101211
Masuk kandang kambing mengembek , masuk kandang rimau mengaum
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Itulah dua pepatah/perumpamaan orang lama Melayu. Memang orang Melayu berpegang kepada pepatah petitih ini hinggakan kadang-kadang menjadi satu yang tidak kena kepada kehidupan kita. Bukannya apa, ini adalah pendapat az sahaja. Orang lain peduli hape, mereka mempunyai pandangan yang sendiri....
Kes ini ini bermula pada satu pagi di MHI TV3 apabila seorang pelajar Melayu yang menuntut di Indonesia bercakap menggunakan loghat Indonesia. Terdetik di hati mengapa pelajar ini tidak bercakap logat kita kerana si pewawancara itu bercakap Bahasa Melayu, loghat Melayu.
Kita akur lidah kita memang mudah mengikut gaya percakapan bahasa tempatan. Malah pelajar di sana diberi kursus bahasa Indonesia sebelum memulakan kuliah. Yang tidak seronoknya pemberita TV3 yang mewawanncara , kalaupun Budik yang mewancara sekalipun , apalah salahnya kita gunakan bahasa kita (Bahasa Melayu) kerana bahan itu akan disiarkan dan di tonton oleh masyarakat Malaysia di TV3. Lihat sahaja ada logo TV3 di mikrofon wartawan itu.
Sebenarnya kita memang mudah terikut bahasa luar kerana mengikut pepatah di atas barangkali. Lebih malang lagi apabila pewawancara menggunakan loghat Indonesia apabila mewawancara warga Indonesia. Bibik yang begitu lama mengasuh di rumah majikannya di Malaysia tetap berbahasa Indonesia malah anak-anak majikannya pula fasih berbahasa Indonesia. MENGAPA?
Bahasa Jiwa Bangsa. Kita salute dengan warga Indonesia tetap mendaulatkan bahasa mereka walau di mana mereka berada namun warga Malaysia malu untuk berbuat demikian. Orang Melayu berasa banggsa berbahasa Indonesia walaupun baru beberapa hari berada di bumi Indonesia semasa melawat Indonesia. Itu lah kelebihan orang kita yang pandai mengambil hati penduduk tempatan. Tetapi adakah mereka nahu mengambil hati kita di sini? Hagham.
Bkan mereka tidak boleh, boleh. Cuba lihat Maharaja Lawak Mega malam tadi, kumpulan Saehu boleh bercakap loghat Kelantan. Tetapi ...........
Kalau kita perhatikan Orang-orang Indonesia berketurunan Cina Indonesia fasih berbahasa Indonesia, Malah nama mereka pun di Indonesiakan seperti Rydy Hartono. Begitu juga dengan Orang Thai berketurunan China di Thailand , mereka fasih berbahasa Thai di Thailand - tetapi di Malaysia? Orang Melayu pula yang ikut lenggok mereka apabila bercakap. (haiya ah sing nga lu manyak pandai wooo) - Lu pikir lah sendiri. jangan jadi bangau oh bangau sudah ler ......
Bahasa Jiwa Bangsa hanya tinggal slogan yang tiada ertinya.
Di mana silapnya?????
ini tak silap yer