Memaparkan catatan dengan label Luahan Rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan Rasa. Papar semua catatan

Rabu, 11 September 2013

kuasa duoposen

11092013

"Pengusaha van sekolah Genius Aulad bersepakat menaikkan tambang , naik RM15.00 sebab harga petrol naik 20 sen seLiter. So anak saya pun terlibat. Tak tahu nak cakap apa, bukan berkira, dan bukan tak faham / tak boleh menerima kenaikan, tapi RM15?? Welcome to BolehLand"


Itulah keluhan seorang ayah. Ayah Hanya boleh mengeloh. Ayah Mengeloh   tidak berkesudahan. Mengeloh kerana rasa tertekan. Mengeloh kerana sebab yang tidak masuk akal. Mengeloh kerana duoposen (dua puluh sen). Ayah mengeloh kerana di atas bahu sang ayah mencari nafkah untuk keperluan keluraga. Ayah Mengeloh kerana  dimaklumkan oleh isteri tercinta  tambang van sekolah anak mereka akan dinaikkan daripada RM75.00 sebulan kepada RM90.00 sebulan. Kenaikan hanya RM15.00 sahaja. Pada pemikiran pak menteri kenaikan yang hanya sedikit. Kerana kenaikan duoposen  tidak akan memberi kesan kepada rakyat marhaen. Nah lihatlah bagaimana kesan duoposen telah mula memberikan impak yang begitu besar. Kerana kenaikan duoposen,    pengusaha van sekolah Genius Aulad bersepakat untuk menaikan tambang sebanyak RM15.00 berkuatkuasa pada Oktober 2013. Begitu cepat dan pantas pengusaha van sekolah tersebut bertindak.



Begitulah kesan duoposen yang telah mula dirasai disektor pendidikan iaitu pengankutan pelajar ke sekolah. Kalau melibatkan pelajar sekolah, yang terlibat ialah ibu bapa pelajar sekolah. Itu baru kos pengankutan tidak termasuk lagi dengan kos-kos yang lain seperti pakaian sekolah dan lain-lain kelengkapan sekolah. Logik akal,  pada persiapan anak-anak ke sekolah pada sesi persekolahan 2014 akan memperlihatkan kenaikan kepada kelengkapan persekolahan tersebut.

Sudah menjadi kelaziman di Malaysia, kenaikan harga minyak yang  hanya beberapa sen sahaja akan  menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain dan sudah tentu sektor pengankutan yang akan bertindak terlebih dahulu dan akan diikuti oleh lain-lain perkhidmatan dan sebagainya. Ia adalah satu implikasi yang  berangkai. Yang Berkait antara satu sama lain.  Akhirnya semuanya akan terlibat meningkat naik. Walaupun akan ada amaran dari kementerian berkaitan mengekang kenaikan barangan, kenaikan harga barangan akan tetap naik juga dengan pelbagai alasan tercipta. Antaranya ialah kekurangan barangan keperluan di pasaran. Tiba-tiba berlaku barangan keperluan tiada di pasaran seperti kekurangan bekalan gula pada satu ketika dahulu. Apabila harga gula dinaikan, bekalan pulih sediakala. Begitulah kehidupan di negaraku yang masih aman ini. Tiada peperangan dan tiada kacau bilau atau huru hara yang berlaku seperti di negara-negara yang lain.



Jumaat, 28 Jun 2013

adakah ini jawapannya?

28062013
(29102009)





Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Jumaat ke Jumaat amat tidak dirasai kerana putaran masa yang tidak menunggu sesiapa. 2 Hari lagi kita akan menamatkan 6 bulan pertama di tahun 2013. Adakah amalan kita telah mencukupi sebagai bekalan di Hari Perhitungan. Kalau belum, Benarlah kata Allah dalam surah al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud [1] Demi Masa![2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.





Di pagi hari Jumaat yang mulia ini marilah kita menghayati ayat 11 hingga 20 Surah al-Baqarah sebagai panduan hidup mendatangi hari-hari muka agar kita tidak termasuk dalam golongan orang yang merugi.

11] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

[12]Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

[13] Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

[14] Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

[15] Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

[16] Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

[17]  Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).

18] Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).

[19] Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.

