Sabtu, 26 November 2011

Maal Hijrah

261111

Cukup putaran tahunan Hijrah. Berlalulah 1432 Hijrah dan bermula Hijrah yang baru. Selamat datang sinaran 1433 Hijrah. Semoga tahun baru Hijrah ini membawa sinar menerangi kehidupan anda dengan keredaan Allah swt.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1433.

Kedatangan sinar baru Hijrah 1433, aku menyambutnya di Kediaman anak ku di Apartment Oked Puchong Prima, Puchong, Selangor. Selepas maghrib tadi aku berpeluang mendengar kuliah magrib di Surau Mawadah di Kediaman anak ku ini. Banyak ilmu dan tips di sampaikan oleh ustaz tadi. Rugi rasanya kalau aku tidak turun ke surau Mawadah tersebut.

1 Muharram adalah permulaan bagi Taqwim Islam yang diwartakan oleh Khalifah Umar bin Affan dan semenjak tarikh ia digunakan sehingga ke hari ini. Selain daripada itu dalam bulan Muharam pelbagai peristiwa yang harus diingati terutamanya  pada 10 Muharam . Antarnya ialah

1.Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan 40 hari
4.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan..
16.Allah menjadikan 'Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat JibrilNabi  Ibrahim terselamat daripada api yang dibakar oleh Namrud
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Selain daripada itu ustaz juga menyentuh beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Islam di Tanah Air dalam menyambut Awal Muharam dengan membaca surah Yasin 3 kali  selepas magrib. Ustaz memaklumkan perkara ini tiada nas yang menyarankannya dan paling malang lagi sekiranya ada yang menyangka dengan berbuat demikian mereka tidak akan mati pada tahun itu.

Ustaz juga menyentuh tentang solat hajat. Solat hajat lebih afdal sekiranya dilakukan sendiri oleh mereka yang mempunyai hajat seperti yang disarankan oleh Nabi SAW.

 Begitu juga dengan bacaan tahlil  selepas  berlakunya kematian yang dibaca selama 3 malam, hari ke 7 , 40 atau 100 hari. Bacaan tahlil itu tiada nas yang menyentuh perkara ini.

Khamis, 17 November 2011

alamak? Tetiba jer

171111

Apa pasal ada pulak pakaian baby tersidai di jemuran ampaian rumah aku ni? Lama dah tak tengok pakaian baby di ampaian, kenapa pulak hari ini terampai di ampaian? Bukannya aku ada anak kecil.  Musykil musykil. Biarlah hanya jauhari sahaja yang mengenal maknikam. Bak kata mamaju hanya Jauhari saha yang kenal jauhariah.


Rabu, 16 November 2011

My Angkasa

161111

Beberapa minggu lepas, aku menghadiri Majlis Taklimat dan Dialog bersama Koperasi Ahli  Angkatan Koperasi Kebangsaaan Malaysia  ( ANGKASA) di Hotel Prime City Kluang. ANGKASA mengadakan road show memperkenalkan 3 produk baru iaitu  Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA ANGKASA), Skim Infaq lil Waq ANGKASA dan MyAngkasa iaitu perkhidmatan telekomunikasi seperti DIGI, CELCOM dll dengan tagline 1 Jaringan 1 Koperasi 1 Komuniti.




Isnin, 14 November 2011

nasi arab lagikkkkkk

141111

Sekali merasa nasi arab al taa'iz di Bed Hill of Malacca, macam rasa ketagih pulak. Baru-baru ini kami mengunjungi lagi sekai ke kedai makan nasi arab tersebut. Kali ini kami memesan menu yang barlainan sedikit. Kalau dulu kami tapau ayam panggang, kali ini kami makan di kedai  dengan ayam disaluti dengan rempah ala-ala kurma pulak. Ayam ini dibungkus dengan foil aluminium. Nasinya tetap kellassssss dan dimeriahkan lagi dengan jus mangga very der pekat sepertidi Makkah. slurrrrrrrrrrrrrrp

Jus mangga

Ahad, 13 November 2011

sesekali hatiku teringin




131111

Apabila melakukan perjalanan keluar kawasan a.k.a outstation pada setiap hujung minggu, si kareena aku ni tak tahan juga. Sesekali mahu juga ia dibelai untuk membetulkan mana-mana yang perlu justeru aku membawanya ke pusat pemulihan untuk dijajarkan dan diperbetulkan mana yang perlu. Hampir 2 jam juga aku  menunggu proses pemulihan si kareena ini.








Jumaat, 11 November 2011

huyooooooo!!!!

