Jumaat, 21 Januari 2011

Perniagaan yang menguntungkan

210111

Alhamdulillah,
Kita berjumpa lagi di Hrai Jumaat Penghulu segala hari.
Sungguh cepat masa berlalu bermakna
semakin dekat kita dengan destinasiNya
Semoga kita terus mendapat limpah kurbia dan keredaanNya.

Kebiasaanya pada setia hari Khamis, kami di Surau Anak-anak Bugis Ayer Baloi membaca Surah Yassin selepas solat Magrib dan selepas itu kami akan dihidangkan dengan sedikit juadah berupa makanan berat atau rengan  namun semalam 20/1/2011 kami dihidangkan dengan santapan rohani. Alhamdulillah.

Santapan rohani berupa tazkirah yang dipetik daripada surah Saf ayat 10 -13 berkaitan dengan Perniagaan yang menguntungkan

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? [10]

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)11].

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. [12]

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.[13]

Antara yang dapat aku ingat ialah Ustaz menerangkan  bahawa Allah memulai ayat ini  dengan seruan wahai orang yang beriman dan tidak menyebut wahai manusia, orang muslim dan sebagainya tetapi menujukan kepada orang yang beriman. (Manusia adalah semua mereka yang bergelar manusia. Orang Muslim ialah orang-orang Islam) . Ayat ini dimulai dengan seruan Allah kepada orang yang beriman dan bukannya manusia atau orang Islam.

Orang yang beriman ialah manusia dan orang Islam yang yakin kepada adanya (wujudnya) Allah. Yakin dengan sepenuh-penuhnya kepada Allah walaupun mereka  tidak nampak Allah zahir di mata tetapi mereka sangat yakin dengan adanya Allah. Orang yang beriman percaya kepada Rasul. Orang yang beriman   berjihad di Jalan Allah (fisabillah) iaitu dengan menyeru kepada manusia dengan seruan ke jalan kebaikan tanpa mengenal putus asa. Orang yang beriman akan mengamalkan amalan-amalan soleh tanpa mengira ganjaran daripada Allah. Orang beriman tidak mengharapan ganjaran pahala dan Mereka tidak menghitung pahala yang diberikan tetapi mereka menunaikan segalanya (amalkan yang disuruh dan tinggalkan yang dilarang)  sebagai tanggungjawab kepada Allah yakni sebagai hamba yang diciptakan oleh Allah swt dengan hati yang ikhlas, kerana  Allah swt (Lillahi Taala). Allah wu 'aklam

Kesimpulannya Allah menyeru orang yang beriman dengan mengamalkan  3 biznes  tersebut kerana ia satu perniagaan yang menguntungkan yakni  dapat menyelamatkan mereka daripada azab siksa yang pedih dengan
1.  beriman kepada Allah dan Rasul;
2. Melakukan amalan yang soleh dan 
3. menyeru manusia (berpesan-pesan)  kepada kebaikan (sampaikanlah kebaikan walaupun satu ayat).


Isnin, 17 Januari 2011

Salam Awal Minggu

170111
video

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang memberikan kita nikmat yang tidak terkira. Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada hamba-hambanya. Maka marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Nya dengan   menuruti perentah dan suruhanNya agar kita menjadi hambaNya yang diredai. Kita akan bertemu denganNya di Hari Pengadilan di mana apa-apa yang kita lakukan dihitung sama ada yang baik atau tidak. Yang besar atau yang kecil malah walau sebesar zarah sekalipun semuanya dikira dan diberikan balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan. Oleh itu  marilah kita berdoa agar kita tidak tergolong di kalangan merka yang muflis di hadapan Allah swt.

Hari ini 17 Januari 2011 bernakna sudah masuk minggu ketiga tahun baru masehi. Saya memang suka dengan nombor 17 kerana nombor 17 mempunyai pengertiaan tersendiri kepada diriku. Tak apalah nombor apapun smeuanya mempunyai nilainya tersendiri walaupun nombor 0 semunya mempunyai nilai-nilai dan kalau di tinggalkan atau ditambah akan menunjukan perbezaan. Jangan pula dengan nombor membawa kita menerima azab yang tidak terperi sakitnya.