[20] Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
 
Adakah  ini antara jawapan (Surah al-Baqarah, ayat 11 hingga 20) yang berlaku kepada masyarakat kita sekarang ini. Ramai yang tergoda dengan pujuk rayu syaitan. Adakah kita mahu menyalahkan syaitan dan iblis? Sedangkan dia telah berjanji dan bersumpah untuk menyesatkan manusia bersama-sama dengan mereka (syaitan)..... :
 
16]  Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; 17] "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur". Surah al-A'raaf : 16-17
 
dan Allah menjawab


Allah berfirman: "Keluarlah engkau dari Syurga sebagai makhluk yang terhina serta terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka yang menurutmu, tetaplah aku akan memenuhi neraka jahanam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya; Surah al-A'raaf : ayat 18



Apa kata Nabil? -  lu pikir lah sendiri



Jumaat, 20 April 2012

Apa Khabar

20042012


Assalamualaikum wbt kepada semua 
 Salam sejahtera di Pagi Jumaat yang mulia 
Penghulu kepada segala hari yang ada
untuk kita semua

 Semoga kita berada dalam keberkatan
dan
 perlindungan yang Maha Esa.

   Allah sahaja tempat  kita menyembah
  Allah sahaja sahaja tempat kita meminta pertolongan.
 Semoga kehidupan sentiasa ceria di samping keluarga tercinta.

Marilah sama-sama kita memantapkan keimanan kita.
Iman kita sering turun naik 
Sekejap berada di atas
sekejap berada di bawah
kerana kita manusia
yang sering digoda syaitan
yang datang daripada kiri
yang datang daripada kanan
yang datang daripada depan
yang datang dariipada belakang

cuma
jangan lupa
ada pendindingnya
kerana
syaitan tidak datang daripada atas
syaitan tidak datang daripada bawah

oleh itu
sama-samalah kita berserah kepada Allah
meminta segalanya daripada Allah
juteru Alquran dan  Sunnah Nabi Muhammad Saw
menjadi pegangan dan landasan kita.
Allahu Akbar.

Rabu, 22 Jun 2011

Asy-Syam


22062011

Semoga hari ini dan hari-hari mendatang  membawa sinar keceriaan yang berkekalan. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.





1. Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
[2]Dan bulan apabila ia mengiringinya;[3]Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;[4]Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),[5]Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh – yang melambangkan kekuasaanNya);[6]Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);[7]Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);[8]Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -[9]Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),[10]Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (QS: Asy-Syam:91:1-10)

Rabu, 20 April 2011

Ganjaran Yang dibiarkan


200411
Malam tadi seperti biasa selepas solat magrib, ahli jemaah surau Anak-anak Bugis seperti biasa akan membaca al-quran seorang demi seorang. Setiap ayat yang telah dibaca akan dibaca pula terjemahannya oleh seorang jemaah yang telah ditetapkan. Kami sekarang telah memassuki juzuk ke 15 iaitu Surah al-Isra'. AZ begitu terkasima apabila sampai ke ayat 79  yang bermaksud

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (79)


Ayat 79, Surah al-Isra'; Allah menyarankan hambanya bangun pada waktu malam untuk mendirikan solat tahajud. Allah telah berjanji akan menempatkan mereka yang berbuat demikian di tempat yang terpuji di akhirat nanti. Allah telah berjanji begitu tetapi mengapa hambanya (termasuk az) begitu berat untuk bangun malam? AZ teringat dengan Musafir Islam ketika MI bemalam di rumah az, beliau bangun malam untuk bersolat tahajud. Bertuah siapa yang dapat MI itu. Malam tadi az berazam untuk bangun solat malam namun terkaciwa malah solat jemaah subuh pun tertinggal. Begitu hebat cabaran apabila kita berazam begitu namun tidak kesampaian. Kadangkala kita terbangun malam untuk kencing tetapi selepas itu tidur semula tanpa mendirikan solat tahajud. Teringat semasa di tanah suci,  az begitu mudah untuk bangun malam tetapi di sini...............

Selasa, 19 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa

190411
Sejah akhir-akhir ini, badan selalu saja letih. Kadangkala tidak bermaya. Kerja pulak datang bertimbun-timbun, yang satu belum habis, datang pulak yang baru. Kadang kala terpikir nak pencen saja. Mujurlah aktiviti 'walking' pada petang hari menaikan semula semangat dan motivasi diiri. Terasa benar kesegarannya apabila selesai menyempurnakan aktivti 'walking'. Sambil 'walking' kita mengingati Allah swt di samping menimati keindahan alam , siulan burung, bunyian cengkerik apabila melalui kawsan yang sunyi, bertegur sapa dengan mereka yang lalu dan mengetahui pulak tempat tinggal ahli jemaah surau hehheh. Memang menyeronokan. Apabila kesibukan ini,  tidak terasa bahawa masa terus berlalu dan tidak lama lagi pesta buku antrabangsa Kuala Lumpur menjelma kembali.......................

