Memaparkan catatan dengan label menu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menu. Papar semua catatan

Ahad, 29 Disember 2013

Sate Celop

29122013

Hari ini terpanggil untuk merasai sate celop. Sudah lama mengidam menu ini tetapi tidak kesampaian. Kebetulan hari ini ayah zain, isteri dan Putera Bongsu melalui Jalan Duyong-Ayer Molek dan mendapati Restoran Sate Celop Warisan sudah memulakan perniagaannya yang di buka mulai jam 6.00 petang.

Kesempatan ini tidak dibiarkan begitu sahaja dan kami pun  singgah untuk menikmati menu ini. Adakah ia lebih sedap daripada sate biasa atau pun tidak.

Semasa kami sampai sudah ada 2 keluarga sedang menikmati Sate Celop Warisan (SCW) dan kami terus memesannya. Pelayan membawakan menu untuk dipilih. Ada dua menu iaitu SCW dan Nasi berlaukan ikan bakar. SWC dihidangkan dalam 4 set iaitu Set A, B, C dan D. Setiap set mempunyai harga yang berlaian antara RM20.00 hingga RM50.00 bergantung kepada jumlah cucuk sate antara 30 hingga 72 cucuk sate.


Apabila set telah ditetapkan, kami diminta memilih sendiri sate yang pamerkan dalam peti hawa dingin. Ia tidak seperti sate biasa tetapi ala ala yong  taufu.


inilah kuah SCW. Tidak berbeza sangat dengan kuah sate tradisional tetapi ia sentiasa dididihkan dengan api pemanas dan seterusnya sate direndam dalam kuah yang dipanaskan itu. Kuah ini adalah campuran beberapa herba yang ditambah dalam kuah kacang.



Rupa SCW sebelum direndam dalam kuahnya


SCW sedang direndam


Rendaman mengambil masa beberapa minit mengikut kesukaan penggemar


SCW siap dihidangkan

SCW adalah  satu alternatif kepada menu sate. Mereka yang suka menimmati kelainannya bolehlah mencuba SCW. Kepada ayah zain mungkin cukuplah sekali menikmatinya keran lebih teruja kepada sate tradisional. Citarasa penggemar adalh berbeza. Mungkin tuan puan menyukai. Oleh itu cubalah sendiri untuk menikmatinya.

Selamat Mencuba.

Khamis, 5 September 2013

Menu duoposen

05092013


Hari ini hujan semenjak dari awal pagi, masih tidak berhenti lagi. Sekarang sudah hampir pukul 1 petang, masih renyai-renyai dan kadang kala lebat. Biasanya kalau berlarutan. keadaan sebegini akan berlanjutan sehingga seminggu.


Menu duoposen

Bila hujan, perut berasa lapar. Mulut hendak mengunyah sahaja. Orang nismilan kata mengonyel. Maksudnya mulut sentiasa ada benda yang dikunyah. Justeru kenaikan minyak sempena Hari Merdeka 2013, hari ini kami pakat-pakat menyedikan makanan yang simple untuk makan tengh hari. Kami panggil Menu duoposen. Seperti Ikan Kembong masak asam pedas, petai goreng bawang berlada, ikan kembong goreng dan sayur goreng yang ditanam sendiri. Alhamdulillah.

Ahad, 14 Julai 2013

Kueh Kelopong, Kueh Cara

14072013

Entah mengapa atau secara kebetulan aku mesti mengingati tarikh ini 14 Julai 1789 apabila pemberontak Perancis menembusi Penjara Bastille semasa berlakunya Revolusi Perancis. Tarikh ini telah dijadikan hari Kebangsaan Perancis.

Namun entry kali ini bukannya berfokus kepada Negara Perancis tetapi lebih kepada kueh-kueh kegemaran aku dengan kedatangan Ramadan. Kueh-kueh ini akan menjadi penyeri di meja makan ku pada setiap kali kedatangan Ramadan. Kadangkala boleh menjadi berkali-kali dengan menu yang sama. Mungkin telah terbiasa di masa kecil di mana kueh-kueh ini menjadi menu utama kegemaran yang disediakan oleh  ibuku. Mungkinkah  cara penyediaannya yang mudah aku sendiri tidak pernah bertanya kepada ibuku. Kebetulan pula setelah berkahwin, menu ini juga menjadi penyeri utama dimenja makan kami  di bulan Puasa. Kalau dahulu disediakan oleh ibuku, kini juadah ini  disediakan pula oleh isteriku.

