Ahad, 20 Mac 2011

Kembalilah kau wahai jiwa yang tenang

200311
Lamanya aku tidak bersiaran. Aku seperti kehilangan idea untuk berkarya........... Apabila berkarya hari ini, cerita mengenai kematian pullak........

Semalam selepas maghrib, aku menerima panggilan telefon daripada ahli kariah surau Perkampungan Bugis Pt Keroma mengatakan Pengerusi Surau telah meninggal dunia. Aku terkejut kerana beliau (Pengerusi surau) tidak mempunyai penyakit dan sihat. Beliau baru brumur 74 tahun dan nampak sihat semasa sama-sama berjemaah pada hari Rabu dahulu iaitu sebelum aku balik kampung bercuti. Sempat dia berbisik kepadaku, '"cikgu tak balik kampung ke", katanyanya......... Beliau meninggal di Hospital Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung. Beliau ke Kuala Lumpur pada hari Khamis lepas (maknanya sama hari aku balik kampung). Semalam semasa sarapan pagi dia mengadu sakit perut dan terus dikejarkan ke HKL.Patutnya hari ini beliau akan ke rumah besannya di Ipoh namun tidak kesampaian. Semasa solat jenazah tadi begitu ramai saudara mara, rakan taulan, ahli keluarganya yang turut serta menyembahyangkan jenazahnya dan selepas itu turut mengiringi jenazah ke Tanah Perkuburan yang tak sampai 1km daripada rumahnya. Inilah pertama kali aku sampai ke kubur Perkampungan Bugis ini. Apa yang perhatikan semasa jenazah di turunkan lihat lahad, mereka yang berada disekitar diedarkan surah Yassin dan seterusnya imam turut membaca Yasin apabila jenazah telah selamat dikuburkan. Selepas tamat bacaan surah Yasin, imam membaca tahlil dan talkin dan diakhiri dengan doa.


Semoga rohnya di rahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama mereka yang diterima disisiNya.

Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; (Surah al-Waqiah ayat 60)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...