Rabu, 26 Oktober 2011

NDAB

261011

Entah mengapa terlalu sukar untuk memulakan ayat pertama. Cuba itu tak kena, cuba ini tak kena. Akhirnya Ceriakan hari-harimu berlalu begitu sahaja. Kebetulan hari ini hari cuti, bolelah aku mengarang berkongsi siaran dengan peminat CHHM yang setia, yang saban hari menjengah rumahku ini. Terima kasih atas sumbangan. Tanpa kalian, CHHM tidak akan bersiaran. Setiap hari ada sahaja yang datang melawat walaupun tak severapa ramai seperti blog-blog yang lain. CHHM masih dapat bertahan. Alhamdulillah.

 Hari ini az ingin berkongsi cerita pasal  Nasi Dagang Ayer Baloi (NDAB) yang menjadi bualan rakan-rakan staf di pejabat. Ada yang hari-hari bertanya, "bila az nak belanja kami NDAP? Sedap lah az, kalau lambat pergi, habis".  Dah macam nasi lemak di Seremban yang tag bisnesnya 'lotak-lotak abis'. Jadi aku sediakan sedikat peruntukan NDAB ini kepada seseorang untuk uruskan NDAB di pejabat sama ada hari Khamis atau Jumaat nanti. Esok atau lusa kot rakan-rakan staf akan merasai NDAB. Terpulanglah kepadanya untuk menguruskan NDAB itu.

Entah mengapa, bangun pagi tadi aku teringat NDAP. Jadi pukul 7.00 pagi tadi aku pun ke lokasi jualan NDAB. Hari ini hari cuti Devali. Jadi aku ada masa berfoya-foya di pagi hari. Kalau hari bekerja susah sikit nak berfoya-foya ni. Sesampai aku di lokasi NDAB, aku dapati memnag agak ramai yang sedang menikmati NDAB. Jadi aku mengambil giliran untuk memesan NDAP. Warong ini bukan sahaj menjual NDAB tetapi pelbagi menu sarapan yang lain seperti nasi lemak, lontong dan sebaginya.

Aku memasan 4 bungkus NDAP untuk aku, mrszain dan anak serta menantu aku yang ada di rumah. Wow,, not bad. Memang sedap masakan Kak Ijah ini. aku tak tahu sama ada ia orang Terengganu atau Jawa atau Bugis. Aku tak sempat nak bertanya itu semua, cuma aku dapat nombor telefonnya sahaja. Manalah tahu kalu ada kengkawan CHHM yang mampir di teratakku akan ku hidangkan NDAB buat kalian, tetapi hanya di pagi hari sahaja kerana NDAB terhad sehingga stok masih ada sahaja.

Sebungkus NDAP yang berharga RM2.50 ini, aku rasa macam tak puas kerana kesedapannya, kalu makan di lokasi, gerenti aku meminta nasi tambahan. emang lazat sehingga menjilat jari.


Jumaat, 21 Oktober 2011

Cendol Mak Siti

211011


Gambar di atas adalah satu pandangan yang biasa kepada mereka yang melalui jalan di antara Pekan Nanas ke Skudai Johor. Di sini terdapat sebuah warong yang begitu terpencil di tengah-tengah hutan belantara. Sekiranya tiada jalan jalanraya, selayaknya kawasan ini dipanggil tempat jin bertendang. Heheheheh. Warong ini tidak sunyi dengan pelanggan yang datang bertali arus menikmati cendol di Warong Cendol Mak Siti. Ia seperti cendol  cendol yang biasa di pasaran namun ia di jual seperti pisang goreng panas. Rasanya memang sedap. Aku pasti berhenti menikmati cendol mak siti setiap kali aku melalui kawasan ini.




Selasa, 18 Oktober 2011

Kalam Suci

181011


"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya" (QS al-Baqarah: 2:261)


Isnin, 17 Oktober 2011

Berhenti seketika

171011

Malam kelmarin aku menghadiri semula kuliah Maghrib di Surau Assidik Pt Keroma. Selepas raya baru malam kelmarin aku berkesempatan untuk menghadirinya. Sibok dengan urusan dunia sehingga terlupa untuk mengahdirinya. Bak kata ustaz Zulkarnain di Kalam Suci di astro Oasis petang, tadi banyak orang pandai menguruskan kehidupan tetapi tidak pandai menguruskan kematian.

Kali ini penceramah memngupas topik yang biasa kita amalkan iaitu iktikaf di dalam masjid. Suka aku berkongsi ilmu ini malah penceramah amat mengalu-alukan agar jemaah memperpanjangkannya di dalam keluarga masing-masing. Namun apa yang tulis di sini sekiranya ada yang tidak tepat aku mohon maaf kerana nukilan ini hasil daripada ingatan aku. Sekiranya tidak tepat, harap para ilmuan yang bijak pandai dapat menegur kekhilafan aku ini.

