Isnin, 15 Mac 2010

U should know this man

150310: Dikesempatan ini aku mahu berkongsi mengenai sesorang yang telah memberikan begitu banyak jasa kepada kita yang aku peroleh daripada emelku. Sekiranya paparan tidak jelas sila klik ke atas imej tersebut.


Terima kasih kepada kak shidah dan suami yang datang menziarahi mrszain pagi tadi sebagai tanda simpati,  persahabatan dan merapatkan lagi tali silaturahim antara member PDKM.

Semoga Rohnya di Cucuri Rahmat Allah

Tanggal 14 Mac 2010, pukul 1.30 petang, bonda tercinta isteriku telah pergi menemui Ilahi setelah 8 tahun menderita diserang angin ahmar. Bonda mrszain pergi dengan aman dan sempat mengucapkan dua kalimah syahadah dengan  bantuan adik ipar yang menjaga bonda dengan sabar. Wajah bonda kelihatan tenang seperti orang sedang tidur dan aku sempat mengucup dahi ibu sebagai tanda kasih sayang penghormatan terakhir.
Jenazah di bawa ke surau Kg Puah untuk dimandikan pada pukul 7 malam dan dimandikan selepas solat maghrib. Selepas solat Isyak, jenazah disembahyang oleh sanak saudara, anak cucu, dan ahli kariah Surau Kg. Puah Gombak.

Setelah itu jenazah diusung oleh anak-anak ke Kubur Kg. Puah yang hanya bersebelahan dengan surau Kg. Puah. Bertuah ibu mertuaku kerana terdapat satu lagi lot kosong dan yang terakhir untuknya disemadikan bersebelahan dengan ayah mertuaku dan nenek isteriku. Selepas ini ahli keluarga isteriku yang meninggaldunia akn disemadikan di tanah kuburan yang agak jauh ke bahagian belakang tanah kubur yang telah begitu sesak.

Sebaik sahaja jenazah disemadikan hujan rahmat turun membasahi tanah kubur yang telah lama tidak menerima siraman hujan.

Bersemadilah ibuku. Semoga roh ibu dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang diredai Allah SWT. Al-Fatihah.

AKu mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada saudaraku Manzlie yang sudi menitipkan bacaan Yassin kepada arwah ibu mertuaka , dan juga ucapan takziah daripada teman-teman di blog PDKM juga ucapan takziah melalui SMS daripada CL, UMi umairah, Rezeki, azie dan lain-lain.

Jumaat, 12 Mac 2010

Ayat al Kursi

120310 : Berjumpa lagi kita di harii Jumaat, Penghulu segala hari. Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmatan Allah swt.


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda yang bermaksud:
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

AMIN......

Khamis, 11 Mac 2010

TERIMA KASIH CIKGU

110310 : Keputusan peperiksaan SPM telah pun di umumkan. Segala debaran telah mencapai kemuncaknya. Ada tersenyum girang, ada yang berduka lara. Biasalah yang mendapat keputusan cemerlang akan tersenyum lebar sampai ke telinga namun yang tidak kesampaian akan tersenyum juga tetapi senyum masam.

Alhamdulillah, putera bongsu ku telah menerima keputusannya. Amat bermakna sekali yang menyampaikan berita itu ialah Pengetuanya. Terkejut juga kerana  yang menyampaikan berita gembira (melalui telefon) iailah Pengetuanya yang mengatakan putera bongsu mendapat keputusan yang cemerlang. Memang tidak dinafikan prestasi putera bongsu adalah yang terbaik berbanding dengan kakak atau abang-abangnya terdahulu. Putera Bongsu  mendapat gred A+ dalam subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Pengatahuan Agama Islam dan Matemetik, Gred A- dalam subjek Matematik Tambahan, Kima dan Fizik serta B+ dalam subjek Biologi dan Bahasa Inggeris. Tidak mengapa anakku walaupun kamu tidak mendapat straight A dalam semua subjek tetapi itulah kemampuan kamu. Teruskan lagi kerana perjuangan belum selesai. Kakak mu dulu walaupun hanya mendapat 3A dalam SPM  tetapi ia cemerlang di   IPT dan berjaya dalam pengajiannya sehingga ke peringkat sarjana.

Terima kasih kepada semua guru  MRSM Batu Pahat terutamanya kepada Cikgu Isa yang mengajar Kimia. Begitu juga dengan Cikgu Hamid yang mengajar Fizik tidak lupa juga Cikgu Noraini Solbi yang mengajar Matematik Tambahan.  Subjek-subjek  ini amat sukar kepada Putera Bongsu. Dalam PMR dulu  putera bongsu cuma mendapat gred B sahaja dalam subjek Sains. Oklah tu. Tidak lupa juga kepada Cikgu Halim (BM),Ust Norliza (Agama Islam), Cikgu Shamsiah (Matematik) dan Cikgu Fazli (Sejarah).

Pencapaian MRSM Batu Pahat sungguh cemerlang kerana berada di tangga ke 9 daripada seluruh MRSM di Malaysia.  Semangat gigih semua guru dan Pengetua telah meletakan MRSM Batu pahat berada di persada kegemilangan dengan GPS 1.71.

Semoga MRSM Batu Pahat terus cemerlang di tahun-tahun mendatang.

Rabu, 10 Mac 2010

Selasa, 9 Mac 2010

The next Sungai Mati di Johor?

090310 :  Sungai Mati adalah sebuah pekan di daerah Muar Johor. Sekiranya kita keluar di exit Tol Tangkak ke Bandar Muar, kita akan melaui pekan Sg. Mati sebelum sampai ke bandar Muar.  Ia hanya sebuah pekan kecil, namun apakah keistimewaan Sg. Mati? Sg Mati ialah satu kesan apabila berlaku percantuman antara dua buah liku sungai di sebatang sumgai yang berada di pringkat ketiga. Aliran sungai peringkat ketiga biasanya berliku-liku dan ada yang bercantum dan apabila bercantum maka wujudlah satu fenomena baru seperti kejadian tasik ladam atau sungai mati.

 

Apa yang nampak di GPS di atas? Yang berwarna unggu adalah lebuh raya utara selatan dn berwarna biru itu adalah sungai. Kalau anda mahu tahu sungai yang berwarna biru di atas ialah sungai Muar. Sungai muar ini penuh liku-liku kerana  iala berada di aliran sungai peringkat ketiga. Kawasan yang aku lalui di atas ialah selepas aku melui jambatan yang baru merentasi Sungai Muar di kawsan Pagoh. (Beberapa kilometer lagi akan sampai ke R&R Pagoh dan exit Tol Pagoh) Aku terpegun kerana baru aku sedari dapat melihat sungai Muar di GPS aku. Gambaran sungai di atas bukannya merujuk kepada dua batang sungai tetapi hanya satu batang sungai sahaja iaitu Sungai Muar yang berliku-liku. Jelas kelihatan liku-liku Sungai Muar dan adakah pada masa hadapan kawasan ini akan menjadi sebuah lagi sungai mati di Daerah Muar? Jangan bimbang ia tidak berlaku di masa yang singkat, Proses ini mengambil masa yang lama. Adakah anda tahu di manakah hulu sungai Muar? Adakah ia di Negeri Johor juga?

klik gambar untuk lebih jelas
ini dia yang sebenar drpd wikimedia
Lihat Sg Muar yang berliku-liku

Isnin, 8 Mac 2010

Di mana damai di hati?

080310 :  Mengapa manusia suka membuat kerusakan di muka bumi Allah?
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...