Aku tidak berniat memanjangkan persoalan kerana aku di antara yang berdebar menunggu tarikh tersebut kerana anakku salah seorang calon SPM yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM 2009. Semoga putera bongsu berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang, Insya Allah. Amin.
Anda perasan atau tidak, gred SPM 2009 akan mengalami sedikit perubahan. Tidak ada lagi gred seperti 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C ,7D, 8E dan 9G. TETAPI mengikut gred seperti di Institusi Pengajian Tinggi. Perhatikan jadual di bawah. Mulai SPM 2009, grednya akan dipaparkan seperti di bawah:
klik imej untuk paparan lebih jelas
Setiap gred subjek akan mempunyai nilai gred puratanya (GP) sendiri seperti di jadual di atas. Gred tertinggi mempunyai nilai gred purata yang rendah seperti gred A+ mempunyai nilai GP 0. Tak terfikir kita nilai 0 itu nilai yang tertinggi (bukannya nilai terendah yer). Begitulah hebatkan pemikiran manusia. Kalau dulu kita dapat marakh 0, alamatlah .......... namun kini 0 mempunyai nilai yang tertinggi dalam Nilai Gred Purata Subjek. Sementara gred G (gagal) mempunyi nilai 9. Lagi tinggi nilai GP, lagi rendah nilainya. Kena ingat tuh. Ini bermakna kalau anak tuan puan mempunyai Nilai Gred Purata Pelajar (GPP) 0.00 bermakna anak anda mendapat gred A+ dalam semua subjek yang di ambilnya. Hebat bukan?
Macam mana hendak mengira GPP? Jadual di bawah adalah contoh pengiraan GPP bagi seorang calon SPM 2009 (calon A).
klik imej untuk paparan lebih jelas
Calon A di atas mempunyai nilai GPP bernilai 1.55 bermakna calon A adalah pelajar yang cemerlang. Nilai GPP 1.55 diperolehi dengan mencamporkan semua nilai GP calon A dan kemudian dibahagikan dengan 9 subjek dalam peperiksaan SPM. (Nilai GP semua subjek calon A ialah 14 dan kemudian di bahagikan dengan 9 subjek tersebut).
29 ulasan:
salam ayah zain..
wahhh dah macam macam gred ada yer...
teringat zaman cl dulu..ada gred S...kenkawan selalu ckap..gred superman tuh..hehheeh
aaikk cl Raja Pecut ka..?
waslam
Salam Manzlie,
Tahniah si Raja Pecut.
Betul, dah macam-macam. Nak buat macam manakan. Zaman dah berubah
Salam AZ
Wah CL.raja pecut pulak kat sini...
terimakasih kerana penerangan tadi,,sebelum ni mama tak faham pun..
Mudah2an anak2 kita berjaya dlm hidup...
Salam Mama Ju,
a ah CL nak trofi drpd az pulak. Hehhehe.
Insya Allah semoga anak-anak kita berjaya nanti dalam hidup mereka di masa depan
salam AZ ..
aduhhh lagi poning ler si bujang ummi tu nanti .
mak dia lg poning ma ..
salam AZ,
thank you for the information.
Semoga anak2 rakan PDKM semuanya berjaya dapat GP 0.
wassalam.
Salam Umi,
sabor umi,jangan poning poning. Tak ada apa lah. Saja bikin gempak aje. hehehhe
Salam ayahanda,
Amin. Semoga doa ayahanda dikabulkan Allah.
Kat sini panas sungguhlah ayahanda, lagi panas brbanding kat umah ayahanda dulu. Kat dalam rumah orang kata aoa? berkuap?!
