Isnin, 24 September 2012

cirit birit

240912

Hari ini aku hanya berehat kerana cirit birit. ( http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=164) Ia bermula pada malam semalam dengan rasa nak demam namun aku bertahan tidak mahu mengambil paracetaamol. Selepas Solat Isyak aku merekatkan diri diperbaringan dan kira pukul 12.00 sesuatu terasa di kerongkongku. Terasa loya yang amat sangat dan aku meluru ke bilik air dan tersembur lah dari mulut ku muntah yang amat banyak sekali. Segala apa yang aku makan pasa siang hari dikeluarkan semula dan insiden ini berlarut sehingga 3 kali muntah. Terasa sedikit kelegaan dan membolehkan aku tidur sehingga ke pagi.

Namun selepas Solat Subuh satu lagi fenomena usus yang berlaku di mana aku mula mengalmi cirit birit. Hampir setiap 10 minit  aku ke bilik air dan badanku terasa lemah sekali. Aku gagahi juga ke pejabat pada waktu pagi dan bertugas seperti biasa namun ususku tidak menunjukan rasa untuk pulih dan aku mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Ayer Baloi.

Kerana lambat ke klinik, ruang menunggu di klinik itu telah dipenuhi pesakit yang sedang menunggu giliran.. Sesudah mendaftar hampir 3 kali aku ke bilik air dengan kesakitan yang amat sangat memaksa aku memohon kerjasama jururawat untuk mempercepatkan giliran aku. Mungkin rasa kesihan melihat aku yang keakitan jururawat meminta aku ke ruang menunggu di bikik persediaan. Aku diberikan katil pesakit dan berehat di atasnya. Terasa lega apabila diperbaringan. Terima kasih jurawat yang baik hati. Sempat juga aku melelapkan mata sekita apabila aku dikejutkan oleh Pembantu Hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ketika sesi rawatan pembantu hospital yang peramah menerangkan aku geja;an cirit birit di mana ia adalah proses mebuang toksin di dalam badan akibat keracunan makanan dan ia memberikakan aku 4 jenis ubat untuk aku consume.

Aku diberikan cuti sakit sehari untuk berehat di rumah. Aku berehat sahaja di katil ku berseorangan tanpa perhatian isteri yang y=berada jauh di Melaka yang terpaksa menjaga anak-anak buah aku yang kedua ibubapanya menunaikan fardu haji selama 46 hari. huhuhu.

Waktu tengah hari aku tidak menjamah makanan kerana tiada apa yang boleh aku makan cuma mengambil 2 keping roti wholemeal sebagai alas perut. Seleraku juga terbantut. Tidur dan tidur sehingga pukul waktu  asar.

Malam ini aku terasa loya semula dan aku  memikirkan untuk berjumpa doktor semula sekiranya keadaan memaksa. Semoga penderitaan aku ini tidak berpanjangan dan berdoa agar Allah menyembuhkannya.


Ahad, 23 September 2012

bERCINTA HINGGA SYURGA

230912

Hari ini aku mendapat undangan perkahwinan anak sulung dua pupu/kawan baikku  di Taman Pinggiran Golf, Seremban. Taman ini betul-betul di belakang Stadium Paroi. Se awal 6.30 pagi aku telah berangkat daripada Pontian ke destinasi yang dituju. Sebelum itu aku singgah mengambil Isteri di Melaka dan Ibuku di Rembau. Aku sampai di lokasi tepat jam 12.00 tengah hari.

Ketika itu tetamu belum begitu ramai mungkin kemah yang disediakan kira-kira 15 unit menjadikan suasana agak selesa. Aku menghabiskan masa hampir 1 setengah jam di sini disamping beramah mesra dengan saudara mara yang datang. Aku terpaksa balik awal kerana masih ada urusan yang perlu diselesaikan.

Memang dahsyat jem giler semasa keberangkatan balik kerana tetamu yang semakin ramai. Apakan tidaknya, di kejiranan ini terdapat 3 majlis perkawinan yang dijalankan serentak. Namun alhamdulillah dengan batuan pakcik-pakcik rela, terafik dapat dialirkan dengan agak lancar.

 Tempat Raja Sahari bersantai - simple but need
 Hidangan Pengantin tersedia menanti untuk dinikmati oleh kedua mempelai
 tu dia pelok cium untuk ibuku
 Bersama datuk pengantin
Ibuku bersama anak dan menantunya


Sabtu, 22 September 2012

Apa yang tinggal?

