Ahad, 31 Julai 2011

Kukup part II

31072011:

Sambutan Hari Pahlawan (dulu disebut Hari Angkatan Tentera)   disambut pada hari ini. Selamat Hari Angkatan Tentera kepada semua pahlwan-pahlawan negara. Jasa anda tetap di kenang dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Namun bingkisan hari ini adalah khas untuk memenuhi permintaan Shami2 yang meminta AZ menulis lebih lanjut mengenai kukup. Kukup terletak kira  18.9km (24 minit memandu) daripada bandar Pontian  (320km drpd KulaLumpur) . Kukup sebagai pintu masuk utama drpada Indonesia. Setiap hari Feri sarat membawa masuk warga Indonsia drpd Tanjung Balas dan kepulaan Riau. Di Kukup terdapat kedai makan yang popular dan pernah mendapat liputan daripada TV3 beberapa tahun yang lalu. Dari Kukupkita boleh menaiki boat menyelusuri kelong-kelong yang bertaburan dipesisiran pantai Kukup. Dan kita boleh singgah di Kelong ini menikmati sejenis ikan yang menembak makanannya. Seterusnya kita boleh menikmati Taman Negara Kukup (terletak di sebuah Pulau yang di panggil Pulau Kukup) tidak jauh daripada Kelong tersebut. Di Taman Negara Kukup terdapat sebuah jambatan gantung dan sebuah menara pemerhatian setinggi bangunan 6 tingkat.


lokasi
Pulau Kukup

Namun yang paling glemer di Kukup ialah Taman Negara Tanjung Piai (27.5 km daripada bandar Pontian).Di sini lah letaknya point paling selatan di Tanah Besar Asia.Kita boleh mengambilgamar di arca yang dibina khas dan menjadi tumpuan para pelancung. Di sni terdapat sebuah Resort untuk penginapan pengunjung iaitu Tanjung Piah Resort. Di sini makanan sungguh lazat sambilmenikmati panorama laut yang sibuk dengan laluan kapal di Selat Melaka.Malah Pualu Singapura juga kelihatan di sini. Kalau Shami nak bermalam di sini,amat dirokemen penuh.

Jeti Pulau Kukup - nampak tak jambatan gantung itu?

Terdapat sebuah lagi tempat makan iaitu Restoran Mandela yang selau az paparkan dalamblog ini. Menu yang disediakanmemnag kena dengan selera az, rasanya tempat lain x boleh lawan.

Kukup Golf Resort juga terletak di Kukup, satu tempat yqang menarik juga di sini. Namun kalau hendak lebih  selesa,shami boleh menginap di bandar Pontian. Di sini terdapat banyak pilihan tempat penginapan. Tepuk dada tanya selera.

antara kelong yang ada

Jumaat, 29 Julai 2011

Kukup nan permai

29072011

Kukup, satu nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat Pontian. Kukup, sebuah pelabuhan yang menjadi pintu masuk utama di barat selatan semenanjung. Terdapat pusat imegresyen di sini. Menariknya untuk urusan  pasport antarabangsa amat mudah kerana tidak ramai pelanggan, sekejap sahaja, urusan membuat atau memperbaharui pasport tidak mengambil masa yang lama.


Jeti Kukup: kemasukan utama Malaysia- Indonesia (Tanjung Balai)

Feri yang mengankut penumpang antara dua negara
antara kelong yang bertaburan di sekitarnya
Taman Negara Kukup
ikan buntal!!!
Jeti Taman Negara Kukup



Khamis, 28 Julai 2011

Pelancaran roket

28072011

Hari ini kita melihat bagaimana pelajar tingkatan 5 melancarkan roket di padang Maktab. Woe very hepening masing-masing cuba melancarkan roket. Ada yang jadi dan ada yang tidak. masa inilah mereka mengaplikasikan pembelajaran Fizik di luar kelas.





Mendirikan Kemah dan masakan Rimba

28072011

Aktiviti yang agak mencabar bagi pelajar ialah mendirikan kemah dan masakan rimba. Macam-macam reaksi dan gelagat mereka dalam aktiviti ini.








Rabu, 27 Julai 2011

Pertandingan kawad kaki dll



26072011

Program seterusnya ialah Hari Pakian seragam. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Kawad kaki, Mendirikan kemah, Masakan Rimba. pertolongan cemas dan Persembahan Kebudayaan

Pertandingan kawad kaki melibatkan 6 pasukan pakaian seragam:

Kadet polis
Pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
Persatuan Bulan Sabit Merah
Pengakap
Renjer Puteri
Puteri Islam

Isnin, 25 Julai 2011

Minggu Aktiviti

25072011

Minggu ini tiada Proses Pembelajaran dan Pengejaran (P&) secara formal. Pelajar direhatkan sementara dapi P&P di kelas-kelas atau bilik kuliah.Namun pembelajaran tetap diterusakn di luar kelas dalam program Minggu Aktiviti. Rasanya hari pertama telah menyaksikan pelajar begitu berpuas hati dengan program yang dijalankan. Nantilah az ceritakan di hari-hari mendatang. Pada hari pertama ini, aktiviti dimulakan dengan Program Watikah Pelantikan Badan Wakil Pelajar dan Lembaga Disiplin Pelajar. Dikikuti dengan acara serentah iaitu Pertandingan Kawad Kaki bagi pelajar tingkatan 1,2 dan 4 serta pertandingan Memasang kemah, Masakan Rimba dan Pertolongan Cemas bagi pelajar ting 3 dan 5. Selepas rehat, malis diteruskan dengan persembahan kebudayaan yang disertai oleh semua pelajar mewakili pasukan badan seragam masing-masing. Memang hepening program hari ini. Disebelah petang di adakan pula pertunjukan layang-layang di Padang Bola sekolah.
Bacaan Ikrar BWP sesi 2011/12
Bacaan Ikrar LDP
Barisan exco BWP 2010/11
Barisan Exco BWP 2011/12
Sebahagian pelajar menyaksikan majlis


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...