Memaparkan catatan dengan label sengaja nak berkongsi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sengaja nak berkongsi. Papar semua catatan

Khamis, 29 Ogos 2013

Squatty Potty Commercial Squatty Potty As Seen On TV Bathroom Squatting ...

29082013

satu alat telah tercipta oleh mereka . Adakah alat yang dicipta ini bersamaan dengan kaedah  yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, nabi junjungan kita kira-kira lebih  1400 tahun dahulu untuk membuang air besar? Subhana Allah, satu persatu mereka melakukannya melalui penyelidikan yang ditemui . Namun Adakah kita mengamalkan sunnah nabi ketika membuang air besar?


Isnin, 19 Ogos 2013

Dua ayat terakhir Surah al-Baqarah



19082013


dua ayat terakhir surah al-Baqarah

Mari kita amalkan membaca dua ayat terakhir Surah Al-baqarah ini. utk penjelasan sila klik url ini
http://addeen.my/portal/index.php/rohani/al-quran/item/255-kehebatan-dua-ayat-terakhir-surah-al-baqarah

Jumaat, 16 Ogos 2013

Sungguh Tragis dan mengharukan - 18sx sahaja


16082013

Sungguh kejam manusia yang tidak berhati perut sehingga kejadian ini berlaku. Semoga Allah memberikan rahmat yang tidak terhingga kepada mangsa ini. Semoga Allah mencucurkan rahmatNya kepada roh almarhum dan ditempatkan bersama mereka yang diredai.

Selasa, 23 Julai 2013

Merantau


23072013

Merantau bermaksud kepada anak tempatan yang berhijrah keluar daripada kampung asal  ke sesuatu tempat yang lain. Merantau melibatkan jarak yang agak jauh dengan meninggalkan keluarga tersayang dalam jarak masa yang agak lama. Antara faktor yang menyebakan seseoran itu merantau ialah  mencari rezki ditempat lain untuk mengukuhkan eknomi sesorang, atau melanjutkan pelajaran atau patah hati kerana kasih yang tidak berkesampaian. Perkataan merantau begitu senonim dengan masyarakat Negeri Sembilan yang berpindah ke tempat baru seperti dari Rembau ke Kuala Lumpur atau ke destinasi yang lain. Walau sejauh mana mereka merantau, asal kampong tidak dilupakan dan akan balik juga ke kampong pada suatu hari nanti. Namun ada juga di antara perantau ini tidak balik-balik ke kampong asal dengan pelbagai alasan yang tersendiri.

Selasa, 16 Julai 2013

Ambil / terambi / curi / mencuri / tercuri

16072013

Motip!!!!!!

Sejak dua menjak ini, sudah dua kali selipar aku di ambil orang. Pertama semasa menghadiri kenduri kahwin anak kawan setaman pada bulan lepas dan yang terbaru ialah ketika pulang daripada masjid semasa solat subuh dua hari yang lepas.

kalau dahulu aku akan ambil selipar orang lain yang tertinggal di masjid atau surau dengan sangkaan selipar itu kepunyaan orang yang mengambil selipar aku. Namun selepas mengetahui perbuatan itu tidak diredai, aku hanya berkaki ayam pulang ke rumah walaupun ada selipar yang berbaki apabila semua jemaah pulang ke rumah.

Pelik difikirkan apakah perasaan orang orang mengambil hak orang lain? Adakah disengajakan atau tidak disengajakan. Hanya mereka yang terlibat sahaja mengetahuinya.

Berbalik kepada selipar aku yang hilang dua hari lepas. Aku pulang ke rumah dengan berkaki ayam. Nasib baik bawa kereta. Tidaklah ketara sangat. Namun semalam semasa solat subuh aku perasan selipar itu berada di kaki tangga masjid. Aku anggap, itu bukan milik aku.

Kebetulan setelah usai solat subuh, di saat keluar pintu masjid, aku dapati seorang yang berumur memakai selipar tersebut. Kesihan pulak di hati apabila melihat kakinya lebih besar daripada selipar itu. KONPOM memaag itu selipar aku. Tidak mengapa lah. Tak berapa sen harga selipar jepun itu walaupun masih baru.

Namun pagi tadi, peristiwa yang sama masih berlaku dan kali ini betul betul depan mataku sipemakainya memakai selipar itu, ermm... bak kato omak den, 'macam bergaghit mulut den ni nak cakap'.... namun aku tidak sampai hati hendak meluahkannya. Dalam hati, pakailah sahaja. Semoga Allah merahmati kamu.

 selipar jepun - gambar hiasan


 eh eh sejibik macam selipar aku yang hilang 


kalau buat macam ini, apa kes pulak

Isnin, 15 Julai 2013

Doa Solat Dhuha -mari kita amalkannya



Marikita amalkan solat duha terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Selepas solat itu kita berdoa kepada Allah yang maha pengasih dan maha penyayang.

