Isnin, 10 Oktober 2011

ten ten eleven

101011
Wow, cantik juga tarikh ini. Boleh tarikh nikah tu. Oklah hari ni nak paparkan gambar-gambar konvokesyen putera dua az di UIA Gombak semalam. Dia di anugerahkan Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi. Sekarang sedang menjalani penyelidikan di Kulim Kedah di samping meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana. Semoga dia berjaya. Amin

sib baek ada mak tolong betulkan
apa laei tu
mak kamu x datang ke
nenek pun ikut
perarakan graduan
wow ramainya graduan 
sedang menunggu majlis berlangsung
kamera x ada zoom, gini pun jadi
Jambangan bunga drpd nenek

kenangan di CAC
'
Selamat Tinggal UIA, jumpa lagi 2014


Ahad, 9 Oktober 2011

konvo uia gombak

Pagi ini menyaksikan anak bujang az menjadi graduan uia. Menerima skrol drpd timbalan menteri pengajian tinggi. Kebetulan mendapat tahu anak cikgu sonata juga berada di dewan yang sama.
Published with Blogger-droid v1.7.3

konvo uia gombak

Published with Blogger-droid v1.7.3

Khamis, 6 Oktober 2011

Bertemu kembali

061011

Lebih 30 hari aku menyepi. Aku gagal untuk berkarya. Kesibukan tugas harian menyebabkan aku lupa dengannya. Sesekali aku meninjau namun aku tidak bernafsu untuk mengetuk keyboard mempersembahkan rutin harianku ini. Terima kasih kepada pengunjung setia yang menjengah sekali sekali. Data menunjukkan ada pengunjung yang mengunjungi rumahku ini.

Pelancungan Koperasi Sekolah (PKS) adalah satu aktiviti anjuran Angkatan Koperasi Negara (ANGKASA) yang telah diperkenalkan oleh Prof Ungku Aziz di awal kurun ke 21. Program ini melibatkan dua buah koperasi sekolah yang bertindak sebagai Hos dan Tamu. Hos akan melayan tetamu yang datang berkunjung dengan membawa tema yang ditentukan oleh puhak ANGKASA. Negeri Johor mempunyai tema IBU ZAIN, Melaka dengan tema Munsyi Abdullah, Negeri Sembilan menonjolkan Pendita Zaaba dan sebagainya. 

Buat julung kalinya Koperasi sekolah kami menganjurkan program ini dengan membawa Koperasi SMK Layang-Layang Kiri Parit Berhad dengan 41 anggotanya yang diketuai oleh gurunya En. Mohd Junus pada 30 September hingga 2 Oktober. Kami menyambut kedatangan rombongan tamu pada pukul 1 pagi 1 Oktober kerana terdapat sedikit kesulitan di perjalanan menyebabkan rombongan ini tersasar jauh daripada masa yang telah ditentukan. Alhamdulillah, tamu kami selamat sampai bertandang di Pontian, Daerah Penghujung Tanah Besar Asia dengan tarikan pelancung di Taman Negara Tg. Piai.

Se awal pagi tamu di bawa bersarapan di Restoran Bilal Kukup dengan menu nasi lemak, meehoon goreng dan air kopi dan teh. Seterusnya tamu di bawa mendengar taklimat Taman Negara Tg Piai dan seterusnya di bawa menyelusuri paya hutan bakau di Taman Negara Tg. Piai. Tamu menghabiskan masa hampir dua jam di Taman Negara ini sbelum di bawa menikmati makan tengah hari di Restoran Bilal Kukup.

antara bilik asrama sebagai tempat penginapan tamu

Hos siap menunggu untuk pendaftran tamu
Hos sedang menunggu kedatangan tamu yang agak kelewatan
Mercu Tanda Taman Negara Tg Piai

Taklimat
Pegawai TNTP sedang memberikan taklimat
Mercu lokasi paling selatan Tanah Besar Asia T




Jom, kita makan dulu.


Selasa, 30 Ogos 2011

?

Published with Blogger-droid v1.7.3

selamat hariraya aidilfitri

hari ini hari raya aidilfitri.
saya mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada sema pembaca chhm.
saya memohon ampun dan maaf atas segala ketelanjuran sama ada disedari atau tidak semasa az mengendalikan chhm.
semoga allah menerima amalan tuan puan dan juga amalan saya.
selamat hari raya dan hari kemerdekaan malaysia ke 54
Published with Blogger-droid v1.7.3

Ahad, 28 Ogos 2011

28082011

Hanya tinggal satu hari sahaja bulan Ramadan akan menghilangkan dirinya dan malam ini adalah malam terakhir kita mengerjakan solat sunat Tarawikh. Semoga amalan kita disepanjang bulan ini  diterima ALlah. Bersama-sama ini, aku  melampirkan hajat sabahatku yang dipetik daripada emelku.Au berasa terpanggil untuk menghebahkannya satu dunia tentang perkara ini.


Assalamu'alaikum,

Kepada yang berhajat untuk berwaqaf untuk Pembangunan, Pendidikan & Dakwah Yayasan Sofa dengan membeli sijil waqaf yang bernilai RM50 setiap satu (contoh seperti attachment) boleh menghubungi saya menerusi email     shiidenu@gmail.com     atau di talian 0122098979.

Maklumat lanjut berkenaan Yayasan Sofa boleh didapati dihttp://yayasansofa.com 

Jika ada individu atau syarikat yang ingin berwaqaf dengan nilai yang lebih besar juga adalah amat dialu-alukan. Sijil, surat atau resit waqaf akan dikeluarkan dengan nilai yang sama dengan sumbangan :-)

Segala sumbangan kepada Yayasan Sofa layak mendapat pengecualian cukai LHDN.
Ps: Mohon dipanjangkan kepada sahabat2 yang lain 

Sekian, terima kasih.



shiidenu@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...