211209: Pukul 5.30 petang sampai rumah setelah seminggu berada diperjalanan. Badan terasa penat dan kurang bermaya kerana memandu sendirian. Pada hari Selasa minggu lepas (15 Disember) memandu ke Mersing berkursus selama 3hari 2 malam. 17 Disember balik semula ke Pontian mengambil anak-anak dan memandu ke Melaka. Bermalam sekejap di Melaka dan pada 18 Disember memandu ke Lumut Perak. 19 Disember cuti-cuti Malaysia ke Bukit Merah Lake Town Resort dan pada 20 Disember memandu semula ke Kuala Lumpur dan seterusnya pada hari ini (21 Disember) memandu balik ke Pontian. sesungguhnya KurTi kali ini amat bermanfaat sekali
KurTi? apa maksudnya? sengaja dipendekan daripada kursus dan cuti. Jangan mare arr. Kali ini kami kursus bersama-sama. Mulanya hendak membawa anak-anak sekali namun putera bongsu ada kursus memandu pada 16 Disember, terpaksalah ditinggalkan di rumah, agar proses mengambil lesen memandu kereta tidak terganggu. Dia sudah besar panjang, sudah boleh berdikari mentelahan ada abangnya yang sudah mahir memnadu kereta. Justeru kami boleh meninggalkan mereka dengan senang hati.
Pada 15 Disember aku masuk pejabat sekejap sehingga pukul 10.00 pagi menyelesaikan sedikit tugasan pejabat dan tepat pukul 10.30 pagi kami bertolak ke Mersing melalui bandar Kluang. Pukul 1.30 petang kami sampai di Bandar Pelancongan Mersing dan terus menikmati makan tengah hari di Restoran Batu Chawan. Selesai makan, kami check in hotel. Pada mulanya ingin menginap di Hotel Seri Malaysia tetapi di saat akhir kami beralih arah dan menginap di Hotel Havanita.
Cantik bilik hotel ini
Suasanya romantis sekali
tempat rokok dan kotak mancisnya yang unik
Shoping keropok
eh eh. apa ni. spesis ni ada kat sini?
menjemor keropok.
Nampak tu? spesis tu pandai cari kandangnya
ni pulak, tak berapa berkenan aku
suasana kampong nelayan, aman nya suasana
penat meronda, apa lagi menyendol dan mengeropok la
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)