Selasa, 9 Julai 2013

Ramadhan: Memiliki Taqwa

09072013
Sengaja  berkongsi

Ramadhan: Memiliki Taqwa

RAMADHAN: MEMILIKI TAQWA
2 August 2011 | Tiada Komen | Cetak Artikel Cetak Artikel

Puasa itu di siang hari. Inilah masa yang terbaik untuk sang jiwa pulang, sedar kuat ke Allah iaitu diketika saat sang jasad melemah.
Bukan melebihkan malam berbanding siang kerana yang WAJIBadalah berpuasa di siang harinya sedangkan malamnya adalah ibadah SUNAT yang dituntut.
Ketika malam, sang jasad sudah mendapatkan apa yang diinginkan. Menghalang sang jiwa untuk ke Allah. Di malam hari, adalah istirehat untuk keduanya (jiwa dan jasad) dengan bersolat terawih.
Puasa itu BUKAN bertujuan untuk menyekat nafsu jasad. Tapi sekatan itu adalah CARA yang disediakan Allah bertujuan untuk sang jiwa… iaitu kesedaran kita lebih kuat menyedari Allah.
Walaupun seringkali dikatakan puasa untuk merasai bagaimana rasa orang miskin yang tidak makan dan sebagainya, namun pengertian ini adalah bukan tujuan Allah mewajibkan puasa.
Tujuan puasa adalah sama seperti syahadah, solat, zakat dan haji. Semuanya melatih diri agar mampu SEDAR ALLAH… kembali ke Allah… berserah pada Allah.
Tujuan puasa harus difahami dan disebarkan agar lebih ramai yang faham dan sedar tujuan puasa ini.
Seandainya tujuan puasa sekadar ingin merasai bagaimana rasa orang miskin yang tidak makan…. maka dapatlah sekadar lapar dan dahaga.
Kerana itu ramai yang berpuasa… tapi ada yang tidak solat. Masih membuka aurat berjalan di bazar Ramadhan. Masih ramai yang mengumpat, membuat persepsi dan fitnah. Masih ramai ego. Bangga diri.. riak.. takabur…
Semuanya kerana pengertian dan tujuan berpuasa itu tidak difahami.
Apakah dengan berlapar dan dahaga serta menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa, kita mampu mencapai TAQWA? Tidak!!!
Taqwa itu adalah tuntunan baik dari Allah yang hanya akan dimiliki ketika kita SEDAR PENUH pada Allah dalam setiap detik hidup ini.
Puasa melatih agar kita mampu SEDAR ALLAH SETIAP SAAT diketika sang jasad yang sering menggangu disekat kehendaknya. Ketika ini kita akan memahami, mengerti, mengetahui, mendapat idea, memiliki kekuatan dan seumpamanya untuk mengaturkan kehidupan ini.
Inilah TAQWA di mana kita diberi tuntunan, petunjuk dan kekuatan dalam melakukan ibadah baik yang dilakukan atas Nama Allah.
Kita juga mampu bersabar, tidak melakukan perkara mazmumah dan seumpamanya hasil dari kekuatan jiwa yang mendapat ilham TAQWA yang diberikan oleh Allah. Bukan menahan keburukan dengan saranan-saranan paksaan di fikiran kita hasil ciptaan kita sendiri namun jiwa masih mahu melakukan perkara mazmumah.
Jiwa taqwa, jiwa yang mendapan tuntunan langsung dari Allah. Akan membuahkan fikiran yang baik, sifat yang baik dan sikap yang baik.
Fahamilah kewajipan berpuasa agar kita mampu memiliki TAQWA yang dijanjikan Allah SWT.
Artikel RAMADHAN: MENJADI SANG PEMERHATI memberitahu jelas bahawa kita jangan duduk rehat bersama sang jasad. Seharusnya sang jiwa itu kuat sedar ke Allah. 
Ketika siang, sang jasad disekat kehendaknya. Tidak lagi menghalang sang jiwa yang sentiasa ingin kepada fitrahnya iaitu pulang ke Allah.
Inilah jihad. Melepaskan diri dari terikatnya sang jasad. Membiarkan sang jasad lemah akibat tidak dipenuhi kehendaknya.
CARANYA:
1. Saudara harus kenal Allah dengan benar sehingga mampu menyedariNya.
2. Lalu pertahankan kesedaran pada Allah setiap saat dalam apa jua hal yang kita sedang lakukan. Beradalah sentiasa pada saat ini. Jangan dilepaskan kesedaran ini. Seandainya terlepas, cepat-cepat sedar semula.
3. Pertahankan kesedaran Allah setiap saat dalam apa jua aktiviti yang dilakukan.
