Rabu, 7 Disember 2011

Setahun yang berlalu


081211

 Setahun yang lalu
Aku melihat mu
Kesihan sungguh apa yang berlaku
Justeru tidak beberapa hari usiamu
Takdir yang menentukannya
Berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul



Qada’ dan Qadar Allah
Itulah ketentuan
Kepada Allah kita pasrah
itu adalah ujian
Bersabar dan bertaqwa
Jadikan pegangan
Iman dipertingkatkan


Berlaku adil

071211

Amat sukar untuk berlaku adil kepada orang lain kerana prasangka ,bias, keegoan yang melanda di fikiran. Sering memandang rendah kepada orang lain dan memikirkan diri kita sahaja yang sempurna maka orang lain peduli hapa. Kita sering disarankan agar berlaku adil namun kadangkala kita diperlakukan dengan cara yang tidak adil. Kita merasakan kita perlu diberikan perhatian dan layanan namun kita tidak mendapatinya kerana pertentangan kepentingan dan matlamat. Akhirnya timbul konflik, bermasam muka dan tidak bertegur sapa kerana kita merasa kita dipinggirkan, membawa hati, memendam perasaan, berdendam dan hapa sahaja kemungkinan boleh berlaku implikasi daripada perasaan yang difikirkan tidak adil. Namun begitu ayat ini adalah penawar bagi segala punca itu. Kalau terdetik perasaan kita tidak diperlakukan secara adil mengadulah kepada sang pencitpta raya Allah swt yang sentiasa dekat dengan kita malah lebih dekat daripada urat nadi kita.

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (QS:5:8)


Isnin, 5 Disember 2011

Hari As Syura

061211

Salam sejahtera kepada pembaca CHHM. Hari ini kita menyambut Hari kesepuluh dalam bulan Muharram yang lebih popular dengan  Hari ASYURA dikalangan masyarakat Malaysia. Paling glamour pada musim-musim begini kita dijamu dengan bubur Asy Syura. Az amat suka suka dengan bubur asyura Negeri Johor  dan malam tadi az berpeluang menikmati bubur asyura di Surau Anak Bugis, Suaru As Siddik selepas majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustaz tersohor Kg. Pt Keroma.  Banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharran justeru digalakkan berpuasa pada hari tersebut. Memandangkan orang-orang Yahudi juga berpuasa pada hari tersebut, umat Islam digalakan berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram. Antara peristiwa yang berlaku Pada 10 Muharram ialah , Nabi Adam  dimasukkan ke dalam syurga dan pada 10 Muharram juga, Nabi Adam a.s di keluarkan daripada syurga. Nabi Musa terselamat daripada tentera Firaun, Nabi Nuh terselamat daripada banjir besar, Nabi Isa terselamat daripada orang Israel yang ingin membunuhnya, Nabi Ibrahim terselamat daripada api angkara Namrud dan banyak lagi.

Itulah antara tazkirah ringkas yang disampai oleh Ust Salehuddin Jaafar di Surau Pt Keroma Malam tadi. Sebelum memulakan tazkirah, ustaz menyatakan beruntungnya orang-orang yang datang menghadiri Majlis Ilmu kerana seperti berada di dalam syurga di mana ahli-ahli syurga sedang duduk memuji-muji Allah. Maka Allah pun tiba dan bertanya apakah kalian suka berada di syurga ALlah? Ahli syurga menjawab kesukaan sehingga tidak boleh mengucapkan apa-apa. Justeru Allah menambah satu lagi nikmat kepada ahli syurga tersebut. Apakah nikmat itu? Allah telah memberikan keredaannya kepada ahli-ahli syurga itu.

Selain daripada itu mereka yang menghadiri  majlis-majlis ilmu akan dapat mempertingkatkan keimanannya, sebab itulah di zaman Nabi saw, para sahabat akan membacakan hadis-hadis nabi selepas solat fardu sebagai satu usaha untuk meningkatkan keimanan mereka.

Pada 10 Muharram kita di galakan untuk berpuasa sunat, berbelanja lebih kepada ahli keluarga  dan bersedeqah, memegang  kepala anak-anak yatim , menziarahi orang-orang alim dan belajar ilmu dariadanya dan sebagainya di mana az terlupa mengingatinya.

AZ meminta maaf andai ada kesilapan justeri kejahilan sendiri namun bersemangat untuk berkongsi apa yang aku perolehinya daripada majlis tersebut dan marilah sama-sama kita menghayatinya 10 Muharram untuk mendapatkan keredaan Allah yang esa.


Tiang Kemah

051211

Berjumpa semula kepada semua pembaca CHHM. Kini kita memasuki bulan terakhir 2011. Sungguh cepat masa berlalu, beberapa hari lagi 2012 akan menjelma. Count  down 2012 telah bermula. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan akhirnya tahun 2012 menggantikan 2011.

Pagi tadi di Surau Mawaddah Apartmen Orked, Puchong Prima majlis taklim membacakan hadis Nabi menyatakan bahawa Islam itu tertunggak kepada 5 rukun iaitu Kalimah Syahada, Solat 5 waktu sehari semalam, puasa di bulan Ramadan, pembayaran zakat dan menunaikan haji sekali seumur hidup. Islam itu ibarat sebuah kemah yang didirikan dengan 5 tiang. Satu tiang tengah yang disokong oleh 4 batang tiang  penjuru. Sekiranya tiang tengah tiada maka kemah itu tidak akan dapat berdiri dengan teguh dan tiadanya tiang-tiang penjuru maka kemah juga tidak dapat didirikan. Tiada satu batang tiang penjuru maka kemah juga tidak dapat berdiri dengan sempurna, cacatlah kemah itu. Oleh itu sama-samalah kita bermuhasabah diri bagaimana dengan kesempurnaan Islam kita. Adakah kita menjaga kelima-lima rukun ( tiang ) tersebut atau pun memilih atau meninggalkan salah satu rukun ( tiang  kemah ) tersebut.

