Kita dengar alunan piano ini. Mengasyikan sekali.
Tidak tahu siapa, dipetik daripada youtube
Dua hari hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad) amat memenatkan namum amat berbaloi-baloi kerana banyak urusan yang dapat dipenuhi. Ku rangkumkan dia di dalam 1
Malaysia.. Walaupun badan penat kerana berada di jalanraya/lebuhraya tetapi tidak mengapa. Pagi Sabtu semalam aku mengiringi isteri ke Nilai 3 untuk mencari bahan-bahan keperluan perkawinan puteri sulongku.
Kemudian aku bergegas ke Hotel Singgahsana, Petaling Jaya untuk memenuhi undangan CM dan KS yang mengendalikan mini gathering PDKM di samping meraikan hari kelahiran pengasas PDKM yang ceria. Majlis santai ini amat bermakna dalam mengeratkan silatulrahim yang sedia terjalin. Seperti biasa kita berada dalam mood yang ceria. Aku sempat berada di sana sehingga pukul 5 kerana terpaksa bergegas balik ke Melaka untuk meneruskan lagi urusan yang perlu diselesaikan lagi.
Pagi Ahad yang ceria, seawal pagi aku ke Negeri Sembilan untuk memenuhi hajat ibuku di Kampong. Di sini aku mengambil kesempatan mengunjungi saudara sebelah almarhum ayahku di Kg. Semerbok, Rembau NS. Kebetulan kakak saudara ku ini sama-sama mengerjakan haji di musim haji yang lalu. Masya Allah satu yang tidak aku sangka, suasana seperti jejak kasih pulak kerana di kampung ini aku bertemu dengan saudara mara yang telah lama terputus hubungan. Sehingga tengah hari baru la aku mengundurkan diri menghtar ibuku balik ke rumahnya. Kemudian aku terpaksa pula ke Batu Pahat untuk urusan isteriku yang tidak habis-habis.
ermmm orang pompuan tahulah hehhehe.
Kemudian aku mengiringi pulak isteriku ke Pekan Ayer Hitam kerana ada lagi urusan perkahwinan yang belum lengkap. Pendek kata sebelum majlis perkahwinan ini berakhir, destinasi yang sebegini terus akan aku jelajahi kerana ada sahaja urusan yang belum sempurna. Lewat petang barulah kami sampai ke kediaman kami di Pontian.
kek yang dibikin oleh Boxhousestudio ini disponsor oleh Tn Hj Arshad
CL membuka bungkusan hadiah hari jadi
sedang menikmati hidangan
gambar kenangan di akhir program silatulrahim
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (QS: AN-Nisa:4:1)