INILAH TUJUAN BERPUASA. Inilah yang akan membawa kepada TAQWA. Yang melatih diri untuk PULANG ke Allah. Akhirnya kesedaran kepada Allah SWT menjadi kukuh agar di bulan lainnya kita mampu untuk SEDAR ALLAH SETIAP SAAT.
Di malam harinya adalah waktu istirehat jasad yang melemah akibat disekat kehendaknya. Istirehat dengan melakukan Solat Sunat Terawih. Bersama dengan sang jiwa yang sudah kuat sedar ke Allah.
Pasti Solat kita lebih baik dari sebelumnya kerana kita mampu sedar Allah setiap saat hasil latihan puasa di siang harinya.
Sebulan berpuasa, pasti kita mampu sedar Allah SWT setiap saat. Kita sudah kembali kepada fitrahnya sang jiwa. Lalu kita menyambut kemenangan jihad kita ini dengan merayakannya bersama-sama serta bermaaf-maafan untuk benar-benar suci dari dosa sesama manusia.
Bacalah di artikel RAMADHAN: MENJADI SANG PEMERHATI…. inshaAllah ada PENGERTIAN PUASA yang dijelaskan di sana namun dalam bentuk sebuah cerita agar mudah memahami.
Mulakan dengan latihan… MEMPERTAHAN KESEDARAN AKAN ALLAH… Sedang bekerja… pertahankan kesedaran kepada Allah berapa lama yang mampu. Selalu latih…. setiap hari. InshaAllah akhirnya nanti kita akan benar-benar menyedari Allah dalam hidup ini.
Apabila sedar Allah sentiasa…. nanti di saat itu inshaAllah kita akan lebih memahami jalan hidup ini. Lebih memahami apa yang kita perlu lakukan… what next…. what next…
Itulah ilham taqwa dari Allah. Tujuan PUASA untuk mendapatkan taqwa… sebuah tuntunan Allah kepada kita di dalam melaksanakan tugas sebagai wakilNya. 
Ketika ini, diri akan dilepaskan Allah dari nafsu mazmumah. Bukan guna rekacipta fikiran sendiri.. tetapi fikiran positif datang dari jiwa positif… jiwa yang diilhamkan taqwa oleh Allah di ketika kita KUAT SEDAR KEPADANYA.
Seharusnya orang yang berpuasa itu… solatnya tidak berasa beban. Solatlah banyak rakaat seperti solat terawih, namun tetap kuat. Tidak terkejar-kejarkan sesuatu.
Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu sesungguh sabar dan solat amat berat KECUALI bagi mereka yang khusyuk….. yang asyik dengan Allah kerana yakin sedang bertemu dengan Allah. Yang asyik memuji dan memohon pada Allah. Yang sentiasa MENYEDARI ALLAH.
Kerana diri sudah kuat sedar ke Allah hasil dari berpuasa. Dan pertemuan dengan Allah DISEDARI lalu merasa dan menyedari keTuhanan Allah dan kehambaan diri. Lalu yakin dan bergantung hanya pada Allah.
Diri akan mencapai TAQWA setelah diilhamkan taqwa oleh Allah hasil dari kesedaran penuh pada Allah. Diri akan dituntun kepada jalan kebenaran dan sifat yang baik. Jiwa sentiasa ingin lakukan kebaikan.
Tiada lagi rasa bagus, ego, riak, takabur, hebat dan seumpamanya dalam jiwa. Bukan dibuat-buat… tetapi benar-benar tiada sifat mazmumah itu hasil dari ilham taqwa yang diberikan oleh Allah.
Diri akan lebih memahami jalan hidup ini. Syahadah kita benar. Solat, Sedekah… zakat… umrah di dalam bulan Ramadhan akan memberikan impak yang lebih kuat bagi jiwa yang berpuasa.
Kita benar-benar kembali kepada fitrahnya kita… suci dan sentiasa sedar akan Allah… menjadi saksi yang menyaksikan lalu bersaksi…Tiada tuhan melainkan Allah (Tidak ada hak makhluk melainkan semuanya adalah hak Allah) dan Muhammad itu adalah Rasulullah. Kita semua ini adalah Wakil Allah.
Semoga saudara semua memahami dan seterusnya menjiwai serta melaksanakan ibadah PUASA ini seperti tujuan sebenarnya.
Semoga jihad kita ini mampu membuatkan kita mencapai tujuan berpuasa. SEDAR ALLAH SETIAP SAAT.
SEDARILAH ALLAH….. PERTAHANKAN…. lepaskan ikatan jasad yang melemah. Inilah jihad utama kita.
BismillahiAllahuakbar!BismillahiAllahuakbar!
BismillahiAllahuakbar!
Fuad Latip
http://www.fuadlatip.com
http://www.facebook.com/fuadlatip 