Rukun Islam pertama iaitu pengucapan dua kalimah syahadah yang telah diucapkan bermakna kita telah menjadi orang yang beriman. Selepas iman itu yang teramat penting ialah mendirikan solat fardu 5 kali sehari iaitu Solat Subuh, Solat Zohor, Solat Asar, Solat Maghrib dan Solat Isya. Nabi Muhammad SAW pernah ditanya apakah yang paling penting selepas iman. Maka jawab Nabi saw ialah mendirikan solat. Ditanya lagi kepada Nabi saw dan dijawab baginda iaitu menghormati kedua ibu bapa dan ditanya lagi kepada Nabi saw soalan yang ketiga maka baginda menjawab jihad fi sabilillah.

Akhirnya pembacaan hadis itu diakhiri dengan pendirin solat di awal waktu. Janganlah melengah-lengah solat fardu kerana solat amat penting kepada kataatan kita kepada Allah.

Begitulah yang dapat aku paparkan hasil ingatan aku yang tidak seberapa ini ketika pembacaan taklim tadi. Aku menulis kerana pentaklim memohon menyebarkannya kepada sahabat taulan yang tidak berkesempatan mendengar hadis tersebut. Wallahuaklam.


Sabtu, 26 November 2011

Maal Hijrah

261111

Cukup putaran tahunan Hijrah. Berlalulah 1432 Hijrah dan bermula Hijrah yang baru. Selamat datang sinaran 1433 Hijrah. Semoga tahun baru Hijrah ini membawa sinar menerangi kehidupan anda dengan keredaan Allah swt.
Selamat Tahun Baru Hijrah 1433.

Kedatangan sinar baru Hijrah 1433, aku menyambutnya di Kediaman anak ku di Apartment Oked Puchong Prima, Puchong, Selangor. Selepas maghrib tadi aku berpeluang mendengar kuliah magrib di Surau Mawadah di Kediaman anak ku ini. Banyak ilmu dan tips di sampaikan oleh ustaz tadi. Rugi rasanya kalau aku tidak turun ke surau Mawadah tersebut.

1 Muharram adalah permulaan bagi Taqwim Islam yang diwartakan oleh Khalifah Umar bin Affan dan semenjak tarikh ia digunakan sehingga ke hari ini. Selain daripada itu dalam bulan Muharam pelbagai peristiwa yang harus diingati terutamanya  pada 10 Muharam . Antarnya ialah

1.Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2.Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan 40 hari
4.Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5.Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8.Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9.Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11.Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12.Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13.Hari pertama Allah menciptakan alam.
14.Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15.Hari pertama Allah menurunkan hujan..
16.Allah menjadikan 'Arasy.
17.Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18.Allah menjadikan alam.
19.Allah menjadikan Malaikat JibrilNabi  Ibrahim terselamat daripada api yang dibakar oleh Namrud
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Selain daripada itu ustaz juga menyentuh beberapa adat yang dilakukan oleh masyarakat Islam di Tanah Air dalam menyambut Awal Muharam dengan membaca surah Yasin 3 kali  selepas magrib. Ustaz memaklumkan perkara ini tiada nas yang menyarankannya dan paling malang lagi sekiranya ada yang menyangka dengan berbuat demikian mereka tidak akan mati pada tahun itu.

Ustaz juga menyentuh tentang solat hajat. Solat hajat lebih afdal sekiranya dilakukan sendiri oleh mereka yang mempunyai hajat seperti yang disarankan oleh Nabi SAW.

 Begitu juga dengan bacaan tahlil  selepas  berlakunya kematian yang dibaca selama 3 malam, hari ke 7 , 40 atau 100 hari. Bacaan tahlil itu tiada nas yang menyentuh perkara ini.

Khamis, 17 November 2011

alamak? Tetiba jer

171111

Apa pasal ada pulak pakaian baby tersidai di jemuran ampaian rumah aku ni? Lama dah tak tengok pakaian baby di ampaian, kenapa pulak hari ini terampai di ampaian? Bukannya aku ada anak kecil.  Musykil musykil. Biarlah hanya jauhari sahaja yang mengenal maknikam. Bak kata mamaju hanya Jauhari saha yang kenal jauhariah.


Rabu, 16 November 2011

My Angkasa

161111

Beberapa minggu lepas, aku menghadiri Majlis Taklimat dan Dialog bersama Koperasi Ahli  Angkatan Koperasi Kebangsaaan Malaysia  ( ANGKASA) di Hotel Prime City Kluang. ANGKASA mengadakan road show memperkenalkan 3 produk baru iaitu  Koperasi Pembiayaan Syariah ANGKASA Berhad (KOPSYA ANGKASA), Skim Infaq lil Waq ANGKASA dan MyAngkasa iaitu perkhidmatan telekomunikasi seperti DIGI, CELCOM dll dengan tagline 1 Jaringan 1 Koperasi 1 Komuniti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...