Ahad, 12 Disember 2010

Dilema

Alhamdulillah, akhirnya aku berada di depan komputer aku semula setelah hampir dua bulan meninggalkannya. Selama ini aku ke udara melalui telefon bimbitku yang begitu terhad penggunaannya kerana kejahilan aku mengendalikannya. Namun aku kekurangan idea untuk merealiasikan coretan aku semasa di dua Tanah Suci atau aku tidak lagi berminat untuk meneruskannya. Puas aku memikirkan bagaimana hendak memulainya...................

 Bergantunglah kepada keadaan yang menentukan sama ada aku berjaya melalui cabaran ini tambahan lagi  kesebukan masa dan tugas-tugas yang bertimbun menantiku di pejabat. Maklumlah awal tahun mesti banyak kerja perlu dirancang dan paling perit sekali ialah untuk menghasilkan planer tahunan.

Besok aku akan mula masuk pejabat setelah seminggu aku berehat. Berehat? Mana ada rehat... Setiap hari pasti aku akan berada di Lebuhraya Utara Selatan memenuhi urusan yang macam-macam. Orang kata, 40 hari sekembalinya daripada Tanah Suci mesti duduk di rumah namun ...........  aku tidak dapat berada di rumah. Hari Khamis yang lalu aku tersentak dengan berita yang disampaikan oleh isteriku bahawa abang kepada kawannya telah meinggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Abangnya baru sahaja beberapa hari balik daripada tanah suci. Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang diterima. Kecut juga hati ini seketika kerana sejak aku berada di Tanah AIr sabtu lalu aku telah berada di Kuala Lumpur, kemudian di Seremban, kemudian di Melaka, semalam di Muar, dan hari ini aku berada di Johor Bahru menghadiri majlis perkahwinan bekas anak buahku di Taman U. Lewat petang tadi baru aku sampai di Pontian. Alhamdulillah.

syahdunya
ya Allah aku ingin menjadi tetamu di rumah Mu lagi
Permudahkanlah ya Allah

Jumaat, 24 September 2010

Sentiasa ceria

240910

Terlebih dahulu az minta maaf sekiranya az membuat onar di sini
sesungguhnya tiada niat apa-apa
sama ada mengusik atau sebagainya

sesungguhnya semasa itu (semalam yang berlalu)   aku menjadi buntu dengan gelagat En. Taha
Semuanya tentu tahukan dengna EN Taha?
Kalau tak tahu, buat-buat tahu
 kalau tidak?
nahas
PENDEK UMUR

hahahhahaha

Bulan Julai yang lalu aku mendapat tawaran daripada En Taha
En Taha memberi tawaran sama ada menerima atau tidak
Dalam tawarannya En Taha memberi kata dua
Terima
atau
Menolak

Ada ke patut dia buat tawaran macam itu.
Kalau tidak menerima, En Taha mengatakan tawaran ditutup - tiada peluang lagi dalam masa bebrapa tahun terdekat

Setelah menimbangkan dengan mengambil kira semua faktor
aku menerima tawaran itu
aku suami isteri menerima tawaran itu
aku faks kan borang penerimaan itu bagi diriku dan isteriku
Aku telefon wakil En. Taha dan mereka mengesahkan telah menerima borang tawaran aku itu.

Tidak beberapa lama kemudian
isteriku mendapat lampu hijau, permohonannya di terima
namun aku seperti menunggu buah yang tidak jatuh

aku menghubungi En Taha dan menerangkan daripada A hingga Z (macam nama aku jer tu)
Wakil En Taha mengatakan tidak menerima borang terima
?%$#>><&^

Apa sudah jadi?
Aku mohon wakil En Taha membuat semakan

Akhirnya En taha mengatakan borang aku ada dalam rekod mereka
Wakil itu pun pelik dan mengatakan berlaku masalah teknikal dan berjanji akan menyelesaikan permasalahan tersebut.

Kebetulan aku menemui sebuah agen yang menguruskan urusan yang dilakukan oleh En. Taha. Agen ini memang berdaftar dengan  Taha
(Aku mengemukakan dokumen apa yang diperlukan.)

Seterusnya isteriku mendapat lagi arahan memperlengkapan proses yang diperlukan oleh En. Taha.
Namun aku? Tiada apa-apa, tahi kambing aje bulat-bulat
Aku mnghubungi   wakil En Taha kesekian kalinya
Kali ini wakil En Taha mengatakan bahawa isteriku terpilih melalui agensi swasta.

