Ahad, 30 Ogos 2009

CURBUNCLE

Salam Semua.
Apa yang dipaparkan di sini tiada mempunyai apa-apa tujuan tertentu cuma berkongsi apa yang di alami apabila kita menerima musibah kerana cuai menjaga kesihatan dengan sempurna
 Jerawat di belakang badan yang mengikut pandangan awal doktor tidak mendatangkan apa-apa kesan. Biasalah doktor berkata demikian. Tetapi apabila telah melarat doktor akan berkata mengapa lambat datang? Sudah teruk baru nak jumpa doktor. minta maaf ladoktor,tapi  tak semua macm tu, namun biasa  dengar macam tu. Jerawat ini sebenar sudah 4 tahun di belakang badan duduk di tengah2 antara bahu di belakang badan saya .bila kat hsa dulu, doktor pun kata gitu, "awat hang lambat buat rawatan ni"?



Rupanya jerawat ini seperti bom jangka. Lagi dua minggu saya hendak berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah pada akhir mei 2009, mrs zain perasan ada tanda-tanda merah di kawasan keliling jerawat tersebut (masa tu nak g mandi.
 Saya berjumpa doktor swasta dan beliau memberikan antibiotik untuk di makan. Tiada krim untuk sapuan.
Ada perubahan baik tetapi lagi dua hari hendak berangkat, timbul semula tanda-tanda merah dan doktor menyambung lagi dengan antibiotik. Apabila antibiotik habis dan ketika itu saya sudah berada di Mekah, tiada tanda-tanda untuk sembuh, saya hanya menyapukan dengan air zam-zam dan berdoa.
nampak tak bisul tu?
Kuasa Allah 3 hari kemudian timbul 4-5 bisul di kawasan jerawat tersebut. saya pasrah dan menutupnya dengan plasta dan menunggu masa untuk balik ke Malaysia Lagi pun hanya beberapa hari lagi nak balik .
Sesampai sahaja di Malaysia saya pergi  mendapatkan rawatan di sebuah  klinik  swasta di Pontian. Dia mengatakan bisul dan telah pun pecah. Doktor ini menggores bisul tersebut seperti tanda palang. pushhhhh memancut darah bisul mengenai ......., . Namun tiga hari kemudian atas nasihat en azmi pegawai di Pusat Kesihatan Ayer Baloi,  saya berjumpa dengan doktor kerajaan di Pusat Kesihatan Ayer Baloi dan beliau merujuk saya ke Hospital Pontian kerana saya  adalah diabetik (sudah 20 tahun mengidap diabetis) . Doktor mengatakn bisul itu adalah 'curbancle' sejenis bisul yang selalu di alami oleh pesakit diabetis.
A carbuncle is a skin infection that often involves a group of hair follicles. The infected material forms a lump, called mass, which occurs deep in the skin.Biasanya menyerang pesakit diabetis
Saya di rujuk ke Hospital Sultanah Aminah. Di HSA Johor Bahru, doktor membuat keputusan untuk membedah bisul tersebut kerana bimbang akan merebak ke seluruhan belakang saya. Masya ALLah. punya la takuuuuuuuuuuut
Itu dia, hasil pembedahan. Gambar ini adalah sehari selepas pembedahan. (19 Jun 2009)
bOLEH MASUK SEBIJI TELOR AYAM GRED A
Gambar 2 minggu selepas pembedahan. Daging mula tumbuh daripada tepi luka. Dressing dilakukan setiap hari oleh mrs zain
masih 2 Minggu, masa kritikal, doktor kata kalau gula u kantol, luka ini akan merebak, bernanah. U perlu kawal paras gula dalam darah. 
Juga 2 minggu. ikan haruan dah habis dua belas ekor ni Pedih ni. Berdenyut-denyut. Tuhan aje yang tahu
4 minggu. Gatal, macam nak garu-garu. tangan asyik menggosok ke belakang sahaja. Daging baru mula tumbuh daripada tepi ke tengah luka
5 Minggu
selepas 7 minggu
Cukup-cukup 8 minggu.
 ermmm lega rasanya dah tak pakai balutan lagi
Begitulah padahnya penyakit kencing manis.
Namun saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana luka ini telah sembuh sepenuhnya walaupun gatal kadang-kadang datang menjelma. sabor aje lah.
gambar pagi tadi. Hanya parut yang tinggal.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada my lovely honey mrs zain yang tidak jemu-jemu mencucui luka, mengambil gambar setiap kali cucian, doktor Mutalib yang mengajar cara-cara mencuci luka (bekas anak murid yang disayangi,  abang saat yang rajin memplasterkan bisul ku di mekah, en azmi di Klinik ayer Baloi dan semua yang terlibat membantu saya secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah yang membalasnya. 
Oleh itu tuan/puan yang masih sihat, jagalah kesihatan. elakan makanan yang bergula kelat. Kurangkan gula dalam makanan/minuman tambahkan manisan dalam senyuman.
Saya mohon kalau gambar2 ini mengerikan anda. Kalu anda ngeri apalagi saya yang mengalaminya.
Hanya kepada Allah aku berserah, meminta pertolongan dan segala-galanya kerana Allah.
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri (QS:42: ayat tiga puluh
Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia ke 52
Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan,
1 Malaysia.

