Memaparkan catatan dengan label dapur mrszain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dapur mrszain. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Ogos 2010

Buah Kelopong

280810
Jangan tipulanjat arr dengan tajuk di atas
Sengaja diadakan tajuk begitu kerana nak bersantai pada malam ini
Buah ini tak perlu ditanam, dibaja malah di tuai
Namun ia boleh dimakan nyam nyam nyam
memang lazat
Buah Kelopong buatan ibuku memang tiada yang boleh lawan kecuali seseorang la
Ia mestinya seorang special kepadaku
itupun setelah ia melihat dan belajar daripada ibuku
maka hasilnya seakan-akan sama dengan hasil buatan ibuku

Buah kelopong's my faveret

Namanya  memang tidak glamer
tetapi kalau ambil sebutir nak ambil lagi dua ke tiga butir
orang luar kawasan aku  memanggilnya buah Melaka
tidak tahu mengapa dipanggil begitu rupa
jadi Buah Kelopong a.k.a buah Melaka ini bukannya BUAH
tetapi sejenis kueh yang diperbuat daripada beras pulut
intinya gula melaka
mungkin itu disebut Buah Melaka (agaknya)

Untuk membuat kueh ini tidak lah begitu rumit
cuma beras pulut diadun dengan air,  garam secukup rasa kemdian diuli sehingga boleh dibentuk-bentuk sebesar ikut suka kitalah, sedap mata memandang/good looking
Gula Melaka sebagai inti mestilah diletakkan ditengah-tengah butiran tepung yang kental dan kemudian direbus dalam air yang mendidih. Apabila ia terapung maka  masaklah kueh itu dan diangkat kemudian digaulkan dengan kelapa parut.
.Agaknya la kerana  terapung-terapung  di dalam air yang mendidih  maka sebab itulah kueh ini dipanggil buah kelopong kerana ia terapung. kuang kuang kuang.

Menu buah kelopong ini menjadi perkara biasa kepada orang-orang kampungku dalam bulan puasa. Ibuku akan membuatnya apabila ada kelapangan. Dan apabila aku telah beristeri, isteriku pulak mensti membuatnya untuk santapan suaminya di bulan puasa ini. (Memang tidak sedar diri, ........ diabetis ini). Apa ke tidaknya gula melaka itukan manis tetapi kerana ikutkan hati, nak makan juga kerana .......... sendiri mahu ingatlah

ada satu lagi yang aku nak tambah
orang tua-tua kat kampng aku kalau nak cari cucu atau apa-apalah budak muda
dia akan berkata
" mana pulak poie (pergi) eh budak kelopong ni'
dari tadi aku cari tak jumpa-jumpa
aku tak tahu mengapa di panggil budak kelopong
agaknya dah jenuh mencari tidak berjumpa
atau merujuk kepada mereka yang tak boleh harap (budak2 muda sahaja, orang tua tak pernah dengar pulak di panggil orang tua kelopong)
hehheh teringat nostalgia lama



Selasa, 24 Ogos 2010

Pucuk Ubi

240810
Siapa yang tidak kenal dengan pucuk ubi
sejenis tumbuhan yang paling senang untuk tumbuh di dunia
campak sahaja batang ubi kat mana -mana tanah (jangan atas simin atau jalan berturap)
akan keluar lah tunasnya dan terus membesar terutama dalam musim hujan

pucuk ubi

Pucuk ubi ini sedap di buat sayur
boleh masak lemak dengan ikan kembung
atau direbus/celur begitu sahaja dan makan dengan sambal belacan.

tapi hari ini az nak cerita satu menu hasilan pucuk ubi
tak tahulah kalau kak sidah, kak su , nadz atau CM pernah melakukannya

pisahkan daripada tangkainya


kemudian dipotong-potong ikut suka


kemudian di goreng di dalam kuali sehingga agak garing
Apabila garing, pucuk ubi ini boleh digaulkan dengan apa sahaja yang kita suka
kali ini mrszain menggaulkan pucuk ubi itu dengan burung puyuh goreng



ini dia burung puyuh Goreng bersama pucuk ubi
memang sodap


ikan parang pucuk ubi
pun lazat juga

ibuk-ibuk kalau nak ubah selera bolehlah mencuba
tak rugi mencoba, tambahan pulan di bulan puasa yang seleranya kadangkala berkata
apa aku nak makan hari ini?