Itu kisahnya.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan berganti bulan
hingga ke hari ini aku masih seperti menunggu buah yang tidak jatuh
Pihak Taha lepas tangan
En Taha berkata, kes aku  bergantung kepada agen yang aku pilih
agen berkenaan mesti mengemukakan nama aku kepada Taha
kemudian Taha akan menukarkan stutus menunggu kepada LULUS

Masya Allah
begitu halnya
aku menghubungi agen berkenaan dan agen masih memberikan  jawapan Isya Allah

Begitulah halnya
bukan aku merjauk itu dan ini'
tetapi memikirkan perihal Taha
En. Taha sangat suka kalau ramai orang yag berurusan dengan agen
apa tidaknya kerana Taha akan menolak lebih 7K daripada setiap peserta yang mengikuti rombongan agen
Lagi ramai yang turut serta dalam pakej swasta
lagi banyaklah Taha mendapat laba.

Sehingga ke hari ini
status aku masih dalam status MENUNGGU
aku meunggu dan terus menunggu
menunggu terus menunggu
menunggu terus
terus tunggu

Rabu, 22 September 2010

dingin

220910

dikeDinginan malam
terasa  dingin  sampai ke tulang hitam
membuatkan otak ku beku
 tiada kata secantik bahasa
untuk titipan anda semua
semuanya buntu
semuanya kaku
membeku

kini aku dalam dilema
adakah mahu aku meneruskan
bingkisan demi bingkisan
yang dulu ceria
yang dulu bahagia
kini terasa hambar
ibarat gulai tiada rasa
di mana aku yang dahulu
kemana hilangnya semangat membara
satu persatu menghilang tiada berita
aku menjadi lesu
lesu selusunya

kepada anda semua
aku memohon ampun dan maaf
andai ada terkasar bahasa
andai ada terlajak kata dan bicara
menyinggong
menguis
menggores
menghiris
aku dengan rendah diri
dari jauh disudut hati
menyusun jari sepuluh
daripada hujung rambut ke hujung kaki
memohan kemaafan
atas segala apalah jua kesalahan
disengaja atau tidak sengaja
yang zahir di mata
yang tidak nampak di alam nyata

andai ada waktu kita berbicara
kita tunggu sahaja dilain masa
namun aku berpesan
salam ceria
ceriakan hari-harimu
semoga mentari bersinar kembali


Selasa, 7 September 2010

Sengaja mengucapkan

070910
No 7?
hari ini 7 hb?
no 7 ini memberikan satu sentimental value kepadaku
mengapa?
kerana tarih lahirku ada 3 angka 7
hehehh
oleh itu di hari 7hb ini aku mengambil kesempatan mengucapkan

walaupn masih ada 3 hari lagi Syawal akan menjelma
aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan
SHRMZB kepada anda semua
terasa sayu dengan Ramadan akan meninggalkan kita beberapa hari lagi
kita tidak tahu tahun depan kita akan bertemu dengan Ramadan lagi
hanya Allah yang maha mengetahuinya.

kepada yang memandu, berhati-hati dijalanraya
trafik mesti heavy tambahan lagi sekarang musim hujan
jalan jem, tingkatkan kesabaran
polis trafic ada di mana-mana memerhatikan anda
Biarlah lambat sampai sedikit jangan tak sampai-sampai langsung

kepada yang menaiki pengankutan awam juga perlu berhati
banyak kali berlaku   kemalangan melibatkan bas ekspres
saban tahun ada sahaja bas yang kemalangan dan melibatkan banyak jiwa terkorban

oleh itu apa sahaja kenderaan yang anda naiki
jangan lupa membaca doa perjalanan
agar Allah memelihara keselamatan kita
kepada Allah kita berserah
kepada Allah kita memohon pertolonga
semoga Allah memudahnya

Akhir kalam,
salam Ceria, salam sayang daripada
ayahzain.

Selasa, 27 Julai 2010

Anak Syaitan ke 8


270710
Kira-kira beberapa meter meninggalkan kereta, aku dapat merasai bahawa aku terlupa untuk mengunci kereta. Aku dah kunci ke belum kereta tadi? Aku yakin dah kunci sebelum meninggalkannya. Namun timbul rasa ragu-ragu, untuk kepastian aku terpaksa berpatah semula ke kereta untuk mempastikan kereta telah dikunci. Apabila sampai di kereta, ternyata kereta aku berkunci dengan kemas. Aduh, membazir masa betul........

