14102012
Seminggu selepas Majlis Konvokeseyen Putera ke-2 kami pada 7 Oktober yang lalu, maka kini ibunya pula diraikan oleh bekas majikannya sempena Majlis Malam Penghargaan dan Jamuan Tahunan MARA 2012 yang telah dilaksanakan pada 12 Oktober yang lalu di The Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur. Hotel bertaraf 5* dengan kadar bilik penginapan semalam melebihi RM500.00. Pada malam gilang gemilang yang disempurnakan oleh Ketua Setia Usaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) selaku wakil rasmi Menterinya yang tidak dapat hadir pada malam tersebut. Majlis di serikan lagi dengan artis undangan Sharifah Zarina dengan lagu berhantunya Langit ke-7.
Pada malam itu mrzain diantara penerima yang diraikan sebagai mengenang jasanya yang bersara pilihan. Bermakna MARA meraikan pesara-pesara MARA sama ada bersara Wajib, bersara pilihan dan juga bersara terbitan disamping meraikan staf MARA yang telah berkhidmat 25 tahun. Seramai 120 orang menerima penghargaan perkhidmatan 25 tahun, 20 orang bersara terbitan iaitu yang telah meninggal dunia semasa bertugas pada tahun 2012, 30 orang bersara pilihan dan 50 orang bersara wajib. Majlis bermula agak lewat pada pukul 9.00 malam gara-gara trafik jem yang teruk akibat hujan lebat disebelah petang di Kuala Lumpur dan berakhir pada pukul 11.30 malam dengan acara bergambar kenangan penerima anugerah bersama WWIP MARA.
Sharifah Zarina mendendangkan lagu - begitu shahdu kepada urusetia ini
Majlis di mulakan dengan NGEGARAku dan Lagu Amanah Rakyat (lagu baru MARA ciptaan komposer terkenal M. Nasir dengan vokal utamanya Sharifah Zarina. Setelah itu bacaan doa dibacakan diikuti dengan ucapan Ketua Pengarah MARA. Majlis Makan Malam sejurus kemudian dengan diserikan oleh seorang artis Lelaki Luncai Emas dan kemudian Sharifah Zarina mendengakan empat buah lagi dengan lagu Langit ke-7 menjadi lagu kemuncak persembahanya yang begitu bertenaga. Dan sesudah itu anugerah disampaikan kepada penerimanya berupa sijil penghargaan dan wang tunai bernilai RM1000.00.