Rabu, 7 Julai 2010

Tonsil

070710
Hari ini badanku tidak berapa selesa
bermula malam tadi pukul 1 pagi
aku terbagun daripada tidur
terasa lama sangat dah aku tertidur
aku set jam pukul 4.00 pagi
kenapa terbangun pukul 1 pagi?
tiba-tiba aku terasa menggigil
badan berpeluh.
mungkin gula darah aku terlalu rendah

lantas aku mengambil sedikit epal,
dua biji kurma
dan dua keping roti wholemeal
Alhamdulillah
Alang kepalang, udah terbangun
aku layan tv
konon nak menunggu perlawanan separuh akhir pertama
errrrrr
penat menunggu, tv yang menonton aku
aku tersedar dan aku mendapati Belanda sedang mendahului Uruguay 2-1
namun tiba-tiba mrszain menegur
oiiiiiii pak aji dah solat subuh ke belum
Masya Allah pukul 6.30 rupanya
tertidur atas kusyen sakit-sakit belakang aku

Pagi tadi masih ok
sempat menjalani proses temuduga guru ganti untuk guru cuti bersalin
masih ok
namun sebelah peang aku terasa tekak aku sakit
semakin lama semakin sakit
waduh!!!!!!!!! tonsil aku berulang kembali
justeru aku ke Klinkik Kesihatan mendapatkan rawatan
Pembatu hospital hanya memberikan aku ubat kumur sahaja dan memeriksa Gula darahku
Masya Allah, 17.5mm/l
apa sudah jadi?
Agaknya semasa lunch tadi aku makan terlebih nasi mungkin
semalam pagi 5.7mm/l
padanlah aku berasa tak berapa mantop petang ini.
aku minta ubat makan, HA kata tak perlu
adusssss
Selepas waktu pejabat tekak aku bertanbah perit
menelan air lior pun sakit
maka
aku ke Kilnik Panel
Doktor mengatakan tetak  kemerahan dan  bengkak
dan biasalah doktor swasta ni
Antibiotik sudah tentu, ditambah dengan ubat sakit tekak
aku tiada pilihan dengan antibiotik - nak cepat baik kikiki

az jangan lupa makan ubat tu
nanti melarat siapa yang susahhhhh
(anak buahku)


Selasa, 6 Julai 2010

Jangan Putus Asa

050710
Susahnya bermain boling
tarikh pertandingan makin hampir
pertandinganakan  dijalankan pada 16 Julai 2010
tidak sampai 2 minggu lagi tu
Katanya di MITC Ayer Keroh
Aku ni kaki dan tangan bangku
main apa pun tak jadi
tapi aku dikehendaki bermain Boling kategori VIP
menggantikan boss yang terlibat dengan permainan yang lain.

aku tak mahulah penyertaan aku mendatangkan kemaluan kepada pasukan aku.
Namun penganjur mengatakan kategori ini tidak di ambil kira  kerana ia kategori khas
lega sikitlah.
Namun apa yang merisaukan aku ialah skor aku masih di takok bawah
tak sampai 100 pun
maka dengan itu aku aku pelu berlatih
berlatih terus berlatih
kadangkala aku rasa putus asa
kecewa kerana pencapaian aku masih rendah
untuk melepasi 100 mata amat payah

Semalam aku mulai latihan lagi
wow balingan pertama lumyan
strike beb
kemudian balingan kedua
strike lagi
aku hanya tersenyum
dah menjadi ke
malangnya aku berlatih sendirian
di pusat boling ini tiada orang pun
balingan ketiga?
tak dapat pulak
akair game pertama aku mencatat 128 mata
skor tertinggi tuh
Namun game kedua merost ke 114mata
game ke 3 merosot lagi ke 107 mata
oklah tu janji aku dah melepasi 100 mata

Hari ini seperti biasa aku ke pusat boling bersendirian lagi
di Pusat Boling masih kosong
baguslah kalu masuk longkang tidak ada siapa yang tahu.
Kalau semalam prestasi aku menurun
kali ini prestasi aku menaik
game pertama hanya mencatat 82 mata,
game ke-2 105 mata dan
game ke-3 114

#$@&(_
aku masih mencari arah tuju yang betul dalam balingan
aku akan coba dan terus mencoba
bukan cobaaaaaaaaaaan
aku harus fokus
tumpukan fikiran semasa balingan
tangan kena lurus