Demikianlah, Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kepada satu umat yang telah lalu sebelumnya beberapa umat yang lain, supaya engkau membacakan kepada mereka Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu, sedang mereka kufur kepada (Allah) Ar-Rahman Katakanlah: "Dia lah Tuhanku, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. KepadaNyalah aku berserah diri, dan kepadaNyalah tempat kembaliku (dan kamu semuanya)" (QS:Ar-Ra'd:13:29)






Jumaat, 14 Januari 2011

Open your Eyes

video

Alhamdulillah.  Syukur ke hadrat Ilahi kita mampu lagi bernafas di hari ini. Di hari Jumaat penghulu segala hari. Cepat sunggu masa berlalu. Diam tak diam sudah 40 hari aku kembali daripada Tanah Suci. Semoga kita menjadi hamba yang mentaatiNya. Hamba kepada Allah tuhan Rabb ul Jalil.

Perhatikan, hayatilah  alunan melodi yang begitu syahdu nyanyian Kyrel Marjan dengan lirik yang diterjemahkan daripada lagu Open your Eyes oleh Maher Zain ini. Sudah begitu lama Allah  menunjukkan tanda-tanda kekuasaannya namun kita masih  tidak tahu bersyukur malah mengenepikannya,  memperlekehkan dengan membuat kejelekkan di maya ini dan menafikan kekuasaan Allah. Mengapa?   Mengapa manusia tidak  mengendahkannya? Kerana apa?

kerana:

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (QS: Al-Hajj:22:46)

Oleh itu lihat disekelilingmu dan bukalah matamu, bukalah hatimu , bukalah minda mu, agar kita menjadi umat Nabi Muhammad saw yang beriman dan bertakwa. Mudah-mudahan kita termasuk di dalam golongan yang beruntung di dunia dan di akhirat



OPEN YOUR EYES

Look around yourselves, Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you, The clouds floating by
The skies are clear and blue, Planets in the orbits
The moon and the sun, Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves ,Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind, To push it all aside..No..


We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs , We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise, Take us in the best way (Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You Until the end of time..


Look inside yourselves, Such a perfect order
Hiding in yourselves, Running in your veins
What about anger love and pain ,And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?So are they really there?


Lets start question in ourselves, Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind, To push it all aside..?No..



We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds, If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth, Let it take us by surprise
Take us in the best way(Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to You Until the end of time..


When a baby’s born, So helpless and weak
And you’re watching him growing..So why deny, Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds, If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth, Let it take us by surprise
Take us in the best way(Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to YouUntil the end of time..


Open your eyes and hearts and minds, If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth, Let it take us by surprise
Take us in the best way(Allah..)
Guide us every single day..(Allah..)
Keep us close to YouUntil the end of time..Allah..


You created everything, We belong to You
Ya Robb we raise our hands Forever we thank You..


Alhamdulillah..


Rabu, 12 Januari 2011

Panggilan Manja


video





Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (QS: Al-Hujuraat: 49:11)


Ayat ini mengingatkan aku satu peristiwa yang berlaku di negeri Uncle Sam di mana seorang remaja telah  menembak beberapa pelajar di sekolahnya. Aku tidak ingat tahun bila namun apabila diselidiki ia berpunca daripada perasaan tidak puas hatinya kerana ia sering menjadi bahan senda gurau kawan-kawannya dengan pangilan / gelaran yang tidak disukainya.

