Ahad, 24 Julai 2011

10 Persediaan menyambut Ramadan


24072011



ALhamdulillah, kurang seminggu, kita akan menyambut kedatangan Ramadan Karim, Ramadan al-Mubarak. Semoga amalan Ramadan kita pada tahun  ini akan lebih baik daripada amalan Ramadan kita di tahun yang lalu. Bersama-sama ini az bawakan bingkisan yang di petik daripada blog ust Suhaimi: zadud-duat.blogspot.com)



Bagaimanakah cara terbaik menyambut ketibaan bulan yang mulia ini? Hal ini supaya seorang muslim itu tidak leka di dalam musim beramal ini dan semoga dia termasuk orang yang berlumba-lumba dan bersaing di dalam beramal ibadah di dalam bulan ini. Firman Allah: Maka hendaklah berlomba-lomba orang yang berlomba-lomba”. (Al-Mutaffifin: 26)

Seorang muslim sewajarnya menyambut Ramadhan dengan melakukan perkara berikut:

1.Berdoa supaya Allah menyampaikan anda ke bulan Ramadhan dalam keadaan yang sihat sejahtera supaya giat dan cergas beribadah kepada Allah; berpuasa, qiam, zikir. 

Dari Anas bin Malik r.a berkata: “Nabi saw apabila tiba bulan Rejab baginda akan berdoa: “ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. (Ahmad dan Tabrani)

Para Salafussoleh berdoa kepada Allah supaya mempertemukan mereka ke bulan Ramadhan, kemudian berdoa supaya mereka dapat menyambut Ramadhan. Apabila kelihatan anak bulan Ramadhan mereka bergegas berdoa dengan berkata: “Allah Maha Besar, Ya Allah anugerahilah kami keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Limpahkanlah kami taufik seperti yang Engkau sukai dan redhai, Tuhanku dan TuhanMu adalah Allah”. (Termizi, Darimi dan disahihkan oleh Ibn Hibban)

2. Panjatkan pujian dan syukur kerana mempertemukannya kepada Ramadhan

Menurut Imam Nawawi Rahimahullah di dalam Kitab Al-Azkar: “Ketahuilah bahawa Allah sangat menyukai orang yang apabila memperolehi nikmat yang zahir dan mengelakkan daripada terkena sesuatu kecelakaan yang zahir dia akan bersujud dan memuji-muji Allah kerana syukur kepadaNya”.

Di antara nikmat yang paling besar yang Allah kurniakan kepada hamba ialah taufik dan hidayah untuk melakukan ketaatan dan ibadah. Justeru suatu nikmat yang besar apabila seorang tiba bulan Ramadhan dalam keadaan kesihatan yang baik. Dengan itu sewajarnya dia bersyukur dan memuji Allah sebagai pemberi nikmat  dan kelebihan kepadanya. Berilah pujian sebanyak-banyaknya sepertimana yang patut dilakukan kepada Allah SWT yang memiliki keagungan dan ketinggian kekuasaan.

3. Bergembira dan suka dengan kedatangan Ramadhan. 

Satu riwayat yang sahih dari Rasulullah saw, bahwa baginda akan menggembirakan para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan sambil bersabda:“Telah datang bulan Ramadhan, bulan yang pernah keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, di bulan ini dibuka pintu syurga dan ditutup pintu  neraka”. (Ahmad)

Para Salafussoleh yang terdiri dari para Sahabat dan Tabien sangat memberi perhatian dengan kedatangan bulan Ramadhan serta bergembira dengan ketibaannya kerana mereka gembira menerima berita yang paling besar tentang hampirnya bulan Ramadhan yang merupakan musim ibadat dan turunnya rahmat.

4. Berazam dan merancang aktiviti supaya dapat mengambil manfaat dari Ramadhan.

 Apa yang menyedihkan ramai orang termasuk orang yang beragama merancang dengan teliti tentang urusan dunia, tetapi tidak ramai yang berbuat demikian dalam urusan akhirat. Ini disebabkan tiada kesedaran tentang tugas dan tanggungjwab mukmin di dalam kehidupan ini, lupa atau leka bahawa seorang muslim memperolehi peluang yang banyak bersama Allah dan temu janji penting untuk mendidik jiwanya sehingga teguh di atas urusan ini. Di antara contoh rancangan kepada akhirat ialah, rancangan untuk memenuhi Ramadhan dengan ketaatan dan ibadah. Justeru seorang muslim hemdaklah menentukan agenda atau program praktikal untuk memenuhi siang dan malam Ramadhan dengan ibadah kepada Allah. Pesanan yang anda tatap ini membantu anda untuk memenuhi Ramdhan dengan ibadah dan ketaatan kepada Allah. Insya Allah.  

