Ahad, 7 Ogos 2011

Bermulanya siri berbuka puasa


07082011


Alhamdulillah, cukup seminggu kita berpuasa di Bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. Bagi masyarakat Pt Keroma, Ayer Baloi yang terkenal dengan sifat pemurah dan dermawannya akan menganjurkan majlis berbuka puasa. Malam semalam aku menerima jemputan daripada seorang ahli jemaah surau untuk berbuka puasa di rumahnya. Program bermula pada pukul 6.30 petang dihadiri lebih 100 orang ahli penduduk kampong yang terdiri daripada saudara mara dan jiran tetangganya. Bacaan Yasin yang dihadiahkan kepada orang yang tersayang yang telah pergi ke alam baqa, diikuti dengan tahlil dan bacaan doa. Seterusnya menikmati juadah berbuka puasa Nasi Beryani Benut. Alhamdulillah.


Sabtu, 6 Ogos 2011

Lapau la..............

06082011

Nama saya Fauzi. Umur saya baru  4 3 tahun. Saya anak saudara kepada az. Saya hensem kan? Tengoklah bapa saudara sayu tu kan hensem. Selamat berpuasa kepada  uollls. Jangan tak puasa nanti masuk api nelaka Ayah saya kata, dalam bulan puasa ni semua syaitan kena rantai. Jadi x adalah syaitan yang mengoda uolls dalam bulan puasa ini.Tapi awat ada juga yang tak mahu puasa? Kata syaitan dah dirantai .....confuselahhh. oooooooo sebenarnya udah bertahun-tahun syaitan itu menjadi ikutan uaollss jadi dalam sebulan syaitan dok rehat dirantai, apa dia kisah kan kan kan, sebab pengikutnya dah sebati dengan syaitan itu. Jadikk walaupun syaitan dah kena rantai, udah tak ada maknanya pun sebab pengikut nya dah terbiasa dengan ajakan dan pujukan syaitan itu. Ringkassnya, sama ada syaitan kena rantai atau tidak, selagi nafsu masih menjadi tonganggan makanya, apa pun tak kisahhhhhh.

uolls lapau?!!! yok mee goreng mamak

sedaap... slrrpppp


maiiiiii ler. kang  abis,  nyosa


haaaa, kan dah habisssssss!!!!

ayah, dah abisslah. Nak lagi....

ada aku kisah kat uollls.



Jumaat, 5 Ogos 2011

Hepi besday My Lovely

05082011
5 Ogos 2011 juga bersamaan 5 Ramadan 1432. Sudah masuk hari ke-5, umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia. Bulan yang penuh keberkatan di mana terdapat satu malam yang di rahsiakan Allah. Malam itu dinamakan Malam Lailatul Qadar. Mereka yang mendapat malam yang bertuah ini, ibadah yang  dilakukannya bersamaan dengan seribu bulan.

5 Ogos adalah hari ulang tahun kelahiran isteriku. Selamat Hari Jadi Isteri ku tersayang. Semoga hidupmu sentiada dalam perlindungan Allah dilimpahi dengan penuh keberkatan. Dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Hari penuh bersejarah ini telah diraikan lebih awal oleh anak-anaknya pada hari Ahad yang lalu yang secara kebetulan kami dapat berkumpul, justeru seorang daripada anak kami mencadangkan majlis tersebut tanpa pengetahuan kami berdua.


Khamis, 4 Ogos 2011

musafir lalu

04082011

Alhamdulillah, sudah empat hari kita berpuasa di Bulan Ramadan Kareem penuh berkat. Satu perubahan yang aku lakukan pada Ramadan kali ini ialah aku berbuka di surau. Bermakna sudah empat hari aku  berbuka di Surau Anak Bugis. Perbualan secara main-main dengan pengerusi surau dua minggu sebelum kedatangan bulan puasa tempoh hari menjadi kenyataan. Pengerusi mengatakan tidak pernah lagi mereka berbuka di surau, kalau jadi, inilah kali pertama dilakukan. Aku mencadangkan menu berbuka hanyalah dengan beberapa biji kurma dan sebotol ai mineral dan selepas itu solat maghrib berjemaah di surau. Seusai solat magrib kami balik ke rumah untuk menjamah makanan bera di rumah masing-masing. Kebetulan hari ini adalah Khamis, maka selepas solat Magrib tadi, kami dapat membaca Yasin beramai-ramai.

Pada hari pertama dan kedua  hanya 3 orang jemaah sahaja yang datang, hari ketiga 4 orang dan pada hari ini hanya aku dan pengerusi sahaja yang datang berbuka. Alhamdulillah. Pengerusi mengatakan, rumah jemaah yang hampir dengan surau tidak menggalakkan mereka datang berbuka di surau, maka sebab itulah walaupun tidak ramai jemaah yang datang berbuka namun solat magrib agak ramai juga jemaah yang datang solat maghrib secara berjemaah.


Menu hari ke 3 :mee hoon goreng

Menu hari ke-4: Nasi Goreng Bugis, Martabak Mini

Rabu, 3 Ogos 2011

Pesta Type III

03082011

Pelajar Tingkatan 4 di MRSM diwajibkan membuat kajian dan hasil penyelidikan mereka akan di pamerkan untuk tontonan ramai dalam program yang dipanggil Pesta Type III. Pada hari tersebut  pelajar akan mempamerkan hasil kajian mereka dan akan dinilai oleh panel penilai. Pelbagai bentuk hasil dapatan kajian telah dipamerkan kepada pelajar maktab dan sekolah sekitar yang dijemput khas.