Aku juga berasa pelik mengapa manusia suka memanggil  manusia yang lain dengan panggilan yang yang tidak diredainya dan berselindung dengan panggilan manja. (Panggilan manja m%k ba%#k dia) Sama ada panggilan itu  baik atau buruk bukan menjadi soal, persolannya adakah individu yang kena panggil itu reda atau tidak. Atau kah rela kerana terpaksa menerima panggilan tersebut.
Di asrama sekolah , sama ada di asrama penuh atau asrama harian, perbuatan panggilan manja  ini seperti sudah menjadi satu perkara biasa. Setiap pelajar mempunyai panggilan/gelaran tersendiri. Ada yang sedap di dengar ada yang tidak. Aku heran bagaimana yang kena panggil itu  boleh menerima panggilan sebegitu. Namun rambut sama hitam, hati lain-lain. Walaupun ia tidak kisah tetapi di hati kecilnya mesti tersembunyi perasaan yang tidak disukainya. Ibarat kata Rossa "hatiku telah kau sakiti'. Akibatnya maka berlakulah perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan (asalnya bergurau), menconteng buku-buku dan sebagainya. Acapkali peristiwa pergaduhan di sekolah berlaku adalah berpunca daripada akitiviti  panggil memanggil atau gelar menggelar ini.
Mungkinkah ada  satu kepuasan kepada si pemanggil. Justeru mereka sewenang-wenang memanggil rakan/junior dengan sesuka hati dengan panggilan yang pelik, aib dan entah apa lagi panggilan seperti rangka, sotong, bunt*t  dan pelbagai panggilan sama ada disukai atau tidak disukai oleh individu tersebut. Kadangkala nama asal terus hilang dan tidak dikenali oleh pelajar lain. Malah nama panggilan itu kekal sehingga si kena panggil itu beranak pinak dan menjadi bahan ketawa pula. Ironinya ia menjadi tajuk  drama yang ditonton oleh jutaan penenton  televisyen  seperti Halimah J*N^ng atau pun Fatimah Ju%$*g.  Bayangkan nama yang cantik diberi oleh ibu bapa mereka tetapi tidak digunakan. Masya Allah. Apakah perasaan mereka apabila anak-anakmereka  mengetahui bapak atau emaknya di panggil dengan nama yang tidak sedap didengari. Semoga Allah mengampuni mereka yang memanggil itu.

  Di akhir ayat  11 surah Al-Hujuraat di atas Allah telah berfirman bahawa  mereka yang suka memanggil dengan gelaran yang buruk di anggap sebagai fasik. Si fasik ini kalau tidak bertaubat di anggap sebagai seorang yang zalim. Oleh itu marilah sama-sama kita menghindarinya agar hidup kita mendapat keredaan Illahi. Kita bukannya hidup menungkat langit, esok lusa kita akan di pangil oleh Yang Maha Esa.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosaku.

Selasa, 11 Januari 2011

Hari Hol


video
sambil membaca kita dengar petikan piano ini

Hari ini ayahzain cuti sempena Hari Hol . Satu Johor Cuti pada hari ini. Hari Hol ialah Hari memperingati kemangkatan Sultan Johor. Bermula tahun ini Hari Hol adalah Hari memperingati Kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar. Ia akan diperingati pada setiap tahun.

Kesihan orang-orang yang tidak bercuti yang bekerja  di luar Johor kerana penat mendail telefon tetapi telefon di pejabat tidak berjawab atau pun yang menjawab ialah mesen peti suara. Hendak buat macam mana kan? Itu sebab aku suka kepada kelender kuda kerana ia lengkap dan detail. Semua cuti ada dalamnya. sama ada kita peka atau pekak tidak sahaja.

Dikesempatan cuti, aku dan isteri meneruskan lagi kerja-kerja persediaan untuk hari walimah yang kian mendekat. Ada ada sahaja keperluan yang tertinggal. Hari ini kami sampai ke Muar, Batu Pahat dan Ayer Hitam untuk melengkapkan segala apa yang perlu. Iyer lah bukannya apa kerana banyak pakar nasihat yang menasihati itu dan ini. Aku ikutkan sahajalah. Kalau idak nanti ......... kak sidah boleh tolong jawab kot. Di samping itu mengedarkan lagi kad-kad jemputan kepada kenalan, kawan taulan yang berada di laluan kami ke Batu Pahat, Muar. Diperjalanan balik kami singgah di Pekan Ayer Hitam. Apa yang ada di Ayer Hitam? ......... Semuanya ada di sini........ Bila dibanding-bandingkan harga, nampaknya harga di Ayer Hitam lebih berpatutan daripada Nilai 3.