Ahad, 18 April 2010

Roti Canai

180410
Hari ini hari Ahad.
Hari bersantai.
Hari tidak bekerja.
Apa program hari ini?
Tak ada apa.
Cuma membelek data untuk e-filling. Masih belum siap lagi ni.

Hampir selesai,  aku turun ke bawah
whoopss
Apa yang putera bongsi  (PB) bikin?
Kena dera ke

lor, PB sedang menguli tepung
"nak buat roti canai "kata mrszain.
mrszain tak larat nak buat kerja-kerja menguli tepung ni.
maka si PB lah membantunya.Tulang 4 keratnya masih ok lagi. Orang mudakan
mrszain kata anak-anak murid datang merayu-rayu nak buat roti canai.
Anak murid mrszain memilih membuat  roti canai  sebagai satu kemahiran yang mahu mereka tonjolkan.

(Padanlah minggu lepas ada seorang guru berjumapa aku meminta kepastian betulkan mrszain padan buat roti canai.
Aku menafikannya. Kerana suku abad aku bersamanya tak pernah dia buat kerja tu, roti canai segera adalah ) Hehehhe padalah mrzain senyum-senyum simpul ada makna memandang kepada ku. Rupanya cikgu x tersebut menyampaikan berita itu kepada mrszain.

 Rupanya mrszain buat rehesel dulu. Supaya nanti tidak kekok bila sesi demontrasi.
Inilah kerja guru, selain mengajar, kemahiran yang lain juga perlu ada untuk ditunjukkan kepada pelajat
Dah lama dia tak buat kerja-kerja itu
justeru terpaksa mencuba dulu sama ada masih berbisa atau tidak

Hanya memerlukan sekilo tepung
sedikit air dan garam seckup rasa
ditambahi sedikit marjerin supaya doh menjadi lembut.

Rupa doh yang hampir siap
Lama juga proses menguli ni
keluar peluh jantan tuh hheheh
agaknya sebab tu roti canai ni laris dipasaran kerana ada unsur semulajadi (whopsss tak ada lah)

tepung perlu di uli sehingga lembut
apabila tepung itu diu cucuk dengan jari dan berlubang maka itulah tanda tepung sudah lembut


Semasa menguli, minyak digunakan
tidak heranlah mengapa kita tidak digalakan makan roti canai kerana kolestrol
Namun sedap punya pasal, kolestrol tolak tepi.

setelah hampir satu setengah jam menguli, sampailah masa untuk memisahkan doh tadi ke bahagian yang kecil kecil seperti ini

Inilah rupa doh yang dah siap
Daripada sekilo tepung hanya dapat 20 biji (20 keping)  roti canai.

whopss, tunggu dulu. kepalan doh yang kecil-keci tadi belum boleh di canai lagi,ia perlu di perap untuk seketika.
mrszain kata malam nanti akan di canai dan digoreng.

Inilah dia rupa roti canai mrszain. Roti canai pertama mrzain
Roti canai yang mrszain belajar daripada seorang kawannya semasa mrszain berumur  12 tahun.
wow, rasanya not bad lah. sedap CL.
Apa lagi GKB, kata nak serang selatan, ada berani?
Kalau nak rasa marilah turun ke Pontian lagi sekali.

Khamis, 4 Mac 2010

Menu malam ini


Ikan masin masak lomak cili padi beserta nanas

Inilah menu makan malam kami tadi. Kami biasanya makan malam sebelum  magrib dalam pukul 6.30 petang. kata orang bagus makan malam sebelum matahari terbenam. Jarang sekali kami makan selepas maghrib. Menu makan malam kami tadi ialah gulai lomak cili padi tulang ikan  kurau masin berserta nanas. Fulamak terangkat giler tahap gaban. Sampai dua pinggan aku makan hari ini lupa segalanya yang az ada DM. Terima kasih kepada isteriku. Isteriku memang pakar masak memasak ni.

