Sabtu, 5 Mei 2012

Bercinta hingga ke Syurga


05052012
eh eh, cantik pulak tarikh hari ini. Berbahagialah mereka yang mendirikan rumah tangga pada hari ini. Begitulah yang berlaku pada hari ini apabila anakandaku Musafir Islam selamat berumah tangga. Nikahnya bukan hari ini, kerna nikahnya telah berlangsung pada 28 April 2012 semasa berlakunya perhimpunan Bersih3.0 huhuhu.

Pada hari ini pasangan pengantin bertandang ke rumah ibu pengantin lelaki, rumah anakanda Musafir Islam le di Ulu Tiram. Aku sempat ke sana dan kebetulan pengantin belum sampai lagi walhal jam sduah mencecah lebih 2.30 petang. Rezeki aku untuk melihat pengantin kali ini walaupun En Rezeki tidak menjelma lagi.. Usai kami menjamu selera, pasangan pengantin pun sampai kira-kira jam 3.00 petang bersama-sama dengan ahli keluarga pengantin perempuan. Semoga Musafir Islam berbahagia sehingga ke akhir hayat seperti taglinenya bercinta sehingga ke syuga. Aminnnnnnnnn

tu dia tagline mempelai
sebahagian tetamu sedang menikmati juadah yang disediakan
rempeyek dalam botol tu memang mengancammmmmm
tu dia mempelai sudah menjelma dari .......
segak, ceria dan anggun
sediaaaa!!! jalannnnnn

awatttt yang lambat sampai!! Jalan jammmm - hari Wesak rupanya

Jangan jeling Jeling bini akuuuu - nampak keris ni!
weiiiihuuuuuuuuu
 bercintalah sehingga ke syuga
kompang kompang kompang

(Limpah kurnia yang besar) itulah yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu supaya aku tidak disakiti)". Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). (QS :Asy-Sura :42:23 )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...