Apa yang membanggakan
Hari ini  kawan aku bertambah lagi
betulah dengan bersukan
dapat kawan
Kawan aku kali ini daripada grup TM Point Pontian
yang turun berlatih
mereka menunjuk ajar aku cara balingan
dapat menambah rakan
depa kata
tidak apa az lama-lama nanti pandai
Alhamdulilllah

Fokus

Isnin, 5 Julai 2010

Alhamdulillah, Syukur kepada anugerah Allah

050710
Alhamdulillah,
syukur kepada Allah.
memberi kesihatan yang baik kepadaku
sesungguhnya terlalu banyak nikmat Allah yang dianugerahkannya
maka nikmat manakah yang mahu aku dustakan?

Sejak semenjak dua menjak ini
aku mula berjinak-jinak dengan dunia sukan
walaupun aku ini ditakdirkan dengan
kaki bangku dan tangan bangku
aku gagahi juga untuk bermain

bermula dengan pertandingan boling pada bulan mei yang lalu
boling dapat tempat ke-5
aku mula pulak bermain petanque
(petangue tempat ke-8)
selepas itu bermain tenis
dan yang terakhir badminton

wow
pukul abis
tamak ke

bukan gitu,
aku bosan berjoging aje
jadi selepas tamat pertandingan petanque
aku cuba bermain tenis
mula-mula aku pukul tembok dengan bola tenis
ermmmm boleh tahan
kemudian dengan galakan kawan-kawan
aku bermain dengan mereka
bukannya lawan, aku cepat pancit heheh
jadi saja main-main pukul bola
yang penting peluh keluar
badan pun terasa panas
kerana aliran darah mula mengalir lancar

pada sebelah malam pulak
aku bermain badminton
hehehhe, boleh tahan juga
bolehlah jadi belasahan kawan-kawan
memang menyeronokan
bukan menyeronokan
tetapi beronok-ronok
kikiki



hahah
mula-mula lawan geng cikgu pompuan dulu
umur cikgu ni akhir 20an dan awal 20-an
kami dah 50-an
kami menang tu



hasilnya
gula darahku mula menurun
kalau minggu lepas masih di tahap 8mm/l
tapi semenjak 1 Julai gula darah turun ke 6.1mm/l
dan pagi tadi
5.7mm/l
Alhamdulilllah.


Ahad, 4 Julai 2010

hujan lagi

040710
Hujan
setiap petang hujan
hari-hari hujan
Di sepanjang perjalanan pulang daripada Melaka tadi
hujan tidak berhenti
lebat sekali
memandu dilebuhraya perlu berhati-hati
kalau idak ......

hujan yang turun  bawa rahmat
rintik rintk hujan ibarat manik yang berkilau
apabila jatuh ke air membentuk satu gejolak air yang indah sekali
hujan yang turun akan menyuburkan kehidupan
tanaman akan subur menghijau
itulah anugerah Ilahi


tetapi begitulah
namun hujan yang turun
memberi impak juga
petang jumaat yang lalu  sepatutnya ada perhimpunan pelajar
untuk taklimat program perkemahana di dataran
walaupun hujan perhimpunan tetap dijalankan juga
koridor dijadikan tempat perhimpunan hehhe
tidak menjadi masalah
program yang dirancang tetap dijalankan


Ketua Program sedang memberikan taklimat

Sabtu, 3 Julai 2010

Majlis Kesyukuran

030710
Alhamdulilah dengan izin Allah majlis kesyukuran pelajar tingkatan dua berjaya dilaksanakan di surau maktab pada pada pagi tadi.
Majlis ini dianjurkan sendiri oleh pelajar tersebut dengan diketuai oleh Penghulu Tingkatan 2 beserta AJKnya dan dipantau oleh guru penyelarasnya. Memang hasrat kami agar semua majlis rasmi maktab dikendaikan sendiri oleh pelajar dengan bimbingan atau pantauan daripada guru-guru. Kami percaya pelajar tersebut mempunyai bakat kepimpimpan sendiri dan di sinilah bakat kepimpinan tersebut di disemai, dipupuk, dibaja dan dijaga agar membesar dengan umur mereka. Mereka adalah pemimpin generasi akan datang.