Salam AZ,
Saya sokong kalu ini bleh mudahkan semua orang , harap2 kementerian ini tak jadi cam dulu, ianya berubah ikut menteri...kbsr, kbsm ,3m dan mcm2 lagi yg jad mangsa anak2 kita....yg kaya orang kementerian yang boleh cetak buku dan jadi kaya raya....
ataupun FAM yang sentiasa bertukar polisi tetapi majlis FAM masih orang yang sama dan tidak ada idea baru.. friendly match dgn team lemah sbb nak naikkan ranking...saya dah masak dgn FAM ni....tunggu entri saya satu hari nanti....
Salam Rosli,
Insya Allah, saya akan tunggu n3 mu itu. Tungguuuuuuuuuu
salam
CM mmg tgh berdebarrr...kejayaan depa kayu pengukur kejayaan cikgu..
Salam CM,
biasa lah cikgunya yang berdebar. anak muridnya 'ada aku kisah". hhehehe
salam az
doa ku semoga anak az berjaya dgn keputusan cemerlang
tadi masa az call, baru balik umah, tgh makan jambu air sebagai alas perut sebelum pegi solat jumaat he he
cl bukan raja pecut, tapi raja pencut he he he (khas utk kategori negara arab)
Salam CR,
that's why I told to U " r u have r lunch"? then u replied "nope". heheh tipu yer.
Insya Allah, semoga ia berjaya dengan cemerlang.
awak ni ada ada aje nak usik CL
Assalamualaikum AZ
di doakan anak AZ mendapat keputusan yg cemerlang
begitu juga anak murid AZ dan CM
amin
Wassalam
Salam AZ,
keputusan SPM dah guna gred cam kat u ya...
Moga anak AZ n pelajar AZ n CM lulus cemerlang... InsyaAllah..
Salam Rozali,
Terima kasih titipan doa mu itu. Amin.
Salam Atikah
Mulai SPM 2009,gred SPM ikut seperti kat U.
AMin,amin, ya Rab Al Amin. Terimakasih atas titipan doa mu itu
Salam AZ,
Semoga anak mendapat keputusan yang cemerlang, anak ummi pun, insyaallah
Macam perkiraan dia org buat, kita ikut je, masa merubah segalanya kan az. Macam mana ari ni dtg ke.
ooo gitu gamaknya..
x tahu ler pulak
time kasih ler atas info ni yer
Salam Kak Sidah,
benarlah bagai di kata kak sidah itu.
terima kasih atas doa yang dititipkan.
Saya x dapatlah ke kl hari ini kerana mrszain sekolah ganti.
Kalau kak sidah pergi, makankan utk saya yer. Jgn lupa kirim salam kat yang datang tuh terutama pada Imran n hanis.
Salam CP,
ha ah, itulah gamaknya. zaman dah berubah heheh.
salam,
format baru nih cam kat U je.. IP pun ngah berdebar nunggu result minggu depan sbb tahun lepas ngajar 5 klas form 5.. mudah2an ade peningkatan
salam AZ,
semoga anak AZ mendapat kejayaan yang cemerlang. warga pendidik tentunya berdebar-debar sekarang..AZ, CM..antaranya!
kak nab dah tiada debaran!..tapi si bongsu ambik PMR thn ni..berdebar sikit2 jer :D
berdebar..berdebar...
Salam IP,
sekali pandang macam kat U. Insya Allah akan meningkat prestasi anak murid mu itu. AZ doakan
Salam Kak Nab,
terima kasih.
Semoga mereka beroleh kejayaan yang cemerlang
Salam Pinat,
biarlah debaran itu samapi ke kemuncaknya pada khamis nanti
Salam Ayah Zin
terima kasih atas perkongsian ini.
saya pun baru tahu bila suami terangkan ada perubahan.tapi sebab dia sibuk saya tak tanya lebih-lebih.lagipun sekarang saya duk rumah je.tapi baru2 ni beberapa bekas pelajar saya telefon saya untuk minta pandangan tentang gred diorang.erm tak dapatlah saya jelaskan detail.
boleh tak saya minta izin untuk copy paste apa yang AZ tulis di entry ini?sekian.
Catat Ulasan