Memaparkan catatan dengan label aku bangga denganmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aku bangga denganmu. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Ogos 2013

Salam MERDEKA

31 Ogos 2013



Hidangan lazat untuk tetamu
sebagai tanda selesainya berpuasa enam
as salam buat  pembaca Ceriakan Hari-hariMu
Salam kemerdekaan ke lima puluh enam




Rabu, 28 Ogos 2013

Kasihmu Ibu 2013

28082013


Inilah wajah ibuku yang dimodelkan oleh anak buahku ketika balik beraya selepas beberapa hari raya  di Aidilfitri 2013. padanlah beriya-iya mengajak uwannya pulang ke kampong. katanya ada projek. Bagi aku yang kayu tentang perfileman, aku amat terpesona dengan hasil kerjanya. Teruskan QRshah. Seorang pengarah lagi akan muncul di harimuka. keep it up.





Ahad, 4 Ogos 2013

Semoga terus berbahagia

04082013

Mengimbau 29 tahun yang lalu. Di saat aku mengusha isteriku dan akhirnya sudah 29 tahun juga kami bersama. Itulah dia berkat cinta selepas kahwin. Alhamdulillah. Kini kami dikurniakan dengan seorang anak perempuan, 4 orang anak lelaki, seorang cucu dan dua orang menantu. Semoga kehidupan kita terus kekal abadi mhingga ke syurga.

Jumaat, 14 Jun 2013

Seketika di Musolla Ehsan, Bandar Baru Bangi

14062013

Salam Jumaat, Penghulu segala hari. Kali ini ayah zain ingin memaparkan pertemuan para bloger kenalan Dato Abdullah Al-Hadi pemilik blog Luah Fikiran yang sangat peramah penuh dengan sifat kebapaan. Pertemuan ini berlangsung di Musolla Ehsan (ME) di Bandar Baru Bangi pada 1 Jun 2013. Berada di kalangan bloger yang glamer dengan jumlah pengikut yang melebihi 400 itu menjadikan aku begitu kerdil di kalangan mereka mentelahan lagi inilah pertama kali aku dapat turut serta. Jutaan terima kasih kepada Dato yang begitu prihatin melayan para tetamu walaupun berkali-kali mengatakan beliau bukan tuan rumah tetapi hanya menyediakan rumah pertemuan. ME a.k.a tempat kediaman Dato Dr. Abdullah begitu aman dan tenang dan mesra pengunjung. Sebuah rumah yang juga sebuah musolla begitu hebat dengan kehijauan daunan yang amat menyegarkan. Di sinilah berlangsungkan Kuliah Ilmu pada setiap minggu.  Dipertemuan ini aku mengenali para bloger yang peramah seperti Ida Mahmud, Abah Zino, Pena Rozi, Iyra Mutalib, azie azah, dan lain-lain yang tidak dapat aku nyatakan di sini (maafkan aku kerana tidak dapat menyebutkan satu persatu). Paling manis dipertemuan ini aku menjejak kasih dengan kawan satu sekolah namun perkenalan ini hanya terbongkar melalui FB selepas pertemuan di ME berlangsung. Setelah  hampir 40 tahun berlalu kami bertemu kembali. Alhamdulillah, syukur kepada Allah memberi nikmat.

Nadi utama penggerak pertemuan kali ini
abe zam - chef penyedian koe tiau basah
inilah hasilnya. amat menyelerakan. slurrrp


Jom kita makan dulu


berama mesra
ermmmm!
begitu teruk menghidupkan api bbq
akhirnya berjaya juga Tahniah sis
aik! sempat promosi kueh raya tuuuu.
no tipon disediakan , silalah buat tempahan



awat ni. tak dapek jawab soalan Dato yer
silalah cuba satu
wah, baju batik abah zino ni mengamcam yer Dato
semuanya bersaiz XXL kecuali sorang tu saiz S. huhuhu

Ahad, 9 Disember 2012

Hepi Aniveseri

091212

Hari ini genaplah 28 tahun perkahwinan aku dengan isteriku . Udah 28 tahun berlalu rupanya. Terlalu cepat masa berlalu. Rasa-rasanya macam tak berapa tahun aje kami berkawin. Secara kebetulan hari ini  hari Ahad . 28 tahun yang lalu semasa aku diijapkabulkan juga pada hari Ahad. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat.  Daripada aku seorang kemudian berdua pada 9 Dis 1984 dan kini jumlah keluargaku bertambah kepada 8 orang. Anak pertamaku seorang puteri kini telah pun menjadi seorang ibu. Aku juga mempuyai seorang menantu lelaki dan seorang cucu lelaki di samping 4 orang anak lelaki yang lain. Insya Allah tahun hadapan akau akan menrima seorang menantu perempuan pula. Alhamdulillah ya Allah. Berkatilah keluargaku ini dengan limpahan rahmatMu yang tidak terhingga.




