Apa kabar
Semogs kalian baik baik aja hendaknya
ceriakan hari-harimu
Khamis, 3 Ogos 2017
Jumaat, 29 Januari 2016
Amal Homerstay Melaka
Amal Homestay sebuah penginapan yang selesa untuk percutian anda sekeluarga atau persinggahan ke majlis perkahwinan, aktiviti sukan, majlis konvokesyen, bertugas di luar kawasan dan sebagainya.
LOKASI : (10km daripada Bandaraya Melaka Bersejarah - Jalan Ayer Molek-Tiang Dua)
Alamat : No 9 Jalan AMJ 5,
Taman Ayer Molek Jaya, 75460 Melaka
GPS: 2.203632, 102.317486
Kadar sewa RM180 semalam
Pandangan dari depan
9 Jalan AMJ 5 Taman Ayer Molek Melaka
Ruang tamu
Bilik utama,
Bilik 2
Bilik 3
Ruang Dapur
hubungi : 013 6245625
hubungi : 013 6245625
Jumaat, 13 Jun 2014
Ahad, 29 Disember 2013
Sate Celop
29122013
Hari ini terpanggil untuk merasai sate celop. Sudah lama mengidam menu ini tetapi tidak kesampaian. Kebetulan hari ini ayah zain, isteri dan Putera Bongsu melalui Jalan Duyong-Ayer Molek dan mendapati Restoran Sate Celop Warisan sudah memulakan perniagaannya yang di buka mulai jam 6.00 petang.
Kesempatan ini tidak dibiarkan begitu sahaja dan kami pun singgah untuk menikmati menu ini. Adakah ia lebih sedap daripada sate biasa atau pun tidak.
Semasa kami sampai sudah ada 2 keluarga sedang menikmati Sate Celop Warisan (SCW) dan kami terus memesannya. Pelayan membawakan menu untuk dipilih. Ada dua menu iaitu SCW dan Nasi berlaukan ikan bakar. SWC dihidangkan dalam 4 set iaitu Set A, B, C dan D. Setiap set mempunyai harga yang berlaian antara RM20.00 hingga RM50.00 bergantung kepada jumlah cucuk sate antara 30 hingga 72 cucuk sate.
Apabila set telah ditetapkan, kami diminta memilih sendiri sate yang pamerkan dalam peti hawa dingin. Ia tidak seperti sate biasa tetapi ala ala yong taufu.
inilah kuah SCW. Tidak berbeza sangat dengan kuah sate tradisional tetapi ia sentiasa dididihkan dengan api pemanas dan seterusnya sate direndam dalam kuah yang dipanaskan itu. Kuah ini adalah campuran beberapa herba yang ditambah dalam kuah kacang.
Rupa SCW sebelum direndam dalam kuahnya
SCW sedang direndam
Rendaman mengambil masa beberapa minit mengikut kesukaan penggemar
SCW siap dihidangkan
SCW adalah satu alternatif kepada menu sate. Mereka yang suka menimmati kelainannya bolehlah mencuba SCW. Kepada ayah zain mungkin cukuplah sekali menikmatinya keran lebih teruja kepada sate tradisional. Citarasa penggemar adalh berbeza. Mungkin tuan puan menyukai. Oleh itu cubalah sendiri untuk menikmatinya.
Selamat Mencuba.
Langgan:
Catatan (Atom)