 Kueh Kelopong a.k.a Buah Melaka
Kueh Cara

Sabtu, 6 Julai 2013

bayi saya lapar?


06072013



Doulu2 aku hanya tahu bayi  kalau merasa lapar, dia akan menangis. Apabila bayi menangis, antara satu sebabnya ialah lapar atau tidak selesa dengan punggung kerana basah. kebiasaaannya bayi akan diberi susu apabila bayi menangis. Ini satu yang silap kerana bayi yang menangis kerana lapar adalah tanda kelaparan yang paling akhir sekali kepada bayi

Sebenarnya bayi akan menunjukkan tanda-tanda awal apabila mahu menyusu atau merasa lapar.  Tidak sukar untuk mengetahui bayi itu lapar atau tidak melalui tanda-tanda awal yang ditunjukkan oleh bayi apabila merasa lapar sehinggalah bayi itu menangis.



Pertama sekali, bayi akan menggerak-gerakan matanya seperti mencari sesuatu. Ke kiri atau ke kanan. kemudian bayi akan menggerak-gerakkan kepalanya kekiri atau kekanan.  



Sekirannya tiada reaksi daripada ibunya bayi  akan mula mengeluarkan lidahnya seperti merasai sesuatu.


Kemudian bayi akan  menghisap ibu jarinya  atau baju atau  apa sahaja yang boleh dilakukannya


Seterusnya bayi akan  mula merengek dan


    menangis sepuasnya untuk disusui. Bermakna tangisan bayi adalah tanda yang paling akhir memberitahu ia sedang kelaparan. Oleh itu jangan tunggu sehingga bayi anda menangis untuk disusui. 
Berikan susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan.



Jumaat, 5 Julai 2013

SUSU IBU

05072013



Sudah bertahun-tahun para ibu memberikan air suam kepada bayinya selepas penyusuan sama ada selepas menyusu susu ibu atau susu tepung atau antara waktu menyusu. Tiba-tiba hari ini aku mendengar memberi  air suam atau air kosong kepada bayi sangat-sangat tidak digalakan. Bayi hanya perlu diberikan susu ibu semata-mata sehingga berusia sekurang-kurangnya 6 bulan. Dikatakan susu ibu itu anugerah Allah kerana di dalamnya mengandungi 88% air. Oleh itu air suam atau air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Cukuplah dengan susu ibu sahaja. Malah susu ibu adalah FREE

Begitulah yang dijelaskan oleh Jururawat Baiti daripada Hospital Pakar KPJ Seremban yang bersiaran di Radio Malaysia Negeri.FM tengah hari tadi 4/7/2013. Menurutnya SUSU IBU adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Di dalam susu ibu itu sudah sempurna dengan segala bentuk zat makanan yang diperlukan bayi. Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi kerana mempunyai banyak kelebihannya kepada bayi dan ibu bayi. Antara yang dapat saya ingat ialah:

kelebihan untuk bayi:
i.  mengandongi antibodi  untuk pertahanan semulajadi
ii. Memudahkan proses penghadaman bayi


kelebihan untuk ibu
i. Menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga secara semula jadi)
ii. Mempercepatkan pengecutan rahim ibu

dan yang paling penting susu ibu adalah PERCUMA dan berperanan merapatkan hubungan antara ibu dengan anak.
Bayi yang diberikan susu ibu secukupnya tidak mudah sakit dan sekiranya sakit akan sembuh dengan cepat berbanding bayi yang menyusu susu formula.