Iktikaf bermaksud berhenti seketika di dalam masjid  di samping berniat untuk beriktikaf di dalam masjid. Maka dengan itu mereka yang melakukan iktikaf ini akan sentiasa mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt. Iktikaf mempunyai 4 rukun seperti berikut:

1. Pelaku atau pun jemaah yang melakukannya atau pun ada individu yang melakunya / orangnya (si polan bin si polan)
2. Tempat yakni masjid. Kalau di surau ada perselisihan pendapat - ada yang mengatakan boleh ada yang tidak
3. Berhenti seketika / sejenak / sekejap (berdiam diri)
4. Berniat - niat iktikaf di dalam masjid, (niat dipermulaan masuk ke masjid atau memperbaharuinya di dalam masjid).

Apabila kita melakukan ke semua (4 rukun) rukun iktikaf tersebut , dan ikuti dengan solat sunat Tahyatul Masjid maka Allah akan memberikan ganjaran pahala yang berganda ganda berbanding dengan mereka yang tidak melakukan iktikaf.

Penceramah juga menyentuh dengan ganjaran orang yang datang ke masjid untuk solat jemaah dengan kelebihan seperti berikut:
1. Orang yang datang ke masjid dan menunggu untuk bersolat jemaah akan mendapat pahala sepert orang yang bersolat. (pahala menunggu solat jemaah)
2. Malaikat akan datang mengiringinya di sampiag berdoa dan berselawat. Antara doa malaikat itu ialah, " Ya Allah ampunilah dia, Ya Allah rahmatilah dia" Malaikat akan mendoakannya selagi dia berada di dalam masjid sehinggalah ia keluar masjid dan selagi ia mengekalkan wuduknya di dalam masjid itu.

Beruntunglah mereka yang datang ke masjid dengan melakukan rukun iktikaf namun kadang kala terlupa untuk melakukan iktikaf maka kerugianlah untuk mendapatkan pahala yang disediakan Allah untuk hambaNya umat Nabi Muhammad SAW.

Marilah kita sama-sama mengamalkan iktikaf ini kerana Allah , sesungguhnya ama beruntung kita menjadi salah seorang umat Muhammad SAW. Allahhu aklam.

 Indahnya Ciptaan Allah untuk hamba-hambaNya menikmatinya

2. Berhenti

Ahad, 16 Oktober 2011

amekkau

161011
Sekejap sahaja dah masuk pertengahan Oktober dan udah pun masuk musim haji. Terasa baru benar musim haji tahun lepas berlalu, kini musim haji datang lagi. Kepada tetamu Allah, az mengucapkan selamat menunaikan rukun Islam ke-5 dan diberkahi dengan Haji Mabrur

Satu aktiviti kokurikulum yang wajib disertai oleh setiap pelajar ialah badan uniform (Ba-U) di samping sukan/permainan (SUPER) dan Kelab/Persatuan (KEPER). Ketiga tiga aktiviti kokurikulum ini amat penting dan wajib diambil oleh setiap pelajar kerana di akhir penilaian Tingkatan 5, pelajar akan dinilai dengan peruntukan markah 10% daripada 100% markah keseluruhan markah sebagai syarat ke Institusi Pengajian Tinggi sama ada dalam atau luar negara.

Taekwondo, satu daripada unit Ba-U. Kini pelajar di sekolah az, giat menjalani latihan kerana pada minggu depan ini ada  penilaian prestasi. Mereka kata 'upgrading' untuk memakai tali pinggang yang pelbagai warna.

video







Sabtu, 15 Oktober 2011

jamuan kesyukuran

151011
Hari ini aku menghabiskan masa sehari suntuk di rumah anak ku di Puchong Prima. Anak lelaki bujang ku ini tinggal bersendirian semenjak adiknya menyambung pelajaran di UIA dalam bidang senibina. Tinggal di apartmen di tepian Tasik Puchong ini amat menyegarkan mata terutamanya pada awal subuh ketika matahari mahu menjelmakan bentuknya. Namun keindahan tasik ini tidak akan bertahan lama kerana kerja-kerja menambak tasik sedang giat dijalankan. Kabarnya kawasan itu akan didirikan sebuah shoping kompleks lengkap dengan tempat kediaman mewah. Apakan daya, hanya ada mata yang boleh memandang, ada telinga yang boleh mendengar.

Aku tidak mahu memanjangkan ceritera ini justeru ada bingkisan yang berbeda. Pada Rabu nan lalu, serama 8 orang staf yang mendapat ANugerah Perkhidmatan Cemerlang telah bermurah hati untuk mengadakan jamuan kesyukuran dengan menjamu semua  kakitangan dengan hidangan nasi tomato, buah-buahan dan pencuci mulut yang lazat sekali. Majlis berlangsung selama dua jam bermula pada jam 12.00 tengah hari sehingga ke jam 2.00 petang. Alhamdulillah.









