Khamis, 31 Oktober 2013

Oktober terakhir 2013

311013

Hari ini Hari Khamis 31 Oktober 2013. Hari terakhir bulan Oktober 2013. Besok akan bermula hari pertama bulan November. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita. 2 bulan lagi akan menempuh pula tahun baru 2014. Bertambah lagi angka pada umur kita bermakna pendek lagi baki umur kita yang dipinjamkan Allah kepada hambaNya.

saat demi saat, hari berganti hari, bulan berganti bulan, aku begitu malas untuk menguruskan blog ini. Aku tak tahu kemana perginya keghairahan menulis blog. Buntu. Tiada idea untuk menulis. Adakah kerana kesebokan atau adakah sebab-sebab yang lain. Kadangkala aku gagahi juga untuk menulis tetapi tidak menjadi.

ah tunggu kejap lagi. begitulah. Akhirnya tiada apa yang terjadi pada hari itu kepada blog aku ini. Moga November akan mebawa sinar baru kepada blog aku ini.




Selasa, 15 Oktober 2013

Selamat Hari Raya Korban

151013


Selamat Hari Raya Korban kepada semua pembaca Ceriakan hari-harimu. Saya meminta ampun dan maaf zahir batin atas segala keterlanjuran bahasa semasa mengendalikan CHHM dan semoga tuan/puan sekaian sentiasa di rahmati Allah SWT.

Hari Raya Korban adalah antara dua hari raya yang mulia anugerah Allah SWT kepada umat Muhammad SAW. Berbanding hari raya Aidilfitri, Takbir Hariraya akan berkumandang selama 4 hari iaitu bermula 10 Zulhijjah sehinggalah tergelincir matahari pada 13 Zulhijjah. hari Raya Korban dikenali juga sebagai Hari Raya Haji sempena kerja-kerja munasik Haji yang bermula dengan wukuf di Arafah pada saat tergelincirnya matahari pada 9 Zulhijjah, dikuti dengan bermalam di Muzdalifah dan diikuti dengan bermalam di Mina sehinggalah tergelicirnya matahari pada 13 Zulhijjah.

Antara amalan yang digalakkan semasa sambutan Hari Raya Korban ialah penyembelihan binatang ternakan seperti unta, Lembu, Kerbau dan Kambing. Acara korban ini adalah simbolik kepada penyembelihan Nabi Ismail yang telah digantikan dengan seekor kibas. Inilah satu pengorbanan seorang anak (Nabi Ismail) yang taat akan perintah Allah. Justeru kepada yang mampu berkorbanlah setiap tahun dengan menyembelih binatang ternakan yang sihat, gemok dan bebas cacat. Daging korban ini di agihkan kepada fakir miskin.


Isnin, 14 Oktober 2013

Bunga Lipan atau Rose Jepun?

141013

 Di sudut taman rumah mrszain terdapat sejenis bunga yang berbunga pada waktu siang hari dan akan layu pada waktu petang. Keseokan harinya, kuntum kuntum baru berkembang semula. Ia hanya berkembang hanya beberapa jam sahaja. Ada yang mengatakan pokok bunga ini bernama Bunga Lipan  dan di Kelantan   pokok bunga ini dipanggil Bunga kul 10 kerana mula kembang pada pukul 10 pagi.


Kerana keunikannya itu dan amat mudah dibiakkan, mrszain telah memindahkannya ke beberapa pasu yang lain. Ia amat mudah tumbuh dengan hanya menanam dahan-dahannya sahaja. Ia akan berbunga dalam masa 2-3 hari sahaja. Dimaklumkan ia menjalar dan   ranting-rantingnya seperti kaki lipan, maka  dipercayai bunga ini dikenal sebagai bunga lipan. Subhana Allah, itulah anugerah Allah kepada hambanya.



Inilah dia pokok bunga yang masih aku belum pasti namanya sama ada pokok bunga lipan atau rose jepun.

Ahad, 13 Oktober 2013

Majlis Perkahwinan Lagi

131013

Alhamdulillah. hari ini hari Ahad kedua dalam bulan Oktober. Tarikh yang begitu cantik memaksa aku mengemaskini rumah yang hampir sebulan di tinggalkan. Hari ini aku berkesempatan meraikan majlis perkawainan anak saudara rakan sekerjaku  dahulu yang juga mempunyai pertalian bau bau bacang.

Majlis yang di adakan di Dewan Taming Sari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ini amat meriah sekali dengan kehadiran saudara mara dan rakan taulan kepada bapa dan emak pengantin. Alhamdulillah. Semoga kedua mempelai hidup aman bahagia hingga ke syurga dengan diserikan cahaya mata yang sempurna sifat anugerah Allah SWT.

Aku begitu teruja apabila bertemu dengan kawan sekelas di zaman persekolahan dahulu. Setelah 40 tahun kami bertemua kembali. Beliau telah beristeri dengan 4 orang cahaya mata, seorang menantu dan seorang cucu. Semoga pertemuan ini akan merapatkan kembali tali silatulrahim yang telah terbiar begitu lama.



 Bersama nenek pengantin lelaki
ni dia kawan sekelas pada tahun 1973 di SEMENDA, Kota, NS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...