Sabtu, 15 Jun 2013

PERTUNANGAN

15062013

Musim-musim cuti sekolah amat sibok dengan cerita perkahwinan dan pertunangan. Di sana sini ada majlis perkahwinan. Bukan sahaja pada hujung minggu tetapi pada hari-hari bekerja juga majlis ini berlangsung seperti di satu kampong  di Hulu Terengganu. Musim cuti sekolah ini aku terlibat dengan 2 majlis tersebut. Majlis pertama ialah pertunangan anak saudaraku di Kota Bharu Kelantan dan kedua ialah perkahwinan anak saudarakudi Seri Manjung, Perak.

Di Kota Bharu aku mengetuai majlis pertunangan anak arwah adik perempuanku di Kg. Melor. Kelantan.  Aku sebagai bapa saudara terdekat diminta menjadi jurucakap dalam majlis pertunangan itu. Satu kerja yang pertama kali aku lakukan. Selama ini aku hanya menerima pinangan sahaja bagi adik-adik perempuan dan anak perempuanku sahaja. Gemuruh juga rasanya, maklumlah di Negeri Cik Siti Wan Kembang yang kaya dengan adatnya itu.

Namun apa yang aku jangkakan tidak berlaku kerana majlis pertunangan tersebut begitu simple tidak perlu berpatah berpantun. Mentelahan lagi pihak perempuan mempunyai seorang juru acara yang begitu mesratamu. Terus sahaja fokus kepada tujuan kedatangan dan menjadikan pekerjaanku mudah sekali. Alhamdulillah. Kata persetujuan diikat dan menanti masa untuk pernikahan yang dijangka pada cuti Tahun Baru China tahun depan atau pada cuti sekolah pertengahan semester 1 2014. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat.

 Kakak sulongku menyarungkan cincin pertunangan
 masa  untuk menjamu selera
beraneka menu disajikan

 Laksa Kelantan
 ini dia laksa Kelantan kegemaranku. Kali terakhir aku menikmatinya pada tahun 1978
slurrppppp
 Bersama bakal suami isteri
walupun manis menda alah ni........ ada aku kisah. sedap punya pasal dilupakan larangan dokter.
apakan nama menu ini? lupo


Jumaat, 14 Jun 2013

Bunga oh bunga

14062013

pagi ni aku meluang masa menolong isteri memulihara pokok-pokok bunga yang telah agak lama tidak terurus akibat  kesebokan seharian. Maklumlah  kerja baru iaitu mengukur jalan ini memerlukan banyak masa di luar.; Orang Putih kata 'outstation'. . Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Balik sekejap-sekejap macam tengok kucing beranak sahaja. Kesihan pokok-pokok bunga ni. Kering kerana tidak disirami air. Kalau ada hujan itu lain cerita pula. Satu lagi fenomena baru ialah sampaikan burung   sempat membuat sarang di daunan pokok.



tak percaya? inilah hasilnya
Sarang burung. Kosong x ada penghuni.
dah menetas agaknya

Jadi pagi ini  membelekleh  pokok-pokok bunga mrszain ini. Yang mana daun yang mati di dipotong, mana yang tanah keras di gemburkan, mana tanah yang tidak sesaui di tukar dengan tanah baru. Disusun atur semula agar nampak lagi kemas. Alhamdulillah, berpeloh juga badan yang rasa lemau-lemau ini.


ok lah. buat skit skit. Nanti sambung lagi. Nak siap-siap gi Masjid pulak

Selasa, 18 Disember 2012

Sungai salah


040234 / 181212

Semasa perjalanan ke Palong 4 tengah hari tadi, aku terpandang dengan sekeping papan tanda di Pekan Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan. Tanpa di sadari aku telah mengambil gambar papan tanda tersebut.
Papan tanda ini tidak jauh dari persimpangan bertrafik lite dan kebetulan lampu merah. Memberi peluang kepada aku untuk mempotretnya.
Apabila di amati papan tanda ini menunjukkan arah satu lokasi bernama  Sg. Salah. Mangaiiii, bila pulak ada lokasi begini. Sebelum ini   aku tidak perasan atau papan tanda ini baru sahaja  dibangunkan.
Inilah dia papan tanda menunjukan arah lokasi bernama  'Sg. Salah". Sengaja aku membuat jenaka dengan isteri, " bukan manusia  saja yang pandai buat salah, sungai pun pandai buat salah. huhuhu. Ada mata. pandang....