Selasa, 2 Ogos 2011

Jom kita makan-makan

02082011

Akhirnya Ramadan datang menjengah dalam kehidupan kita. Kepada yang berpuasa alhamdulillah, kepada yang tidak berpuasa tolong jaga batas-batas adat sopan agar tidak dimasukan kedalam keranda dan di bawa keliling kota.

Beberapa hari sebelum Ramadan menjelang satu pesta makan-makan di adakan di Malam Dinamika yang berkonsepkan 1 Malaysia. Pelajar bebas memilih tema yang ingin dipersembahkan. Mereka akan dinilai dan pemenang akan diumumkan. 




Isnin, 1 Ogos 2011

Mantai



01082011 / 01Ramadan1432

sedang melapah daging kerbau

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang maha esa yang telah  menciptakan manusia dengan kesempurnaanNya. Sesungguhnya terlalu banyak nikmat Allah kepada manusia. Maka pada hari ini bermulalah umat Islam seluruh dunia berpuasa di bulan yang mulia penuh baraqah yakni Bulan Ramadan.

Dulu Masyarakat kampong di Negeri Sembilan   menyambut ketibaan bulan Ramadan  dan syawal dengan mantai. Mantai kini hanya sebutan dan kenangan yang  ditelan arus moden .

Mantai bererti aktiviti gotong royong menumbangkan se ekor kerbau. (Masyarakat  kampong Negeri Sembilan   ketika itu lebih  menyukai daging kerbau berbanding daging lembu) . Kerbau ini disembelih dan hasil kerbau  daging kerbau beserta lain-lain  komponennya  di bahagikan sama rata dan sama rasa. Pada hari mantai,  masyarakat kampong akan berhenti mengendalikan aktiviti ekonomi mereka sama ada menorah getah atau menanam padi. Mereka sama-sama ke lokasi yang ditetapkan untuk  acara mantai.

Ketika itu, paras ekonomi masyarakat kampong tidaklah seberapa bak kata pepatah kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Untuk menikmati daging kerbau amatlah sukar. Justeru di hari raya atau awal puasa mereka  tidak boleh tidak,  ingin menikmati daging kerbau yang amat jarang diperolehi.  Masyarakat kampong hanya dapat menikmati daging kerbau hanya di majlis-majlis perkahwinan orang ada-ada  (orang kayo) sahaja. Maka acara mantai sahaja yang membolehkan masyarakat kampong dapat menikmati hasil kerbau tersebut.


Untuk mendapat seekor kerbau yang baik (gemok dan sihat), masyarakat kampong akan mengumpulkan duit dengan membeli ‘share’ dengan harga yang telah dipersetujui. Jumlah  ‘share’ itu bergantung kepada harga sekeor kerbau di pasaran. Masa itu aku mendengar mereka memnaggil   ‘share’ dengan bunyi ‘sale’. (Mungkin  juga sale merujuk kepada harga jualan).  Contoh : engkau hendak berapa sale?

Namun begitu tidak semua komponen kerbau itu di bahagikan sama rata, ada bahagian tertentu yang dilelong seperti kepala kerbau, tulang temulang, dan  kitab (perut besar kerbau yang mengandungi najis kerbau). Aktivit lelong ini amat meriah  seolah-olah seperti satu pesta. Masing-msing berlumba-lumba memanipulasikan harga untuk memenangi lelongan tersebut. Hasil lelongan itu akan dibahagikan semula kepada pemilik ‘sale’ tadi.

Setelah itu  hasil kerbau tadi di agihkan mengikut jumlah pemilik sale. Semasa mengambil share yang diaturkan di atas daun kelapa/pisang, tergambar kegembiraan penduduk kampong. Ini pok den, itu pok kau....(ini untuk aku, itu untuk engkau)

Agihan daging mengandungi daging kerbau, hati kerbau, jantung kerbau, dan sebagainya. Sikit sama sikit. Jadi ia menggambarkan satu permuafakatan yang begitu ikrab sekali.

Daging kerbau biasanya di masak rendang . Hati kerbau akan digoreng yang dicampurkan dengan bawang besar. Memang meleleh air lior ni. Ada juga daging kerbau  yang dibuat lempap. Lempap ialah daging kerbau (sepotong daging kerbau yang agak besar) yang dipanaskan di dalam kuali yang ditutup dengan  tudung periok mengikut saiz kuali). daging  itu akan mengeluarkan airnya dan air daging itu dibiarkan sehingga  kering. Tiada apa yang dicampurkan dalam daging itu. Mungkin sedikit garam. Setelah air daging kering, menandakan daging kerbau telah sedia untuk di makan. Semasa ini satu aroma yang  merangsangkan selera muncul. Daging kerbau  itu akan di iris-iris dan terus di makan begitu sahaja sehingga menjliat jari. Agaknya daging lempap ini sama dengan atau ala ala  beaf steaks kot.

daging lempap

Sementara kaum lelaki beraktiviti mantai, kaum ibu sibok di rumah membakar lemang. Lemang yang telah masak akan dihidangkan bersama-sama dengan rendang. Lemang panas memang sedap dimakan bersama rendang panas.  Suasana mantai meyambut Ramadan amat meriah berbanding dengan menyambut kedatangan Syawal kerana masyarakat kampong  masih berpuasa kecuali mereka yang telah kelihatan anak bulan sendiri.

Kini, aktiviti mantai hanya sebutan sahaja. Walaupun ada usaha-usaha menghidupkan seperti di Semenyih semalam, namun ia tidak sama seperti apa yang dilakukan oleh masyarakat kampong Negeri Sembilan.

Antara faktor memupuskan aktiviti mantai  mungkin harga yang terlalu tinggi untuk satu share dan kemunculan peniaga daging seperti cendawan tutup apabila Ramdan/Shawal menjelma.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...