Susu Ibu adalah yang terbaik
Teruskan penyusuan dengan susu ibu sehingga anak anda sekurang-kurangnya berusia 6 bulan. 
In Syaa Allah

Selasa, 25 Jun 2013

Petai goreng


25062013
Semalam, kami berempat memulakan perjalanan ke Alor Star Kedah meredah  jalan penuh jerebu yang kadangkala nipis dan kadangkala tebal. Di RnR Dengkel aku seperti patah semangat untuk meneruskan perjalanan kerana jerebu yang sungguh tebal dengan jarak penglihatan kira-kira 400m sahaja.  Namun mengenangkan hasrat ibuku yang mahu menziarahi cicitnya yang baru sahaja menajalani pembedahan di bahagian mulutnya lantaran lelangit mulut baby yang berusia 13 bulan itu mempunyai sedikit masalah. Pembedahan itu berjaya dilakukan seminggu yang lalu dan justeru itu aku gagahi juga meneruskan perjalanan dan selamat sampai pada pukul 4.30 petang. Masa perjalanan lebih kurang 8 jam.

Di bingkisan ini aku ingin berkongsi dengan menu makan malam yang disajikan oleh anak buah ku untuk menjamu selera kami sekeluarga dengan dibantu oleh isteri dan kakak sulongku.

 Jom, jemput makan. Simple aje
 Petai goreng campur lada hiris, ikan bilis dan irisan bawang besar hasil air tangan isteriku
 ikan belanak masin hasil air tangan kakak sulongku 
 Sambal gesek : durian fresh digaul dengan lada tumbuk
ikan kembung masak singgang hasil air tangan anak buahku

wow, memnag berselera kami makan pada malam itu. Aku sendiri melanggar pantang dengan menambah nasi yang lebih daripada biasa. Tak tahulah bacaan gula darah aku pada besok pagi. huhuhu

Rabu, 12 Disember 2012

Jering ceria

121212

Cantik nombor hari ini. Namun ada juga yang tidak berapa suka dengan keriuhan nombor ini. Apa ada pada nombor bukan? Tidak mengapa, mereka  yang tidak suka orang menghebohkan nombor ini. Manusia mempunyai citarasa dan kemahuan sendiri. Kita perlu hormati pendirian tersebut. Bagi ayah zain, hari ini memang cantik dengan nombor 121212. Mungkin ramai juga yang bernikah pada hari ini. Mereka yang melahirkan anak,  tentu merasa tersangatlah  gumbiranya.

Bingkisan CHHM  hari ini tiada kaitan dengan tarikh. Ayah zain ingin berkongsi menu pertama kali dijumpai. Unik sekali. Kalau dulu ayah zain memporomikan jemput-jemput jering warisan nenek mrszain, kini satu lagi produk jering. Kreatif mereka yang mencipta menu ini.

 Jering Ceria

Ayahzain tak tahu apa nama menu ini. Jadi panggil aje jering ceria. Jering tua ini direbus barangkali, kemudian dimakan bersama dengan kelapa bergula. Whopss si kencing manis ngak boleh makan itu. Tapi peduli hape, az sebat juga  kerana kelazatannya. Tapi mak oiii, bilik air pepagi ini, huhuhu. Kena simbah bilik air dengan pewangi, baru reda.


Bila di taburkan kelapa bergula, cantik pulak

 Rupanya mrszain dah selalu beli di Pasar Malam Duyong. AZ cer makan sebiji, sedap.... ambil satu lagi... lama-lama sampai abis. kesian mrszain terkulat-kulat. Awat beli sikit sangat yang. Minggu depan kita beli lagi bebanyak yer. Jangan pergi ke batu belah batu bertangkup udah ler.





Rabu, 15 Februari 2012

Tapai

15022012

Lama benar tidak menjengok rumahku ini. Makin lama makin tidak bersemangat untuk mengemas rumah. Namun pengunjung tetap datang melawat ini menjadikan hatiku berbunga dan meningkatkan semangatku untuk mengemaskininya agar tetap menjadi tatapan para penggemar semua. Alhamdulillah.

Tika ini aku  ingin berkongsi sejenis makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu. Kalau hendak dianggap sebagai menu tradisoinal Melayu boleh jugalah. Siapa yang tidak kenal dengan tapai?  Tapai  biasa kedapatan di majlis keramaian terutamanya di kalangan masyarakat Negeri Sembilan. Kalau dahulu semasa hari Raya Puasa atau Haji, ibuku pasti menyediakan tapai untuk hidangan tetamu yang datang. Begitu juga di majlis-majlis perkahwinan di Negeri Sembilan, menu ini pasti berada di meja santapan tetamu.

