Isnin, 14 Oktober 2013

Bunga Lipan atau Rose Jepun?

141013

 Di sudut taman rumah mrszain terdapat sejenis bunga yang berbunga pada waktu siang hari dan akan layu pada waktu petang. Keseokan harinya, kuntum kuntum baru berkembang semula. Ia hanya berkembang hanya beberapa jam sahaja. Ada yang mengatakan pokok bunga ini bernama Bunga Lipan  dan di Kelantan   pokok bunga ini dipanggil Bunga kul 10 kerana mula kembang pada pukul 10 pagi.


Kerana keunikannya itu dan amat mudah dibiakkan, mrszain telah memindahkannya ke beberapa pasu yang lain. Ia amat mudah tumbuh dengan hanya menanam dahan-dahannya sahaja. Ia akan berbunga dalam masa 2-3 hari sahaja. Dimaklumkan ia menjalar dan   ranting-rantingnya seperti kaki lipan, maka  dipercayai bunga ini dikenal sebagai bunga lipan. Subhana Allah, itulah anugerah Allah kepada hambanya.



Inilah dia pokok bunga yang masih aku belum pasti namanya sama ada pokok bunga lipan atau rose jepun.

5 ulasan:

JunAina berkata...

Selain di kenali sebagai bunag lipan kat Perlis juga di kenali dengan nama Bunga Semilang Laut.

afeezz berkata...

tak tau lah ape namenye kat sini. tapi saya pernah curik pokok ni kat sekolah bawak balik umah utk ditanam

selamat hari raya utk AZ sekeluarga

Ayah Zain berkata...

wah banyak juga nama si bunga kembang sepuluh ni yer jun.
Selamat Hr raya korban

Ayah Zain berkata...

ala afeez, itu bukan curi. u amik 2 tiga cabang jer kan. dan masa tu belum baligh lagi. x dosa pun

selamat hari raya juga kepada afeez

balinehable berkata...

Hotel Casino & Spa Las Vegas, NV - MapyRO
The hotel and 태백 출장샵 casino is a fun and clean building 남원 출장샵 with 2,144 rooms and suites. 김포 출장샵 The 2,144 room hotel rooms 김해 출장샵 include a casino with over 90 slot machines and  순천 출장마사지 Rating: 7.5/10 · ‎1,994 votes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...