Jumaat, 27 April 2012

Salam Hari Jumaat

27042012

Berjumpa lagi di Hari Jumaat, Penghulu segala Hari. Terlalu deras masa berlalu dan kini tiba di Hari Jumaat Terakhir Bulan April. Sesungguhnya masa tidak menunggu sesiapa. Sesungguhnya manusia sentiasa merugi kecuali mereka yang sering ingat mengingati dan pesan berpesanan. Allah maha Besar. KepadaNya sahaja tempat kita menyembah dan kepadaNya sahaja tempat kita meminta pertolongan.

Mari kita amati pesan Ustaz Mohd Khazim yang telah menjadi fenomena seiring dengan Ustaz Azhar Idrus yang dititip begini


                   Sifat orang yang mengenali Allah ada enam:
                   jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; 
                   jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri;
                   jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar;
                  jika ingin bermaksiat, ia menahan diri;
                  jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan
                 jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.


Adakah kita dapat memenuhi ke enam-enam sifat itu? Manakah antara sifat tersebut menjadi cabaran yang maha hebat hingga tidak berdaya melawannya???? Marilah kita cuba memenuhinya.



Jumaat, 20 April 2012

Apa Khabar

20042012


Assalamualaikum wbt kepada semua 
 Salam sejahtera di Pagi Jumaat yang mulia 
Penghulu kepada segala hari yang ada
untuk kita semua

 Semoga kita berada dalam keberkatan
dan
 perlindungan yang Maha Esa.

   Allah sahaja tempat  kita menyembah
  Allah sahaja sahaja tempat kita meminta pertolongan.
 Semoga kehidupan sentiasa ceria di samping keluarga tercinta.

Marilah sama-sama kita memantapkan keimanan kita.
Iman kita sering turun naik 
Sekejap berada di atas
sekejap berada di bawah
kerana kita manusia
yang sering digoda syaitan
yang datang daripada kiri
yang datang daripada kanan
yang datang daripada depan
yang datang dariipada belakang

cuma
jangan lupa
ada pendindingnya
kerana
syaitan tidak datang daripada atas
syaitan tidak datang daripada bawah

oleh itu
sama-samalah kita berserah kepada Allah
meminta segalanya daripada Allah
juteru Alquran dan  Sunnah Nabi Muhammad Saw
menjadi pegangan dan landasan kita.
Allahu Akbar.

Jumaat, 13 April 2012

STOP! JANGAN KELUAR RUMAH, KECUALI...

13042012


Salam Jumaat. Penghuku segala hari yang penuh dengan kemuliaan. Mari kita hayati bingkisan yang menerjah ke kotak emel daripada MutiaraSempurna.com  yang difikirkan elok sekali untuk dikongsi bersama.

Berapa kali anda dalam sehari keluar rumah? Sadarkah anda bahwa “kecelakaan dan kemaksiatan” lebih besar peluangnya terjadi diluar rumah? Mari kita lihat: orang tertabrak motor, menabrak mobil, kena copet, dimarahi atasan, marah pada orang lain, dipukul orang, selingkuh, korupsi… dll semua terjadi di luar rumah bukan?


Karena itu, agar lebih aman anda jangan keluar rumah, kecuali mengikuti anjuran Rasulullah SAW yang tertuang dalam hadits sbb:
“Apabila seseorang keluar dari rumahnya dan berdoa Bismillaahitawakkaltu alallaah la haula walaa quwwata illa billaah (dengan nama Allah, aku bertawakal kepada-Nya, tiada upaya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya), niscaya akan dikatakan kepadanya, “Cukup bagimu, engkau telah diberi petunjuk dan dilindungi.” Syetanpun akan menjauh darinya” (HR Tirmidzi).

Dalam riwayat lain: “Maka pada saati itu dikatakan kepadanya, ”Anda telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungi.” Maka akan menjauhlah syetan darinya, dan syetan yang lain akan berkata “Bagaimana engkau dapat menggelincirkan seseorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungi?” (HR Nasai, Ibnu Hibban dan Abu Daud).


         
  Tuan/puan
mengingat hikmahnya yang luar biasa, mari biasakan selalu membaca doa tersebut setiap kali kita keluar rumah, walu hanya untuk membeli kerupuk di warung sebelah.



