Terima kasih kerana singgah di

Ceriakan Hari-Hari Mu.



Ceria bermakna gembira. Kita harus bergembira tetapi mengikut batasan yang ditetapkan kerna ....(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri (QS57:23)http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Ahad, 31 Mac 2013

Ikan parang masak lemak kuning

31032013

Berakhirnya bulan Mac 2013 bermakna berakhirlah suku pertama tahun 2013. Begitu cepat masa berlalu sehinggakan aku tidak merasa melakukan apa-apa dalam blogku ini. Bukan saja tidak dikemaskini tetapi tidak dijengok sama sekali. Adakah blog ini akn berkubur tanpa batu nisan hanya masa sahaja yang akan menentukannya.

ikan parang masak lemak kuning

Jumaat, 1 Mac 2013

MRSM BATU PAHAT

010313

1 Mac 2002 saya mendaftar sebagai staf di MRSM Batu Pahat bersama sama dengan 11 orang yang lain sebagai pioneer di maktab ini. pelbagai suka duka kami harungi untuk membina maktab ini setanding dengan MRSM yang lain.justeru hari ini adalah sambutan hari lahir MRSM Batu Pahat yang je 11. Begitu cepat masa berlalu. Semoga MRSM Batu terus maju jaya sebagai wadah pembangunan insan di Malaysia.

Khamis, 28 Februari 2013

tiada apa apa

280213.
Hari terakhir bulan Februari 2013 namun aku gagal untuk mengemaskini blogku ini kerana  kesibokan atau aku tidak pandai menguruskan masa selepas bersara.  Selepas bersara sebulan yang lepas minatku untuk mengemaskininya seperti mati justeru tiada mada terkyang. Masa yang ada tidak cukup bagiku rupanya. Tidak mengapa aku akan cuba sebaik mungkin pada bulan Mac merealisasikan blog ini seperti biasa. Namuun aku tidak boleh berjanji justeru tiada keyakinan ke arah itu.

Selasa, 8 Januari 2013

Rumah Tinggal

080113


Hari ini, hari kedua aku tidak bekerja setelah lebih sebulan bercuti. Hari ini aku mempunyai masa sendiri. Aku mengurus diri sendiri setelah 31 tahun menguruskan orang lain anak-anak didik tersayang. Semoga kalian terus mencipta kejayaan sebagai warga negara Malaysia yang cemerlang dan gemilang.

Selepas solat subuh, aku meneruskan agenda 10 ribu langkah (10KL) yang telah 3 bulan aku amalkan dan semoga amalan ini terus berkekalan. Hari ini  badan terasa ringan setelah beberapa hari sakit pinggang, lengoh lengoh kaki. Mungkin kesan daripada ubatan herba yang baru aku amalkan sejak beberapa hari yang lalu. Alhamdulillah.

Seterusnya pukul 10 pagi aku menghubungi tukang cermin untuk membetulkan 'sliding door' rumah baru kepunyaan isterisku. Katanya hendak di buat rumah tinggal. Hehehehe, buruk juga bunyi terjemahan ini.  Selesai aktiviti ini aku menyambung kerja-kerja mengemaskan rumah tinggal ini dan kebetulan pekerja MBMB bertugas dan aku mengambil kesempatan memintan tolong untuk mengangkut/membuang tunggul-tunggul pisang yag sukar aku uruskan dahulu.  Alhamdulillah. Senang mata memandang setelah kerja-kerja pembersihan selesai.

Sebelah petang ada lagi kerja-kerja menbambah baik di rumah isteri aku, bukannya di dirumah tinggal tetapi di rumah sendiri. Ada saja isteri ku ini untuk menabah aktivitinya. Tidak mengapan layannnnn.


Sabtu, 22 Disember 2012

Solstis Musim Sejuk


080234 / 221212

Salam Sejahtera, salam ceria.

Hari ini 22 Disember 2012. Hari ini matahari berada tepat di Garisan Jadi. Garisan Jadi ialah Garisan 23½°S.
Apakah implikasinya kepada kejadian ini? Ia mengakibatkan  kawasan di Hemisfera Selatan mengalami musim Panas, siang lebih panjang drpd mlm dan kawasan  di Kutub Selatan mengalami siang 24 jam dan sebaliknya di Hemisfera Utara mengalami musim dingin, malam lebih panjang drpd siang dan Kutub Utara malam 24 jam. Sebab itulah juga Kejadian pada 22 Disember ini dikenali sebagai Solstis Musim Sejuk kerana negeri-negeri di HU mengalami musim sejuk. Pada hari ini juga matahari berada paling jauh di Hemisfera Selatan kerana selepas ini matahari akan bergerak semula ke Hemisfera Utara. Begitulah hebatnya ciptaan Allah. Marilah kita mengucap syukur kepada nikmat2nya yang tidak terhingga.


  Garisan Jadi.

Jumaat, 21 Disember 2012

10KL

070234 / 211212

Salam Ceria, Salam Jumaat. Penghulu segala Hari. Syukur kepada Allah yang memberi rahmat yang tidak terhingga. Pelbagai andaian berlaku pada hari ini, namun Allah maha kuasa pemberi rahmat kepada hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Alhamdulillah.


 Indah dan permai di laluan joging Bandar Tun Razak Kuala Lumpur
 Begitu besar anugerah Allah kepada hamba-hambaNya
Hidup mesti sihat !!!!

Khamis, 20 Disember 2012

Hatinya Kembang Berbunga

060234 / 201212

Secara kebetulan petang semalam (19/12/12) kami sempat memziarahi cucu baru sahabat kami di Muar iaitu Sh Mohd bin Abdullah yang kni Guru Cemeralang Bahasa melayu MRSM Alor Gajah. Pertemuan yang tidak disengajakan ini berlaku di Masjid Batu 5 Jalan Bakri sebaik sahaja kami selesai Solat Asar di situ. Kita yang merancang Allah yang menentukajnya, namun pertemuan ini memnag tidak dirancangkan. Beliau balik bercuti di Muar kerana menyambut kedatangan cucu sulong beliau yang telah dilahirkan seminggu yang lalu. Alhamdulillah.

Bayi lelaki tersebut ketika dilahirkan cuma 2.9kg dan dinamakan Abdullah bin Ibrahim bin Mohd bin Abdullah. Hahaha seronok kami bermain-main dengan nama yang berulang-ulang almaklum orang-orang keturunan Arab memang suka memiliki nama sebegitu.


ala cayang2 mucuk

 Kepalanya sudah di cukur. Amik berkat dan sunnah

 Bayi yang berumur  7 hari ini  telah dikhatankan.  Tuan-tuan ada brani mengkhatankan bayi semuda itu?
Alamak, tutup muka tu, malu gitu