14062013
Salam Jumaat, Penghulu segala hari. Kali ini ayah zain ingin memaparkan pertemuan para bloger kenalan Dato Abdullah Al-Hadi pemilik blog Luah Fikiran yang sangat peramah penuh dengan sifat kebapaan. Pertemuan ini berlangsung di Musolla Ehsan (ME) di Bandar Baru Bangi pada 1 Jun 2013. Berada di kalangan bloger yang glamer dengan jumlah pengikut yang melebihi 400 itu menjadikan aku begitu kerdil di kalangan mereka mentelahan lagi inilah pertama kali aku dapat turut serta. Jutaan terima kasih kepada Dato yang begitu prihatin melayan para tetamu walaupun berkali-kali mengatakan beliau bukan tuan rumah tetapi hanya menyediakan rumah pertemuan. ME a.k.a tempat kediaman Dato Dr. Abdullah begitu aman dan tenang dan mesra pengunjung. Sebuah rumah yang juga sebuah musolla begitu hebat dengan kehijauan daunan yang amat menyegarkan. Di sinilah berlangsungkan Kuliah Ilmu pada setiap minggu. Dipertemuan ini aku mengenali para bloger yang peramah seperti Ida Mahmud, Abah Zino, Pena Rozi, Iyra Mutalib, azie azah, dan lain-lain yang tidak dapat aku nyatakan di sini (maafkan aku kerana tidak dapat menyebutkan satu persatu). Paling manis dipertemuan ini aku menjejak kasih dengan kawan satu sekolah namun perkenalan ini hanya terbongkar melalui FB selepas pertemuan di ME berlangsung. Setelah hampir 40 tahun berlalu kami bertemu kembali. Alhamdulillah, syukur kepada Allah memberi nikmat.
Nadi utama penggerak pertemuan kali ini
abe zam - chef penyedian koe tiau basah
inilah hasilnya. amat menyelerakan. slurrrp
Jom kita makan dulu
berama mesra
ermmmm!
begitu teruk menghidupkan api bbq
akhirnya berjaya juga Tahniah sis
aik! sempat promosi kueh raya tuuuu.
no tipon disediakan , silalah buat tempahan
awat ni. tak dapek jawab soalan Dato yer
silalah cuba satu
wah, baju batik abah zino ni mengamcam yer Dato
semuanya bersaiz XXL kecuali sorang tu saiz S. huhuhu

















