Memaparkan catatan dengan label Israk Mikraj. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Israk Mikraj. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Julai 2010

Peristiwa Israk & Mikraj

100710
Alhamdulillah
dapat lagi az bersiaran pagi ini
bercerita tentang Israq danb mikraj yang az dihadiri malam tadi di Surau Anak Bugis Parit Keroma, Ayer Baloi Pontian.

Sebelum Ceramah
kita makan dulu
Nasi minyak dengan ayam berlada
kira-kira ala-ala chicken mandey la tuhhhhhhh


Majlis di mulakan selepas Isyak, kira-kira pukul 9.15 malam.
Disampaikan oleh Ustaz Bersara sekolah agama
anak watan kg Pt Keroma ini.
Majlis telah bermula
di depan tu ada air mineral, gula
lupa nak tanya untuk apa
ingatkan ada baca Yasin selepas Maghrib tetapi sampai ke abis tak ada pulak

Antara yang dapat az catat ialah
.
Ustaz memulakan majlis dengan meinta hadirin membaca Suarh al-Fatihah kepada roh arwah kerana bacaan itu akan menjadi nur kepada mereka yang telah meninggal dunia.

A. Sebelum Israk :
Pada hari Nabi hendak di bawa ke Langit, Malaikat Jibril datang berjumpa Nabi bersama Mikali dan membedah dada Nabi, mengeluarkan seketul darah hitam, di cuci dengan air zam-zam. Kata Jibril itulah tempat tinggal syaitan

Selepas itu didatangkan Buraq daripada syurga sebagai tunggangan nabi. pada mulanya Buraq itu liar, setelah ditegur Jibril, buraq berpeluh dan mulai jinak dan nabi naik menunggangnya bersama Jibril dan mikali

B: Semasa Israk :
Semasa perjalanan Nabi singgah di beberapa tenpat: (Di tempat-tempat ini  Nabi solat dua rakaat )
1. Madinah - tempat nabi akan memakmurnya.
ii. Madiyan -  iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah.
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan).

Semasa perjalanan itu Nabi  melihat beberapa peristiwa  untuk kita fikir-fikirkan seperti:

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. - Tamsilnya Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. -  Tamsilnya Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. - Tamsilnya  Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. -  Tamsilnya Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.  - Tamsilnya Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. -  Tamsil kepada  orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. - Tamsil kepada  orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. - Tamsil kepada  orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. - Tamsil kepada orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. -  Tamsil kepada orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. - Merujuk kepada dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. - Merujuk kepada orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. - Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

C. Di Masjidil al-Aqsa

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.



D. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

-Menaiki tangga ke Langit:

a. Langit pertama -Berjumpa Nabi Adam

b. Langit Kedua: Berjumpa Nabi Nabi Isa dan Nabi
c. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

d. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

e. Langit Kelima: . Bertemu dengan Nabi Harun A. S.

f. Langit Keenam:  Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

g. Langit Ketujuh:  bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah  bersandar di Baitul-Ma’mur :
Pesan Nabi Ibrahim kepada Nabi Muhammad SAW: agar umat nabi Muhamd mengamalkan:-

- SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM.

h. Tangga Kelapan:   “al-Kursi” Nabi SAW  menyaksikan pelbagai keajaiban
-: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah.
-  Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
- Unggas-unggas emas berterbangan.
-  Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.
- Sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.
 - melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

i. (Tangga Kesembilan:  Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. - melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, -  lelaki ini  di dunia  lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.)

Seterusnya Nabi bertemu dengan Allah  dan akhirnya Allah menganugerahkan kepada Nabi:

1. Umat nabi Muhammad sebaik-baik umat
2.  Umat Nabi mendpat keutamaan di Hari Kiamat
3.  Surah al-Fatihah dengan 7 Ayat
4. Dua surah akhir Al-Baqarah
5. 50 waktu solat sehari semalam - Nabi Ibrahim mencadangkan kepada nabi minta pengurangan kepada Allah dan akhirnya setelah 9 kali permohonan, hanya 5 kali solat fardu sehari semalam


E-  Selepas Mikraj

- Nabi turun semula ke bumi (Baitul Maqdis)
- Menaiki Buraq ke Makkah

Moral peristiwa Israk Mikraj

- Menguji keimanan manusia - orang Islam mesti percaya seperti percayanya Abu Bakar sedangkan orang kafir tidak percaya malah mentertawakannya
- Meneladani perkara yang baik
- Menjauhi perkara perkara yang tidak baik
- Memberi keinsafan agar sentiasa mengingati Allah
- Takut kepada kekuasaan Allah
-  Menujukkan bukti kekuasaan dan kebesaran Allah

Meh, jemput makan
ceramah israk mikraj malam ni panjang
  sampai pukul 12.00 malan
cakap bahasa bugis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...