Semasa mengambil air sembahyang, aku merasa ragu-ragu pulak. Ish ish rambut atau telinga tadi sudah disapu dengan wuduk ke belum? Untuk kpastian  aku mengulangi semula.......

Ada satu ketika, ketika solat Asar, aku  aku terlupa bilangan rokaat solat. Udah masuk rokaat berapa ni? Aku baca ke tidak tahayat awal tadi ? Masya Allah.  tak mengapa nanti rokaat akhir buat sujud sahwi, namun  usai  membaca tahayat akhir aku terus memberi salam. Makanya aku berasa ragu-ragu lantas untuk kepastian aku mengulangi semula solat Asar sekali lagi dengan meniatkan solat Asar sebelum itu sebagai solat Kada.

Adakah tuan/puan pernah mengalami apa yanag aku alami ini? Berbagialah tuan-puan kerana tidak mengalami sperti apa yang aku alami.

Sebenarnya apa yang aku alamai itu adalah angkara anak syaitan yang bernama  walahaan . Menurut riwayat Walahaan ini adalah anak syaitan yang ke-8. Kerja Walahaan ini ialah  Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain. Sebab itulah kadang kala kita banyak melihat mereka yang merasa ragu-ragu atau was-was ketika mengambil wuduk, kadangkala abis basah pakaian namun masih merasa tahap wuduk tidak sempurna. Kadangkala iman selesai solat, ada yang masih mengambil wuduk Kadangkala kita terperasan ada makmum yang mengangkat takbir berulang-ulang kali kerana berasa ragu-ragu atau was-was sama ada takbirnya sempurna atau pun tidak.

 Justeru mintalah kepada Allah agar kita dihindari daripada syaitan yang direjam, selalu berzikir dan mintalah  pertolongan kepada Allah kerana Allah telah berfirman dengan maksudnya Kepada Mu kami menyembah dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Sesungguhnya manusia itu sukar untuk menghindari daripada godaan syaitan kecuali mereka yang betul-betul mempunyai iman yang kuat dan teguh. Sesungguhnyanya syaitan itu sentiasa berusaha menggoda menyesatkan manusia mengikut langkahnya kerana itulah janji syaitan kepada Allah SWT.

Mudah-mudahan Allah akan mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat dan selamat daripada godaan syaitan yang direjam.

Isnin, 26 Julai 2010

tahniah aki44

260710
Ayahzain mengucapkan setinggi tahniah kepada Akhi44 yang menjadi folower Ceriakan Hari-harimu yang ke-100. Lama juga az menunggu siapakah folower yang akan mencipta nama di angka 100. Maka sudah ditakdirkan bahawa yang dimaksudkan ialah Aki44.

aki44
folower CHHM ke-100

Sempena malam Nisfu Sya'ban ini az mendoakan agar Allah memanjangkan umur Aki44, dimurahkan rezeki dan  ditetapkan iman. Semoga Aki44 dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat oleh Allah swt..

Saya juga mendoakan semua pembaca CHHM mendapat kelebihan di malam yang mulia ini dengan dipanjangkan umur untuk beribadah kepada Allah,   dipermudahkan mendapat rezeki yang halal dan ditetapkan iman dalam Islam dan mati di dalam iman.

Salam Nisfu Sya'ban
Salam ceria.

Sabtu, 26 Jun 2010

carens buat hal

250610


Kalau CM ada mas
az ada karim
Karim? heheh boss   az panggil Carens tu karim
karim ni  dah melepasi 7 tahun
masih gagah lagi
tetapi sejak dua menjak ini dia juga mula minta belanja, minta belai
rasanya dah beribu juga habis tetapi masih ada lagi yang tak kena
enjinnya rasa tak berapa mantop (kata syamsul ghau ghau)
Boss aku aku masalah ekszoz
aku pun pergilah  kedai eksoz
apa lagi tukar eksoz  (ekzoz  bocor)
namun selepas di tukar bunyi masih ada walaupun tak berapa kuat
pergi pulak mekanik yang lain
depa kata bold bearing entah bold joint itulah gamaknya
aku bukan tahu sangat pasal bab-bab kereta ini
sebab tu aku prefer  brand new car
kerana kalau beli kereta sekehen 
aku tak reti nak adjust kat mana
lebih rela pakai kancil   asalkan baru......

