- 070110 : "Salam. dh reg, pas semua dapat 3.9". Itulah sistem pesanan ringkas (SMS) daripada Alang (puteraku yang ketiga ) yang sedang mengikut kursus aircraft di UNIKL MIAT, Sepang. Alhamdullillah, bisik hatiku. Hari ini alang mendaftar di semester ke 5. Mengikutnya, rizult diketahui semasa hari pendaftaran. Dapat juga anakku keputusan yang cemerlang di semester 4 di Univesiti tersebut. Anak yang telah mengeluarkan air mata ibunya kerana ingin menarik diri daripada universiti itu semasa di semester 3. Alang tiba-tiba tidak mahu meneruskan pengajiannya dengan alasan tidak berminat.
Alang berminat dalam bidang komputer tetapi aku yang mencadangkannya memilih kursus di MIAT kerana prospek pekerjaan yang lebih cerah. Sebagai anak yang tidak pandai membantah, Alang mengikut sahaja cadangan aku. Beliau ditawarkan mengikuti kursus Bachelor of aircraft technology maintenance mechanical di UNIKL MIAT.
Keputusan semester 1 memberangsangkan dengan pencapaian 3.8 memungkinkan aku percaya alang tidak mempunyai masalah dalam pembelajaran. Semeseter dua, alang tinggal di luar asrama, menyewa rumah bersama-sama kawan-kawannya di pinggir bandar Nilai. Untuk memudahkannya berulang alik ke kampus aku bermurah hati membelikannya seekor kancil sebagai tunggangannya. Namun sesuatu telah berlaku, alang seorang yang pendiam bertukar menjadi seorang yang agresif, berktrampilan menyebabkan ibunya menaruh keyakinannya alang telah berubah. Rupanya perubahan itu ada kaitannya dengan kerjaya part time sebagai seorang agen jualan langsung menjual prodak haruman (minyak wangi ler). banyak juga wang yang dilaburkan.
Ku sangka panas sampai ke petang, rupanya ... lu fikirlah sendiri.
Keputusan semester 2 kurang memberangsang dengan dua subjek gagal. Dia kata jangan bimbang. Namun di akhir semester 3, dia menelefon ibunya dengan tangisan bahawa dia tidak mahu meneruskan pengajian kerana tidak larat dengan persekitaran yang menyakitnya. Alang ada asma (semput la tu). Dia terpaksa berhadapan dengan material besi dan sebagainya. (katanya lah). Dia mengatakan tidak minat dengan kursus yang diambilnya kerna minatnya menjuruskan kepada bidang komputer.
Aku dan ibunya terpaksa berjumpa dengan dekan, kauselor dan sebagainya untuk menyelesaikan masalahnya itu. Akhirnya beliau berjanji untuk meneruskan pengajian tetapi kerana selalu ponteng kuliah. beliau tidak dapat mengambil peperiksaan (apa orang kata? kena bar) . Alang terpaksa repeat. Pihak universiti membenarkan alang tinggal di dalam asrama kampus dengan jaminan daripada kaunselornya itu.. Kancilnya terpaksa aku tambat di rumah sebagai pengajaran kepadanya.
Baru-baru ini semasa cuti semester dia berkata kepada ibunya. 'kalau alang dapat 3.8, dapat tak dia menunggang kancil yang sudah lama tertambat di pinggir rumah ................
Baru aku sedari bahawa dia confidence dengan pengajiannya. Hari ini alang membuktikan dengan GPA 3.9. Aku kena melepaskan kancil kepadanya. Namun, aku ingin meminjam sekejap untuk putera bongsu belajar menunggang kancil dalam masa beberapa minggu. Selepas itu kancil itu akan menjadi miliknya semula dengan syarat GPA tidak kurang 3.75 pada setiap semester. kurang daripada itu, kancil akan ditambat semula di pinggir rumah.
Namun kini aku berfikir dua kali, tidak sampai hati pulak hendak meminjam kancil itu daripada alang....................
.jpg)
.jpg)
.jpg)






.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