Inilah rupanya ruang tamu yang menjadi medan pernikahan aku kira-kira 28 tahun yang lalu. Hari Ahad 9 Dis 1984.

Semoga perkawinan kami terus berkekalan sehingga ke syurga. Doa kawan-kawan yang dititipkan  di facebook aku siang tadi amat aku hargai. Budi kalian amat aku hargai. Terimakasih. Semoga Allah memberkati kalian juga.

 .................................................................

Zul Mansor, Zanariah Kassim, Abu Bakar Ab Wahab and 49 others like this.

Sa'imin Jumari Tahniah Haji. Selamat ulangtahun perkahwinan ke 28
Rossima Latiff Alhamdullilah....28 tahun sudah.
Kurodzi Kumatesa tahniah tuan haji zain, hepi aniverseri........
Umi Azuddin Hepi aniverseri ayah zain & mrs zain. Semoga terus berbahagia hingga ke syurga.
Zainab Abdullah Alhamdulillah...
Asiah Omar smoga bahagia keakhirat.... tahniah
Azura MI moga cikgu berdua kekal aman bahagia hingga ke jannah..
Samsuddin Yatim Alhamdulillah....selamat ulang tahun perkahwinan AZ...
Frida Hassan Happy anniversary cikgu....moga kekal hingga ke jannah
Nasmi Nawi Tahniah AZ.
Azman Ali Barakallahuma fikum, cikgu. Ila liqa' ma'a salamah.
Kamaludin Chin Ayah Zain moga kekal bahgia dunia akhirat...
Wahab Konting Selamatttttt...lol
Miza Zainuddin Happy anniversary to both of you..... Mmm Ayh belanje windmill bole?
Amalz Zainuddin -.- ..nk jugak
Adanan Abdullah Alhamdulillah Ayah Zain. Jangan tersalah kerumah mak mertua lain dah ye heheh
Nor A Ismail Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan dengan isteri pertama mu Ayah Zain!!!!...hahahaha..
Mohammad Rawi Cikgu, Selamat menyambut wedding anniversary yg ke-28. Semoga berkekalan dalam bahagia dan sentosa..amin
چئڬو دين Moga berkekalan hendakny ke akhir hayat
Zaki Yasin SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN AYAH ZAIN
Zaki Yasin Jgn lupa likes ^ sne-super natural essence^ tq promo2
Safiudin Abd Advis Alhamdulillah syukur. Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan Tn. Hj.
Hanita Ismail Moga terus kekal dan bahagia AZ....!
Fadzil Ahmad Hepi Anniversary cikgu berdua...semoga sentiasa dlm rahmat & keberkatanNya...Aminnn.
Siti Zaleha Tahniah cikgu Zain and cikgu Rohaya. Happy anniversary
Ahmad Sherhan Tahniah Cikgu Geografi dan Cikgu Sejarah Saya
Hazila Kadir tahniah Hj dan kak aya..alhamdulillah dah 28 tahun...semoga bahagia selamanya..doakan saya n suami juga:-)
Pinatbate Azla Didoakan mudah-mudahan keduanya beroleh keberkatan hidup sehingga ke akhir hayat

Jumaat, 30 November 2012

Selamat Datang Palestin

30112012

Akhirnya negara Palestine diiktiraf juga oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) sebagai as non-member observer state  . Dengan keputusan   138 negara menyokong. Antara yang menyokong ( mengundi 'ya')  untuk membentuk Negara Palestin, termasuk Arab Saudi, Turki, Syria, Malaysia, Brunei, Mesir, Ireland, India, Indonesia, Thailand, dan 138 negara lain. 41 buah negara  berkecuali antaranya ialah UK dan Singapura. Sementara yang menentang (say NO)  ialah 9 buah negara termasuk kanada dan Amerika Syarikat. Lihat peta di bawah. Hijau = Menyokong; Hitam =  berkecuali dan merah = menentang

Ahad, 7 Oktober 2012

Konvokesyen Unikl ke 9 2012

07102012

Se awal 6.20 pagi kami telah bergerak daripada Puchong Prima ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Perjalanan cuma mengambil masa kira-kira 25 minit sahaja kerna aliran trafik yang lancar di waktu pagi minggu. Memnag aku suka datang awal untuk mengelakan kesesakan trafik yang memeningkan mindaku. Alhamdulillah. Kawasan parkir juga lapang membolehkan aku memilih parkir yang begitu strategik berhampiran dengan pintu lift ke Lobi PICC.

Aku kagum dengan perjalanan majlis konvokesyen yang aku rasa terbaik berbanding dengan dua orang anak-anakku terdahulu. Maklumlak suasan PICC yang gah berhawa dingin menjadikan aku cool. Pihak urusetia memberi tahu para ibu bapa dibenarkan masuk pada pukul 7.45 pagi ke arena majlis di PICC. Ada kira-kira 30 minit lagi untuk itu. Justeru mrszain menyiapkan anak bertuahnya itu agar kelihatan kemas dan segak


Setelah selesai menyempurnakan pakaian konvokesen anaknya itu,  masih ada masa lagi untuk kami dan bolehlah kami memenuhinya   hajat masing masing. Tepat 7.50 pagi kami bergerak ke tangga bergerak menuju Dewan Planeri dan dewan yang agak kosong membolehkan kami memilih tempat yang agak selesa. Alhamdulillah.

