Isnin, 27 Mei 2013

Uzbekistan_day 2

27052013

Hari ke-2, kami masih di Tashken. Tashken merupakan ibukota kepada Negara Uszbekistan. Negara bekas Kesatuan Soviet (USSR). Bandar Tasken mempunyai keluasan 334.8 km persegi atau 129.3 batu persegi dengan penduduk melebihi 2.4 juta orang.  Memnag padat tetapi seperti lengang begitu juga dengan jalan raya yang tidak sesah sepeti di Kuala Lumpur. Dimaklumkan Tashken mempunyai pengkutan awam yang teratur. 


keretapi




Tashken dari Udara

Ketika ini Tasken mengalami waktu siang yang panjang kerana sedang menghampiri musim panas. Suhu antara 22 ke 35 darjah celcius. Oleh kerana mempunyai iklim yang melampau, Tashken sangat panas pada waktu siang dan sejuk pada waktu malam.  Waktu subuh pukul 3 pagi dan pukul 5.00 pagi matahari telah menyinari bumi Tasken. Waktu Magrib pula pada pukul 7.30 malam. Bermakna hampir 15 jam siang dan waktu malam agak pendek. Walaupun begitu waktu bekerja masih sama dengan Kuala Lumpur iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau 9.00 pagi hingga 6.00 petang. 

  pukul 5.00 pagi
Pukul 5.30 pagi
 pukul 10.00pagi
 Jalan agak lengang
katanya pengankutan awam yang cekap
 seperti tidakl ramai kelihatan orang awam di Tashken
 Suasana ke pasar Tashken (Chorsu bazaar)











Chorsu Bazaar (sperti pasar awam) dari udara


Masjid di Tashken: Hanya sebuah masjid yang kelihatan di Tashken. Tersergam indah di tengah Tasken. Begitu gah dengan seni bina Islam yang sangat indah. Kami sempat solat jamak zohor asar di masjid ini.

Masjid Tashken

 menara yang sangat tinggi
 tiang dari kayu yang keras

retak tp ok
 pintu gerbang yang indah
 Ruang imam. Begitu indah ukirannya
 mimbar daripada kayu
 siling masjid
 ukiran bericirikan islamik

 kita rehat dulu
kaki lima masjid



Ahad, 26 Mei 2013

Di bumi Kelahiran Imam Bukhari : hari Pertama

26052103

Akhirnya aku berkesempatan menyelusuri bumi kelahiran Imam Bukhari, perawi hadis yang terkenal. (http://teratakmuslim.blogspot.com/2008/11/biodata-imam-bukhari-dan-muslim.html) .  Imam Bukhari berjaya menghafal dan menyusun hadis Nabi Muhaammad Rasul Allah SAW. Aku berkesempatan melakukannya pada 17 hingga 23 Mei 2013 selama  7 hari 5 malam. Satu perjalanan yang panjang dan agak memenatkan tetapi amat menggumbirakan.

Rombongan kami terdiri daripada 32 orang yang diketuai  oleh wakil Ramza Travel & Tours Agency Sdn Bhd dan  seorang juru tunjuk daripada sebuah syarikat tour yang beroperasi di Uzbekistan. Kebanyakan peserta terdiri daripada ahli ULAMAK a.k.a Usia Lanjut Masih Aktif. rata-rata umur mereka  melebihi 50 tahun.

Kami menaiki Boing 757 Uzbekistan Air tepat pukul 10.50 pagi 17 Mei 2013 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  mengambil masa selama 7 jam dan mendarat tepat pukul 3.15 petang waktu Uzbekistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashken, Uzbekistan. Kami disambut oleh wakil syarikat dan seterusnya di bawa ke Hotel Penginapan.

 KLIA
oh my airasia
 Banjaran Gunung  Uzbek yang bersalji
 Sungai peringkat Tua di Uzbekitan


Lapangan Terbang Tashken

 Puan Umida, Tour Guide kami yang cantik jelita di Uzbekistan
 Jalan raya yang lengang walaupun penduduk Tasken melebihi 2.3 juta orang
Sistem pengangkutan awam yang teratur dan terbaik menyebabkan pengguna suka menggnakannya



 Hotel Uzbekistan: kemi bermalam selama 2 malam di sini


Sesampai di Tashken kami di bawa terus ke penginapan di Hotel Uzbekitan. Hotel yang agak klasik dengan bilik yang luas dan lengkap dengan wifi. Kami hanya bermalam semalam sahaja di sini kerna keesokan hari kami akan ke Samarkhan. Seterusnaya selepas berehat lebih 3 jam di bilik hotel, kami di bawa ke sebuah bekas madrasah untuk makan malam pada pukul 8.00 malam waktu tempatan.  Bermulalah makanan kami dengan roti sebagai makan ruji di Uzbekistan


 Roti. setiap kali meal mesti ada roti

yang bertutup di tengah meja ialah roti

 Teh yang dihidangkan dalam mangkok
gula batu digunakan sebagai ganti gula pasir


Semasa makan malam kami dihiburkan dengan tarian rakyat Uzbekistan. Seni tari dan muziknya mirip kepada lagu Arab. Setelah selesai makan malam kami di bawa balik ke hotel pada jam 11 malam waktu tempatan. Waktu tempatan berbeza 3 jam lambat berbanding dengan waktu Malaysia.




Ahad, 31 Mac 2013

Ikan parang masak lemak kuning

31032013

Berakhirnya bulan Mac 2013 bermakna berakhirlah suku pertama tahun 2013. Begitu cepat masa berlalu sehinggakan aku tidak merasa melakukan apa-apa dalam blogku ini. Bukan saja tidak dikemaskini tetapi tidak dijengok sama sekali. Adakah blog ini akn berkubur tanpa batu nisan hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

ikan parang masak lemak kuning

Jumaat, 1 Mac 2013

MRSM BATU PAHAT

010313

1 Mac 2002 saya mendaftar sebagai staf di MRSM Batu Pahat bersama sama dengan 11 orang yang lain sebagai pioneer di maktab ini. pelbagai suka duka kami harungi untuk membina maktab ini setanding dengan MRSM yang lain.justeru hari ini adalah sambutan hari lahir MRSM Batu Pahat yang je 11. Begitu cepat masa berlalu. Semoga MRSM Batu terus maju jaya sebagai wadah pembangunan insan di Malaysia.

Khamis, 28 Februari 2013

tiada apa apa

280213.
Hari terakhir bulan Februari 2013 namun aku gagal untuk mengemaskini blogku ini kerana  kesibokan atau aku tidak pandai menguruskan masa selepas bersara.  Selepas bersara sebulan yang lepas minatku untuk mengemaskininya seperti mati justeru tiada mada terkyang. Masa yang ada tidak cukup bagiku rupanya. Tidak mengapa aku akan cuba sebaik mungkin pada bulan Mac merealisasikan blog ini seperti biasa. Namuun aku tidak boleh berjanji justeru tiada keyakinan ke arah itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...