Untul menyediakan tapai tidak lah terlalu rumit. Orang-orang Negeri Sembilan suka membuat tapai pulut yang dibungkus dengan daun pisang. Pernah sekali aku merasai tapai pulut yang dibungkus menggunakan daun getah, tidak ingat di mana tetapi rasanya di Kelantan.

Pulut akan dikukus terlebih dahulu kemudian di masukkan ke dalam pasu dan ditaburkan atau digaul sebati dengan ragi untuk proses penapaian. Setelah itu pulut itu akan dibungkus menggunakan daun pisang dan dimasukkan ke dalam bekas untuk penapaian. Seterusnya bekas itu dibungkus dengan kain dan disimpan selama beberapa hari biasanya 3 hari. Aku masih ingat ibuku menapai tapai dalam pasu besar dan diletakan di bawah katilnya.

Penyediaan Tapai mempunyai adap-adapnya tersendiri untuk menjamin kelazatan dan warnanya. Menurut ibuku bukan sebarangan dalam kerja-kerja membungkus tapai kerana mempunyai pantang larang tersendiri. Allah hu aklam. Pembungkus mestilah dalam keadaan bersih dan tidak berceloteh semasa kerja-kerja membungkus. Sekiranya berlaku kecacatan, sudah pasti adap/pantang larang tidak dipatuhi. Kalau tapai yang dihasilkan tidak menarik, seperti warnanya  kusam, sudah pasti penyedianya tidak mematuhi kebersihan yang sempurna. Paling malang kalau tapai itu terdapat bintik bintik merah dan ini pasti wanita yang menyediakannya itu ............

Kini, dalam keadaan dunia moden, daun pisang tida lagi menjadi keutamaan sebagai bahan pembungkus. Kini terdapat tapai yang dibungkus menggunakan plastik dan kertas serta disemat menggunakan stapler. Namun, kualitinya agak setanding dengan bungkus daun pisang dan disemat menggunakan lidi kelapa.

 tapai yang dibungkus dengan kertas warna dan palstik
plastik yang mengelakkan air tapai meresap keluar

Sabtu, 7 Januari 2012

Cekodok Jering

07012012

Hari ini tanpa disangka, kami dapat merasai cekdok jering yang dibuat oleh puteri kami di rumah ibu mertuanya di Kelang, Selangor. Dia mendapat jering tua daripada kawannya justeru dengan kedatangan kami tengah hari tadi beliau mengadun jering itu untuk dijadikan cekodok. Itulah kali pertama beliau melakukukannya dan hasilnya, perfeck 10. Seperti cekodok buatan ibunya juga. Tahniah anak ku.

Kebetulan pula ada seorang ibu muda ditempat kerja isteriku mengidam untuk merasai cekodok jering. Puas juga kami mencari jering di Pontian namun dukacita. Untuk membuat cekodok jering, jering tua yang diperlukan. Selalunya jering tua hanya terdapat di Pasar Chow Kit sahaja. Bak kata arwah mertuaku, di Pasar Chow Kit semuanya ada. Macam macam ada. Justeru isteriku mengubungi anak bujang kami mencari jering tua di Pasar Chow Kit dan berhasil.

Dikesempatan ini aku ingin menitipkan resepi cekodok jering seperti yang di minta oleh Kak As di Alor Star, Kedah dan Cikgu Taib di Betung Sarawak. Nanti cobak buat noooo.

Bahan-bahannya

10 biji Jering Tua di tumbuk hampir lumat
5 sudu besar Tepung Beras
10  tangkai pucuk ubi kayu yang dipotong-potong pendek
 garam secukup rasa
1 sudu besar cili kering (sudah dikisar)
1 sudu besar ikan bilis yang telah ditumbuk


Kaedahnya

Masukan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam bekas adunan. Masukan air sedikit sedikit sehingga adunan itu boleh di bentuk menjadi kepolan-kepolan kecil.