oklah sekejap
rupanya panas tak sampai ke petang
ada lagi bunyi
hantar ke mekanik lagi
mak datok dia kata masalah pendingin hawa
kebetulan pendingin hawa tak berapa sejuk
tukau lagi
abis lagi kantong
tapi lepas tu sejuk macam kat RSA yang Rejeki pergi cuti sekolah hari tu

tak berapa lama
bunyi menjelma lagi
kali ni mekanik kata eksoz buat hal
kena tukau eksoz yang mahal sikit
apa lagi aku hangin satu badan
itulah yang kuar puisi tu hheheheheh
aku buat dek je, malas nak layan biau ler bunyi gitu asalkan boleh sampai ke destinasi.

adoi, kantong aku bergoncang lagi
tetiba satu pagi   si  karim tidak bernafas
penat dah aku gosok gosok tak mahu bernafas juga
klik klik. si karim ..............mampus?!
mesti jantung dia problem pulak
bila tengok tarikh jantung si karim ni
patutlah dah lebih dua tahun
ekspayed
tak perasan aku rupanya

nak buat macam mana ni
kalau dulu boleh juga di tolak untuk mengidupakannya
ni tak boleh
 ni kena buat bypass
 hehheheh
nasib baik kengkawan ada jumper,
maka bernafas lah si karim semula

apa lagi
memburu laju ke kedai pernafasan
tukau lagi
mak datok harga seunit jantung ni dah mahal
dulu tak sampai RM200 atau akul lupa kot
sekarang ni RM300 seunit

nak dijadikan ceritakan
sengaja mulut gatal
berkatalah aku kepada si makanik
si karim ni kalu berlari lebih 110km/jam dia bergetar
  terutama bila ada cara kejar mengejar kat gelanggang, bergoncang
kadang-kadang si karim ni kalau kat gelanggang litar
pantang sikit terus nak tunjuk eksyen
berani konon
dah berapa kali kena pow ngan budak baju putih pun tak serik-serik lagi

ooo
buat balancing 
maka di bukalah tayar satu persatu
mak datok ada satu rim yang bengkok
tak lah berapa sangat
ada ke patut dia minta tukar sport rim
dia ingat aku chop duit ke hape
lama-lama aku tergoda juga bila ditawarkan dengan yang second hand

oklah
ingat boleh selesai
bila dah siap pasang semua tayar
nasib baiklah  aku perasan
nuts  pengisi angin tak berapa ok
macam mana nak pump angin nanti (sebab rapat sangat)
udahlah sebelum tu skru tayar tak ngam aku kena tambah duit lagi
makanya
bertekaklah aku dengan si mekanik
abis-abis cancell
aku suruh tukar balik rim asal
padan muka dia kerja berejam tak masuk hasil
aku pun sama buang masa jer.

yang syoknya
bila aku cerita dengan bos dia suruh apa
dia suruh aku tukar si karim dengan Zamri
adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
manalah aku nak cekau RM!!!????????

Jumaat, 11 Jun 2010

Bersemadi lah dengan aman

110610 : Allah lebih menyayangi Pn. Kamisah. Setelah beberapa hari koma di HTAA, beliau telah meninggal dunia di usia 38 tahun. Kematiannya kerana komplikasi kencing manis. Sesungguhnya setiap orang akan mati apabila sampai masanya. Tidak siapa yang mengetahuinya kecuali pada Allah jua. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan mereka yang soleh. Takziah kepada seluruh ahli keluarganya. Berapa berat mata memnadang, berat lagi bahu memikul. Semoga ahli keluarga Allahyarham tabah menerima pemergiannya itu.

Kepada yang masih hidup, hidup mestilah diteruskan. Kepada mereka yang mempunyai simpton kencing manis dan sebagainya kenalah beringat dan menjaga kesihatan, ikutlah nasihat doktor. Aku menulis di sini khusus ditujukan kepada diriku sendiri. Mengapa? Kerana aku selalu curi-curi makan. Aku hentam sahaja apa yang aku suka. AKu hanya berpantang dengan air bergula sahaja yang lain-lain membujur lalu melintang patah.

Sudah lebih 20 tahun aku menghidap kencing manis. Aku mewarisinya daripada ayahku. Ayahku meninggal dunia  kerana kompilikasi kencing manis di usia 55 tahun. Sekarang aku   berumur 53 tahun bermakna tak lama lagi aku akan menempuhi umur tersebut. Sama ada sampai atau pun tidak. Namun aku masih bertahan. Di usia seperti aku, ayahku sudah terlantar diperbaringan kerana tidak larat bangun akibat komplikasi kencing manis. Ayahku mula mengalami kompilkasi kencing ketika umurnya 40an lagi. Beliau tidak menjaga pemakanannya kerana mempunayi perinsinp kalau nak mati, tak kira orang itu ada penyakit ataupun tidak.