Sabtu, 15 Disember 2012

Bulan Islam

1234 = 151212





Hari ini Sabtu bersamaan dengan 1 Safar 1434. Safar adalah bulan kedua dalam kalender Hijriah. Ringkasnya ditulis 1.2.34. Satu turutan angka yang unik juga sebanding dengan 121212 . Namun oleh kerana tarikh hijriah tidak mendapat tempat dihati pengguna maka ia dilupakan begitu sahaja. Tarikh Hijriah hanya diguna dalam urusan rasmi di sesetengah jabatan kerajaan dan amat terhad sekali penggunaannya. Oleh itu, mari kita popularkan  bulan hijriah ini dengan mengenal bulan Hijriah mengikut turutannya:

Bulan 1 = Muharram
Bulan 2 = Safar
Bulan 3 = Rabiulawal
Bulan 4  = Rabiulakhir
Bulan 5 = Jamadilawal
Bulan 6 = Jamadilakhir
Bulan 7 = Rejab
Bulan 8 = Sya'aban
Bulan 9 = Ramadan
Bulan 10 = Syawal
Bulan 11 = Zulkaedah
Bulan 12 = Zulhijjah

Kita atau anak-anak kita hanya 'familiar' dengan bulan  Ramadan, Syawal dan Zulhijjah sahaja kerana ia disambut pada bulan puasa, hariraya Puasa dan  Raya Haji. Itu kira nasib  baik tahu, silap haribulan tak tahu langsung. Bulan-bulan lain hanya teringat sepintas lalu sahaja seperti bulan Muharam bersempena sambutan Maal Hijrah dan Rabiul Awal yang berkaitan dengan bulan kelahiran Nabi Junjungan Muhammad SAW.


ISLAM ITU INDAH

Sabtu, 6 Oktober 2012

Kucing oh Kucing

06102012


Cepat sungguh masa berlalu. Kini minggu pertama bulan Oktober juga sudah berakhir namun blogku ini amat   berat untuk dikemaskini justeru kesibokan masa mengejar hal hal dunia. Mungkin sudah kekeringan idea.

Sengaja ingin berkongsi cerita. Berlaku perkara ini kelmarin hari Jumaat (5 Okt 2012)  tatkala aku balik ke rumah untuk bersedia menunaikan Solat Jumaat. Kebetulan  Aku terlambat sedikit keluar pejabat kerana hal-hal pejabat. Namun apa yang menunggu aku di rumah????? Udahler waktu azan hampir tiba, badan pun penat, ermmmmmmm ...... namun aku bergegas juga untuk membersihkannya. Aku sempat  sampai di Masjid namun khatib sudah separuh membaca Khutbah Jumaat.

Apaler dosa aku hai kucing? Kau melakukannya sebegini. Bersabar sahaja. Tak boleh nak sumpah seranah mahluk Allah ini nanti dia melakukan lagi yang lebih hebat barangkali. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa aku.




(Sekadar perkongsian. Harap Ustaz Amin merestuinya.

Isnin, 24 September 2012

cirit birit

240912

Hari ini aku hanya berehat kerana cirit birit. ( http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=164) Ia bermula pada malam semalam dengan rasa nak demam namun aku bertahan tidak mahu mengambil paracetaamol. Selepas Solat Isyak aku merekatkan diri diperbaringan dan kira pukul 12.00 sesuatu terasa di kerongkongku. Terasa loya yang amat sangat dan aku meluru ke bilik air dan tersembur lah dari mulut ku muntah yang amat banyak sekali. Segala apa yang aku makan pasa siang hari dikeluarkan semula dan insiden ini berlarut sehingga 3 kali muntah. Terasa sedikit kelegaan dan membolehkan aku tidur sehingga ke pagi.

Namun selepas Solat Subuh satu lagi fenomena usus yang berlaku di mana aku mula mengalmi cirit birit. Hampir setiap 10 minit  aku ke bilik air dan badanku terasa lemah sekali. Aku gagahi juga ke pejabat pada waktu pagi dan bertugas seperti biasa namun ususku tidak menunjukan rasa untuk pulih dan aku mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ayer Baloi.

Kerana lambat ke klinik, ruang menunggu di klinik itu telah dipenuhi pesakit yang sedang menunggu giliran.. Sesudah mendaftar hampir 3 kali aku ke bilik air dengan kesakitan yang amat sangat memaksa aku memohon kerjasama jururawat untuk mempercepatkan giliran aku. Mungkin rasa kesihan melihat aku yang keakitan jururawat meminta aku ke ruang menunggu di bikik persediaan. Aku diberikan katil pesakit dan berehat di atasnya. Terasa lega apabila diperbaringan. Terima kasih jurawat yang baik hati. Sempat juga aku melelapkan mata sekita apabila aku dikejutkan oleh Pembantu Hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketika sesi rawatan pembantu hospital yang peramah menerangkan aku geja;an cirit birit di mana ia adalah proses mebuang toksin di dalam badan akibat keracunan makanan dan ia memberikakan aku 4 jenis ubat untuk aku consume.

