Isnin, 28 September 2009

Rawatan Terapi Ozon

280909: Alhamdulillah, Syukur ke hadzrat Illahi yang mengizinkan aku bangun pada pukul 4.30 pagi ini walaupun tidur hanya kira-kira 3 jam sahaja. Semalam kami sampai ke rumah pada pukul 12.30 pagi, dengan itu sampai juga hajatku untuk bersahur menunaikan puasa syawal buat hari yang ke 3. Alhamdulillah. Sesungguhnya terlalu banyak nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadaku.



Semalam aku berkesempatan menziarahi Cikgu Hamidah di Lorong Makmur Pontian Besar untuk mendapatkan bekalan Green Tea Colestrul (GTC) di samping berhariraya jugalah. Cikgu Hamidah menerangkan lagi penggunaan GTC ini kepadaku setelah mencubanya beberapa paket semasa Hari Raya dahulu. Cigu Hamidah mengatakan lebih elok lagi kalau aku mencuba Rawatan Terapi Ozon (RTO) di Klinik Dr Ahmad Hassan di Kluang.


Aku macam tersedar, RTO ini pernah diberitahu oleh kawan sebilik semasa menunaikan umrah pada bulan Jun yang lalu. Namun kesibukan dia terlupa dan saya juga terlupa mengingatkannya untuk mendapat nombor telefon Kilinik RTO ini. Setelah mendapat nombor telefon daripada Cikgu hamidah, saya terus mendail dan terus membuat tempahan RTO pada pukul 8.00 malamnya untuk saya dan mrszain. Alhamdulillah temphan berjaya.



Selepas menghantar anak ke asrama di batu Pahat pada pukul 6.00 petang, kami terus bertolak ke Kluang daripada Pt. Sulong. Ingatkan bolehlah memandu secara sempoi. Lagipun saya tidak berapa familiar dengan Bandar Kluang ini. Ternyata amat sukar mencari Klinik Dr Ahmad tambahan pula mendengar arahan melalui telefon daripada pembantu Klinik Dr. Ahmad. Namun Allah mempermudahkannya dengan doa yang dibaca semasa solat Maghrib di Masjid Jamek Kluang.


Kami sampai lagi 5 minit pukul 8.00 malam dan membuat pendaftan. Subhana Allah, Klinik Dr Ahmad ini aman dan menenangkan dengan warna hijau 'turin' yang begitu lembut. Poster baby 'no problem' menghilangkan lelah kami tadi. Seronoknya menatap poster baby itu. Apalagi aku mengambil gambar-gambar kenangan tanpa izin Dr. Ahmad Kamal. Air pancut dan cucuran airnya mengasyikan sekali

Kaunter tersusun rapi

Ruang menunggu : aduh rasa tak mahu balik lah

Fuyooo, aman sekali di sini


Sesunguhnya saya tidak pernah merasa begitu teruja bila berada di mana-mana klinik seperti di Kilinik Dr. Ahmad & Surguri ini.


Tiba-tiba nama di panggil masuk berjumpa doktor Ahmad. Subhana Allah bilik doktor ini memang first class. Orangnya pun hensem juga baru berumur 39 tahun. Kalau CM tengok, sure cintanya akan beralih arah ni. Dr Ahmad menyapa dengan peramah sekali 'apa yang saya boleh bantu En. Zain? Maka terapi pun bermula setelah penerangan diberi bermula dengan mengambil tekanan darah dan ECG test. Kemudian kami diminta naik ke tingkat atas untuk RTO.


Bilik rawatan terapi ozon yang begitu kemas dan teratur


Seorang pesakit gout sedang menjalani RTO


Ini dia penyingkiran darah bertoksin AZ


Toksin yang disingkirkan (berbuih tuh) daripada RTO kepunyaan AZ - hampir 300ml
nampak tak bueh dilapisan atas? itulah racun