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (QS:An-Nur:24:32)


Isnin, 10 Januari 2011

pertemuan


video
lagu ini lagi mengasyikan

Walaupun sudah dua hari berlalu namun kehangatan pertenuan PDKM di Hotel Singgahsana masih terasa. Ini digambarkan dalam tepuk bertampar ahli PDKM di FB. Mak datuk bukan main meriah, masing-masing mempersembahkan hasil tembakan maut . Tiada kata seindah bahasa untuk menceritakan kegumbiraan yang dijelmakan dalam pertemuan itu.
video
opss tersilap teknik

ohh mama cayang
rindunya
wajah-wajah ceria yang hadir

kek ini Haji Arshad yang taja
Cobak baca tu

merpati dua sejoli
terbang mencari kawan
dimana ada matahari
di situ ada bulan (eh eh lagu Saloma tuh)
abang jamil ini daripada Kak Tipah

hok ni daripada kak senah

haa cak? Cik Rohani tak bagi apa-apa ke?
Tak ada warna lain lagi la mama ju
warna merah tu jer yang ada
alhamdulillah
Untung datang ni
Aku dapat air zamzam, kurma, hok ni minyak seribu bunga pulak
mari mari, gambar time

abang zack jangan dok jauh-jauh yer

Sesungguhnya telah rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mengadap Allah; sehingga apabila hari kiamat datang secara mengejut kepada mereka, mereka berkata; "Aduhai kesalnya kami atas apa yang telah kami cuaikan dalam dunia!" Sambil mereka memikul dosa-dosa mereka di atas belakang mereka. Ingatlah, amatlah buruk apa yang mereka pikul itu. (QS Al An'am:6:31)

Ahad, 9 Januari 2011

Semuanya dalam 1


video
Kita dengar alunan piano ini. Mengasyikan sekali.
Tidak tahu siapa, dipetik daripada youtube

Dua hari hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad) amat memenatkan namum amat berbaloi-baloi  kerana banyak urusan yang dapat dipenuhi. Ku rangkumkan dia di dalam 1 Malaysia..  Walaupun badan penat kerana berada di jalanraya/lebuhraya tetapi tidak mengapa. Pagi Sabtu semalam aku mengiringi  isteri ke Nilai 3 untuk mencari bahan-bahan keperluan perkawinan puteri sulongku.

Kemudian aku bergegas ke Hotel Singgahsana, Petaling Jaya untuk memenuhi undangan CM dan KS yang mengendalikan mini gathering PDKM di samping meraikan hari kelahiran pengasas PDKM yang ceria. Majlis santai ini amat bermakna dalam mengeratkan silatulrahim yang sedia terjalin. Seperti biasa kita berada dalam mood yang ceria. Aku sempat berada di sana sehingga pukul 5 kerana terpaksa bergegas balik ke Melaka untuk meneruskan lagi urusan yang perlu diselesaikan lagi.

Pagi Ahad yang ceria, seawal pagi aku ke Negeri Sembilan untuk memenuhi hajat ibuku di Kampong. Di sini aku mengambil kesempatan mengunjungi saudara sebelah almarhum ayahku di Kg. Semerbok, Rembau NS. Kebetulan kakak saudara ku ini sama-sama mengerjakan haji di musim haji yang lalu. Masya Allah satu yang tidak aku sangka, suasana seperti jejak kasih pulak kerana di kampung ini aku bertemu dengan saudara mara yang telah lama terputus hubungan. Sehingga tengah hari baru la aku mengundurkan diri menghtar ibuku balik ke rumahnya. Kemudian aku terpaksa pula ke Batu Pahat untuk urusan isteriku yang tidak habis-habis. ermmm orang pompuan tahulah hehhehe.

