Sabtu, 31 Disember 2011
selamat tahun baru
Tahun 2011berlalu dengan seribu macam suka dan duka, pahit dan manis. Namun yang berlaku biarlah berlaku. Yang akan datang akan dihadapi dengan lebih berhemah. Antara yang menjadi ingatan kenangan manis di tahun 2011 ialah aku menerima menantu. Satu peristiwa yang menjadi setiap bapa abila anak gadisnya menjadi suri rumah tangga. Di saat itu, tanggungjawab bapa kepada anak gadisnya akan beralih kepada suaminya pula. Aku hanya mempunyai seorang anak perempuan justeru tiada apa lagi kerunsingan di hati berkaitan dengan anak perempuan. Kata orang menjaga sekandang lembu lebih mudah berbanding menjaga seorang anak perempuan. Tahun 2012 yang menjelang akan menambah lagi debaran kepadaku kerana kurang sebulan dari sekarang,aku akan menjadi datuk. Bukan datuk pemberian Sultan atau Raja tetapi datuk anugerah.
Oklah. Kepada pembaca budiman, aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Semoga kedatangan tahun baru ini akan lebih bermakna. Mana-mana azam yang tidak terlaksana akan dapat dilaksanakan pada tahun baru ini. HEPI NEW YEAR
Sabtu, 24 Disember 2011
Ingat Mati
241211
Ingat mati
Ingat Sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali
Itulah bait bait lirik lagu Tobat Maksiat si Wali Band daripada negara jiran sebelah. Hehehe, aku bukan bercerita tentang kematian tetapi itulah topik yang diperkatakan oleh Ustaz di Majlis Ilmu semasa menanti waktu Isyak di Maskid Ayer Molek, Melaka.
Mati hanya berlaku di dunia. Tiada kematian di akhirat. Mati hanya satu kali. Mati adalah maut. Maut adalah hadiah di alam kubur. Selepas mati, kita akan diletakkan di dalam kubur. Di alam kubur, ada nikmat dan ada azab. Mereka yang mendapat Nikmat di alam kubur bermakna ia akan mendapat nikmat di akhirat iaitu di syurga. Mendapat azab di alam kubur akan menerima azab di Neraka. Nabi Muhammad saw, bersabda perbanyakkanlah mengingati mati. Dengan mengingati mati dapat menghindarkan kita melakukan perlanggaran peraturan Allah swt.
Segala yang disayangi akan di tinggalkan di dunia. Hanya keimanan yang dibawa ke alam kubur. Mayat yang diletakkan di dalam kubur akan mendengar derapan tapak kaki sahabat handai, saudara mara meninggalkan si mati, maka tinggalkan si mati keseorangan di dalam kubur. Sama ada kubur itu sempit atau luas bergantung kepada amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia. Oleh itu marilah sama sama mencari keredaan Allah.
Jumaat, 23 Disember 2011
misi berjaya
231211
Lamanya aku tidak mengemas rumahku ini. Sana sini abok berterbangan. sawang di mana-mana. Apakan dayaku. sejak akhir akhir ini aku begitu sebok dengan tugasan terutamanya dalam mengemaskini markah kokurikulum pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3. Alhsmdulilllah akhirnya hari iinivaku telah berjaya menyelesaikannya. Petang tadi aku berjaya memasukkan markah 10% pelajar tingkatann 5 seecara online. Selagi data ini tidak di key-in, selagi itulah kerjaku tidak selesai. Entry ini disiarkan melalui tablet. oleh itu tiada gambar penyeri kerana madih kurang arif mengendalikannya.
Khamis, 15 Disember 2011
Di suatu Sudut Surau
151211
Di suatu masa, di suatu sudut ruang surau berlaku peristiwa ini. Apakah peristiwa itu
Tanda tangani betul Hj. Jangan tersalah ruang
Aku ni nak tandatangani kat mana pulak?