Aku diberikan cuti sakit sehari untuk berehat di rumah. Aku berehat sahaja di katil ku berseorangan tanpa perhatian isteri yang y=berada jauh di Melaka yang terpaksa menjaga anak-anak buah aku yang kedua ibubapanya menunaikan fardu haji selama 46 hari. huhuhu.

Waktu tengah hari aku tidak menjamah makanan kerana tiada apa yang boleh aku makan cuma mengambil 2 keping roti wholemeal sebagai alas perut. Seleraku juga terbantut. Tidur dan tidur sehingga pukul waktu  asar.

Malam ini aku terasa loya semula dan aku  memikirkan untuk berjumpa doktor semula sekiranya keadaan memaksa. Semoga penderitaan aku ini tidak berpanjangan dan berdoa agar Allah menyembuhkannya.


Isnin, 13 Ogos 2012

Malam Lailatul Qadar

130812

Begitu pantas masa berlalu dan meninggalkan kita tanpa disadari. Sesungguhnya masa (waktu) tidak menunggu sesiapa. Masa datang dan berlalu. Singgah seketika dan menjadi sejarah dalam lipatan masa. Allah telah bersumpah, demi masa, sesungguhnya manusia itu  dalam kerugian kecuali kepada mereka yang beriman dan beramal soleh yang  yang suka  berpesan kepada kebanaran dan kesabaran. Begitu juga dengan aku yang ditinggalkan oleh masa tanpa dapat mengemaskini rumahku ini hampir sebulan lantaran tidak pandai atau cuai dalam  menguruskan masa. Maka masa  berlalu terus berlalu  meninggalkan aku di rumah yang tidak dikemaskini.

Hari ini sehari lagi telah  berlalu. Masa beredar begitu cepat dan besok akan masuk   hari ke 25 kita berpuasa di Bulan Ramadan. Sungguh tidak terasa berpuasa di Bulan Ramadan pada tahun ini. Tap tup tap tup,  tinggal 4 malam sahaja lagi kita dapat menunaikan Solat Tarawikh yang mana pada bulan-bulan biasa tidak ada orang melaklukan solat ini keculai di Bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Penghulu bagi segala bulan dan di dalamnya ada satu malam yang begitu bermakna dan bernilai seribu bulan atau  bersamaan 83 tahun. Malam yang  dipanggil Malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh berkah anugerah Allah kepada hambanya yang terpilih. Beruntunglah kepada mereka yang   bertemu dengan Malam Lailatul Qadar.

Dikesempatan ini aku ingin berkongsi tip yang aku dapat daripada facebook aku panduan atau cadangan untuk menemui Malam yang penuh berkat ini. Marilah kita cuba mendapatkannya. Dengan usaha yang ada dan Rahmat Allah kita akan berjaya.

kilik untuk paparan yang lebih jelas

Khamis, 19 Julai 2012

Ramadan Kareem

190712

Pemegang Mohor Besar & Majlis Raja Raja Malaysia telah mengistiharkan bahawa anak 

bulan tidak kelihatan dan  telah menetapkan tarikh bermula puasa untuk seluruh negeri di 

Malaysia jatuh pada hari Sabtu 21 hb Julai 2012. Bermakna semua umat Islam di seluruh 

Malaysia akan mula berpuasa pada hari Sabtu ini bersamaan 21 Julai 2012. Dan mulai 

malam besok semua surau dan masjid akan meriah dengan kehadiran jamah untuk sama-

sama  menunaikan solat Isyak berjamaah dan seterusnya mengerjakan Solat Sunat Terawih

selama sebulan dalam Bulan Ramadan yang penuh mulia dan baraqah ini.




Di bulan Ramadan yang mulia ini Allah membuka semua pintu-pintu Syurga dan menutup semua pintu pintu neraka sementara syaitan akan dibelenggu selama dalam bulan Ramadan ini. Marilah kita rebut peluang-peluang ada dalam Bulan Ramadan ini dengan membanyakkan amalan-amalan sunat disamping amalan fardu yang telah ditetapkan. Lihat checklist di bawah yang dapat membantu kita memperbanyakan amalan-amalan sunat dan fardu yang dilakukan dalam bulan Ramadan ini.