5. Menyematkan tekad dan azam yang teguh untuk memenuhi dan memaksimakan masa di bulan Ramadhan dengan amalan soleh

Oleh itu orang yang benar dengan keimanan kepada Allah pastilah Allah akan menolong dan memudahkan untuknya berada di jalan yang baik. Firman Allah: “Padahal jika mereka benar-benar (beriman) kepada Allah, pastilah yang demikian itu lebih baik baginya”. (Muhammad: 21)

6. Berilmu pengetahuan tentang hukum-hakam Ramadhan kerana seorang mukmin yang menyembah Allah wajib mempunyai pengetahuan dan tidak dibenarkan sama sekali jahil tentang perkara-perkara fadhu yang telah Allah wajibkan ke atas hambaNya.

 Oleh itu tentang puasa Ramadhan, seorang muslim sewajarnya mempelajari permasalahan dan hukum puasa supaya ibadah puasanya betul dan diterima Allah. Firman Allah: “Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu jika kamu tidak mengetahui”. (Al-Anbiya’: 7)  

7. Kita hendaklah menyambut ketibaan Ramdhan dengan azam untuk meninggalkan noda dan dosa serta bertaubat dengan sebenar-benarnya daripada semua keburukan, menyesal dan tidak mengulanginya semula

Ramadhan adalah bulan taubat. Justeru jika tidak bertaubat pada bulan ini bila lagi mahu bertaubat? Firman Allah: “Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung”. (An-Nur: 31)

8. Mempersiapkan jiwa dan ruh melalui pembacaan dan ulangkaji ke atas buku, artikel dan mendengar kaset dan cd ceramah agama berkenaan fadilat dan hukum-hakam puasa sehingga jiwa benar-benar bersedia untuk melakukan ketaatan dan ibadah. 

Nabi saw ketika mempersiapkan jiwa para sahabatnya untuk merebut kelebihan bulan ini dengan telah berpesan semasa di penghujung Sya’ban: “Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan..” (Ahmad dan Nasai)


9. Bersedia dengan sebaik-baiknya untuk gerak kerja dakwah:

-          Menyampaikan beberapa pesanan dan tazkirah dengan pengisian yang baik di masjid dan surau tempatan.
-          Mengedarkan risalah dan buletin ringkas yang berkaitan Ramadhan kepada para jemaah dan penduduk tempatan
-          Menyediakan hadiah Ramadhan sekadar kemampuan anda dan yang bersesuaian seperti hadiah cd, buku, majalah dan sebagainya. Tulislah ini adalah hadiah Ramadhan.
-          Mengingati orang miskin dan fakir dan sentiasa bersedekah dan berzakat kepada mereka.  

10.       menyambut Ramadhan dengan membuka lembaran putih dan bersinar bersama:
-          Allah dengan bertaubat
-          Rasul saw dengan mentaati apa yang diperintahkan dan menjauhi apa yang dilarang dan ditegah
-          Ibubapa, jiran tetangga, kaum kerabat, suami isteri, anak-anak dengan berbuat baik dan menghubungkan silaturrahim.
-          Masyarakat yang anda hidup bersamanya dengan menjadi hamba yang soleh dan berguna.  Sabda nabi saw: “Sebaik-baik manusia ialah yang paling berguna kepada manusia (masyarakat)”.



Demikian langkah yang diambil oleh seorang muslim semasa menyambut ramadhan seakan-akan seperti bumi yang kemarau menantikan hujan, pesakit yang menantikan kedatangan doktor yang akan merawat dan kekasih yang menanti kedatangan kekasih yang berjauhan.

Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.



