Selasa, 15 Oktober 2013

Selamat Hari Raya Korban

151013


Selamat Hari Raya Korban kepada semua pembaca Ceriakan hari-harimu. Saya meminta ampun dan maaf zahir batin atas segala keterlanjuran bahasa semasa mengendalikan CHHM dan semoga tuan/puan sekaian sentiasa di rahmati Allah SWT.

Hari Raya Korban adalah antara dua hari raya yang mulia anugerah Allah SWT kepada umat Muhammad SAW. Berbanding hari raya Aidilfitri, Takbir Hariraya akan berkumandang selama 4 hari iaitu bermula 10 Zulhijjah sehinggalah tergelincir matahari pada 13 Zulhijjah. hari Raya Korban dikenali juga sebagai Hari Raya Haji sempena kerja-kerja munasik Haji yang bermula dengan wukuf di Arafah pada saat tergelincirnya matahari pada 9 Zulhijjah, dikuti dengan bermalam di Muzdalifah dan diikuti dengan bermalam di Mina sehinggalah tergelicirnya matahari pada 13 Zulhijjah.

Antara amalan yang digalakkan semasa sambutan Hari Raya Korban ialah penyembelihan binatang ternakan seperti unta, Lembu, Kerbau dan Kambing. Acara korban ini adalah simbolik kepada penyembelihan Nabi Ismail yang telah digantikan dengan seekor kibas. Inilah satu pengorbanan seorang anak (Nabi Ismail) yang taat akan perintah Allah. Justeru kepada yang mampu berkorbanlah setiap tahun dengan menyembelih binatang ternakan yang sihat, gemok dan bebas cacat. Daging korban ini di agihkan kepada fakir miskin.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...