Selasa, 19 Januari 2010

Rendang Itek

190110 : Petang Semalam, salah sorang staf menghantar seekor itek ke rumah.  Sebenarnya lama dah itek itu di pesan namun semalam barulah itek itu sampai ke rumah. Memang lama mengidam nak makan daging itek. Boleh lah mrszain merendang itek kerna kami suka makan itek rendang. Ummpnya lebih daripada biasa sekiranya dimasak dengan menu yang lain. Biasanya kalau balik Melaka mesti singgah kat Taman Sri Duyong kami akan singgah dan biasanya memang rezeki la. Maka tengah hari tadi, terlepaslah hajat untuk merasainya. Daging itik tidak macam daging ayam, daging itik ni kedekut. Gigit-gigit terus ke tulang tetapi rasanya sungguh enak. Tapi kalau itek nila lagi best sikit kerana dagingnya adalah juga tak macam itik biasa.

Rendang dalam kuali
baru di masak
tak sempat nak letak dalam bekas macam umah kak nab tuh
kalau orang perempuan mesti letak dalam bekas yang di import dari Turkey
tapi az " heheh ada aku kisah, amik dengan kuali-kuali sekali
tak senonoh betui.

Rabu, 30 Disember 2009

inikah dugaan


301209: aduh, apa sahaja mrszain buat di dapur hari ini? Biasalah kalau anak-anak ada di rumah, aku menumpang tuah mereka kerana mrszain suka masak untuk anak-anaknya. Mari kita lihat


sotong di potong-potong di gaul dengan kunyit
garam secukup rasa


ambil tepung dan gaulkan


masukan ke dalam kuali
goreng sehingga warna keemasan

siap untuk di hidang.

walah walah, buat sotong goreng tepung rupanya. Hasil daripada menu birasnya yang hanya menggoreng udang menggunakan tepun gandum sahaja. Aku pun nak menolong mrs menggoreng namun tiba-tiba sotong itu meletop, oooo pocot, aku tipulanjat. Tak jadilah. Mrszain tersenyum sahaja, udah la tuh, makan ajer le katanya. Hehhehehe, itulah dugaannya.(dugaan tahi kucing, ngeh ngeh ngeh)
Yang heran, bila mrszain buat, sotong-sotong tu elok jer. tak melatotop-melatop pulak. Kak Umi Umairah kata, itulah kelebihan ibu-ibu.

Jumaat, 13 November 2009

Senangnya ada isteri



Capati Segera

131109: Pagi ini bersarapan pagi dengan dua keping capati segera yang telah dihidangkan oleh mrszain. ermm terkeluar darimulut ini ...... "senangnya ada bini, bangun daripada tidor, sarapan pagi dah tersedia ".  Mrszain hanya memandang kepada mrzain tanpa emosi. Senyum idak, apa-apapun idak.  Alhamdulillah, itulah kelebihan orang lelaki yang mempunyai isteri. Isteri berbuat apa sahaja untuk kebahagiaan suaminya.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (QS:ar-Rum:30:21)


Moral cerita az hari ini:
1. Mengakui nikmat Allah
2. Mengakui kebesaran Allah
3. Jaga isteri se adanya, jaga perasaannya
4. Membantu kerja-kerja isteri di rumah. Ayahzain baru hanya dapat membantu mengemaskan tempat tidor setiap hari (memang dah jadi kerja tetap, kalau tak berkemas maknanya az tak buat pada hari itu dan sampai ke malam lah begitu), sekali-sekala masak nasi guna periok elektrik,  selalu   basuh pingan yang ada kat sinki, kaddang-kaddang sidai kain, jaghang-jaghang siram pokok bunga  )
5. Jangan ingat nak tambah isteri . Sian kat isteri kita tuhh - siapa tak sayang bini oiiiiiii. ngeh ngeh ngeh






Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (QS: al-Furqan:25 74)





make sure your wife feel good
Salam ceria pagi jumaat


Isnin, 26 Oktober 2009

aromanya keras sekali, mencucuk hidung.