220912

Rentetan berita kematian rakan sekerja semalam, aku ingin berkongsi sedikit sebagai ingatan kepada diriku sendiri. Sesunguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang sering ingat mengingati dan pesan berpesanan.

Apabila mati seseorang anak Adam  maka hilanglah segalanya daripada kehidupannya  di maya ini. Terputuslah segalanya apa yang dimiliki sebelum ini di dunia yang fana' ini kecuali 3 perkara iaitu:-

1. Anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan ibu bapanya
2. Ilmu yang bermanfaat semasa hidupnya dan
3. Amal jariah yang dilakukan semasa kehidupannya.

Selain daripada 3 perkara tersebut, akan hilang bersama-sama dengan kematiannya. Perbidalan menyatakan, Orang yang meninggal dunia ibarat kapal yang belayar ke tengah lautan. Semakin ke tengah, kapal itu semakin kecil dan akhirnya hilang dari pandangan. Begitulah dengan kematian seseorang itu akan dilupai dari hari ke hari. Nasib baik ada hari raya  yang menjadi kebiasaan kepada masyarakat Melayu menziarahi sanak saudara mereka. Seolah-olah serti ada keramaian dengan baju beranika warna menziarahi kubur . Aku teringat semasa aku di Bakri Muar, masyarakat Melayu Muar akan ke tanah perkuburan pada setiap pagi Jumaat. Kebetulan ketika itu Johor mewartakan hari Jumaat adalah hari cuti mingguan. Keadaan ini hanya berlaku di Tanah Perkuburan Batu 6, Jalan Bakri,  Muar. Tanah perkuburan ini tersusun rapi dan bersih kerana di jaga dengan baik sekali.



Semoga dengan coretan ini aku akan terus mengingati arwah arwah yang telah mendahului aku terutamanya ayahku, ibu dan bapa saudaraku,  adik-adik dan kakakku, guru-guruku juga seluruh umat Islam yang aku doakan kesejahteraan mereka setiap kali lepas solat waktu.

Jumaat, 21 September 2012

Kematian

210912

Diam tak diam, hampir sebulan Blog Ceriakan Hari-hariMu tidak dikemaskini. Aku tidak mengerti mengapa aku tiada nafsu keinginan untuk mengemaskininya. Mungkin aku tiada idea lagi untuk menulis barangkali atau kesibokan masa mengekang aku merealisasikan coretan di maya ini.

Pagi tadi aku dikejutkan dengan SMS daripada kawan aku di Batu Pahat menyatakan bahawa seorang rakan kami telah meninggal dunia pada malam tadi (20 Sep 2012). Aku mengetahui kawan ku ini mempunyai penyakit kencing manis namun beliau mati tiada kaitan dengan kencing manis tetapi mati secara mengejut. Maksudnya rakan ku ini sihat sihat sahaja namun Allah lebih menyayanginya. Aku tidak sempat menziarahi jenazah kerana mempunyai tugas di luar kawasan.

Kawan ku ini seorang yang periang dan happy go lucky. Baginya tiada masalah dalam hidup ini. Hidup mana yang tidak bermasalah katanya. Kita mesti pandai mengatasi masalah tersebut. Kita yang buat dia katanya. Beliau seorang guru yang penyayang dan amat di sukai oleh anak-anak muridnya. Hidupnya begitu simple dan bersahaja. Beliau mempunyai anak yang agak ramai rasanya cukup untuk satu pasukan bola sepak siap dengan pemain simpanannya sekali.

Beliau bersara bersara beberapa tahun yang lalu di Batu Pahat dan terus menetap di Batu Pahat (Taman Sri Sulong) di mana rumahnya tidak sampai 5 km daripada sekolah tempat kami mengajar. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang diredaiNya. Al Fatihah.




Khamis, 23 Ogos 2012

Hepi Besday & kongrat


230812

Selamat hari ulang tahun ke -3 kepada coretan Ceriakan Hari-hari Mu. Semoga pengarangnya dapat terus bertahan dalam saat-saat ketidaksempatan untuk mengemaskininya kerana pelbagai kekangan yang tidak dapat diselesaikan. Pernah satu ketika CHHM tidak muncul  hampir 3 bulan kerana aku tiada kekuatan untuk menerbitkannya.  Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk meneruskannya. Kini tahun ke 3 aku menguruskan blog ini dengan suntikan semangat daripada rakan-rakan yang setia memberikan sokongan walupun mereka kini hilang satu persatu di medan maya blog ini. Tidak mengapa akan aku teruskan juga walaupun mereka tiada lagi.