Sabtu, 23 Julai 2011

sambal gesek

23072011

Anda biasa dengar sambal gesek? Sambal orang malas sebab senang sangat nak menyediakannya. Very simple. Hanya perlukan cili api. Cili itu di tumbukmenggunakan lesung batu. Ikut suka sama ada mahu hancur atau separuh lumat cili tersebut. Maka jadilah sambal .
Ambil  isi durian (durian masak, jangan yang muda) yang telah dilenyek. Ambil sambal dan isi durian yang diletakan dalam piring dan ia sudah boleh untuk dihidangkan. Senang bukan?

ni dia Sambal gesek
Nampak tu dua ulas durian dan cili api yang ditumbuk
(Maaf, masa tengah makan teringat nak snap hehhe)
wow, penambah selera tu


apa ke benda ni

23072011

Apa ke benda alah kat batu angin tu.
 Kucing? 
Apa ke jadahnya dia dok kat situ. 
Musykil musykil.
 Oklah kalau anda bijak bistari,
 cobak terkak heheheh (ada aku kisah?)

Jumaat, 22 Julai 2011

potluck la pulak


22072011

Akhirnya hari ini terlaksana juga aktiviti makan-makan yang selama ini tertangguh. Tahun lepas acara makan-makan ini di buat agak kerap  secara bergilir antara jabatan. Tidak tahu silap di mana, acara makan-makan ini sepi dan dingin ada tahun ini. Dengan usaha yang gigih di kalangan anggota kerja, aktiviti ini berjaya dilaksanakan. Pelbagai menu disediakan untuk menjamu 100 orang anggota kerja di mana majlis bermula dengan bacaan yassin, tazkirah dan di akhiri dengan program Potluck.





Khamis, 21 Julai 2011

Kek hari lahir


21072011

kek harijadi di hari ulang tahun kelahiran ku 


Rabu, 20 Julai 2011

Pesta Durian

20072011
Hari ini seluruh warga maktab telah dijamu dengan durian dalam Program Pesta Durian. Hampir seribu biji durian daripada Kg Melayu Raya dihidangkan untuk semua pelajar, guru-guru, staf dan pekerja swasta. Waduh, masing-masing tersenyum lebar menikmati durian yang mongel, gebu, mulus dan tiada yang dpat menggambarkan kegumbiraan mereka.Maklumlah dapat makan durian free. Namun aku? sendiri mahu ingat. Makaknya aku Purak-purak menembaklah. Fuhyooo, ckgu guna tablet......berposing sakan mereka. Bila melihat mereka makan begitu meriah aku pun merasa seulas durian. wow, ..... ambil lagi seulas. hehhe. Namun 2 ulas durian membuatkan aku derita sengal-sengal lutut.



Meriah sungguh mereka menikmati durian-durian segar dari Kg.Melayu Raya, Pontian. Mereka bebas makan di mana-mana ikut suka, mengikut Homeroom masing-masing. Ini satu lagi kenangan manis warga menikmati musim durian tahun ini.

Selasa, 19 Julai 2011

hepi besday ATuk

19072011

Pagi-pagi lagi seawal 6.30 pagi aku memandu ke Kuala Lumpur atas urusan rasmi  yang di adakan di Dewan Perdana FELDA (DPF) yang akan berlangsung pada pukul 2.00 petang. Aku keluar awal kerana menghantar barang-barang keperluan anak-anak ku di Puchong Prima. Setelah selesai di Puchong Prima aku memandu ke DPF. Aku sampai di area Jalan Gurney pukul 12.00 tengah hari. Kerana tidak berapa biasa dengan area  area  ini aku banyak tersalah jalan walaupun dipandu oleh GPS aku yang kadang kala buat hal. Lantas aku teringat dengan ATuk dan menelefonnya untuk mendapatkan bantuan (SOS). Kebetulan aku tahu atuk bekerja di area sini.  Alhamdulillah, Atuk berjaya memandu aku keluar dan aku terus ke Pejabat atuk.

Dari jauh aku nampak Atuk sudah menunggu aku di Pintu Pagar Pejabatnya dan kami terus ke Kafeteria untuk menjamu selera tengah hari.Memang time lunch apa lagi. Membujur lalu melintang patah..

Sambail makan dan bersembang ....... baru aku perasan yang hari ini adalah hari kelahiran Atuk. SubhanaALlah. Walaupn malam tadi aku dah wish kat FB atuk, namun aku terlupa pulak. Jadi tak ada hadiah untuk atuk. Nak saya belanja makan, atuk dah siap bayar, dia kata aku tamu, tamu mesti di jamu. huhuhu


Selamat Hari Lahir Atuk, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di dalam keberkatan dan perlindungan Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...