Akhir sekali vitamin dimasukkan kedalam saluran darah saya. Semua proses ini berakhir pukul 11.20 malam dan kami berangkat pulang dan sampai di rumah pukul 12.30 malam. Dalam hati berkata boleh ke bangun besok pagi ni. Hari Isnin nak sambung semula puasa 6. Amat bimbang kalau tak terbangun. Namun hasilnya saya berjaya juga bagun dalam keadaan yang agak segar. Dan paling membanggakan ialah paras gula dalam darah pagi ini ialah 8.0 mm/l berbanding semalam 9.8 (27sep) dan dua hari lepas ialah 13.2/l (24sep) dan sehari sebelumnya 18 mm/l (23Sept). Sistem perkumuhan juga much better

Sekiranya berminat bolehlah menghubungi Klinik Dr Ahamd & Surgeri, 50 Jalan Ciku, Taman Dato Haji Manan 8600 Kluang. No tel 07-7768755
antara penyakit yang berjaya di rawat ialah strok, gout, kencing manis, kolestrol, darh tinggi, urat saraf, kulit, komplikasi diabetis, migrain, kanser dan penyakit korionary

16 ulasan:

rezeki berkata...

Salam AZ,

dia cucuk kat mana utk keluarkan darah tu. brp bayaran utk sekali rawatan .

Ayah Zain berkata...

sALAM cr,

dIA CUCUK KAT LENGAN KIRI DAN KANAN. lENGAN KANAN DARAH KELUAR MASUK KE mesen pembersih dan tangan kiri darah masuk semula. Saya ambail pakej 3 kali RM1200 sahaja. kalau nak tambah vitamin lain harganya.

Atikah berkata...

Salam AZ,

Macam nak cuba jer... kat KL tak dak ker? Org tak sakit boleh buat ker rawatan nie?

CM berkata...

salam ayah zain

kita ni beriktihar kan,mudah-mudahan usaha kita dipermudahkan tuhan,

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,

ada cawangannya diKL, u hubungi no yang tertera tu.

Mrszain kata badan dia rengan hari ini, tak mengah naik tangga.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

macammana si Dina? dah discharge ke? Doktor bagimc ke idak kat CM.

Betultu,kita berikhtiar jer. Duit boleh cari, ayahzain cuba jer , yang menyembuhkan Allah swt.

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,

lupa tadi. Tak sakit langsung.malamtadi sambil cuci darah tu,sambil tengok mentor raya.

kita tak tahu sama ada kita asakit atau tidak,oleh itu kena buat pemeriksaan dulu.

Asnija berkata...

Salam ayah zain,
First & foremost, minta ribuan maaf kerana membatalkan pertemuan kita. Nija terkilan sesangat, tak sangka pulak pakcik Nija tak dapat ke Masjid Tanah menghantar abah Nija tu...

AZ dah sihat sikit la sekarang ni...kira macam cuci darah ke tu? Boleh juga bawak emak gi ni...dia pun ada kencing manis jugak...

Salam untuk Mrs Zain...kalau dah cergas tu, mesti nampak muda...

Ayah Zain berkata...

salam Datin,

Tak apa, ada banyak masa lagi. Rasanya macam ok bila dah buar rawatan terapi ozon tu. Dicadangakn buat 3 kali then doktor akan tengok macam mana seterusnya. Matlamat az ialah macam mana nak reducekan pengambilan ubat hospital yang berorentasikan dadah. Semoga Allah akan mempermudahkannya.

aznaz berkata...

salam ayah zain..

alhamdulilah semuanyer berjalan dgn lancar..
moga az cepat sembuh..insyaalah doa dari sya di sini..
waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

TErima kasih atas doamu itu. AZ juga doakan manzlie cepat sembuh juga daripada penyakit darah tinggi itu.

amman berkata...

salam... ada had umur tak untuk buat benda nih

Tanpa Nama berkata...

salam....
boleh terangkan lg sekali x proses perubatan ni..kalau ada penyakit gatal2 boleh cuba x???

zaijb berkata...

alam....
boleh terangkan lg sekali x proses perubatan ni..kalau ada penyakit gatal2 boleh cuba x???

Unknown berkata...

Wah bagus ni..terbaikk

Unknown berkata...

As salam.boleh saya tahh area melaka ada tak?? Sebab saya ni sekarang banyak darah kotor sehinggakan makan apa sahaja muka saya naik biji2 allergic. Badan lemah lepastu cepat mengantok and then berat badan cepat naik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...