261009: Buka pintu rumah semasa balik kerja petang tadi, hidungku terangsang dengan aroma yang sungguh mengasyikkan. Macam-macam aroma terbau yang datangnya daripada dapur. Di dapur mrszain sibok memperlakukan sesuatu.


kenal?
siap bercambah lagi tuh.
Padan lah baunya keras sangat


pucuk ubi siap di potong-potong


tepung beras


sedang mengadun


siap untuk di goreng



siap untuk dihidang / di makan



habis/khalas
ala umi umaira,   az dah makankan untuk ummi.
tak dapek juga nak bagi CM, CL dll.


Selasa, 29 September 2009

Jemput-jemput Jering

290909 : Tuan/puan biasa makan Jemput-jemput jering (3J)? Kalau Puan Roza ada jering tanam, maka saya ada jemput-jemput jering peninggalan nenek mrszain. 3J sudah menjadi faveret saya sekarang kalau tak dapat ermm rindu sekali. Pantang jumpa jering tua, pasti akan di beli dan mrszain akan membuat untuk suami tersayangnya. (ngeh ngeh negh sayang ke dia tuhhh)

Hanis dan CM kalau mahu cobak bikin 3J amat mudah sekali. Hanya perlu jering tua (yang muda tak mau), tepung beras, pucuk ubi, air dan garam secukup rasa. Mula-mula jering tua ditumbuk (tapi zaman moden ni, blend jer)kemudian digaulkan dengan tepung beras dengan air hingga boleh di jemput dengan tangan la. Kemudia masukan pucuk ubi yang telah diramas. gaulkan sekali sebenarnya dengan tepung beras tu. Bila dah sebati, mulaler menjemput ke dalam kuali yang telah dipanaskan.
Bancuhan 3j siap untuk digoreng

3J sedang digoreng 3j siap untuk di hidangkan

Hidangan berbuka puasa semalam
Sebenarnya semalam 3J adalah satu lagi menu untuk santapan tetamu yang datang ke rumah ayahzain. Sengaja tidak dimasukkan kerana memang nak dibuat satu n3 khas. Para tetamu memuji sakan 3J ini hingga habis satu pun tak tinggal. Alhamdulillah.
Jadi kalau Manzli, Hanis, CM, Kak As, Rezeki, CP, normala, datin, UH dan yang lain-lain kalau nak mai umah ayahzain akan diusahakan menu ini kalau ada bekalan jering tua. Terutamanya CP kalau nak mai umah ayahzain sila ke Pasar Chow Kit dulu kerana di sini banyak di jual jering tua. kat area johor ni sukar nak dapat jering tua, jering muda memang banyak.

Ahad, 6 September 2009

Pai Tee

Hari ini Mrs Zain mencuba menu baru iaitu Pai Tee. Mak Datok punyalah rumitnya nak menggoreng kulit pai tee. Tak kena gayanya tak menjadi. Cobaan kali pertama mrs zain membuatnya, not bad la. Ayah Zain bantu menggoreng tadi, tak menang tangan mrs zain, . hehehh. Alhamdulillah menjadi juga akhirnya. Boleh bagi jiran2 sebelah rumah. 



Bancuhan Kulit Pai Tee :Tepung Gandum, Tepung Ubi, Tepung Jagung, telor



Kulit Pai Tee sedang digoreng



Kulit Pai Tee. CM nak ke, liat sikit la



Inti Pai Tee



Pai Tee : Siap untuk dihidang



Hidangan Berbuka Puasa : Ikan Bawal Sweet Sour , tahu sumbat, pau sambal, jemput2 kurma




Jemput-jemput Kurma : Masa kecil2 dulu, arwah ayah yang buat. Al Fatihah untuk arwah ayah
Ini ayah zain sendiri yang goreng : tepungnya lebihan   bancuhan tepung kulit Pai Tee. (tak lah membazir kan)






Menu-menu balasan daripada jiran.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...