Khamis, 12 April 2012

Air Menari mengikut Irama lagu

12042012

Kita biasa melihat air pancut. Di mana-mana landskap kelihatan air pancut mencantikkan lagi persekitaran. Menambahkan lagi gah persekitaran tersebut. Menenangkan perasaan pengunjung dan kadangkala begitu mengasyikkan. Air pancut   akan menjadian perhatian ramai justeru   pelbagai pancutan yang kelihatan. Kalau zaman doulu doulu hanya ringkas, asalkan terpancut sudah kira ok. Di Dataran Lang, Langkawi air pancut seolah olah seperti pancutan sper$a yang melekakan   dan pelbagai lagi.

Semalam aku melihat satu lagi keunikan air pancut. Air ini tidak memancut daripada bawah tetapi memancut  daripada atas dan paling menarik ia memancut  mengikut alunan muzik yang begitu mengkagumkan dan  mempersonakan pengunjung> Tentunya pengunjung  tidak akan melepaskan peluang menikmatinya. Ia terletak di Resort World Center, Sentosa, Singapura.





..........maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa)nya dan mereka melukai (jari) tangannya ..... (QS Yusuf :12:31)


Ahad, 8 April 2012

diabetis mellitus

08042012


Kencing manis atau diabetis - pembunuh senyap, pembunuh secara perlahan lahan. Penyakit ini tidak merasakan kesakitan kepada pengidapnya namun secara perlahan akan  menyebabkan kepada penyakit yang lain tanpa disedari. Di namakan sebagai kompilkasi kencing manis apabila ia menyerang sistem imunisasi yang lain dengan menyebabkan kepada penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan kerosakan buah pinggang sekiranya tidak dikawal.

Ubat-ubat doktor hanya melambatkan komplikasi tersebut, lambat laun ia menyebabkan juga kepada penyakit tersebut yang lebih terkenal dengan pakej penuh apabila pesakit mengidapi ke empat-empat penyakit tersebut.

Lazimnya diabetis terjadi apabila pankrias tidak dapat mebekalkan insulin kepada badan dan menyebabkan tenaga tidak dapat disalurkan kepada badan.  Insulin ialah sejenis hormon yang dikeluarkan organ pankreas yang terletak di belakang perut.

Apabila perut menerima makanan ia akan dihadam di dalam perut  yang memerlukan insulin menukarkan makanan tadi (karbohaiderat dll) kepada gula glukosa. Glukosa ini akan diserap ke dalam saluran darah di dalam badan dan menjadikan kita bertenaga.

Bermakna  kepada orang normal   insulin  yang dikeluarkan oleh pankreas akan membantu glukosa menjadi tenaga. Kepada pesakit diabetis, kekurangan insulin menyebabkan glukosa terlarut begitu sahaja dan dikeluarkan melalui air kencing. Bermakna pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin dengan berkesan untuk mengeluarkan glukos memasuki sel sel badan dan terkumpul ke dalam darah yang menyebakan paras gula dalam darah meningkat tinggi dan melimpah ke dalam air kencing




Ringkasnya apabila berlaku kerosakan kepada pankreas, insulin tidak dapat dikeluarkan dan menyebabkan glukosa tidak dapat dibekalkan kepada tenaga. Itulah sebab mengapa pesakit kencing manis selalu dalam kelesuan yang tidak bertenaga. Badan den ni lotih yer. selogho adoooo. huhuhu - sendiri mahu ingat

Kurangkan gula dalam makanan dan tambahkannya dalam senyuman
Jangan bilang apa apa - hanya senyum

Sabtu, 7 April 2012

ala mucuk mucuk

07042012

Bila rindu ku sebut nama mu. 
bila nak  datang melepaskan rindu ni
oooo cucu atok
asal rindu ingat cucu
asal cucu rindu
 kui kui kui
chakkkk!!!!
kekekkeke

penat lah.

wa titon lulu 

Jumaat, 6 April 2012

Sejenak di Putera Jaya

06042012

Minggu lepas aku sempat ke Putera Jaya untuk menikmati keindahan malam di Wilayah Persekutuan ini. Amat mengansyikkan sekali apabila aku terpandang Jambatan Putera Jaya di Pinggir Tasik Putera Jaya. Begitu asyik aku melihat lampu berwarna yang bertukar warna daripada biru ke hijau dan merah berulang ulang kali yang menerangi jambatan ini . Subhana Allah. Aku sempat merakam warna-warna biru dan hijau sahaja kerna warna merah nya kurang menjadi.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...