Majlis dimulakan tepat pukul 8.35 pagi dengan perarakan masuk graduan diikuti dengan  perarakan staf akademik UNIKL dan akhirnya perarakan masuk Ahli Senat dan Penyempurna Majlis Konvokesyan YB Dato Seri Idris Jusoh, Pro Chanselor II UNIKL merangkap Pengerusi MARA. Para hadirin diminta berdiri dan seterusnya nyanyian Negaraku, Lagu MARA versi baru dan Lagu universiti dialunkan. Walaupun lagu MARA versi baru ciptaan Komposer terkenal M.NAsir ini selalu dinyanyikan oleh pelajar MRSM namun hari ini lagu ini begitu bersemangat dan aku jatuh cinta dengan lagu ini buat pertama kalinya. Mungkin sound system yang canggih menyebabkan lagu ini begitu aku sukai sekali. Kesemua lagu itu dialunkan oleh pasukan koir UNIKL gabungan staf dan mahasiswa nya. Hebat. Bravo.

Sebelum majlis bermula tadi, dua kali pengacara majlis memberi ingatan dengan membaca peraturan tatacara majlis mengingatkan para tetamu agar majlis berjalan lancar. Setelah bacaan doa,  Presiden UNIKL memohon salam takzim untuk memulakan majlis mengikut protokol Konvokesyen yang begitu bermakna setelah dibuka oleh Dato Seri Idris Jusoh dan seterusnya memberikan ucaputama selepas kata-kata aluan daripada Presiden UNIKL. Antara lain Dato Seri Idris Jusoh mengingatkan para graduan membangunkan negara tercinta, menghormati ibubapa dan akhir sekali mengingatkan graduan membayar hutang MARA.

Keunikan Majlis Konvokesyen UNIKL ini ialah para graduannya terdiri daripada 11 buah kampus UNIKL yang berserakan diserata Semenanjung. Para graduan di bezakan dengan warna selendang yang beranika warna berbanding di IPTA warna selendang graduan mengikut fakulti. Majlis diselamgselikan dengan lagu kesukaan ramai untuk memberikan nafas kepada penyempurna majlis agar tidak kelelahan. Tiga lagu selingan yang malarsegar ialah ku petik bintang (Yuna), Kenangan Mengusik Jiwa dan sebuah lagu Inggeris yang dinyanyikan oleh mahasiswa UNIKL sendiri. Hebat penyanyi-penyanyi tersebut yang begitu bersahaja persis penyanyi terkenal negara. Majlis tamat tepat pukul 11.45 pagi. Alhamdulillah.

 Selesai sempurna mengenakan jubah konvo, berposing le pulak
 Bersama ibunda tersayang
 Suasana dalam majlis konvokesyen

 Ijazah dalam genggaman
 Bersama abangnya (bakal naik jinjang pelamin tahun depan, Insya Allah)
 Bersama ibu tercinta
 Bersama adiknya pulak, Putera bongsu

kita x ada camera macam Pak Itam , inilah hasilnya. huhuhu

Selasa, 27 Mac 2012

Sambutan Hari Mara Johor

27032012

1 Mac adalah Hari Keramat bagi Majlis Amanah Rakyat a.k.a MARA kerana pada 1 Mac 1966 MARA ditubuhkan di bawah akta Parlimen. MARA adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. MARA lahir hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965. Setelah berubah beberapa kali di bawah kementarian lain, MARA kini kembali semula di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah a.k.a KKLW.



Pada setiap tahun tanggal 1 Mac MARA akan mengadakan sambutan memperingati penubuhan MARA dengan mengadakan Sambutan HARI MARA. Di peringkat Nasional sambutan Hari MARA telah disambut pada 1 Mac 2012 sementara di Peringkat Negeri Johor, sambutan Hari MARA telah di sambut pada 25 Mac 2012 di Batu Pahat.

Antara program sambutan Hari MARA peringkat Negeri Johor ialah Larian MARA . Acara bermula pada pukul 7.30 pagi dengan senaman negeri Johor iaitu J-Robik selama hampir satu jam. Kemudian peserta di lepaskan berlari berjalan sejauh 5km disekitar pinggiran bandar Batu Pahat.





J-Robik
Wakil  Scotland pun ada...




 lincah instruktor ni

satu MARA  satu Malaysia
 bersedia untuk dilepaskan
sedia!!!! jalan........

sesat ke minah salleh ni


macam kenal je



penat ye bang
 Pengarah MARA Negeri  dapat  hadiah juga
tu dia bawa balik hadiah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...