Panaskan api dalam kuali dan seterusnya goreng kepolan jering tadi dan goreng sehingga garing menjadi chrispy dan sedia untuk dihidangkan.


cekodok jering sedang digoreng


Cekodok Jering, Siap!!!!

Selamat mencoba.

Isnin, 14 November 2011

nasi arab lagikkkkkk

141111

Sekali merasa nasi arab al taa'iz di Bed Hill of Malacca, macam rasa ketagih pulak. Baru-baru ini kami mengunjungi lagi sekai ke kedai makan nasi arab tersebut. Kali ini kami memesan menu yang barlainan sedikit. Kalau dulu kami tapau ayam panggang, kali ini kami makan di kedai  dengan ayam disaluti dengan rempah ala-ala kurma pulak. Ayam ini dibungkus dengan foil aluminium. Nasinya tetap kellassssss dan dimeriahkan lagi dengan jus mangga very der pekat sepertidi Makkah. slurrrrrrrrrrrrrrp

Jus mangga

Rabu, 26 Oktober 2011

NDAB

261011

Entah mengapa terlalu sukar untuk memulakan ayat pertama. Cuba itu tak kena, cuba ini tak kena. Akhirnya Ceriakan hari-harimu berlalu begitu sahaja. Kebetulan hari ini hari cuti, bolelah aku mengarang berkongsi siaran dengan peminat CHHM yang setia, yang saban hari menjengah rumahku ini. Terima kasih atas sumbangan. Tanpa kalian, CHHM tidak akan bersiaran. Setiap hari ada sahaja yang datang melawat walaupun tak severapa ramai seperti blog-blog yang lain. CHHM masih dapat bertahan. Alhamdulillah.

 Hari ini az ingin berkongsi cerita pasal  Nasi Dagang Ayer Baloi (NDAB) yang menjadi bualan rakan-rakan staf di pejabat. Ada yang hari-hari bertanya, "bila az nak belanja kami NDAP? Sedap lah az, kalau lambat pergi, habis".  Dah macam nasi lemak di Seremban yang tag bisnesnya 'lotak-lotak abis'. Jadi aku sediakan sedikat peruntukan NDAB ini kepada seseorang untuk uruskan NDAB di pejabat sama ada hari Khamis atau Jumaat nanti. Esok atau lusa kot rakan-rakan staf akan merasai NDAB. Terpulanglah kepadanya untuk menguruskan NDAB itu.

Entah mengapa, bangun pagi tadi aku teringat NDAP. Jadi pukul 7.00 pagi tadi aku pun ke lokasi jualan NDAB. Hari ini hari cuti Devali. Jadi aku ada masa berfoya-foya di pagi hari. Kalau hari bekerja susah sikit nak berfoya-foya ni. Sesampai aku di lokasi NDAB, aku dapati memnag agak ramai yang sedang menikmati NDAB. Jadi aku mengambil giliran untuk memesan NDAP. Warong ini bukan sahaj menjual NDAB tetapi pelbagi menu sarapan yang lain seperti nasi lemak, lontong dan sebaginya.

Aku memasan 4 bungkus NDAP untuk aku, mrszain dan anak serta menantu aku yang ada di rumah. Wow,, not bad. Memang sedap masakan Kak Ijah ini. aku tak tahu sama ada ia orang Terengganu atau Jawa atau Bugis. Aku tak sempat nak bertanya itu semua, cuma aku dapat nombor telefonnya sahaja. Manalah tahu kalu ada kengkawan CHHM yang mampir di teratakku akan ku hidangkan NDAB buat kalian, tetapi hanya di pagi hari sahaja kerana NDAB terhad sehingga stok masih ada sahaja.

Sebungkus NDAP yang berharga RM2.50 ini, aku rasa macam tak puas kerana kesedapannya, kalu makan di lokasi, gerenti aku meminta nasi tambahan. emang lazat sehingga menjilat jari.