Majlis dimulakan tepat pukul 9.30 pagi 3 Julai 2010 dengan Solat Sunat Dhuha, Sujud Syukur, Bacaan Yassin,ucapan Pengetua, Timbalan Pengetua HEP dan HEA, serta ucapan Penghulu Tingkatan 2. Tidak ketinggalan sebagai selingan ialah persembahan nasyid turut menyerian majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan Salam Jamiah dan seterusnya ialah majlis yang ditunggu-tunggu iaitu Majlis Menjamu Selera.

Majlis ini diadakan kerana kejayaan mereka yang begitu memberangsangkan dalam Peperiksaan Semester 1 yang lalu dimana 116 daripada 146 pelajar mendapat Purata Nilai Gred  (PNG/GPA) melebihi 3.00. Di antara mereka itu 43 orang mendapat PNG 3.50 ke atas. Paling menggembirakan pelajar tersebut ialah tiada seorangpun pelajar yang mendapat PNG di bawah 2.00 kerana PNG paling rendah ialah 2.45. Mengikut data batch ke 8 ini menunjukan prestasi yang paling baik sekali berbanding dengan batch sebelumnya.


Bacaan yassin : Pelajar Putera Ting. 2

Bacaan Yassin : Puteri

Makan Time : ada paramusaji tu
bagus betul budak-budak ni

Puteri sedang mengambil hidangan
nyum-nyum
mama su, nak rasa donut ni sedap tau
ermmmmmmm sedapnya nasi ayam ni
mama nadz mai ler jemput sekali
bersopan sekali
para guru sedang menjamu selera
CM - paramusaji tu puteri tingkatan 2

Jumaat, 2 Julai 2010

Teringat di masa dulu


020710
I. 'Di ko na kaya pang itago
ang nararamdaman sa'yo
Umaasang ikaw sana'y mayakap

II. 'Di ko na kaya pang ilihim
nasasaktan lang ako
Sa'king pag-iisa hinahanap ka

III. 'Di ko kailangan ang kayamanan
puso mo ang tangi kong inaasam
Hindi ko kayang ikaw ay malayo,
mawalay ka sa piling ko
Sana ay ikaw ang kapalaran
Sa bawat araw ay aking mahahagkan
Habang ang buhay ko ay narito
handa kong ibigay sa'yo

[Instrumental]
[Repeat II and III]
Bridge:

Kay sarap damhin
Ang tunay na pagmamahal
Katulad nitong pag-ibig ko sa 'yo...
(Repeat III)
 
itulah dia lirik lagu  Winter Sonata yang menjadi temanku semasa aku terlantar di Hospital Sultanah Fatimah (HSF) Muar 7 tahun yang lalu.
Aku dimasukkan ke HSF kerana masalah masalah kesakitan dalam perut. Aku mengalami sakit perut yang teramat sangat sehingga berguling-guling  di atas lantai merangkak ke bilik air untuk melepas apa yang ada dalam perutku. tetapi hampa. Tiada yang keluar tetapi sakitnya teramat sangat. Duduk salah, berdiri salah, semuanya serba salah.  Oleh kerana tidak sampai hati melihat keadaan begitu, isteriku mamapahku masuk ke dalam kereta dan memecut laju ke HSF. Tatkala itu jam pukul 2.00 pagi.
 
 Isteriku memandu sejauh 13km daripada rumah ke Hospital dalam kedinginan malam. Hilang segala ketakutannya memandu dikala itu. Aku ketika hanya terbaring seperti baby yang tidak bermaya menahan keakitan yang amat sangat. ketika itulah juga aku merasai nikmatnya kentut yang selama ini sangat aku benci apabila orang kentut. terutamanya yang melepaskannya secara senyap.
 
Rupanya kentut ini nikmat Allah.  Apabila kita tidak dapat membebaskan angin dalam perut, perut akan sebu, kembung dan kesakitan akan perut akan berlaku. Aduh. itulah sebabnya apabila baby menangis, orang tua-tua mengatakan kembung. baby perlu digosok dengan minyak yuyeee.
 
