Rabu, 28 Mac 2012

Keceriaan terserlah

28032012

Tanggal 21 Mac 2012, detik kegembiraan, keceriaan kepada calon-calaon SPM 2011 menikmati keputusan Peperiksaan SPM yang telah diduduki pada bulan November 2011. Bak kata bidalan apa yang kamu semai itulah yang kamu tuai. Kalau TIDAK  di jagai, dibajai, disirami dan sebagainya menjadilah  bidalan tanam padi tumbuh lalang.

Tidak mengapa, bagi Maktab kami, keputusan peperiksaan SPM kali ini adalah yang paling terbaik memecahkan rekod sendiri. Keputusan kali ini menempatkannya di tangga ke-6 daripada seluruh 39 buah MRSM  di Malaysia. Tempat ke 12 daripada seluruh sekolah berasrama penuh di Malaysia dengan Gred Purata Sekolah 1.29. Di Johor, ia berada di kedudukan ke-2 selepas Sekolah Tun Fatimah dan tempat pertama bagi seluruh MRSM di Johor. Daripada 141 orang calon, 2 orang mendapat semua A+ dan 57 orang  (42%) mendapat semua A (A+, A, A-)  dalam semua subjek yang di ambil.  Alhamdulillah.







 Alhamdulillah, Lumayannnnnn
 pelajar Terbaik
 Sejuk ibu mengandung
 2 pelajar cemerlang di apit oleh gurunya

 kalau ada hutang, sila bayar dulu sebelum masuk

 Syabas kepada semua pelajar, guru-guru, staf sokongan dan semuanya yang membantu kepada kejayaan yang begitu hebat.



Selasa, 27 Mac 2012

Sambutan Hari Mara Johor

27032012

1 Mac adalah Hari Keramat bagi Majlis Amanah Rakyat a.k.a MARA kerana pada 1 Mac 1966 MARA ditubuhkan di bawah akta Parlimen. MARA adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. MARA lahir hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1965. Setelah berubah beberapa kali di bawah kementarian lain, MARA kini kembali semula di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah a.k.a KKLW.



Pada setiap tahun tanggal 1 Mac MARA akan mengadakan sambutan memperingati penubuhan MARA dengan mengadakan Sambutan HARI MARA. Di peringkat Nasional sambutan Hari MARA telah disambut pada 1 Mac 2012 sementara di Peringkat Negeri Johor, sambutan Hari MARA telah di sambut pada 25 Mac 2012 di Batu Pahat.

Antara program sambutan Hari MARA peringkat Negeri Johor ialah Larian MARA . Acara bermula pada pukul 7.30 pagi dengan senaman negeri Johor iaitu J-Robik selama hampir satu jam. Kemudian peserta di lepaskan berlari berjalan sejauh 5km disekitar pinggiran bandar Batu Pahat.





J-Robik
Wakil  Scotland pun ada...




 lincah instruktor ni

satu MARA  satu Malaysia
 bersedia untuk dilepaskan
sedia!!!! jalan........

sesat ke minah salleh ni


macam kenal je



penat ye bang
 Pengarah MARA Negeri  dapat  hadiah juga
tu dia bawa balik hadiah

Ahad, 25 Mac 2012

Jom buat Cokolat

25032012

Cokolat di pasaran memang banyak. Pelbagai jenama di pasaran seperti Cadbury dan sebagainya. Ada yang murah dan ada yang mahal. Aku emnag peminat cokolat. Namun apa kan daya aku seorang  pesakit kencing manis. Selama ini aku hanya memnadan perasan sahaja kepada cokolat tersebut. Kadang kala aku lelap mata dan  melahap cokolat itu kerana terlalu gian akan cokolat yang meminta aku melahapnya.

Atas kekurangan itu makan tiba-tiba aku terfikir apa salahnya akan cuba membuatnya sendiri mana tahu aku boleh menggantikan gula cokolat dengan bahan yang lain. Justeru melalui internet aku mendapat  satu kursus pembuatan cokolat di Batu Pahat. Kelas ini begitu ekslufsif kerana 2  pelajar sahaja pada sesuatu sesi. Malang lagi, ia terbuka kepada pelajar wanita sahaja. Lelaki? Minta maap lerrr

Aku mendapat idea untuk menghadiri kursus itu bersama isteri. Setelah difikirkan guru cokelat itu, ia  memberi peluang kepada ku untuk hadir kursus pembuatan cokolat bersama isteri ku. Alhamdulillah.

Pada 24 Mac 2012, pukul 10 pagi sesi pembuatan cokolat telah aku hadiri bersama mrszain. Kursus ini berlangsung selama 6 jam daripada pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang non stop kecuali untuk Solat Zohor dan makan tengah hari sahaja. Di akhir kursus kami diberikan sijil hadir kursus tersebut.

 bahan bahan
 penyukatan bahan
 bancuhan
siap set pertama
 mencairkan cokolat
 testing
masukan dalam petisejuk selama 5 minit
sekiranya tidak patah apabila ditarik keluar maka cokolat menjadi
Kalau idak kena buat penyesesuaian semula ramuan tersebut
di sini az dapat A+, mrsz dapat A
 cokolat oreo
biskut oreo di dalam cokolat

 hasilan pertama ; huhuhu dapat gred c je

 hasilan ke-dua
 lain lain hasilan
cokolat bar
cokolat oreo
cantik kan?
 siap semuanya untuk hari itu
 boleh bawak balik
untuk di jual. ... ada yang order?
 hehehhe. tak ada lah.

Ilmu ini kalau tidak di amalkan, maka ia akan lupa. Oleh itu berazam untuk membuatnya apabila ada masa, tetapi entah bila.

Sayangnya, bahan-bahan cokelat dipasaran telah sempurna nya, kita perlu membancuhnya sahaja. Bermakna, gula telah ada dalam bahan-bahahn itu. Jadi untuk pesakit diabetis? ...... wal hasil balik asal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...