Jumaat, 12 Ogos 2011

oooo beriayani


13082011

Semalam, Surau Anak Bugis meraikan jemaahnya dalam Majlis Berbuka Puasa. Kira-kira 80 orang ahli  jemaah berkumpul dalam majlis tersebut yang dimulakan dengan Bacaan Yasin dan Tahlil serta doa selamat. Majlis kali ini di taja oleh Koperasi Pekebun Kecil (KEPAK) Daerah Pontian. Ahli jemaah di hidangkan dengan nasi beryani talam, kueh serimuka dan kurma. Alhamdulillah. Selepas majlis berbuka, semua jemaah menunaikan solat Maghrib berjemaah, solat Isyak dan solat terawih. Meriah sungguh majlis pada petang semalam. Juga satu lagi berita yang menggumbirakan ialah  Majlis Perkahwinan namun aku tidaklah menunggu majlis tersebut kerana ada urusan yang lebih penting.

Sebahagian jemaah sedang menunggu masa untuk berbuka puasa
Hidangan nasi beryani 
Sorang aje untuk satu talam? Meh kejap lagi az akan bantu yer hj

Ahad, 7 Ogos 2011

Bermulanya siri berbuka puasa


07082011


Alhamdulillah, cukup seminggu kita berpuasa di Bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. Bagi masyarakat Pt Keroma, Ayer Baloi yang terkenal dengan sifat pemurah dan dermawannya akan menganjurkan majlis berbuka puasa. Malam semalam aku menerima jemputan daripada seorang ahli jemaah surau untuk berbuka puasa di rumahnya. Program bermula pada pukul 6.30 petang dihadiri lebih 100 orang ahli penduduk kampong yang terdiri daripada saudara mara dan jiran tetangganya. Bacaan Yasin yang dihadiahkan kepada orang yang tersayang yang telah pergi ke alam baqa, diikuti dengan tahlil dan bacaan doa. Seterusnya menikmati juadah berbuka puasa Nasi Beryani Benut. Alhamdulillah.


Khamis, 4 Ogos 2011

musafir lalu

04082011

Alhamdulillah, sudah empat hari kita berpuasa di Bulan Ramadan Kareem penuh berkat. Satu perubahan yang aku lakukan pada Ramadan kali ini ialah aku berbuka di surau. Bermakna sudah empat hari aku  berbuka di Surau Anak Bugis. Perbualan secara main-main dengan pengerusi surau dua minggu sebelum kedatangan bulan puasa tempoh hari menjadi kenyataan. Pengerusi mengatakan tidak pernah lagi mereka berbuka di surau, kalau jadi, inilah kali pertama dilakukan. Aku mencadangkan menu berbuka hanyalah dengan beberapa biji kurma dan sebotol ai mineral dan selepas itu solat maghrib berjemaah di surau. Seusai solat magrib kami balik ke rumah untuk menjamah makanan bera di rumah masing-masing. Kebetulan hari ini adalah Khamis, maka selepas solat Magrib tadi, kami dapat membaca Yasin beramai-ramai.

Pada hari pertama dan kedua  hanya 3 orang jemaah sahaja yang datang, hari ketiga 4 orang dan pada hari ini hanya aku dan pengerusi sahaja yang datang berbuka. Alhamdulillah. Pengerusi mengatakan, rumah jemaah yang hampir dengan surau tidak menggalakkan mereka datang berbuka di surau, maka sebab itulah walaupun tidak ramai jemaah yang datang berbuka namun solat magrib agak ramai juga jemaah yang datang solat maghrib secara berjemaah.


Menu hari ke 3 :mee hoon goreng

Menu hari ke-4: Nasi Goreng Bugis, Martabak Mini

Selasa, 2 Ogos 2011

Jom kita makan-makan

02082011

Akhirnya Ramadan datang menjengah dalam kehidupan kita. Kepada yang berpuasa alhamdulillah, kepada yang tidak berpuasa tolong jaga batas-batas adat sopan agar tidak dimasukan kedalam keranda dan di bawa keliling kota.

Beberapa hari sebelum Ramadan menjelang satu pesta makan-makan di adakan di Malam Dinamika yang berkonsepkan 1 Malaysia. Pelajar bebas memilih tema yang ingin dipersembahkan. Mereka akan dinilai dan pemenang akan diumumkan. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...