Akhirnya sama-sama kita berazam agar Ramadan ini   lebih baik amalan yang kita lakukan  berbanding dengan amalan Ramadhan yang lalu. Amatlah merugikan sekiranya berakhir Ramadan kita tidak mendapat keampunanan daripada Allah SWT. Oleh itu marilah kita berdoa dengan meningkatkan amalan agar kita mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Salam Ramadan Kareem.


Ayahzain dan keluarga memohon keampunan daripada semua pembaca Ceriakan Hari-hariMu daripada segala salah dan  dosa sama ada yang tidak sengaja atau uang  tersengaja.

Isnin, 25 Jun 2012

Hindar Jin


250612

Peristiwa ini berlaku minggu lalu ketika program membudayakan Al-Quran di Surau Anak Bugis Pt. Keroma. Entah mengapa malam itu hati ini keberatan untuk membaca terjemahan ketika program berlangsung. Oleh kerana malam itu pembaca regular ada urusan lain, maka az ditolak untuk membaca terjemahan ayat-ayat al-Quran. Dah orang meminta, kita pun sanggup  le. Tak ada maszalah sekadar untuk membaca terjemahan al-Quran tersebut.

Ketika memasuki ayat ? terlupa pulak ayat no berapa dalam Surah al-Baqarah ini, az tergamam dengan satu ayat yang tidak biasa dijumpai. Cuba lihat yang ditanda berwarna  kuning di bawah? Anda bisa membacanya. Kalau bisa, anda pasti mahir membaca jawi. Tetapi apa yang az baca? kwang kwang kwang. Namun para jemaah steady jer. Pak Imam cuba membantu tetapi az tak berapa nak dengau, akibatnya az membunyikan perkataan ini sebagai hindar jin. (Dalam hati, apa kena mengena dengan menghindarkan Jin? Sampai dua kali pulak  menghindar jin dalam bab kuasa, atom. huhuhuh. (dalam hati masih berfikir di mana logikanya).


Perlu klik atas gambar untuk paparan yang lebih jelas

Akhirnya apabila sampai ke ayat ditanda berwarna hijau, mudah aje az membaca 'oksigen'. (Subha Allah, Allah maha kaya).  Apabila membaca oksigen terus az teringat hindar jin tadi adalah hidrogen. Masya Allah. Terasa bangang betul. Muka boro. Muka sadin dan minta maaf.

Seusai majlis, az berjumpa dengan pengerusi surau mohon maaf dan akhirnya kami sama-sama ketawa terbahak (whopsss ini surau), paling best ada yang  berkata oklah tu cikgu, kalau kami baca entah apalah bunyinya........ 

Selasa, 19 Jun 2012

Adakah Anda Tahu : Cancer can be cancelled

190612

Sengaja ingin berkongsi dengan bahan yang didapati daripada emel. Semoga ia memberi manfaat kepada pembaca sekelian.



Three types of asparagus on a shop display, with white asparagus at the back and green asparagus in the middle. The plant at the front is Ornithogalum pyrenaicum, is commonly called wild asparagus,

Several years ago, I had a man seeking asparagus for a friend who had cancer. He gave me a
 photocopied copy of an article,entitled, `Asparagus for cancer ' printed in Cancer News Journal, December 1979.

I will share it here, just as it was shared with me: 'I am a biochemist,and have specialized in the relation of diet to health for over 50 years.
Several years ago, I learned of the discovery of Richard R.Vensal, D.D.S. that asparagus might cure cancer. Since then, I have worked with him on his project.. We have accumulated a number of favourable case histories.
Here are a few examples: 


Case No. 1,

A man with an almost hopeless case of Hodgkin's disease (cancer of the lymph glands) who was completely incapacitated. Within 1 year of starting the asparagus therapy, his doctors were unable to detect any signs of cancer, and he was back on a schedule of strenuous exercise.

Case No. 2,A successful businessman 68 years old who suffered from cancer of the bladder for 16 years. After years of medical treatments,including radiation without improvement, he went on asparagus. Within 3 months, examinations revealed that his bladder tumor had disappeared and that his kidneys were normal.

Case No. 3,

A man who had lung cancer. On March 5th 1971, he was put on the operating table where they found lung cancer so widely spread that it was inoperable. The surgeon sewed him up and declared his case hopeless. On April 5th he heard about the asparagus therapy and immediately started taking it. By August, x-ray pictures revealed that all signs of the cancer had disappeared. He is back at his regular business routine. *

*Case No. 4,

A woman who was troubled for a number of years with skin cancer. She finally developed different skin cancers which were diagnosed by asking specialist as advanced. Within 3 months after starting on asparagus, her skin specialist said that her skin looked fine and nomore skin lesions. This woman reported that the asparagus therapy also cured her kidney disease, which started in 1949. She had over 10 operations for kidney stones, and was receiving government disability payments for an inoperable, terminal, kidney condition. She attributes the cure of this kidney trouble entirely to the asparagus.