Aku di masukkan ke kes kecemasan dengan bantuan kerusi roda aku didorong  ke bilik kecemasan dan doktor membuat pemeriksaan dengan rapi. Doktor membuat pemeriksaan apendiks dengan menekan bawah perut. Semasa menekan menggunakan dua jarinya di bawah kanan perut dan menarik jarinya doktor bertanya kepada ku.... sakit? Aku kata tidak sakit. Kemudian di memasukkan jarinya pula ke anus ku dan bertanya soalan yang sama. Alhamdulillah, bukan apendiks tetapi apa?
 
Seterusnya aku dimasukkan ke wad kelas 3 namun ke eseokan harinya aku dimasukkan ke wad kelas satu dengan satu bilik. Ketika itu wad kelas 1 HSF di bangunan lama. bangunannya agak menyeramkan juga, maklumlah bangunan dah lama. Orang kata wad itu berhantu. Ada aku kisah?. Kesakitan perutku lebih diutamakan daripada hantu-hantu yang berkeliaran di wad itu kononnya. Aku tidak usik kamu hantu-hantu maka kamu jangan kacau aku. Alhamdulillah selama 17 hari aku di wad itu tidak pulak aku dikacau oleh hantu-hantu. Agaknya hantu-hantu itu kesihan melihat aku yang sedang merana kesakitan.
 
Hasil pemeriksaaan, doktor mengesyaki aku diserang batu karang dan X-ray diperlukan untuk mengesannya. Sebelum proses x-ray dijalankan aku kena berpuasa dan makanan terakirku tidak boleh makan sayur-sayuran. Nanti batu karang tidak kelihatan. Macam-macam. Hasil x-ray, objek itu tidak kelihatan.
Dipendekkan cerita, seorang kawan datang menziarahiku dan melihatkan keadaan bilik begitu kondusif ia membawakan aku sebuah TV untuk untuk melayan kesakitan yang kadang-kadang datang, kadang pergi. Sudah ada tv dengan ceirita yang kadangkala tidak mengikut seleraku, aku memmesan isteriku membawa radia yang mempunyai deck VCD. Kebetulan isteriku ada membeli satu set vcd Winter Sonata.
 
Disitulah aku mengenali watak-watak Winter Sonata. Yang seronoknya kadangkala para jururawat sama-sama menontonnya kerana kehebatan drama tersebut. Para jururawat amat baik hati sekali melayani aku. Ada jururawat muda ada yang tua. Ada anak dara, ada mak dara.
 
Kerana kesakitan aku turut menangis di babak-babak kesedihan . Alunan musiknya begitu menusuk hatiku. Aku menjadi begitu emosi ketika itu. mana menahan kesakitan, mana nak melayan drama korea itu. Daripada cd pertama hingga ke cd terakhir dan   Sehingga habis 20keping CD Winter Sonata, pemeriksaan demi pemeriksan dilakukan, daripada satu x-ray ke satu e-ray dilakukan, doktor gagal mencari dimanakah kedudukan batu karang itu. Maka diam tak diam aku tinggal di HSF melebihi dua minggu.

Akhirnya doktor menasihatkan aku minum air sebanyak yang mungkin kalau boleh sehingga 2L sehari. Doktor kata ia bagus untuk flush. Saya kata terkencing-kencing nanti bila minum ayer banyak. Doktor kata itulah flush.

Memang betul semenjak aku mengamalkan minum air sekuranngya 8 gelas sehari asehingga kini aku tiada mengalami kesakitan perut. malah dalam bulan ramadan aku minur air 3L. Bagaimana?

Berbuka puasa aku minum 500ml
selepas berbuka 500ml
sebelum solat terawih 500ml
Balik solat terawih 500ml
bagun sahur 500ml
selepas sahur 500ml

Hasilnya memang lumyan. kalau sebelum amalan itu, di pagi raya atau sehari lepas raya aku akan mengalami sakit perut, namun kini, alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang memberi nikmat.
 

Dan semalam aku dikejutkan dengan berita kematian bintang Winter Sonata (isteriku kata hero no 2) itu kerana bunuh diri justeru aku teringat nostalgia lama di HSF.........
Park Yong Ha, 33, was found in his room by his mother after he apparently hanged himself with an electrical cord. -- PHOTO: AFP

Khamis, 1 Julai 2010

alamak, telabih sudah

010710


Berita Harian Edisi Johor
29Jun 2010

The Star
30 Jun 2010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...