Sabtu, 3 April 2010

Makan

030410: Makan, makan, makan. Kita tidak dapat mengelakan diri daripada makan. Apabila teringat makan, perut kita memberikan signal untuk makan. Perut terasa lapar dan perlukan makanan untuk di makan. Makanan yang hendak di makan mestilah sedap yang boleh menaikan selera. Cukup dengan perasanya. Cukup garam, cukup gula dan sebagainya. Pendek kata kalau makanan yang dihidangkan itu sedap lazat maka tiadalah rungutan yang di dengari. Kalau adapun, semuanya akan ditenggelamkan kerana makanan yang dihidangkan sedap dan lazat. Macam-macam bidalan yang kita dengar seperti kalau mahu suami tidak keluar rumah, jagalah makan minumnya. Kalau mahu suami sayangkan isteri, isteri mestilah menjaga makan minum suami dengan sempurna. Biarlah suami ingat akan makanan yang disediakan oleh isteri tersayang. Memang benar air tangan isteri membuatkan hati suami terasa kasih kepada isteri.

Di dalam al-Quran, tedapat lebih 24 ayat yang berkaitan atau menyentuh tentang makan. Antaranya terdapat 3 ayat dalam surah al-Baqarah yang menyentuh tentang makan iaitu ayat 57, 60, dan 172. Makanlah kamu daripada makanan yang baik-baik yang telah kami berikan kepadamu (QS:2:57); ....makan dan minumlah rezeki yang (diberikan) Allah (QS:2:60) dan hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik........dan beryukurla kepada Allah .........(QS:2: 172.

Ikan siakap steam, daging masak merah, kangkong ikan masin & telor dadar

Sesekali suami kena bawa juga isteri makan di luar. Kalau tidak mampu di restoran yang mahal, warong-warong pun di kira tidak ada masalah. Hidangan di atas ialah hidangan yang aku jamu isteri dan anak-anakku di sebuah restoran beratapkan nipah di Melaka. Dipersimpangan jalan di Bukit Katil yang tidak jauh daripada perigi Hang Tuah . Dulu tempat ini hanya simpang tiga tetapi sekarang sudah ada sebatang jalan baru yang menyambungkannya ke bandar. Sedap juga masakan di restoran atap nipah ini.

Buta Hati



030410
Penawar Rindu

Penawar rindu padamu seorang

Kenapa selalu semangatku dikau puja

Penawar rindu padamu seorang

Resah tak sanggup menanggung di jiwa
Salah tak tahu kasih bermula

( ulang 2X )

Bermula

Peristiwa, dalam ingatan

Kasih tercipta

Penawar rindu padamu seorang

Senyuman kuberi sungguh bermakna

Tetapi sayang kau tak ketahui

( ulang 2X )

Tak ketahui

Hingga ku merana, merajuk hati
Membawa diri

Penawar rindu padamu seorang

Kenapa selalu semangatku dikau puja

Penawar rindu padamu seorang


Ralit aku mendengar dan memerhatikan penyanyi istimewa ini.
Suaranya lunak dan mendayu-dayu
mendayukan lagu penawar rindu
nyanyian Orkid Abdullah
orang yang lalu lalang akan berhenti di depannya
dan meletakan sweringgit dua kedalam mangkuk yang disedaikan
itu rezeki mereka pada hari itu.
Semoga rezeki yang diperolehi itu berkat
itupun hasil peluh mereka juga
mereka bekerja juga tu
menyanyi
menghiburkankan hati
pejalan kaki yang lewat di hadapan mereka.
Semoga Allah memberkati mereka
dan memberikan rezeki yang
menyara keluarga mereka.

walaupun mereka buta tetapi hati mereka celik.
Namun kita juga buta. Bukannya buta mata tetapi  hati di dalam dada
Ya Allah, jauhi lah aku daripada hati yang buta.

Jumaat, 2 April 2010

Perjalanan manusia selepas di dunia

020410: Perhatikan imej ini, semoga dapat memberi iktibar dan ingatan kepada kita. Imej ini seperti biasa menyerobos ke dalam kotak emel saya dan ingin berkongsi dengan anda semua.


Sila klik imej untuk lebih jelas dan adjust

Juara Pecut antara juara Bulan MAC

020410: Alhamdulillah, hari ini diumumkan keputusan juara segala juara bagi Raja Pecut Ceriakan Hari-harimu (CHHM).
Tahniah kepada semua raja/ratu pecut yang berjaya menjadi juara du CHHM.