I was not surprised at this result, as `The elements of Materia Medica', edited in 1854 by a Professor at the University of Pennsylvania , stated that asparagus was used as a popular remedy for kidney stones. He even referred to experiments, in 1739, on the power of asparagus in dissolving stones.
We would have other case histories but the medical establishment has interfered with our obtaining some of the records. I am therefore appealing to readers to spread this good news and help us to gather a large number of case histories that will overwhelm the medical skeptics about this unbelievably simple and natural remedy. For the treatment, asparagus should be cooked before using, and therefore canned asparagus is just as good as fresh. 

I have corresponded with the two leading canners of asparagus, Giant Giant and Stokely, and I am satisfied that these brands contain no pesticides or preservatives.


* * PROCEDURE:

1) Place the cooked asparagus in a blender and liquefy to make a puree, and store in the refrigerator.


2) Give the patient 4 full tablespoons twice daily, morning and evening.

Patients usually show some improvement in from 2-4 weeks. It can be diluted with water and used as a cold or hot drink. This suggested dosage is based on present experience, but certainly larger amounts can do no harm and may be needed in some cases.
As a biochemist I am convinced of the old saying that `what cures can prevent'. Based on this theory, my wife and I have been using asparagus puree as a beverage with our meals. We take 2 tablespoons diluted in water to suit our taste with breakfast and with dinner. I take mine hot and my wife prefers hers cold.

For years we have made it a practice to have blood surveys taken as part of our regular checkups.

The last blood survey, taken by a medical doctor who specializes in the nutritional approach to health, showed substantial improvements in all categories over the last one, and we can attribute these improvements to nothing but the asparagus drink...

As a biochemist, I have made an extensive study of all aspects of cancer, and all of the proposed cures. As a result, I am convinced that asparagus fits in better with the latest theories about cancer. Asparagus contains a good supply of protein called histones, which are believed to be active in controlling cell growth. For that reason, I believe asparagus can be said to contain a substance that I call cell growth normalizer. That accounts for its action on cancer and inacting as a general body tonic. In any event, regardless of theory, asparagus used as we suggest, is a harmless substance.

The FDA cannot prevent you from using it and it may do you much good.. It has been reported by the US National Cancer Institute, that asparagus is the highest tested food containing glutathione, which is considered one of the body's most potent anticarcinogens and antioxidants.



Please spread the news...
...the most unselfish act one can ever do is paying forward all the kindness one has received even to the most undeserved person *
All the BEST!



Persembahan zapin

190612


adooooooo bran?
Peserta akhir penari zapin bergerak keluar majlis. Amat menghiburkan penonton.

Jumaat, 13 April 2012

STOP! JANGAN KELUAR RUMAH, KECUALI...

13042012


Salam Jumaat. Penghuku segala hari yang penuh dengan kemuliaan. Mari kita hayati bingkisan yang menerjah ke kotak emel daripada MutiaraSempurna.com  yang difikirkan elok sekali untuk dikongsi bersama.

Berapa kali anda dalam sehari keluar rumah? Sadarkah anda bahwa “kecelakaan dan kemaksiatan” lebih besar peluangnya terjadi diluar rumah? Mari kita lihat: orang tertabrak motor, menabrak mobil, kena copet, dimarahi atasan, marah pada orang lain, dipukul orang, selingkuh, korupsi… dll semua terjadi di luar rumah bukan?


Karena itu, agar lebih aman anda jangan keluar rumah, kecuali mengikuti anjuran Rasulullah SAW yang tertuang dalam hadits sbb:
“Apabila seseorang keluar dari rumahnya dan berdoa Bismillaahitawakkaltu alallaah la haula walaa quwwata illa billaah (dengan nama Allah, aku bertawakal kepada-Nya, tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya), niscaya akan dikatakan kepadanya, “Cukup bagimu, engkau telah diberi petunjuk dan dilindungi.” Syetanpun akan menjauh darinya” (HR Tirmidzi).

Dalam riwayat lain: “Maka pada saati itu dikatakan kepadanya, ”Anda telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungi.” Maka akan menjauhlah syetan darinya, dan syetan yang lain akan berkata “Bagaimana engkau dapat menggelincirkan seseorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungi?” (HR Nasai, Ibnu Hibban dan Abu Daud).


         
  Tuan/puan
mengingat hikmahnya yang luar biasa, mari biasakan selalu membaca doa tersebut setiap kali kita keluar rumah, walu hanya untuk membeli kerupuk di warung sebelah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...