26 ulasan:

Atikah berkata...

Salam AZ....

Saya pernah tgk... mak cik saya pernah kena... mengerikan....

Ayah Zain berkata...

Salam tikah.

Tanhniah no wahid.
yang dah pernah tengok memang kata gitu, yang belum tengok .......... dia aje yang tahu la

CM berkata...

Salam Ayah Zain


Dengan hati tulus ikhlas saya mendoakan AZ sihat sejahtera,terus ceria walaupun dalam mengharungi dugaan sebegini,saya mengamati semua kisahmu ini...saya mengucap panjang dan saya pasti BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI MEMIKUL....

Kesabaran adalah ubat segala kesakitan,cinta yg suci dari isterimu adalah penawar segala kedukaan,masa kita sakitlah kita dappat nilai cinta org pada kita...Moga musibah ini menghapus dosa kita..


Teruskan menulis...anda juga penulis hebat...terus dgn n3 yang hebat dr AZ...saya akan jadi peminat AZ....

Atikah berkata...

Salam AZ,

Just nk konsi ngan AZ, cuba AZ amal kan JUS kurma nabi (sejenis cuka)... saya lupa lak namanya... Nanti saya tanya ustaz saya, kalau AZ nk suruh saya tolong belikan pun boleh... bagi alamat, nanti saya pos... Jus nie elok untuk kencing manis... tapi kepahitannya ramai yang tak tahan...

rezeki berkata...

Salam CZ
Alhamdulillah, hampir sembuh sepenuhnya. Mmg penyakit kencing manis ni tiada ubatnya, cuma kena jaga makan dan minum . kena pantang sikit dan makan ubat. Tapi CZ , jaga pantang dan makan ubat tu semua perantaraan kerana yang menentukan kesihatan kita ialah ALLAH S.W.T. jadi berdoa, mencegah dan bertawakal kpd Allah itu yg sebaik2nya. Betul tak CZ

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

Terhari sungguh dengan kata-kata cikgu ni, terpinggir sudah air mata ini. Memang, tuhan aje yang tahu di saat-saat masuk ke OT (bilik bedah). Kalau tak malu, nak meraung kuat-kuat, tp SABAR. Berzikir banyak2, bila terasa sakit kuatkan sikit, so doktor (Chinese) dia faham. 'sakit ke, saya tambah ubat lagi, dia injek lagi ubat pelali, tp masih saaaaakiiiiiiiiiiiit.

Ayah Zain berkata...

salam Atikah

Terima kasih. tapi Az dah macam2 makan. kalau di kumpul boleh buat umah batu hehheh. Apa saja direck selling yang tak masuk, drpd amway, shaklee, HPA, zhilian. macam2 lagi la........... Tapi msih tak ada jodoh. Apa yang AZ buat jaga makan. minum air bergula memnag tak sedap sebab dah lebih 20 tahun minu air tapisan.

Gula tak tinggi antar 8-10mml saja, tapi masih kena curbauncle, mungkim kuman melekat masa usik jerawat tu, ye la tangan kita kan perangkap kuman no 1.

Ayah Zain berkata...

salam CR,

memnag betul la kata-kata mu itu, Allah yang berkuasa. Dia yang menentukan segala-galanya. Oleh itu minta lah apa sahaja dengan Allah. 'Kau lah tuhan yang ku sembah dan hanya Engkaulah sahaja tempat aku meminta pertolongan"

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,

jangan kecil hati yer. empsi sikit tadi dengan kata-kata CM tu.

Sekarang ni AZ sedang makan ubat tradsional Nordin Idris kat Pontian, nantilah dua 3 bulan kalau x ada kesan gak, nanti saya hubungan Atikah.

Makan juga Diabet. macam-maca ma. Seblum ni makan Transfer factot (4life) lebih setahun, macam x ada apa-apa

Atikah berkata...

Salam AZ,

Bak kat CR tu... kencing manis tiada ubatnya... cuma kita nak kena kawal paras gula... Tak pa AZ... AZ email kat saya alamat AZ saya sedekah kat AZ jus tu... Jus tu dia kawal gula dalam darah jer... makan tetap cam biasa... cuma masin n manis to no entry la no... :) saya membantu AZ dengan harapan, AZ tetap sihat n tak terjadi mcm apa yang terjadi pada mak cik saya.... Kita berusaha tapi Allah yang tentukan segala galanya....

Az, kalau ada kencing manis, kaki kena jaga tau... jgn bagi luka langsung... kalau boleh ler... kalau ada terluka tu cepat2 p hospital... walaupun sebesar bisul tu... jgn bertangguh... coz luka di kaki lebih cepat merebak n lambat baik...

Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat AZ...

Ayah Zain berkata...

salam Atikah.

Heheh terima kasih nasihat diberi. Betul tu, macam bisul tu, sebab saya nak g umarh, then biarkan sahaja. Pergi pulak doktor swasra, kalau doktor kerajaan mesti dia dah suruh masuk ward. hehhe.

