Ahad, 20 Mac 2011

Kembalilah kau wahai jiwa yang tenang

200311
Lamanya aku tidak bersiaran. Aku seperti kehilangan idea untuk berkarya........... Apabila berkarya hari ini, cerita mengenai kematian pullak........

Semalam selepas maghrib, aku menerima panggilan telefon daripada ahli kariah surau Perkampungan Bugis Pt Keroma mengatakan Pengerusi Surau telah meninggal dunia. Aku terkejut kerana beliau (Pengerusi surau) tidak mempunyai penyakit dan sihat. Beliau baru brumur 74 tahun dan nampak sihat semasa sama-sama berjemaah pada hari Rabu dahulu iaitu sebelum aku balik kampung bercuti. Sempat dia berbisik kepadaku, '"cikgu tak balik kampung ke", katanyanya......... Beliau meninggal di Hospital Kuala Lumpur kerana komplikasi jantung. Beliau ke Kuala Lumpur pada hari Khamis lepas (maknanya sama hari aku balik kampung). Semalam semasa sarapan pagi dia mengadu sakit perut dan terus dikejarkan ke HKL.Patutnya hari ini beliau akan ke rumah besannya di Ipoh namun tidak kesampaian. Semasa solat jenazah tadi begitu ramai saudara mara, rakan taulan, ahli keluarganya yang turut serta menyembahyangkan jenazahnya dan selepas itu turut mengiringi jenazah ke Tanah Perkuburan yang tak sampai 1km daripada rumahnya. Inilah pertama kali aku sampai ke kubur Perkampungan Bugis ini. Apa yang perhatikan semasa jenazah di turunkan lihat lahad, mereka yang berada disekitar diedarkan surah Yassin dan seterusnya imam turut membaca Yasin apabila jenazah telah selamat dikuburkan. Selepas tamat bacaan surah Yasin, imam membaca tahlil dan talkin dan diakhiri dengan doa.


Semoga rohnya di rahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama mereka yang diterima disisiNya.

Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; (Surah al-Waqiah ayat 60)

26 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum Hj AZ

Al Fatihah

lama tak bersiar yerr
tapi Insyaallah
ukhwah berterusan

Wassalam

Ayah Zain berkata...

salam atok

terima kasih. Insya Allah.Rindu kat blogger semua

Aki44 berkata...

Salam Hj AZ,

Lama bertapa. Kekawan smua tertunggu2 berita baru menjengah. Apa pun slmt berkarya.

Al-Fatihat utk arwah pengerusi surau.

Ku Din berkata...

Salam Ayahzain,

Al fatihah untuknya, mudah-mudahan dirahmati selalu. Mungkin esok lusa giliran kita...

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : selamat bersiaran kembali.

Al-Fatihah kepada allahyarham, semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman....

aznaz berkata...

salam dari Makkah


alfatihah....salam takziah dari kami warga PDKM...


waslam

Sham berkata...

innalillah...saya pun baru kehilangan seorang sahabat minggu lepas...

Ayah Zain berkata...

salam aki

betoi le. ini pun baru nak coba. Harap aki sihat yer

Ayah Zain berkata...

salamkudin,

semoa rohnya dicucuri rahmat allah

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

ma kasih atas dorongan afeez itu.

Ayah Zain berkata...

salam CL,

terima kasih

Ayah Zain berkata...

salam sham

alfatihah utk sahabat sham itu

nadz berkata...

Al fatihah

Ayah Zain berkata...

ma kasih Nadz

Penunggu Hujung Dunia berkata...

Kematian adalah Dos Terapi Jiwa terbaik. Hilang semua ego kembali mjadi hamba yg tunduk.Lebih terasa apabila menyambut jenazah di liang lahad, membuka kain kafan dan mengiringkan jenazah ke arah kiblat..Teringat2 wajah setiap arwah pd saat itu..Al-Faatihah

Penunggu Hujung Dunia berkata...

Apa yg penting bukan:
1. Berapa kali anda menunaikan suatu ibadah
2. Berapa juta kali anda berzikrullah
3. Berapa ramai yg tahu kita telah melaksanakannya
4. Berapa ramai yg mengiktiraf ibadah kita
5. Berapa ramai ahli kumpulan ibadah kita

Tapi yg penting adalah spt Mayyat:
1. Kaku & tunduk kpd Penciptanya
2. Menyerah diri kpd PenciptaNya
3. Merasa diri kerdil dan berseorangan di sisi PenciptaNya

shami2 berkata...

Salam AZ..

Selamat bersiaran kembali...

Takziah dan al-fatihah pada pengerusi surau tersebut...

mama ju berkata...

Salam AZ

Al fatihah utk Allahyarham. Moga sentiasa dlm lindungan Allah.

Ayah Zain berkata...

salam rezeki

Amin

Ayah Zain berkata...

salam PHD

Seperti biasa, ucapan dikau begitu bersirat dengan renungan di hari muka

Ayah Zain berkata...

salam shami2

terima kasih

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

terima kasih atas ingatan

ysa berkata...

Salam AZ

AlFatehah utk roh Allahyarham.

Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang2 yang beriman.

AZ, bicaralah tentang mati ..tak apa. Bila sampai waktu Kita juga akan mengikutinya nanti.

wassalam

Imran Paris berkata...

Akhir kita AZ.....ntah mcmana ye AZ? Moga arwah dicucuri rahmatNya setiap masa. Alfatehah.

Unknown berkata...

SALAM,
AL FATIHAH UTK ALLAHYARHAM. SEMOGA ROHNYA DILETAKKAN DI KALANGAN ORANG2 BERIMAN. AMIN !

Komander Hayat berkata...

Al_faatihah buat arwah dan salam buat bakal arwah semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...