Rabu, 15 Februari 2012

Tapai

15022012

Lama benar tidak menjengok rumahku ini. Makin lama makin tidak bersemangat untuk mengemas rumah. Namun pengunjung tetap datang melawat ini menjadikan hatiku berbunga dan meningkatkan semangatku untuk mengemaskininya agar tetap menjadi tatapan para penggemar semua. Alhamdulillah.

Tika ini aku  ingin berkongsi sejenis makanan yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu. Kalau hendak dianggap sebagai menu tradisoinal Melayu boleh jugalah. Siapa yang tidak kenal dengan tapai?  Tapai  biasa kedapatan di majlis keramaian terutamanya di kalangan masyarakat Negeri Sembilan. Kalau dahulu semasa hari Raya Puasa atau Haji, ibuku pasti menyediakan tapai untuk hidangan tetamu yang datang. Begitu juga di majlis-majlis perkahwinan di Negeri Sembilan, menu ini pasti berada di meja santapan tetamu.

Untul menyediakan tapai tidak lah terlalu rumit. Orang-orang Negeri Sembilan suka membuat tapai pulut yang dibungkus dengan daun pisang. Pernah sekali aku merasai tapai pulut yang dibungkus menggunakan daun getah, tidak ingat di mana tetapi rasanya di Kelantan.

Pulut akan dikukus terlebih dahulu kemudian di masukkan ke dalam pasu dan ditaburkan atau digaul sebati dengan ragi untuk proses penapaian. Setelah itu pulut itu akan dibungkus menggunakan daun pisang dan dimasukkan ke dalam bekas untuk penapaian. Seterusnya bekas itu dibungkus dengan kain dan disimpan selama beberapa hari biasanya 3 hari. Aku masih ingat ibuku menapai tapai dalam pasu besar dan diletakan di bawah katilnya.

Penyediaan Tapai mempunyai adap-adapnya tersendiri untuk menjamin kelazatan dan warnanya. Menurut ibuku bukan sebarangan dalam kerja-kerja membungkus tapai kerana mempunyai pantang larang tersendiri. Allah hu aklam. Pembungkus mestilah dalam keadaan bersih dan tidak berceloteh semasa kerja-kerja membungkus. Sekiranya berlaku kecacatan, sudah pasti adap/pantang larang tidak dipatuhi. Kalau tapai yang dihasilkan tidak menarik, seperti warnanya  kusam, sudah pasti penyedianya tidak mematuhi kebersihan yang sempurna. Paling malang kalau tapai itu terdapat bintik bintik merah dan ini pasti wanita yang menyediakannya itu ............

Kini, dalam keadaan dunia moden, daun pisang tida lagi menjadi keutamaan sebagai bahan pembungkus. Kini terdapat tapai yang dibungkus menggunakan plastik dan kertas serta disemat menggunakan stapler. Namun, kualitinya agak setanding dengan bungkus daun pisang dan disemat menggunakan lidi kelapa.

 tapai yang dibungkus dengan kertas warna dan palstik
plastik yang mengelakkan air tapai meresap keluar

14 ulasan:

afeezz berkata...

assalamualaikum AZ : pernah gak dgr pasal pantang larang semasa wat tapai ni. orang yg wat tapai tu takleh marah2, nnt tapainya jadi masam. kalau ade bintik2 merah tu mmg betul lah bermaksud wanita yang wat tapai tu ...... tp kalau lelaki yg wat tapai ade bintik2 merah tu apasal plak AZ????

makyang berkata...

assalamualaikum AZ,

saya selalu jg singgah di sini, saya suka mkn tapai pulut, AZ tlg berikan resipinya, tk

mama ju, berkata...

Salam
Lama tak jumpa.
Suami saya ada cuba buat tapai, pada dasarnya jadilah tapai tu cuma kurang manis lebih masam. Agaknya kena berguru lagi.

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

mana ada lelaki buat tapai dan hasilnya ada bintik2 merah. Kalau ada mesti ada something wrong kat lelaki tu

Ayah Zain berkata...

salam makyang

resepi? nanti az tanya kat mak az yer

Ayah Zain berkata...

salam mamaju

agaknya masa suami mamaju buat tu, emosinya terganggu kot. heheheh

atuk berkata...

Assalamualaikum THAZ

saya suka tapai ubi

Ayah Zain berkata...

Alaikum salam atok.
Tapai ubi memang sodap

shami2 berkata...

Salam az

sedap tapai tu..nyum3 tak leh makan banyak2...heheh nanti panas kalu perempuan diawal mengandung dilarang makan tapai kut2 keguguran, tapi semua tu kuasa Allah.

Dengar jugak tentang pantang larang tu....hehhe

Mohd Saad Hamid berkata...

Salam THAZ

Saya pun suka makan tapai, terutama tapai ubi.

Tapai yang dalam gambar tu macam 'Tapai Sarimah' dari Masjid Tanah.

Ayah Zain berkata...

Salam shami
sebenarnya az lama gak tak makan tapai sbb manis sangat

Ayah Zain berkata...

Salam hj saad

agaknya kot tapai sarimah, az beli kat melaka tu

Aki44 berkata...

Salam THAZ,

Suka tapai pulut, lebih2 lagi air tapai. Kalau tapai ubi bertambah syok jika digoreng.

Ayah Zain berkata...

salam aki44

wow, memang ada tapai goreng yer. nanti nak g cari tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...