Ahad, 29 Disember 2013

Sate Celop

29122013

Hari ini terpanggil untuk merasai sate celop. Sudah lama mengidam menu ini tetapi tidak kesampaian. Kebetulan hari ini ayah zain, isteri dan Putera Bongsu melalui Jalan Duyong-Ayer Molek dan mendapati Restoran Sate Celop Warisan sudah memulakan perniagaannya yang di buka mulai jam 6.00 petang.

Kesempatan ini tidak dibiarkan begitu sahaja dan kami pun  singgah untuk menikmati menu ini. Adakah ia lebih sedap daripada sate biasa atau pun tidak.

Semasa kami sampai sudah ada 2 keluarga sedang menikmati Sate Celop Warisan (SCW) dan kami terus memesannya. Pelayan membawakan menu untuk dipilih. Ada dua menu iaitu SCW dan Nasi berlaukan ikan bakar. SWC dihidangkan dalam 4 set iaitu Set A, B, C dan D. Setiap set mempunyai harga yang berlaian antara RM20.00 hingga RM50.00 bergantung kepada jumlah cucuk sate antara 30 hingga 72 cucuk sate.


Apabila set telah ditetapkan, kami diminta memilih sendiri sate yang pamerkan dalam peti hawa dingin. Ia tidak seperti sate biasa tetapi ala ala yong  taufu.


inilah kuah SCW. Tidak berbeza sangat dengan kuah sate tradisional tetapi ia sentiasa dididihkan dengan api pemanas dan seterusnya sate direndam dalam kuah yang dipanaskan itu. Kuah ini adalah campuran beberapa herba yang ditambah dalam kuah kacang.



Rupa SCW sebelum direndam dalam kuahnya


SCW sedang direndam


Rendaman mengambil masa beberapa minit mengikut kesukaan penggemar


SCW siap dihidangkan

SCW adalah  satu alternatif kepada menu sate. Mereka yang suka menimmati kelainannya bolehlah mencuba SCW. Kepada ayah zain mungkin cukuplah sekali menikmatinya keran lebih teruja kepada sate tradisional. Citarasa penggemar adalh berbeza. Mungkin tuan puan menyukai. Oleh itu cubalah sendiri untuk menikmatinya.

Selamat Mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...