Setiap kali aku mendengar kematian kerana kending manis, hatiku kecut seketika. Aku akan menjaga diet ku begeitu ketat sekali, selepas itu sedikit sedikit aku akan melanggar peraturan dietku. Mana boleh tahan, tak kan nak menengok sahaja menu yang lazat mazat. Aku tibai semacam jer.

Nak lobster tu
selagi ada selera makam, makan sahaja ler

 

Pilih la yang mana satu

Khamis, 27 Mei 2010

Bisikan Syaitan

270510: 

 Sesungguhnya Iblis telah bersumpah bahawa akan mendatangi umat nabi adam daripada hadapan muka, belakang muka, kiri dan kanan sehingga manusia tidak akan mensyukuri nikmat Allah. Iblis akan menggoda manusia sama ada secara baik atau sebaliknya sehingga manusia akan menuruti  pujukan iblis dan mendurhaka kepada Allah.

Bersangka buruk  adalah satu cara iblis menghampiri manusia dan akhirnya berlakulah salah faham mengakibatkan kepada putusnya hubungan silatulrahim sesama manusia. Hati kita begitu mudah menjatuhkan hukuman walaupun kepada satu perkara yang remeh dan akhirnya menjadi besar sampai merosakan perhubungan. Kita perlu berhati-hati dengan tipu daya syaitan dan iblis ini.

Hari ini aku  bercuti dan tiada di pejabat. Aku berada di luar kawasan lagi. Namun kini jauh yang dipisahkan oleh laut China Selatan. Andai kata ulasan kalian tiada maklum balas daripada saya, bermakna saya gagal mendapat line. Pagi  tadi tiba-tiba aku teringat kepada beberapa kawan PDKM yang agak rapat denganku di awal penglibatanku di blog Pengalaman di Kota Makkah. Kami pernah bertemu di Kuala Lumpur. Dikalangan  teman-teman PDKM yang dikenali, ada beberapa tenam yang  seolah-olah menyepi. Mulanya aku buat tak kisah sahaja tetapi .......... di sinilah peranan syaitan dan iblis yang membisikan pelbagai andaian mengapa si dia jadi begitu. Mengapa si dia tidak lagi menunggalkan jejak di CCH. Iblis membisikan pelbagai cara, menghasut aku mengatakan itu dan ini. Itulah prasangka aku kepadanya.  Sungguih mudah kita berprasangka. Mungkin beliau sibuk dengan tugas harian dan sebagainya. Kita perlu berprasangka baik. itulah sucinya, itulah murni nya agama dikenali sebagai ISLAM, the way of life.
Alhamdulillah, aku segera tersedar daripada lamunan. Apa yang tergerak di hatiku adalah bisikan syaitan. Ya Allah, aku berlindung daripada syaitan yang direjam.

Salam Ceria

Selasa, 11 Mei 2010

semangat juang

110510
Hari yang paling sibuk
CM kata sibok teramat sangat tahap gaban
Afez kata sibok sampai peringkat ke-7
daripada pagi sampai ke malam
melayan kerenah yang pelbagai
semuanya hendak dilayan
supaya tidak ada sebarang aduan
walaupun pagi tadi badan terasa nak demam
digagahi jua
kuatkan semangat yang ada
hasilnya
Alhamdulillah
setakat ini masih boleh bernyawa lagi
esok tidak tahu
Mohon kepada Allah
supaya semua berjalan seperti yang dirancang
justeru
tidak sempat untuk melawat ziarah teman-teman
maaf jua dipinta
ada kelapangan
bersua juga
bersapa di alam maya.


