29122013
Hari ini terpanggil untuk merasai sate celop. Sudah lama mengidam menu ini tetapi tidak kesampaian. Kebetulan hari ini ayah zain, isteri dan Putera Bongsu melalui Jalan Duyong-Ayer Molek dan mendapati Restoran Sate Celop Warisan sudah memulakan perniagaannya yang di buka mulai jam 6.00 petang.
Kesempatan ini tidak dibiarkan begitu sahaja dan kami pun singgah untuk menikmati menu ini. Adakah ia lebih sedap daripada sate biasa atau pun tidak.
Semasa kami sampai sudah ada 2 keluarga sedang menikmati Sate Celop Warisan (SCW) dan kami terus memesannya. Pelayan membawakan menu untuk dipilih. Ada dua menu iaitu SCW dan Nasi berlaukan ikan bakar. SWC dihidangkan dalam 4 set iaitu Set A, B, C dan D. Setiap set mempunyai harga yang berlaian antara RM20.00 hingga RM50.00 bergantung kepada jumlah cucuk sate antara 30 hingga 72 cucuk sate.
Apabila set telah ditetapkan, kami diminta memilih sendiri sate yang pamerkan dalam peti hawa dingin. Ia tidak seperti sate biasa tetapi ala ala yong taufu.
inilah kuah SCW. Tidak berbeza sangat dengan kuah sate tradisional tetapi ia sentiasa dididihkan dengan api pemanas dan seterusnya sate direndam dalam kuah yang dipanaskan itu. Kuah ini adalah campuran beberapa herba yang ditambah dalam kuah kacang.
Rupa SCW sebelum direndam dalam kuahnya
SCW sedang direndam
Rendaman mengambil masa beberapa minit mengikut kesukaan penggemar
SCW siap dihidangkan
SCW adalah satu alternatif kepada menu sate. Mereka yang suka menimmati kelainannya bolehlah mencuba SCW. Kepada ayah zain mungkin cukuplah sekali menikmatinya keran lebih teruja kepada sate tradisional. Citarasa penggemar adalh berbeza. Mungkin tuan puan menyukai. Oleh itu cubalah sendiri untuk menikmatinya.
Selamat Mencuba.
5 ulasan:
nampak sedap.. kene try ni
Assalamualaikum AZ
Insyaallah
nah cuba juga suatu hari nanti
alaikumussalam afeez
try ler tp AZ g sekali jer ler. hihihi
alaikumussalam atok
try ler tp AZ g sekali jer ler. hihihi
My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
Catat Ulasan