Atikah berkata...

Salam AZ,

Tak kecik hati pun... Tahu AZ ter emosi sikit tu... kalau AZ dah makan ubat tradisional tu, makan dulu jgn campur2...

Saya just kongsi info n pengalaman saya jer AZ... hope dengan pengalaman saya yg tak seberapa nie dpt membantu AZ....

Che' Pit berkata...

salam AZ,

Ya Allah ngerinya sy tgk,, sy ni mmg ngeri sikit dgn benda2 mcm ni.. sbb tu awal2 dah reject hajat mak nak sy jadi doktor.. silap2 nak bedah org, sy yg pengsan..

Hmm tulah dugaan dan cabaran bagi ayah.. tapi sy tahu ayah tabah dan sabar hadapi dugaan.. alhamdulillah dah bertambah baik.. tapi tulah dah diabetis ni, lambat sikit ler progress dia yer..

kasih isteri, susah senang, sihat sakit, setia di sisi suami.. tahniah mrs zain..

CM berkata...

Salam AZ

bila Az n3 kisah begini baru kita sedar kita ada ramai kawan yg begitu prihatin dan sayang pada AZ,di alam maya pun kita boleh jumpa kawan yg baik,dan tulus hatinya...di blog yg berkat seperti PDKM kita bertemu,moga ikatan dan persaudaraan kita pun berkat...

Ayah Zain berkata...

salam CP,

Heheheh pandai bermadah yer.

Dah sembuh dah yang tinggal cuma parut dan sikit2 rasa gatal.

Memang itulah yang dinasihat sangat oleh doktor masa discharge. Jaga paras gula kalau tidak lambat baik malah boleh merebak lagi.

Macam2 makan masa tu, ikan haruan 12 ekor. Seekor sehari, kukus minum air kukusan yang jatuh kat ikan tu, punya hanyir.

Yang syok nya bila jumpa doktor : bagus, cantik luka ni. Pandai jaga. (kembangnya hati AZ) bila doktor puji. Pergi cuci kat doktor swasta - kalu g klinik kesihatan nurse yang buat, tstlah patient ramaikan, buat ala kadar jer depa.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

Betul CM, sokong 100%.

Unknown berkata...

salam ramadhan dan salam ziarah , mudah2an , penyakit AZ cepat sembuh

Imran Paris berkata...

AZ...thanks for this informative n3. Satu pelajaran baru bg saya. Moga AZ tabah...cuma org2 hebat saja yg didugaNya....betul tak? Proud to have a friend like u. Slm MERDEKA dr kami di Paris

Noor berkata...

Salam CZ,

terharu saya membaca.. tabahlah menghadapi dugaan Allah.. Arwah Ayahda saya juga penghidap kencing manis.. segala macam pokok ubat ditanam dikeliling rumah.. misai kucing, tutup bumi, pegaga.. macam2 lah.. ayahda saya suka cari ubat2 kampung.. siap berkawan baik ngan org asli.. tapi yg bagus nyer.. setiap luka yg dialami akan segera sembuh dek kerana arwah ada belajar membuat minyak angin mnggunakan burung but2..

apa2 pun saya doakan CZ dapat mengawal penyakit nie.. bak kata CR.. ini semua dari Allah.. maka bermohon lah kepada NYA..

aznaz berkata...

salam ayah zain..

sya doakan semoga ayah cepat pulih dan sembuh seperti sedia kala..insyalah..kena banyak pantang tuh kalau bab makanan..

waslam

Ayah Zain berkata...

salam Mazlie,

Dah sembuh dah. cuma tinggal parut.

Ayah Zain berkata...

salam Noor,

Terima kasih. Semuanya atas ketentuan Illahi

Ayah Zain berkata...

salam IP,

terima kasih. HAnya Allah yang mengetahuinya. salam Merdeka juga IP di perantauan. Pasang bendera tak kat sana ni

Ayah Zain berkata...

Salam Ummi Humaira,

Terima kasih kembali. Semoga kita di rahmati Allah,

Tanpa Nama berkata...

Salam,

ayah zain....ngerinye hanis tengok gambar selepas pembedahan tu....besar sungguh lubang yg doktor korek tu....sakitttttnyeee...so ayah zain tdo menerap ke??? nak terlentang lg sakit...hanis kalau naik jerawat kat belakang badan pon dah lengoh2 badan...inikan pula naik bisul & buat operation....huhuhuuh..sedih & ngerinyaaa ayahanda.....
anakanda doakan ayahanda cepat sembuh & tabah hadapi ujian Allah itu...actually papa hanis juga ada kencing manis...dr bujang dulu lg dah ada...hanis sendiri ade potensi untuk mewarisi penyakit itu...minta2 di jauhkan...

Unknown berkata...

Lepas operate nie awk cuti mc brapa lama. Sy pun baru operate dkt dada. Besar dari awk.5*10cm. Hari hari kne cuci. Alhamdulilah skrg mkin kecil. Tp sy x ready lg nk kerja sbb tkut berpeluh. Nnt tmpt tu susah nk sembuh. Apa pendapat awk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...