 (Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya (QS:Yunus:10:5)

Isnin, 10 Mei 2010

Matahari Senja

100510
Matahari
Cahaya mu menerangi buana
tanpamu apalah yang ada
kegelapan cuma

Ketika memandu
di Lebuhraya
mataku tidak berapa selesa
pancaran matahari mengganggu konsentrasiku
cahaya matahari yang bertentangan dengan pemanduanku
menyebabkan pandanganku terganggu
namun kadangkala
matahari senja menarik perhatianku
lantas aku memotret panorama senja
yang begitu indah
menjadikan aku terkasima
dibawah cahaya lembayung senja


tu dia matahari mahu melabuhkan dirinya

matahari di balik awan

matahari mengucapkan selamat tinggal

Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari;
 ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya;
 itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui
(QS:Yas Sin:36:38)


Ahad, 9 Mei 2010

Selamat Hari Ibu

090510


Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

Sebagai anak kita menjaga hati ibu kita
namun
Kadangkala dalam kealpaan tapa disedari kita mengguris hati ibu kita
Oh Ibu kau ampunilah dosa-dosaku padamu

Selamat Hari Ibu
Semoga ibu sentiasa berada dalam rahmatan Allah

Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)? (QS:az-Zumar:39:6)


Khamis, 15 April 2010

Terima kasih keperihatinan Semua

150410:
Tiada kata seindah bahasa untuk ku tuliskan
tiada melodi seindah irama untuk lagukan
cuma sekadar penyeri ruangan
untuk dinyatakan kemana hilang gerangan



Kehilangan aku kerana kesihatan
kesihatan yang tidak menentu
demam mendatang aku lemah tidak bermaya
hilang segala kudrat untuk bermadah
cuma melihat apa yang ada
cuma mendengar apa yang dikata

Terima kasih tidak terhingga
kepada kengkawan berhati budiman
menanya kabar kemana gerangan
hilang ceria di hati yang rawan

Kepada Cikgu Mas pembuka cerita
begitu perihatin merisik kabar
mengapa ayahzain hilang begitu
tiada berita menyepi begitu rupa
hati yang rindu menyapa di hati

Kepada Rezeki kawan yang kaya
adakah lappy tidak berdaya
atau berkursus tuntutan tugasan
kerana lamanya tiada berita

Kepada Hjh Zainab cantik rupawan
kemana ayahzain ditelan bayang
setiap kali datang menjengok
hanya kelihatan berbalam-balam

Kepada CikLie yang mulia hati
datang bermesej bertanya khabar
tidak puas hati dengan jawapan
menelefon juga mencuit tawa yang riang

Kepada S yang ramah nun di utara
terima kasih tidak terhingga
semoga Allah memberkati sekeluarga
kini ayahzain ke udara kembali

 kepada semua pembaca budiman
ku kuatkan juga untuk berbicara
maaf di pinta kerana tidak menyapa
mengumpulkan kudrat ke udara semula



Ahad, 28 Mac 2010

Simpul Biawak

280310: Simpul biawak?
Pernah dengar ke simpul biawak ni
Simpul biawak ialah apabila biawak bersimpul antara sat sama lain.
macam-macam az  ni
Tempat az di pangil ular-ular
Ular-ular ni merujk kepada banyaknya ular
lo nak buat citer pulak
hehehheh

ular-ular atau simpul biawak ni rasanya sama jer kot.
merujuk kepada kekejangan yang berlaku kepada anggota badan.
biasanya menyerang di bahagian betis ke bawah.
Nak kena buat kajian ni macam mana boleh berlaku
kalau doktor, dah tahu tu.

suboh tadi
az menjerit
aduuuuuuuuuh
ya allah
tiba-tiba terasa kejang yang amat sangat
sangat menyakitkan
macam rasa nak terkencing
memang sakit
cuma tak meraung jer
nasib baik ada mrszain
kalau idak tak tahu nak buat macam mana
tak pernah mengalami benda ini
pertama kali
maka mrszain
memicit ibu jari kaki dengan penuh kasih sayang
mengurut-mengurut mesra betis yang kejang itu
alhamdulillah
kesakitan menghilang

sebenarnya mrszain selalu kena kekejangan ini
semasa akhir-akhir  mengandung dulu
(masa hampir nak beranaklah)
mrszain minta az picitkan ibu jari kaki dia tuh
ni dah lama
udah 18 tahun dia tak mengandung lagi
maka az terlupa nak picit ibu jari kaki
tapi nak picit ibu jari macam mana
mana boleh kaki dibengkokkan
nak picit ibu jari kaki sendiri
masa normal pun nak picit ibu jari susah
ini pulak dah kejang

moral the sorey morey
CL hang kena beristeri
nanti kalau kena simpul biawak tak payah call ambulance
hehheheh (gurau CL)
dont take heart naaaa

oklah nak ke Muau  (Muar)
hantar anak bongsu
ada reunion katanya
bebudak ni nak reunion pun emaknya suruh az p hantar
kalau idak.......
'biarlah aku yang hantar'
huhuhu nasib badan

ini komodo bukan biawak
gambar hiasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...