19022012
Lidah adalah salah satu anggota yang boleh mendekatkan atau menjauhkan diri kita daripada Allah swt. Begitulah intipati yang dapat dikongsikan selepas mendengar kuliah mahrib di Surau Anak Bugis tadi. Pencermah menggunakan buku Penawar Bagi Hati hasil tulisan Sheikh Abdul Kadir bin Mutalib. Lidah kurniaan Allah ini digunakan untuk membaca al-quran, membaca hadis hadis Nabi dan berzikir. Marilah kita sama-sama menyibokan diri kita dengan melakukan aktiviti tersebut berbanding dengan lain-lain aktiviti membawa kita jauh daripada Allah swt seperti berkata-kata perkara yang sia-sia, mengumpat dan sebagainya. Kita boleh bercakap apa sahaja yang kita suka tetapi mengarah kepada membangkitkan keimanan kepada Allah SWT.
Tentunya amat berat kita untuk membaca ayat ayat Allah (al-Quran) kerana syaitan akan datang membisikan kepada kita dengan pelbagai hasutan agar kita berasa malas untuk membaca al-Quran seperti
tidak payahlah membaca al-Quran kerana tidak faham maknanya; buat apa baca sekarang, karang-karang atau besok boleh baca; alah, besok kan boleh baca; umur kita masih muda dan pelbagai segala macam hasutan syaitan dan akhirnya kita terbantut untuk membaca al-Quran. Mata mula mengantok dan akhirnya tertidur.
Kita dianjurkan untuk membaca al-Quran secara berulang-ulang walaupun satu ayat kerana setiap kali kita membaca ayat-ayat suci, Allah akan meningkatkan martabat kita. Cuba kita baca satu ayat dalam suarah al-Waqi'ah iaitu
Izaa waqiahtil waqiah berulang-ulang sebanyak 20 kali, penceramah mengatakan, kita akan merasa satu resapan yang kita sahaja boleh merasainya sekurang-kurangnya air mata kita mengalir keluar. Malah penceramah menganjurkan kita menghafaz 30 juz al-Quran dengan cara yang begitu mudah iaitu dengan bertekad / berazam untuk menghafaz satu juz dalam masa setahun. Bagaimana? Satu juz al-Quran mengandungi 20 muka surat. Setahun mengandungi 12 bulan. 20 muka surat di bahagi 12 bulan bermakna kita hanya perlu menghafaz ayat-ayat al-Quran satu setengah muka surat sahaja dalam masa sebulan. bayangkan berapa ayat yang kita hafal dalam masa Sehari??? Ambil satu ayat untuk hafazkan dengan mengulangkan ayat itu sekurang-kurang 150 kali. Mana-mana pakar motivasi sama ada Islam atau bukan Islam bersetuju dengan mengulang-ulang perkataan sebanyak 40 kali, akan dapat diingati. Beruntunglah kepada pembaca yang masih muda kerana mempunyai masa yang lebih lama namun bagi golongan yang sudah berumur, perlu berazam untuk menghafaznya kerana dengan adanya niat untuk menghafaz al-Quran tetapi tidak kesampaian kerana meninggal dunia, Allah tetap menerima seolah-olah kita telah menghafaz 30 juz al-Quran.
Jiwa yang di isi dengan hadis-haid Nabi maka jiwanya adalah hidup seperti firman Allah
wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Ku (Allah) dalam keadaan yang mereda dan diredai. Jiwa yang tenang itu datangnya daripada kesibukan kita membaca al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW.
Kita juga dianjurkan dengan Zikir. Kita boleh berzikir secara khusus seperti membaca SubhanaAllah walhamdulillah ............. atau Astaufirulllah ....... membaca selawat Nabi SAW. Kita adalah satu lagi pilihan untuk berzikir iaitu
Zikir Umum. Kadangkala orang begitu bersusah payah berzikir dengan menghamparkan sejadah, memegang tasbih untuk berzikir. Selepas itu lidahnya sibok bercerita perkara yang sia-sia. Zikir secara umum lebih mudah. Zikir umum ialah apabila kita berkata dan kata-kata kita itu boleh mengingatkan diri kita dan orang lain akan kehebatan / kebesaran Allah SWT. Cuba ucapkan sahaja begini. Semasa hendak makan kita boleh bercakap " Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah yang memberikan kita rezeki pada hari ini '. Apa sahaja yang keluar daripada lidah kita yang boleh membangkitkan akan kebesaran Allah di anggap sebagai zikir umum seperti dengan memandang gunung, lautan, kehijauan tumbuh-tumbuhann dan sebagainya dengan ucapan memuji-memuji kebesaran Allah SWT.
Lidah juga digunakan untuk menuntut ilmu. Isteri yang keluar rumah tanpa izin suami untuk mendengar majlis-majlis ilmu tidak berdosa. Itulah satu-satunya perbuatan yang tidak berdosa bagi isteri yang keluar rumah tanpa izin suami.
Akhir kuliah Maghrib, pencearmah tetap mengingatkan para jemaah agar menghadiah pahala majlis ilmu yang diperolehi malam itu dihadiahkan kepada kedua orang tua mereka dan berusahalah untuk mendapat keredaan Allah. Semakin hari diri kita semakin hampir dengan Allah. Semakin Hari, Allah semakin sayang kepada kita. Waullahhu aklam.
(
andaikan terdapat kekurangan atau tersalah fakta, maaf dipinta kerana ianya adalah hasil pendengaran dan pemahaman az semasa mendengar kuliah tersebut)