Seramai 13 orang pemecut berjaya dinobatkan sebagai Raja/Ratu pecut di CHHM Bualn Mac.
Mereka ialah

 umi umaira, afeez, YB ,rosli pinatbate, sonata (1kali)
rezeki, mylife (2 kali)
 azima, kak sidah ( 3 kali)
 mamaju  (4kali)

Dua  pemecut iaitu  manzlie dan rozali  bersaing sengit untuk dinobatkan sebagai Juara Pecut  antara JUARA  bulan Mac

Maka, dengan ini ezekproduction telah memilih

ROZALI (8kali)

sebagai juara pecut antara Juara Bulan MAC

Manzlie (7 kali) sebagai naib juara

Tahniah.

SALAM CERIA

020410 : Bertemu lagi kita dengan penghulu segala hari. Hari Jumaat muncul bersama sang mentari yang bersinar indah di pagi hari. Justeru kita hayati surah Asy-Syams ini sebagai panduan hiup kita. Surah ini menjadi lebih istimewa kerana dijadikan lirik oleh sebuah kumplan nasyid di Indonesia dengan yajuk Demi Matahari 

Asy-Syams


 
[1]Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
[2]Dan bulan apabila ia mengiringinya
[3]Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
[4]Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
[5]Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
[6]Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
[7]Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
[8]Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
[9]Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
[10]Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

11](Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas
[12]Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
[13]Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
[14](Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
[15]Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

 
Demi Matahari

Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari

Demi bulan apabila ia mengiringi

Demi siang hari bila menampakkan dirinya

Demi malam apabila ia menutupi



Demi langit beserta seluruh binaannya

Demi bumi serta yang ada di hamparannya

Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya



Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah

Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah



Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan

Beruntung bagi yang mensucikan-Nya

Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah



Cipt. : M. Lukman Nunasyim (Maroji : QS Asy-Syamsy)
Music Arr. : Ari Wibowo
Vocal Director : Erwin Yahya/Ikhsan Nur Ramadhan
 

Khamis, 1 April 2010

Blog Award

010410: Az sila amik award. Special daripada Sonata
Itulah mesg yang diterima daripada Sonata Anak kancil
Terpinga-pinga gak aku
aku bukan reti sangat pasal award-award
Lama-lama masuk jugalah ke blok AGK
Mak datok,  az dapat anugerah blog no 4
oklah tu
Ada juga menghargai blog aku yang tak seberapa ni


inilah dia award daripada AGK
kendalian SAK anak Melaka
Terima kasih daun keladi

Di Blog 'Aku menulis untuk diri sendiri'
aku di tag oleh authornya
Terima kasih juga di hari pertama bulan april ini.

ermm aku nak bagi award kepada seiap pulak ni?

Maka dengan ini
dengan kuasa yang ada di tangan ezek production
aku ingin memberikan AWARD kepada

1. Manzlie
PDKM membawa aku mengenali dunia blog

2.. Hjh Zainab -
My stories, amat menterujakan aku

3. REZEKI
Satu catatan perjalanan begitu mengasyikan
penuh dengan cerita yang
boleh dibukukan

4. Umi Umaira
Suatu Perjalanan yang mempersonakan

5. Mama Ju
Wanita itu aku Mamaju


Prosedur pengambilan Award
1. Klik kanan kat gambar
2. Klik Save
3. Copy
4. Paste di n3 tuan/puan


Milo Wonderland



010410: Maka bermulalah suku kedua 2010
Cepat sungguh peredaran masa
Diam tak diam
kita sudah memasuki bulan ke-4
bulan April
di mana hari pertama bulan April
hari pertama april
popular  April Fool
Itu dulu
masa az kecil dulu
hari pertama bulan april penuh dengan permainan
permainan yang penuh kelakar
penuh senda gurau
namun ada boleh diterima ada yang tidak
dengan alasan GURAU
APRILFOOL
ada sampai gaduh, berkelahi
Kini aprilfool bukan budaya kita lagi
az pun dah lupa April Fool ni
namun kena hati-hati juga
mana tahu ada perangkap
SIAPA YANG KENAAAAAAA!!!!!!!!

adakah ini april fool
ini dinamakan Milo wonderland
Milo + emping jagung+emping gandum & Oat
Bagus untuk diet
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...