ok. Tandatangan pulak kat sampul surat ni
macam surat nikah jer? nak tambah satu lagi ke hj
Rabu, 14 Disember 2011
Sujud Sajadah
141211
Hari ini seperti biasa jemaah Surau as-Sidek, Pt Keroma, Ayer Baloi, Johor meneruskan program membudayakan al-Quran. Walaupun hanya beberapa orang jemaah yang tinggal selepas Solat Maghrib, program masih diteruskan. Malam ini mereka membaca Surah Saad, ayat 11 hingga 26. Apabila samapi ayat ke 24 yang bermaksud seperti berikut:-
Nabi Daud berkata: " Sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepadamu dengan meminta kambingmu itu (sebagai tambahan) kepada kambing-kambingnya; dan sesungguhnya kebanyakan dari orang-orang yang bergaul dan berhubungan (dalam berbagai-bagai lapangan hidup), setengahnya berlaku zalim kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah sedikit!" Dan Nabi Daud (setelah berfikir sejurus), mengetahui sebenarnya Kami telah mengujinya (dengan peristiwa itu), lalu ia memohon ampun kepada Tuhannya sambil merebahkan dirinya sujud, serta ia rujuk kembali (bertaubat).QS:as-Saad:38:24)
Tamat sahaja ayat ke 24 ini di baca, kami sama-sama bersujud ke hadrat Allah, meminta ampun kepada Allah azajawalla.
Ust Raihan (kanan) membaca ayat Al-Quran dan bakal guru muda ini membaca terjemahannya
antara jemaah yang turut serta
Menikmati juadah selepas program selesai sementara menunggu masuknya Solat Isyak
Selasa, 13 Disember 2011
Memburu Impian
131211
Hari ini tidak berapa sihat, asyik bersin sampai timbul bintang di kepala. Jalan pun terhuyang-hayang. Maka dengan itu mari kita layan lagu ini yang mempunyai ciri-ciri motivasi diri.
Ku Jejak
Jalan Yang Berliku
Membara Jiwaku
Memburu Impian
Ku Renang Lautan Gelora
Biarpun Tersadai
Di Hujung Dunia
Akan Ku Rempuhi Segala Rintangan
Biarpun Rebah Ku Bangun Sendiri
(Chorus)
Akan Ku Genggam Biarpun Hitam
Menjadi Milikku
Ku Mula
Dengan Langkah Ini
Menuju Sinaran Yang Abadi
Ahad, 11 Disember 2011
Gerhana Bulan
111211
Semalam kita diperlihatkan dengan salah satu kuasa Allah yang maha hebat iaitu kejadian gerhana bulan. Bulan purnama itu hilang cahayanya sedikit demi sedikit dan akhirnya bulan purnama kehilangan terus cahayanya. Langit Pontian semalam, bulan purnama kehilangan semua cahayannya pada pukul 10.10 malam. Amat indah suasana malam ketika itu dengan cahaya bulan yang samar samar dengan kerlipan bintang yang gemerlapan. Sekitar pukul 12.00 malam, cahaya bulan purnama hampir kembali pulih dengan langit yang cerah dihiasi bintang-bintang yang cemerlang.
Simulasi gerhana bulan yang berlaku malam tadi 10/12/11
Di Surau as Sidik Pt Keroma, Ayer Baloi, jemaah menunaikan solat sunat grhana bulan tepat pada pukul 9.00 malam yang dipinpin oleh Imam Yasin dan Katib pula ialah Naib Qadi Hj Rahman. Antara isi khutbah yang dapat aku kongsi di sini ialah umat manusia diminta sujud kepada Allah yang mentadbir terbit dan tenggelamnya matahari dan bulan seperti firma Allah surah Fusilat ayat37, ..Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.
Gerhana bulan mempunyai hikmahnya iaitu memberi peringatan supaya hamba-hambaNya tidak melakukan kerosakan, kemungkaran dan perkara yang melampaui batas .
Gerhana bulan menunjukkan amaran dan peringatan Allah kepada seluruh umat manusia agar taat dan patuh kepada segala perentah Allah dengan melaksanakan segala suruhan dan menjauhi laranganya
Gerhana bulan merupakan satu peristiwa yang menakjubkan kepada seluruh manusia kerana bulan kehilangan cahaya secara tiba-tiba . Gerhana bulan ang berlaku tahun demi tahun adalah peringatan Allah kepada umat manusia - tidak melakukan kemungkaran/kerosakan dan sentiasa memohon ampun kepada Allah atas segala ketelanjuran dosa yang dilakukan sama ada disedari atau tidak disedari kerana akan sampai ketikanya dunia dan seluruh makhluknya akan musnah (kiamat) seperti firman Allah dalam surah al-Qiamah ayat 7-11 yang menyatakan , Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),Dan bulan hilang cahayanya,Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?
Khatib sedang membaca khutbah
antara jemaah yang hadir
Saat bulan hampir kehilangan cahayanya (9.50 malam)
Langgan:
Catatan (Atom)