Kemudian aku mengiringi pulak isteriku ke Pekan Ayer Hitam kerana ada lagi urusan perkahwinan yang belum lengkap. Pendek kata sebelum majlis perkahwinan ini berakhir, destinasi yang sebegini terus akan aku jelajahi kerana ada sahaja urusan yang belum sempurna. Lewat petang barulah kami sampai ke kediaman kami di Pontian.


kek yang dibikin oleh Boxhousestudio ini disponsor oleh Tn Hj Arshad

CL membuka bungkusan hadiah hari jadi

sedang menikmati hidangan


gambar kenangan di akhir program silatulrahim


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (QS: AN-Nisa:4:1)

Jumaat, 7 Januari 2011

Sampaikan salam


............. maknanya besok confirm yer gathering PDKM di Hotel Singgahsana.
Sayang la saya tak dapat join sama, tengah sibok ni menguruskan jemaah kat belakang tu
kejap lagi depa dah nak makan tu ............
OK CM, u perform yang terbaik untuk semua tetamu PDKM tu, jangan ada yang terlepas pandang.
Untuk CL ....hv ur day.


Empat Perkara

Salam Jumaat. Marilah kita meneliti paparan berikut sebagai muhasabah diri sendiri.  Paparan ini dipetik daripada peti emel dan semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua. Insya Allah

The Holy Prophet (SAW) Said:

1) Four things that make your body sick:-

a)Excessive talking

b)Excessive sleeping

c)Excessive eating and

d)Excessive meeting/outing with people


ii) Four things that destroys the body:-

a)Worrying

b)Sorrow (Sadness/Grief)

c)Hunger

d)Sleeping late at night


3) Four things that make the face looking dull and haggard:-

a)Lying

b)Being disrespectful/impudent (knowingly)

c) Baseless arguements

d)Excessive immorality (committing sins without fear)



4) Four things that make the face glow and shine:-

a) Piety

b) Loyalty

c) Generosity and kindness

d) Helpful to others without being asked



5) Four things make the Rizqi (Sustenance) stop:-

a) Sleeping till late in the morning (from Fajr to sunrise)

b) Not Performing Fardhu or Irregular in Prayers

c) Laziness/Idleness

d) Treachery/Dishonesty



6) Four things that bring/increase the Rizqi:-

a) Staying up in the night in prayers

b) Excessive Repentance

c) Regular Charity

d) Zikr (Remembrance of Allah)


The Holy Prophet (SAW), also said to communicate to others even if it is just One Verse (Ayaah), for this one verse will stand out on the Day of Judgment for intercession.

Allah Hu Alam.

The Holy Prophet (SAW) said,

" Stop doing everything during the Azaan, even if you are reading the Quran.

The person who talks during the Azaan will not be able to say the Kalima E Shahada on his/her death bed".

............so be careful, do not to make this mistake!!!

Please pass this message to all Muslims...

**READ THIS DU'A FOR BETTER LIFE**

Allahumma- inni- ala- Zikr-ika -wa Shuk-rika wa husni-Ibaadatik....Ameen.

A very powerful Du'a has been sent to you.

Imagine 1000 persons read it

just because of you..................Jazakallah.

ONLY you will seek goodness from Allah SWT.