Jumaat, 14 Oktober 2011

Sayonara

14102011

Setiap pertemuan di akhiri dengan perpisahan. Setelah berkampung 3 hari 2 malam di Daerah Selatan Tanah Besar Asia, rombongan SMKLLK bergerak balik ke origin mereka  dengan membawa seribu kenangan manis. Yang baik uar-uarkan kepada dunia dan yang buruk sila maklomkan kepada tuan rumah. Sebelum bergerak balik pada sesi sebelah pagi di adakan bengkel PKS dengan tema Ibu Zain dan diakhiri dengan acara penutupan.


Barisan VIP
Sebahagian tamu
Seronok nyerrrr
ermmmm
Guru guru SMKLLK
Balasan cenderahati drpd Tamu
bergambar kenangan
Terima kasih atas layanan
Nanti kami datang lagi yerr
Selamat Jalan, Jangan Serik
Semoga Selamat di perjalanan
Katanya nak singgah shopping di Pekan Ayer Hitam

Khamis, 13 Oktober 2011

Fish-Farm

131011

Perjalananan rombongan SMKLLK Parit diteruskan lagi dengan pelayaran balik semula ke Jeti Kukup. Di dalam pelayaran balik menggunakan bot itu singgah sebentar di sangkar ikan yang bertaburan di perairan Kukup. Kami singgah sebentar sahaja kerana ada tarikan unik untuk pelancung yang jarang ditemui.


Sangkar ikan yang menempatkan ikan yang mempunyai kuasa menyumpit mangsa
video
Lihatlah keunikan ikan yang tepat menyumpit ikan bilis diletakkan atas kayu beluti

ikan buntal
belangkas



Rabu, 12 Oktober 2011

Pulau Kukup

121011

Akhirnya rombongan SMKLLK Parit Perak seramai 40 orang , dapat menjejakkan kaki buat pertama  kali di Taman Negara Pulau Kukup (TNPK). Pulau Kukup  diiktiraf sebagai  Pulau Paya Bakau kedua terbesar tanpa penghuni di dunia. Ia hanya  berpenghuni pada waktu siang dengan kehadiran staff  Taman Negara Johor Pulau Kukup dan pelawat yang tidak putus-putus berkunjung di Taman Negara ini. Pulau ini juga di anggap unik kerana dipenuhi dengan hutan paya bakau dan kaya dengan flora dan fauna. Ikan belacak, unggas, burung burung hijrah dan yang menarik perhatian ialah b*b^ hutan.

Sg. Ular antara sungai yang mengalir di Pulau Kukup - jelas kelihatan semasa air surut


Jambatan Gantung - antara tarikan pelancung di TNPK
Titian yang memudahkan pelancung menikmati keindahan flora dan fauna di TNPK


Lihat lah Dunia - kami sudah sampai di TNPK
keindahan akar yang menyokong pokok bakau
Menara setinggi 5 tingkat bangunan - fuhhh gayat

di tingkat paling atas
pandangan dari tingkat 5 menara pemerhati

adakah anda nampak fauna di celah flora? Cobak Terkak

Selasa, 11 Oktober 2011

eleven ten eleven

111011

wow, hari ini tarikh lagi cantik. Beruntung siapa yang menyambut hari lahir hari ini. Antara nya ialah Puan Norsidah Ali a.k.a. kak sidah si otai PDKM yang glemer. Pakar dalam masakan yang mana air tangannya memang kellas. Bak kata dafi, baek punyerrrrrrrr. Kalau tak abis apa yang dimasaknya, maka jangan panggil namanya kak sidah.

Selamat Hari Lahir wahai kakak ku sayang. Semoga hidup mu sentiasa ceria di samping keluarga tercinta. Sihat tubuh badan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Mari kita sambung semula perjalanan Pelancungan Koperasi Sekolah ke Daerah paling selatan Tanah Besar Asia.

Selepas makan tengah hari dan solat zohor, kami membawa rombongan SMK Layang-Layang Kiri, Parit Perak menaiki bot  menuju Taman Negara Pulau Kukup. Perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa 10 minit sahaja daripada Jeti Kukup. Baka kata, belum panas punggung, sudah sampai.

Jeti Kukup. Pintu masuk ke Malaysia di Selatan. Di sini ada pejabat imegresyen dan laluan ke Indonesia. Tanjung Balai, Kepulauan Karimun hanya mengambil masa satu jam sahaja. Namun kami tidak menggunakan jeti ini untuk ke Pulau Kukup.
Iniah jeti untuk ke Pulau Kukup. D sini terdapat restoran yang begitu popular dan pernah mendapat liputan daripada Majalah 3. 
Hati-hati anak anakku sayang.
Di dalam bot. Pemandu bot memberikan sedikit info di samping menjual cenderamata

kejauhan sangkar sangkar ikan
sangkar ikan dari jarak dekat
kami akan singgah semasa perjalanan balik

whops!!! dah sampai
Pintu Masuk ke Taman Negara Pulau Kukup
Peta Pulau Kukup
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...