220610:
Hari ini aku mendapati satu bahan daripada kotak emelku.
Sama ada betul atau tidak, namun eloklah kita ambil iktibar daripada kejadian tersebut
Ya Allah ya Tuhanku Engkau ampunilah segala dosa-dosaku
Imej di atas adalah kesan peninggalan badai tropika yang telah melanda 3 negara di Amerika tengah: Guatemala, Honduras, dan El Savador pada 31 Mei 2010
Di Guatemala City (Ibukota Guatemala ), badai taufan tersebut meninggalkan sebuah Lubang Gergasi yang sangat bersih dan rapi tanpa bekas galian di sekelilingnya! Aneh bin ajaib!
Badai tropika yang melanda Guatemala ini menghancurkan banyak rumah, bangunan, jambatan, dan mengorbankan ramai penduduk. Seolah-olah pintu gerbang neraka yang menganga hasil tinggalan ribut taufan yang telah mengorbankan 115 orang. Lebih dari 29 ribu orang mungkin kehilangan rumah dan terpaksa mencari penempatan yang lain.
Lubang gergasi ini memang sangat dahsyat dan rapi sekali! Daerah disekitar lubang ini seperti tidak disentuh oleh si penggali lubang maut ini. Semua yang ada di atas lubang ini, seperti jalan berturap , rumah penduduk, dan lapisan tanah yang luar biasa padat dan keras,... seolah-olah semuanya di sedut kedalam kegelapan alam maut!
Ironinya lubang ini seperti mempunyai kekuatan tersendiri yang dapat menarik dan menelan manusia yang berani mendekatinya! Tidak ada orang yang punya daya untuk memasuki rumah-rumah yang masih tinggal di sekelilingnya, walaupun bangunannya masih baik
Sebagai langkah keselamatan, pihak berkuasa Guatemala meletakan tanda NO-GO-ZONE kira-kira 500m keliling daripada lubang tersebut
17 ulasan:
salam AZ : WOW!!!
gayat kalau diri dkt situ... :)
Salam Az...
Teringin sangat nak tau kut2 depar ada buat kajian ttg berapa dalam lubang tu..apa ada dalamnya....banyak baca buku ttg isi kerak bumi..yg telah dikaji...hasil penemuan2 yg tak diduga ...smuanya hak Allah ...
Assalamualaikum AZ
Masyaallah
Subhanallah
Allahuakbar
benarlah Firman Allah
'kun payakun'
Wassalam
salam afeez,
Masya Allah
Salam CT,
ma kasih mai ziarah az.
ikut bacaan tu memnag tak leh nak dekat sebab kuasa sedutannya boleh menyedut sesiapa yang berdekatannya.
Itulah kuasa Allah
salam Shami2
mungkin lepas ini ada yang akan buat kajian kot apa yang ada di dalamnya dan mengapa ada suatu kuasa/graviti yang boleh menyedut objek ke dalamnya
salam Rozali,
itulah kekuasaan Allah. Kita kena memikirkannya kekuasaan Allah yang maha besar
salam from Makkah
woww...good info...
syukran
wsalm
Salam AZ
Subhanallah...tk
salam CL,
ala ada at emel. rasa nak share, maka az kuarkan kat n3 ni utuk kita fikir-fikirkan kekuasaan Allah
salam mama ju,
sama-sama. kasih diterima
Salam Az..apa kbr? semoga sihat selalu ye...MI mendoakan semoga semuanya ok.
Ini yang terbukti, bahawa dunia akhir zaman pelbagai bencana akan berlaku.
Semoga kita sama2 mendapat perlindungan dari Allah...amin ya Allah.
Salam AZ
Subhanallah. Masyaallah..
Wslm
salam MI,
itulah dia. macam-macam tanda telah kelihatan kan..........
anyway az sihat. harap MI sihat juga lah hendaknya
salam Kak su
semoga Allah memelihara dan merahmati kita.
Itu baru sedikit saja yang Allah tunjukkan kepada umat di bumi ini. Nantikan yang lebih dahsyat lagi... sama-sama kita nantikannya.
Catat Ulasan