Rabu, 5 Januari 2011

BANTUAN KEMANUSIAAN

Hati ini begitu tersentuh apabila membaca rintihan ibu tunggal yang menghadapi kesulitan (kehilangan pekerjaan) untuk menghadapi hari-hari muka yang suram. Beliau telah ditinggalkan oleh suaminya 10 tahun yang lalu dan kini sangat-sangat memerlukan bantuan kepada yang berkemampuan. Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Oleh itu pembaca CHHM yang prihatin silalah menyalurkan  bantuan anada kepada ibu tunggal ini. Di sini saya paparkan rintihannya yang masuk kedalam peti emel ayahzain. Paling menyayat hati apabila ibu tunggal ini diusur keluar daripada rumah sewanya NAMUN seorang Cina telah memberikan bantuan menghuni rumah sewa Cina itu untuk sementara.

Ibu ini sebenarnya sangat malu untuk meminta-minta begini tetapi apakan daya ............


Bagi pembaca CHHM yang perihatin dan sudi membantu bolehlah menyalurkan bantuan  ke akaun berikut:


Bank: CIMB
No. Akaun: 02190002429524
Nama: Fatimah Bt Jasmin


mahani noor Add
To: zam575@gmail.com
Cc: Alumni_ESQ165@yahoogroups.com


From: Fatimah Jasmin Jasmin fatimahjasmin@yahoo.com
To: mahani noor drmahani@yahoo.com.my
Sent: Wednesday, 5 January 2011 8:45:55
Subject: BANTUAN KEMANUSIAAN


Asalamualaikum,

Asalamualaikum,
Saya merujuk perhatian Puan kepada perkara tersebut di atas. Sepertimana yang saya maklumkan dalam perbualan talipon baru-baru ini, saya ingin memanjangkan permohonan bantuan sementara bagi membantu keadaan saya dan keluarga saya yang ditimpa musibah akibat kehilangan pekerjaan,


Atas kertas ingin saya maklumkan bahawa saya adalah ibu tinggal, yang ditinggalkan oleh suami tanpa nafkah sejak 10 tahun yang lalu. Saya mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah. semua perbelanjaan isi rumah adalah dibawah tanggung saya sehinggalah saya kehilangan pekerjaan 8 bulan yang lalu. Keadaan hidup kami anak beranak teramat sulit sekali. Saya baru sahaja diusir dari rumah sewa yang kami tinggal kerana gagal membayar tunggakan rumah berjumlah $4,400. Cara kami anak-beranak diusir dari rumah amat mengaibkan. Tapi nasib menyebelahi kami kerana ada hamba allah berbangsa tionghua membenarkan kami tinggal dirumah sewanya buat sementara waktu. Anak-anak saya perlu biayaan persekolahan. wang
simpanan saya habis langsai dek tekanan ini. Anak sulong saya baru sahaja mendapat kelulusan PTPN yang sedikit sebanyak dapat membantunya. Yang lain masih bergantung kepada saya. Saya amat-amat memerlukan bantuan samada dalam bentuk pinjaman mahupun bantuan bagi meringankan beban yang saya tanggung. Dalam usia saya yang menjangkau 50 adalah amat sukar bagi saya mendapatkan pekerjaan dan
keadaan kami semakin kritis dengan ugutan-ugutan dan cemuhan tuan rumah yang meminta saya jelaskan kesemua sewa yang tertunggak. Saya amat bimbang dengan keselamatan anak-anak saya dan berharap jika ada mana-mana insan yang mulia yang dapat membantu saya. Saya akan memperolehi 1/3 daripada simpanan KWSP saya pada bulan 4 ini dan saya yakin dengan wang ini dapatlah saya mengatur semula
kehidupan kami anak-beranak dan bolehlah saya jelaskan kembali pinjaman kepada insan yang sudi membantu saya dalam keadaan saya yang teramat terdesak ini.


untuk maklumat Puan saya memerlukan pinjaman segera sebanyak $7,000. Harap puan dapat membantu saya.


