280213.
Hari terakhir bulan Februari 2013 namun aku gagal untuk mengemaskini blogku ini kerana kesibokan atau aku tidak pandai menguruskan masa selepas bersara. Selepas bersara sebulan yang lepas minatku untuk mengemaskininya seperti mati justeru tiada mada terkyang. Masa yang ada tidak cukup bagiku rupanya. Tidak mengapa aku akan cuba sebaik mungkin pada bulan Mac merealisasikan blog ini seperti biasa. Namuun aku tidak boleh berjanji justeru tiada keyakinan ke arah itu.Khamis, 28 Februari 2013
Selasa, 8 Januari 2013
Rumah Tinggal
080113
Hari ini, hari kedua aku tidak bekerja setelah lebih sebulan bercuti. Hari ini aku mempunyai masa sendiri. Aku mengurus diri sendiri setelah 31 tahun menguruskan
Selepas solat subuh, aku meneruskan agenda 10 ribu langkah (10KL) yang telah 3 bulan aku amalkan dan semoga amalan ini terus berkekalan. Hari ini badan terasa ringan setelah beberapa hari sakit pinggang, lengoh lengoh kaki. Mungkin kesan daripada ubatan herba yang baru aku amalkan sejak beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah.
Seterusnya pukul 10 pagi aku menghubungi tukang cermin untuk membetulkan 'sliding door' rumah baru kepunyaan isterisku. Katanya hendak di buat rumah tinggal. Hehehehe, buruk juga bunyi terjemahan ini. Selesai aktiviti ini aku menyambung kerja-kerja mengemaskan rumah tinggal ini dan kebetulan pekerja MBMB bertugas dan aku mengambil kesempatan memintan tolong untuk mengangkut/membuang tunggul-tunggul pisang yag sukar aku uruskan dahulu. Alhamdulillah. Senang mata memandang setelah kerja-kerja pembersihan selesai.
Sebelah petang ada lagi kerja-kerja menbambah baik di rumah isteri aku, bukannya di dirumah tinggal tetapi di rumah sendiri. Ada saja isteri ku ini untuk menabah aktivitinya. Tidak mengapan layannnnn.
Sabtu, 22 Disember 2012
Solstis Musim Sejuk
080234 / 221212
Salam Sejahtera, salam ceria.
Hari ini 22 Disember 2012. Hari ini matahari berada tepat di Garisan Jadi. Garisan Jadi ialah Garisan 23½°S.
Apakah implikasinya kepada kejadian ini? Ia mengakibatkan kawasan di Hemisfera Selatan mengalami musim Panas, siang lebih panjang drpd mlm dan kawasan di Kutub Selatan mengalami siang 24 jam dan sebaliknya di Hemisfera Utara mengalami musim dingin, malam lebih panjang drpd siang dan Kutub Utara malam 24 jam. Sebab itulah juga Kejadian pada 22 Disember ini dikenali sebagai Solstis Musim Sejuk kerana negeri-negeri di HU mengalami musim sejuk. Pada hari ini juga matahari berada paling jauh di Hemisfera Selatan kerana selepas ini matahari akan bergerak semula ke Hemisfera Utara. Begitulah hebatnya ciptaan Allah. Marilah kita mengucap syukur kepada nikmat2nya yang tidak terhingga.
Garisan Jadi.
Jumaat, 21 Disember 2012
10KL
070234 / 211212
Salam Ceria, Salam Jumaat. Penghulu segala Hari. Syukur kepada Allah yang memberi rahmat yang tidak terhingga. Pelbagai andaian berlaku pada hari ini, namun Allah maha kuasa pemberi rahmat kepada hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah.
Indah dan permai di laluan joging Bandar Tun Razak Kuala Lumpur
Begitu besar anugerah Allah kepada hamba-hambaNya
Hidup mesti sihat !!!!
Khamis, 20 Disember 2012
Hatinya Kembang Berbunga
060234 / 201212
Secara kebetulan petang semalam (19/12/12) kami sempat memziarahi cucu baru sahabat kami di Muar iaitu Sh Mohd bin Abdullah yang kni Guru Cemeralang Bahasa melayu MRSM Alor Gajah. Pertemuan yang tidak disengajakan ini berlaku di Masjid Batu 5 Jalan Bakri sebaik sahaja kami selesai Solat Asar di situ. Kita yang merancang Allah yang menentukajnya, namun pertemuan ini memnag tidak dirancangkan. Beliau balik bercuti di Muar kerana menyambut kedatangan cucu sulong beliau yang telah dilahirkan seminggu yang lalu. Alhamdulillah.
Bayi lelaki tersebut ketika dilahirkan cuma 2.9kg dan dinamakan Abdullah bin Ibrahim bin Mohd bin Abdullah. Hahaha seronok kami bermain-main dengan nama yang berulang-ulang almaklum orang-orang keturunan Arab memang suka memiliki nama sebegitu.
ala cayang2 mucuk
Kepalanya sudah di cukur. Amik berkat dan sunnah
Bayi yang berumur 7 hari ini telah dikhatankan. Tuan-tuan ada brani mengkhatankan bayi semuda itu?
Alamak, tutup muka tu, malu gitu
Selasa, 18 Disember 2012
Sungai salah
040234 / 181212
Semasa perjalanan ke Palong 4 tengah hari tadi, aku terpandang dengan sekeping papan tanda di Pekan Gemencheh, Tampin, Negeri Sembilan. Tanpa di sadari aku telah mengambil gambar papan tanda tersebut.
Papan tanda ini tidak jauh dari persimpangan bertrafik lite dan kebetulan lampu merah. Memberi peluang kepada aku untuk mempotretnya.Apabila di amati papan tanda ini menunjukkan arah satu lokasi bernama Sg. Salah. Mangaiiii, bila pulak ada lokasi begini. Sebelum ini aku tidak perasan atau papan tanda ini baru sahaja dibangunkan.
Inilah dia papan tanda menunjukan arah lokasi bernama 'Sg. Salah". Sengaja aku membuat jenaka dengan isteri, " bukan manusia saja yang pandai buat salah, sungai pun pandai buat salah. huhuhu. Ada mata. pandang....
Isnin, 17 Disember 2012
Langgan:
Catatan (Atom)