Di saat kesempatan ini aku mengucapkan tidak terhingga kepada mamaju (wanita dikaki langit / http://wanitaberkakilangit.blogspot.com/) yang sentiasa memberikan kata semangat agar aku meneruskan ceritera aku ini. Begitu juga dengan Afeez (aku menulis untuk diriku sendiri /http://imwritingformyself.blogspot.com/ ) dan yang lain-lain seperti atuk baik, hj rosli, Kak Sidah. Kak Nab, Shami2, Rezeki , Sonata Anak Kancil serta mereka yang lain-lain yang tidak dapat aku senaraikan di sini yang  sentiasa memberikan sokongan dan dorongan untuk menulis dengan melawat aku di di CHHM. Juga tidak dilupakan kepada pendorong utama aku menerbitkan CHHM iaitu Sdr CL dan Hj Arshad yang mana sumber pengunjung CHHM yang banyak melalui blog mereka itu http://manzlie-makkah.blogspot.com/ dan http://hajiarshad.blogspot.com/. Semoga kalian berdua diberkati Allah swt.


Selamat Hari ulang tahun kepada Ceriakan Hari-hariMu di dzairoy.blogspot.com


Inilah rupa CHHM buat pertama kalinya dihasilkan pada 23/8/2009


Rabu, 22 Ogos 2012

Selamat Hariraya

220812




Tidak terlambat aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada pembaca CHHM sekalian walaupun hari ini adalah Hari Raya Idilfitri yeng ke-4. Semoga Allah meberkati hidup kalian dengan mendapat perlepasan daripada azab api neraka, perlepasan daripada azab kubur, perlepasan daripada fitnah manusia dan fitnah dajal.

Taqabalallahu minna wa minkum,
ja’alanallahu wa iyyakum minal aidin wal faizin. Amin.

Semoga Allah menerima seluruh ibadah kita
Semoga Allah menjadikan kita orang yang kembali suci
dan orang yang memperoleh kemenangan. Amin


Maaf zahir dan batin daripada ayah zain sekeluarga

Isnin, 13 Ogos 2012

Malam Lailatul Qadar

130812

Begitu pantas masa berlalu dan meninggalkan kita tanpa disadari. Sesungguhnya masa (waktu) tidak menunggu sesiapa. Masa datang dan berlalu. Singgah seketika dan menjadi sejarah dalam lipatan masa. Allah telah bersumpah, demi masa, sesungguhnya manusia itu  dalam kerugian kecuali kepada mereka yang beriman dan beramal soleh yang  yang suka  berpesan kepada kebanaran dan kesabaran. Begitu juga dengan aku yang ditinggalkan oleh masa tanpa dapat mengemaskini rumahku ini hampir sebulan lantaran tidak pandai atau cuai dalam  menguruskan masa. Maka masa  berlalu terus berlalu  meninggalkan aku di rumah yang tidak dikemaskini.

Hari ini sehari lagi telah  berlalu. Masa beredar begitu cepat dan besok akan masuk   hari ke 25 kita berpuasa di Bulan Ramadan. Sungguh tidak terasa berpuasa di Bulan Ramadan pada tahun ini. Tap tup tap tup,  tinggal 4 malam sahaja lagi kita dapat menunaikan Solat Tarawikh yang mana pada bulan-bulan biasa tidak ada orang melaklukan solat ini keculai di Bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Penghulu bagi segala bulan dan di dalamnya ada satu malam yang begitu bermakna dan bernilai seribu bulan atau  bersamaan 83 tahun. Malam yang  dipanggil Malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh berkah anugerah Allah kepada hambanya yang terpilih. Beruntunglah kepada mereka yang   bertemu dengan Malam Lailatul Qadar.

Dikesempatan ini aku ingin berkongsi tip yang aku dapat daripada facebook aku panduan atau cadangan untuk menemui Malam yang penuh berkat ini. Marilah kita cuba mendapatkannya. Dengan usaha yang ada dan Rahmat Allah kita akan berjaya.

kilik untuk paparan yang lebih jelas
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...