Butir-butir keluarga


Penjaga/ibu - Fatimah binti Jasmin
KP - 610407-01-6476
Pekerjaan - Surirumah

Anak - Nur Idayu binti Muzaffar
890319-02-5574
Usia - 21
Pelajar tahun 1 - UNISEL

Anak - Zainuddin bin Muzaffar
911231-14-5029
Usia - 19
Pelajar Tahun 2 - TOC - The Otomotof college

Anak - Nur Atiqah binti Muzaffar
931130-14-5394
Usia - 17
Pelajar - SPM

Anak - Nur Amirah binti Muzaffar
950106-14-6374
Usia 15
Pelajar - Tingkatan 4

Anak - Nur Aribah binti Muzaffar
970308-02-5034
Usia 13
Pelajar tingkatan 2




Isnin, 3 Januari 2011

hari pertama

Ahamdulillah, hari ini adalah hari pertama musim persekolahan 2011. Kami memulakannya dengan perhimpunan di Surau Sekolah dengan bacaan Yasin, Solat Duha, Solat Hajat dan diakhiri dengan tazkirah daripada penceramah jemputan yang menceritakan adab-adab belajar dan pelbagai nasihat sebagai panduan kepada pelajar dalam proses menuntut ilmu mencari keredaan Allah. Selepas rehat pelajar Tingkatan 3 dan 5 dikumpulakn pula di Bilik Seminar untuk sesi bersama dengan Pengetua sementara pelajar Tingkatan 2 dikendalikan oleh Kaunselor Pelajar. Pada sebelah petang selepas menikmati makan tengah hari dan solat Zohor pelajar dikumpulkan pula mengikut Homerooom  dengan kelolaan guru penasihat homeroom masing-masing. Program ini amat bermakna di mana pelajar akan berkongsi maklumat (sharing) dalam pelbagai masalah yang timbul. Pada sebelah malam selepas Isya pelajar diberikan taklimat oleh Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik dan dikiuti pula taklimat daripada Timbalan Pengetua Kokurikulm. Kesemua aktiviti yang yang dijalankan ini adalah diantara daripada program re-orentasi di mana para pelajar diingatkan semula tentang peranan dan kedudukan mereka sebagai seorang pelajar di dalam Instistusi Sekolah Berasrama Penuh. Sebelum itu pada sebalah malam semalam selepas pendaftaran kemasukan ke asrama, pelajar telah mendengar taklimat darpada Ketua Guru Asrama dan Timbalana Hal Ehwal Pelajar. Semoga dengan aktiviti yang dijalankan akan menjadikan pelajar berada di dalam landasan yang betul. Besok pagi dan seterusnya akan bermulalah sesi pembelajaran dan pengajaran di bilik-bilik kelas masing-masing.

Selamat Hari Ulang Tahun CL

Alhamdulillah, hari ini 3 Jan 2011 adalah hari kelahiran insan yang teristimewa di Persada PDKM.   Melalui PDKM  aku mendapat kenalan yang ramai dan  hebat. Kenalan di PDKM mempunyai naluri keabraban silatulrahim yang begitu hebat. Kak Sidah kata ahli PDKM ada ruh silatulrahim. Insan yang dimaksud itu ialah:


Selamat Hari Lahir CL
CHHM mengucapkan selamat panjang umur, dimurahkan rezeki dan terus ceria selalu.

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat Tahun baru 2011

Alhamdulillah. Akhirnya tahun 2011 menjelma juga. Begitu cepat masa berlalu. 2010 telah meninggalkan kita dan menjadi sejarah dalam kehidupan kita semua. Ada yang pahit, masam dan manis. Semuanya berjalan mengikut ketentuan Illahi. Mengikut Qada dan Qadar Allah. Mana-mana perlakuan kita yang tidak selari dengan kehendak Allah kita tinggalkan  dan berubah kepada jalan yang di redai Allah. Matlamat kita ialah Akhirat bertemu dengan Allah di Hari Perhitungan . Sekiranya kita memlilih dunia kita akan dapat dunia dan kalau kita memilih Akhirat, kita akan mendapat kedua-duanya sekali. Allah hu aklam.


Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
(al-Quran: AlHaj:22:5)



Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada), dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(al_Quran:Luqman:31:28)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...