Memaparkan catatan dengan label bahan yang tidak disiarkan dulu.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahan yang tidak disiarkan dulu.. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Jun 2013

adakah ini jawapannya?

28062013
(29102009)





Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Jumaat ke Jumaat amat tidak dirasai kerana putaran masa yang tidak menunggu sesiapa. 2 Hari lagi kita akan menamatkan 6 bulan pertama di tahun 2013. Adakah amalan kita telah mencukupi sebagai bekalan di Hari Perhitungan. Kalau belum, Benarlah kata Allah dalam surah al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud [1] Demi Masa![2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.





Di pagi hari Jumaat yang mulia ini marilah kita menghayati ayat 11 hingga 20 Surah al-Baqarah sebagai panduan hidup mendatangi hari-hari muka agar kita tidak termasuk dalam golongan orang yang merugi.

11] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

[12]Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

[13] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

[14] Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

[15] Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

[16] Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

[17]  Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).

18] Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).

[19] Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.

[20] Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 
Adakah  ini antara jawapan (Surah al-Baqarah, ayat 11 hingga 20) yang berlaku kepada masyarakat kita sekarang ini. Ramai yang tergoda dengan pujuk rayu syaitan. Adakah kita mahu menyalahkan syaitan dan iblis? Sedangkan dia telah berjanji dan bersumpah untuk menyesatkan manusia bersama-sama dengan mereka (syaitan)..... :
 
16]  Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; 17] "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". Surah al-A'raaf : 16-17
 
dan Allah menjawab


Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; Surah al-A'raaf : ayat 18



Apa kata Nabil? -  lu pikir lah sendiri



Isnin, 24 Jun 2013

Kak Ti ooohh kak Ti


24062013

Kejadian ini berlaku ketika aku bekerja   dulu . Berlaku ketika aku masuk ke pejabat pada pagi hari Isnin. . Mood pun kira baik juga la. Maklumlah dah seminggu berehat daripada cuti. Sebaik sahaja  pintu bilik pejabat di buka ,  aku begitu terkejut dengan bilik kerja yang menempatkan komputer aku yang tidak terurus . Terdapat cebisan kertas yang berselerak di atas meja PC ku. Aku termanggu. Dalam hati,  tidak lain, tidak bukan, tidak syak lagi  ini mesti  perbuatan kak ti. MUKTAMAT. Tambhan lagi dengan baunya yang semacam. huhuhu



tengok tu ... perasan tak?


 'close up'

Buku catatan aku telah dirobek oleh kak ti. Bersepah cebisan kertas dikerjakannya. Ermmmm ... tak baik berleter. sabar jer. Lagi satu kalau kak ti punya angkara jangan di sumpah seranah.... nanti lagi teruk onar dan lebih dahsyat lagi.

Tapi di mana datangnya kak ti ini?

Selepas di bedah siasat rupanya beberapa minggu lalu ada berlaku perubahan besar di pejabat di mana segala harta benda yang tidak diperlukan telah disusun atur semula. Ala-ala 5S gitu. dan kesannya ... mungkin tempat perlindungan si kak ti telah diceroboh dan ia mencari tempat baru .... huhuhuhu

......................................................
Sempena Nisfu Syakban pada hari ini, aku memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca Ceriakan Hari2mu walau di mana jua berada. Mungkin ada kesalahan bahasa ketelanjuran kata semasa aku berkarya. Aku juga memaafkan segala kesalahan pembaca semua. salam Nisfu Syakban  Kurang 2 minggu lagi kita akan sama-sama menyambut Ramadan al Mubarak. 
Salam Ceria.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...