111111

wow, bestnya nombor hari ini. 6 1 (enam satu) . Sure ramai yang menunggu kedatangan hari bertarikh 11/11/2011 dijadikan tarikh kenangan.  Mesti ada di kalangan artis menjadikan tarikh hari ini sebagai hari pernikahan mereka. Kebetulan pula hari ini adalah hari Jumaat , penghulu segala hari.  Kebetulan  juga pagi tadi di adakan majlis Solat Dhuha, Solat Hajat, Bacaan Yassin dan majlis restu kepada pelajar Tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM pada 14/11/2011. Yer ler, dah ajar mereka selama dua tahun, maka pemberiaan restu amat penting supaya pelajar dapat memasuki dewan peperiksaan dengan tenang dan menjawab soalan dengan betul. Semoga mereka berjaya.








Khamis, 10 November 2011

Apa pandang-pandang? Ada hutang?

101111


Lihatlah
pandanglah
tiru macam saya





Rabu, 9 November 2011

Kau ingat kau teror!!!?

091111

Hari ini aku mahu berkongsi video yang amat menggeletek hatiku hingga aku senyum dan ketawa setiap  kali menontonnya. Entah apalah yang diperkatakan oleh dua baby ini. Begitu asyik lengkap dengan bahasa badan yang menghiburkan. Mari kita rehatkan minda kita dengan menonton clip video ini.

video

Anggaplah dialog tersebut antara Pijal dengan Afeez, agak-agak topik apa yang diperkatakan oleh mereka berdua itu:

Selasa, 8 November 2011

PUKAU?

081111

Akhirnya apa yang diceritakan oleh kawan ku setahun yang lalu mendapat liputan akhbar beberapa minggu yang lalu. Kawan ku  hampir menjadi mangsa pukau namun kawanku terselamat kerana cepat tersedar. Maklumlah kawan ku ini seorang ustaz yang baru bersara.  Liputan itu bukan mengenai kawanku tetapi peristiwa yang sama berjadi kepada mangsa yang lain. Mangsa ini kehilangan RM50K berbanding dengan kawan ku yang terselamat. Ketika kejadian berlaku kawanku telah ditepuk oleh seseorang setelah selesai mengisi petrol di sesebuah stesyen petrol di Batu Pahat. Pemangsa menjanjikan peluang perniagaan dengan melabur sejumlah wang dengannya. Seperti dipukau (memang kena pukau pun), kawanku menurut sahaja arahan pemangsa untuk mengeluarkan wang gratuiti persaraannya. Namun, nasib menyebelahinya kerana buku bank kawanku disimpan oleh isterinya yang masih berkhidmat dan tinggal di Pontian. Mereka berdua bergerak ke Pontian untuk mengambil buku tersebut. Dan ketika dalam perjalanan waktu Zohor menjelang dan kawan ku mencadangkan mereka  Solat Zoho terlebih dahulu. Ketika mengambil air sembahyang, kawanku tersedar daripada  pengaruh pukau justeru kawanku membuat helah dan meninggalkan pemangsa di masjid tersebut kira-kira 40km daripada Batu Pahat.


Kepada pembaca CHHM dan bakal bersara ataupun baru bersara, berati-hatilah. Bagus juga apa yang diamalkan oleh kawanku menyimpan buku akaun bank oleh isterinya sementara bukan akaun bank isterinya poula di simpan olehnya sendiri.Semoga kita dijauhkan daripada perkara sebegitu. Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan Allah

Isnin, 7 November 2011

Takbir Hari Raya

071110

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada pembaca CHHM sekalian. Hari ini 7 November 2011 bersamaan 11 Zulhijah 1432H. Marilah kita teruskan bertakbir sehingga sebelum gelincir matahari  13 Zulhijjah. Selepas zohor 13 Zulhijjah, tiada lagi takbir berkumandang dan kita akan menunggu pada 1 Syawal dan 10 Zulhijjah akan datang. Takbir Hari Raya hanya berkemundangan pada dua hariraya tersebut iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Pada kedua-dua Hari Raya itu umat Islam digalakkan bertakbir dan bertahmid di rumah, di surau atau di Masjid.

Takbir Hari Raya terbahagi kepada dua jenis iaitiu Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad. Takbir Mursal ini di baca pada bila-bila masa tanpa mengiring solat sunat atau fardu kerana takbir yang di baca mengiringi solat sunat atau fardu di pangil Takbir Muqayyad. Oleh itu selagi sebelum tibanya gelincir matahari  13 Zulhijjah, marilah kita sama-sama bertakbir dan bertahmid memuji keagungan Allah swt.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...