air namun selepas taklimat kebrangkatan PULANG oleh dato pengerusi, tiba-tiba hati teraSA SAYU. ENTAH BILA PULA BOLEH MENJADI TETAMU ALLAH LAGI. SESUNGGUHNYA HAJI ITU SATU JIHAD YANG MEMERLUKAN PENGORBANAN, KESUNGGUHAN DAN KEYAKINAN.                                                                                  KESAYUAN TERUS DIRASAI  APABILA IMAM SOLAT ISYAK masjidil haram  TADI TIDAK DAPAT MENERUSKAN BACAANYA KERANA ESAKAN TANGISANNYA, RUGINYA TAK TAHU SURAH APA YANG DIBACA NAMUN TENTUNYA BERKAITAN DENGAN AZAB ALLAH KEPADA HAMBANYA YANG ALPA DAN LALAI....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...